Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Rasa macam tak betul je bila tak boleh nak online ataupun buka internet. Saya ni dah ketagih internet tahap kronik ni. Netbook plak tertinggal kat rumah mertua di Klang.
Kat ofis, bila waktu rehat, internet plak down. Last sekali updated blog guna handphone. Hehehe. Nasib baik.
Syarikat penyedia internet kat Malaysia ni janji macam-macam untuk lariskan produk dorang. Tapi bila kita dah langgan, janji tinggal janji. Customer service yang dulunya begitu lemah lembut gemalai dan jadi garau suaranya.
Bila line ok, kita kena bayar. Bila line down, kita masih kena bayar. Pakej la katakan. Tapi nak buat macam mana, kena gak kita guna sebab pilihan tak banyak dan hampir semua sama je. Sabar je la.
Harap sekejap line ok sebab nak buat online payment ni. Huhuhu. Sengaja nak membebel je.
Korang suka pakai syarikat penyedia internet mana? Saya 'terpaksa' pakai streamyx sebab itu pilihan yang saya ada kat tempat saya ni. Huhuhu.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
