Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Hisap rokok korang rasa best tak? Bagi yang tak pernah hisap rokok, memanglah tak best. Tapi, yang pada mulanya nak try konon, terus ketagih. Pada dorang hisap rokok tu best. Padahal, asap masuk dalam paru-paru dan rosakkan diri je. Memang best kan?
Minum arak korang rasa best tak? Bagi yang tak pernah minum arak, memanglah tak best. Tapi, yang dah mula jinak-jinak minum arak ni kemudian ketagih. Bagi dorang memang syok minum arak ni. Dunia macam dorang yang punya. Berada di awang-awangan. Padahal, arak ni merosakkan diri je. Memang best kan?
Suntik dadah dalam badang korang rasa best tak? Bagi yang tak pernah suntik dadah dalam badan, memang la tak best. Tapi bagi yang dah tersuntik ni, dorang ketagih dan dorang rasa best sebab khayal serta hilang masalah. Bila tak dapat je, menggigil satu badan sebab tak tahan ketagih. Pastu, meragut dan aktiviti tak bermoral yang sewaktu dengannya. Lastly, dapat penyakit. Memang best kan?
Tak tutup aurat korang rasa best tak? Bagi yang nak sangat perhatian, londeh semua pun takpe. Asal dapat perhatian. Lagi ramai orang tengok, lagi dia rasa syok. Pastu, bila dah berbadan dua, jantan tulah salah. I tak salah pun. Memang best kan?
Cinta sejenis korang rasa best tak? Bagi sesetengah orang ni cinta sejenis memang best. Tak payah nak beranak pinak. Tak payah nak risau mengandung. Boleh "projek" tanpa kerisauan je. Memang best kan?
Ada banyak lagi tapi saya rasa korang boleh sambungkan. Sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah itu akan menjadi best bila takde rasa takut seksaan Allah. Bila ada perasaan takut tu, kita takkan berani buat.
Betul tak?
p/s : Kalau dah pernah buat, kita boleh mohon keampunan daripada Allah. Sementara masih sempat ni. Tak tentu lagi kita akan hidup esok.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka