Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label iklan petronas. Show all posts
Showing posts with label iklan petronas. Show all posts

Thursday, October 20, 2011

"APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENGHASILKAN KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya baru je lepas tengok satu video clip pendek yang dihasilkan oleh PETRONAS berkenaan Hari Deepavali. Video Clip ni 1 minit je. Menarik gak sebab buat saya terliur dengan Nasi kukus ayam dorang masak tu. Hehehe. Saya ni suka makan ayam. So, kalau ada ayam pun dah cukup bagi saya. Korang nak tengok gak? Klik link kat bawah ni:


Dah tengok dah? Kalau tak tengok lagi, korang tengoklah dulu ye? Baru terus baca entry ni.

"Apa yang diperlukan untuk menghasilkan kehidupan yang lebih baik?"

Panjangkan tajuk saya ni. Tak tahu macam mana nak pendekkan a.k.a malas nak pendekkan. Terkantoikan diri sendiri plak. Hehehe.

Pada pendapat saya, pemahaman kehidupan yang lebih baik ini berbeza mengikut pengalaman masing-masing. Bagi yang hidup susah, mungkin cukup bagi dorang ada sebuah rumah yang selesa dan makanan yang mencukupi. Bagi yang hidup sederhana, mungkin dorang nak kehidupan yang lebih mewah untuk diri sendiri dan keluarga dorang. Bagi yang dah hidup mewah pun, dorang pun ada gak keinginan untuk menjadi lebih mewah. Inilah sifat manusia. Tak pernah cukup dengan apa yang dah ada.

Tapi, bagi saya, kehidupan yang lebih baik saya nak adalah kehidupan yang bahagia dan aman. Tak perlu mewah sangat dan sederhana pun bagi saya dah mencukupi. Tapi, ini adalah untuk kehidupan kita di dunia sahaja. Kehidupan di dunia ni hanyalah sementara. Kehidupan yang kekal abadi adalah di Akhirat.

Korang plak? Apa pendapat korang?

p/s : Suka tengok iklan PETRONAS. Dari dulu sampai sekarang, kreatif.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka