Baru je lepas menjamah Nasi Goreng Pattaya dan Nescafe Ais bagi mengcover sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang saya. Hehehe. Kira saya tak makan dari pagi sampai tadi. Dah biasa sebenarnya. Saya pernah test diri saya untuk tak makan 2 hari berturut-turut. Cuma minum air je. Memang lemah betul saya masa tu. Bayangkan orang Somalia yang kebuluran dan tak makan berhari-hari?
Dari pagi tadi saya memang langsung tak keluar rumah. So, tadi saya decide nak makan something di tepi Jeti Bagan Datoh sambil menikmati angin petang. Tapi sekarang ni takde angin tapi panas matahari je. Hehehe.
Cuma nak keluar jap untuk hirup udara segar. Asyik terperuk dalam rumah pun tak elok gak. Kan? Hehehe.
Korang tengah buat pe tu?
p/s : Ramai gak awek comel. Hehehe. Nak ngorat, saya tak reti.
Wassalam.
-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4
Sila Tekan Like Jika Suka