Credit Google
Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Pagi ini hujan lebat turun. Tapi sempat gak saya masuk pejabat. Kalau tak sempat pun, tak basah pun sebab saya drive Kenari kesayangan saya. Huhu...
Bila tengok kat luar ofis hujan ni, terdetik nak buat satu lagi entry pagi ni. Huhu...
Korang pernah tengok movie "Lu Fikirlah Sendiri" lakonan Nabil Raja Lawak? Dalam movie tu, ada satu scene Nabil terjumpa orang gila masa hujan. Orang gila tu lari tengah-tengah hujan sambil jerit "Rahmat Tuhan...Rahmat Tuhan". Saya suka movie ni sebab banyak mesej saya dapat.
Hujan ni bagus sebab dapat membersihkan udara yang penuh dengan debu-debu. Korang pernah perasan tak bila lepas hujan je, korang sedut udaranya, rasa segar je. Kan?
Tapi kalau korang main hujan dan demam, itu korang yang salah. Korang sendiri yang cari penyakit. Haha...
Tak ke gitu?
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
