Credit Google
Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Saya nak menyeru kepada semua rakan-rakan blogger supaya sama-sama kita bersyukur dengan keamanan yang dikecapi oleh negara kita kini. Bila kita imbas semula peritnya generasi sebelum kita memperjuangkan pembebasan negara kita dari tangan pejajah, kita akan nampak betapa teruknya pada waktu itu.
Kalau korang baca buku sejarah, ada menceritakan pada masa penjajahan Jepun, rakyat terpaksa mengalas perut dengan ubi kayu. Masa tu, bekalan makanan dimonopoli oleh Askar Jepun pada masa itu. Korang tak ingatkah macam mana rakyat kita dipaksa bekerja siang dan malam serta perempuan dirogol. Korang boleh tengok dalam movie sejarah yang diarahkan oleh pengarah kita. Antaranya adalah Embun dan paling saya tersentuh hati adalah Bukit Kepong.
Keamanan yang kita kecapi sekarang ni pun adalah hasil perjuangan mereka yang menumpahkan darah demi pembebasan negara kita dari penjajahan. Tapi, cuba kita cari balik pahlawan-pahlawan yang berkorban untuk negara kita, apa terjadi kepada mereka? Saya ada baca dalam surat khabar suatu ketika dulu yang seorang pahlawan kita dibiarkan hidup daif. Padahal dia adalah salah seorang yang memperjuangkan pembebasan negara kita daripada penjajah.
Saya tulis entry ini adalah untuk mengingatkan diri saya sendiri dan rakan-rakan blogger supaya bersyukur dengan keamanan yang kita ada sekarang. Jangan cuba rosakkan dan hancurkan keamanan yang kita kecapi sekarang. Saya tak berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa. Entry ini ditulis mengikut apa kata isi hati saya. Sekiranya ada yang terasa hati, ribuan maaf saya pinta.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
