Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label orang tua. Show all posts
Showing posts with label orang tua. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

"SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Biarlah foto di bawah yang menceritakan segalanya.


p/s : Saya harap saya dan bakal isteri saya akan begini sehingga akhir hayat kami. Amiiinnn.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, July 13, 2011

MARAH...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pernah tak korang dengar ayat ni, "Orang Muda Marah Merosakkan Diri Sendiri Dan Orang Lain, Orang Tua Marah Hanya Merosakkan Diri Sendiri"? Saya pernah masa saya belajar tapi terlupa di mana sumbernya. Biasalah. Masa tu muda remaja lagi. Sekarang ni muda belia. Hehe...

Saja nak kongsi dengan korang pendapat mengikut fahaman saya.

"Orang muda marah boleh merosakkan diri sendiri dan orang lain"
Apa yang saya faham adalah orang muda sekiranya marah dengan diri sendiri, dia akan tumbuk dinding la, hentak kepala kat dinding la dan macam-macam lagi. Dorang akan mencederakan diri sendiri untuk melepaskan marah dorang. Ada yang pukul orang lain sebab marahkan orang lain. Itu dah dikira memudaratkan orang lain dan juga diri sendiri.

"Orang tua marah hanya merosakkan diri sahaja"
Orang tua biasanya dah tidak bertenaga dan lemah. Bila dia marah, dia lebih kepada memudaratkan kesihatan diri sendiri saja. Walaupun dia marah pada orang lain, dia sendiri yang akan sakit.

Inilah pemahaman saya. Kalau korang ada pendapat, kongsi la ye?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka