Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label rimas. Show all posts
Showing posts with label rimas. Show all posts

Sunday, September 11, 2011

BILA DAH TAK SUKA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sebelum ni saya tak ingat macam mana rasanya bila orang dah tak suka kita layan kita sambil lewa je. Bila dah kena kat batang hidung sendiri, baru padan muka saya. Tapi saya pun pernah buat macam tu kat orang lain suatu ketika dulu. Memang masa tu saya tak tahu macam mana perasaan dorang. Sekarang dah tahu.

Saya tak boleh salahkan orang gak sebab saya pun ada salahnya. Orang yang cantik mesti ramai orang suka kan? Sama gak dengan orang yang hensem. Tapi saya hairan dulu saya biasa je tapi ada plak ramai nak. Hahaha. Terperasan plak. Sila muntah baja organik ye? Boleh bantu industri pertanian negara kita. Hehehe.

Apa yang perlu kita buat kalau kena macam ni? Kena sabar dan sabar dan sabar. Terima seadanya sebab itu keputusan dia. So, dia yang akan rugi. Kan? Anggap je ada hikmah di sebalik segala yang berlaku.

Tak payah nak pergi buat benda-benda tak masuk akal. Bunuh diri la. Terjun laut la. Overdose la. Kelar pergelangan tangan la. Dan bagai-bagai lagi yang korang boleh isikan.

p/s: tulis senang, nak buat nanti?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka