Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label majlis. Show all posts
Showing posts with label majlis. Show all posts

Sunday, February 24, 2013

SEKITAR MAJLIS BERENDOI DAN CUKUR RAMBUT MAYEESA...

Assalamualaikum dan salm sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sebelum ini saya ada buat satu post berkenaan Majlis Berendoi dan Cukur Rambut Mayeesa. Korang boleh baca di SINI. Pada masa itu saya tak dapat publishkan apa-apa gambar sebab saya update blog gunakan handphone saya saja. Post kali ini saya akan letakkan gambar untuk tatapan korang.

Mama Mayeesa : Buaian Dibuat Khas Untuk Mayeesa

Mayeesa : Apa ada kat atas kepala saya ni?

Mama Mayeesa : Hiasan Bunga la sayang. Kan Mayeesa perempuan.

Mayeesa : Owh... Takpelah. Saya tidur dulu.

Mayeesa : Macam senget je bunga ni. Nak kena betulkan ni dulu.

Mayeesa : Orait. Dah betulkan dah. Nasib baik sempat sebelum tangkap gambar.

Mayeesa : Tengok apa tu? Nak kena 'Fire'?

Mayeesa : 'FIRE'!!! (Gaya Ultraman Mayeesa)

Inilah Emak Saudara dan sepupu Mayeesa yang telah kena 'Fire' Mayeesa. Hehehe.

Mayeesa : Sedap pakcik-pakcik ini Marhaban sambil Mengendoi saya. Tapi, 'pitching' ada lari sikit dan lontaran suara tak berapa jelas. Tapi, anda semua memiliki sinaran seorang bintang. Tahniah!

Mayeesa : Kenapa rasa kepala saya lain macam saja?

Mayeesa : Rasa macam sesuatu kena potong saja. Apa yang dorang potong atas kepala saya ni?

Mayeesa : Arghhh.... Dorang potong rambut saya. Tolong! Tolong Papa!

Mayeesa : Mama dan Papa, sanggup Mama dan Papa membiarkan dorang ini memotong rambut Mayeesa? Kenapa Mama? Kenapa Papa?

Papa Mayeesa : Sikit je Mayeesa. Nanti kita cukur rambut Mayeesa sampai botak tau? Hehehe.

Mayeesa : Hah?! Tidak!!!!!

Mayeesa : Ramainya datang nak tengok rambut saya kena potong. Istimewa betul rambut saya ni kan? 

Segala dialog di atas adalah rekaan saya sendiri. So, korang janganlah percaya dengan dialog di atas ye? Alhamdulillah, majlis berendoi dan cukur rambut Mayeesa berjalan dengan lancar. Majlis diadakan pada 11hb Februari 2013 bersamaan Cuti Sambutan Tahun Baru Cina Hari Kedua. Ramai juga yang hadir untuk memeriahkan majlis sampaikan ada yang bertanya kepada bapa mertua saya,

"Ini kenduri cukur rambut atau kenduri kahwin?"

Sekarang Mayeesa telah 'kehilangan' rambutnya tapi dia masih lagi 'cool'. Hehehe.

Mayeesa : Walaupun rambut saya telah 'hilang', gaya mesti ada sebab saya memang comel.

Semoga Mayeesa terus membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah. Amiiinnn.

Wassalam.

-NASZ-












Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, February 12, 2013

MAJLIS CUKUR RAMBUT MAYEESA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Alhamdulillah, semalam (11.02.2013), majlis cukur rambut Mayessa telah berjaya disempurnakan. Terima kasih kepada semua ibu mertua, bapa mertua, kakak ipar, abang ipar saya yang bersusah payah memasak dan menyediakan khemah, meja dan kerusi.

Ramai juga yang datang ke majlis ini. Cuma tak sangka ramai sehingga nasi pun habis. Terpaksa masak nasi yang baru.  Ada orang yang datang tanya,

"Ini kenduri cukur rambut ke kenduri kahwin? Ramainya"

Dah orang datang, takkan nak suruh balik kan? Biarlah ramai daripada tak ada orang langsung. Lagipun, lauk-pauk yang ada pun sedap-sedap. Rugi korang tak pergi tau? Hehehe.

Gambar saya tak dapat nak letakkan sekarang sebab line internet kat sini slow teramat sangat. Lagipun masa nak tulis post ini pun terkedek-kedek nak publishkan. In Shaa Allah, saya dah balik ke Bagan Datoh nanti, saya publishkan sekitar majlis kenduri cukur rambut Mayees ye?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, October 2, 2011

"SIAPA NAK KAWIN DENGAN SAYA?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru tengok facebook tadi. Ada jemputan ke Majlis Perkahwinan untuk saya. Bukan dorang jemput saya kawin tapi jemput saya ke majlis perkahwinan. Hahaha.

Tiba-tiba tension sebab yang akan kawin tu lagi muda daripada saya. Jeleasnya. Hehehe. Anyway, dia seorang staf saya masa saya kerja di Golden Screen Cinemas Dataran Pahlawan, Melaka. Dia memang comel pun tapi masa tu saya memang lebih sayangkan awek saya yang kini dah jadi ex awek saya.

Saya doakan dia bahagia dengan pilihan dia. Kenduri kawin dia kat KL. So, tak pasti lagi boleh pergi atau tak. Tengoklah macam mana nanti.

p/s : Ada sesiapa nak masuk minang saya tak? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka