Saya tengah layan cerita Papadom sekarang sambil berblogwalking. Saya sangat teramat amat suka cerita ni. Tengok berpuluh-puluh kali pun tak boring.
Sebab apa saya suka tengok cerita ni sangat-sangat? Saya suka sangat-sangat cerita ni sebab cerita ni sangat menyentuh perasaan saya dan lakonan Aflin Shauki yang bersahaja tapi memang lawak.
Lagipun ini antara cerita melayu yang dah jadi faveret saya. Aflin Shauki memang pengarah yang berbakat. Saya suka semua movie hasil arahan dia. Aflin Shauki ni kreatif dan movie yang dia buat kebanyakkan bersahaja je.
Bagi yang tak pernah tengok lagi movie ni, movie ni menceritakan bagaimana seorang bapa menjaga anak perempuannya dengan bersungguh-sungguh sampai sanggup abaikan hidup dia. Best movie ni. Sape tak tengok lagi, try tengok. Mesti tak nyesal.
Sape suka tengok movie ni? Geng saya. Haha...
Wassalam.
-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2
Sila Tekan Like Jika Suka
