Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label insuran. Show all posts
Showing posts with label insuran. Show all posts

Thursday, October 13, 2011

"PLEASE...JANGAN PAKSA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya cukup pantang kalau orang duk paksa-paksa saya. Contohnya, kalau pergi mana-mana shopping complex, ada promosi untuk buat credit card. Kadang-kadang dorang suka paksa. Saya ni plak dah ada credit card (Maybank 2 Card Gold dan AEON). So, memang saya dah tak nak tambah card credit dah. Tapi, dorang mesti kata card credit dorang paling bagus la, terbaik la.

Memang nampak bagus bila dah guna dan tak dapat bayar, pandai plak cari dan suruh bayar. Saya guna credit card untuk isi minyak dan beli barang untuk installment je. Tapi selalunya isi minyak je. Senang. Hehehe.

Agen insuran pun sama. Kadang-kadang datang ofis masa busy, pastu nak buat taklimat pasal insuran. Bukan saya tak nak, tapi saya dan kakitangan memang dah ada insuran. Lagipun, masa tu busy sangat dan kakitangan saya tak sampai 10 orang pun. Macam tak perlu je. Tapi, dorang mesti nak paksa cara halus. Insuran yang saya guna tak bagus la, itu la, ini la.

So, please...jangan paksa saya kalau saya tak nak. Kalau saya nak, secara automatiknya saya akan pergi dengar apa dorang nak cerita. Hehehe.

p/s : Credit Card terbaik adalah yang guna tak payah bayar dan Insuran terbaik adalah yang cover free. Wujud ke? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka