Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label kampung orang asli. Show all posts
Showing posts with label kampung orang asli. Show all posts

Friday, October 7, 2011

"TERJAH KAMPUNG ORANG ASLI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sebenarnya saya ni baru balik dari kampung orang asli di Kampung Selaor, RPS Banun, Gerik, Perak. Gambar kat atas masa perasminan penutupan Adun Temenggor. Saya tak pernah masuk perkampungan orang asli ni. So, saya nak cari pengalaman la sikit. Memang pengalaman yang best. Dah la sebelah malamnya hujan. Sejuk gila bila nak tidur malam tu. Nasib baik, jabatan ada bagi sleeping beg, so, boleh la tidur walaupun sejuk sesangat.

Nak masuk ke dalam pun agak susah. Naik bukit, turun bukit, naik bukit balik, turun bukit balik dan seterusnya. Ini kira OK lagi. Ada kampung yang kena naik bot berjam-jam baru sampai. Tapi pengalaman ni bukan senang nak dapat.

Kenapa plak Nasz terjah kampung orang asli plak ni?

Mesti korang terfikir soalan kat atas kan? Hahaha. Saya pergi sana bukan dengan rombongan meminang. Tapi alasan kerja. Saya antara panel untuk menemuduga orang asli yang belum ada surat beranak lagi. So, kena la ada translator.

Ini kira pengalaman baru bagi saya. Korang ada? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka