Saya baru balik dari pergi Karnival Kerjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh Perak. Saya temankan isteri saya yang nak cuba hantar Resume dan mohon kerja sebagai penjawat awam.
Nama program adalah Karnival Kerjaya. Sebagai orang awam, korang yang datang sudah semestinya akan menganggap akan ada temuduga terbuka dan peluang kerja di sektor awam kan? Tapi, malangnya, Karnival Kerjaya ini hampir 90% adalah cuma pameran.
Apa yang saya tengok dan dengar dari mulut isteri saya, kebanyakkannya pameran setiap jabatan kerajaan yang terlibat dan ada juga jawatan sebagai Sukarelawan di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK). Jabatan lain hanya datang untuk buat pameran saja.
Isteri saya rasa tak puas hati juga sebab rasa macam buang masa saja datang. Lagipun, penerangan yang diberikan sesetengah jabatan seperti 'melepaskan batuk di bawah tangga' saja. Layan tak nak je. Yang paling best, isteri saya beritahu ada jabatan kerajaan tersebut boleh cakap,
"Ambil Brosur ini. Apa-apa maklumat lanjut, boleh baca di laman web kami"
La... Habis tu buat Karnival Kerjaya ini untuk apa? Cuba bayangkan, orang nak datang karnival ni jauh-jauh semata-mata nak dengar ayat tu je. Sepatutnya kenalah ada temuduga terbuka dan peluang kerja. Ini tidak, karnival ini hanya semata-mata untuk "Pameran" saja.
Entahlah. Harap program selepas ini, dorang ambil maklum.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka