Terima kepada Yayahnasake kerana memberi komen bertanyakan tentang isu halal Subway dalam entry INI. Semasa kat restoran Subway itu, saya cuba juga cari logo Halal daripada JAKIM tapi tak nampak dan saya ingat dipamerkan di luar restoran. Di luar restoran pun tak ada.
Disebabkan ini kali pertama saya makan Subway dan dengan nervousnya masa nak buat pilihan menu makanan, saya tak perasan ketiadaan logo Halal daripada pihak JAKIM. Wife saya pun google dalam internet dan terbaca isu-isu berkaitan sijil Halal dari blog-blog dan berita.
Saya pun terus Google ke www.halal.gov.my dan klik di tab "Pengguna" serta pergi ke link "Direktori Halal Malaysia". Kemudian, saya terus klik ke link "Teruskan Carian" dan taip "Subway" dalam kotak "Maklumat Carian". Cuma Subway di area Pulau Pinang saja yang dapat kelulusan sijil Halal daripada JAKIM. Subway menyatakan dalam laman Facebook Subway Malaysia yang cawangan Subway lain dalam proses untuk dapatkan Sijil Halal JAKIM.
Memang ramai juga orang Melayu makan masa saya makan di Subway semalam. Sebab saya pun tak was-was nak try makan sebab saya fikir Subway ini sama seperti McDonald dan KFC.
Tapi, kalau korang was-was juga, tak perlu makan Subway. Makan je kat McDonald dan KFC. Yang penting, korang yakin.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka