Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label menghijau. Show all posts
Showing posts with label menghijau. Show all posts

Friday, October 14, 2011

SEJUK MATA MEMANDANG...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Setiap hari pergi bank ke Hutan Melintang Perak, lalu jalan yang kiri kanan penuh kehijauan. Walaupun kepala tengah tension, terus kurang tension sebab dapat menikmati keindahan dan kehijauan alam.

Kalau saya kat Penang atau KL, kebanyakkan batu bata je. Orang yang tension bukan kurang tensionnya, makin bertambah tension lagi ada la.

Teringat masa dalam kadet tentera dulu. Bila ada perbarisan, kena berdiri terpacak tengah-tengah panas. Mesti ada yang pengsan sebab tak tahan. Saya pun. Hehehe. Tips yang jurulatih saya bagi simple je.

"Kalau rasa pening-pening tu, tengok pokok-pokok yang menghijau dan main jari-jari kaki dalam kasut tu"

Saya ikut dan Alhamdulillah saya tak pengsan pun. Rasa nak tergelak bila kawan-kawan saya sentiasa perhatikan saya sebab takut saya tumbang. Hahaha.

Korang kalau rasa tension, tengok kehijauan pokok, Insya Allah akan kurang rasa tension tu.

p/s : Kadang-kadang tengok pokok menghijau ni, saya rasa ngantuk je. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka