Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Layan DVD Movie Repoman ni. Memang terkesan gak kat saya. Sebab movie lebih kepada "Tak mampu bayar hutang, barang kami ambil balik". Dalam movie ni, "barang" yang akan diambil balik adalah organ mekanikal yang dibeli secara hutang dengan kadar faedah yang sangat tinggi.
So, ia macam korang tak dapat bayar hutang kereta dan notis terakhir sampai, kereta korang akan ditarik balik kan? Ia lebih kurang macam tu. Cuma ia lebih ekstrem lagi. Dorang nak ambil organ mekanikal tu, dorang akan bedah on the spot. Memang nampak dorang potong kulit dan keluarkan organ mekanikal tu.
Movie ni tak sesuai ditonton oleh budak-budak. So, amaran ye, jangan tengok kalau korang tak cukup umur. Sebab memang banyak scene bedah membedah.
Kenapa saya cerita tentang movie ni? Ni movie lama. Buat apa saya nak cerita kan? Sebenarnya, ia melibatkan hutang. Kita suka berhutang kan? Saya pun ada hutang tapi nasib baik terkawal lagi. Movie ni menunjukkan hutang boleh membawa kepada kematian. So, nak berhutang pun korang kena tengok kemampuan untuk korang bayar balik.
Ini cuma pendapat saya. Korang ada pendapat lain?
p/s : Kalau rasa tak mampu nak bayar, jangan berhutang. Dan jangan berhutang dengan Ah Long, nanti lagi banyak masalah dan hutang pun takkan habis.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka