Korang rasa blog korang mesra pembaca tak? Senang tak pembaca korang nak explore blog korang? Berat tak blog korang? Senang tak nak komen entry di blog korang? Senang tak nak follow blog korang? Senang tak nak cari entry-entry lama di blog korang?
Banyak kan soalan. Hehehe. Kalau korang tengok semua soalan yang saya utarakan kat atas, ada satu ayat yang saya sentiasa ulang, "Senang tak ...". Saya faham kadang-kadang kita tak perasan widget yang kita letak kat blog kita tu mengganggu pembaca kita untuk baca entry kita dan komen. Kalau pembaca tu rasa susah nak baca dan komen entry di blog kita, biasanya pembaca tu takkan datang dah. Mungkin selepas beberapa lama, baru dia akan terdatang sebab korang join apa-apa segmen atau dia terklik link korang di dashboard dia (kalau dia follow).
Saya bukan nak kata blog saya best. Sebab blog saya ni langsung tak best. Saya cuba jadikan blog saya ni mesra pembaca sebaiknya. Memang susah nak puaskan hati semua orang. Tambahan si anon yang memang tak pernah puas hati. Hehehe.
Saya dah blogwalking banyak blog dan ada blog tu susah gila nak loading, ada yang nak cari entry lama dia sangat susah, ada gak yang bila saya buka di ofis, tak boleh view sebab komputer kat ofis saya bukan jenis baru. So, takde software untuk buka flash and so on. Ada gak blog yang terlalu banyak widget di kiri, kanan, atas dan bawah. Kadang-kadang tengah pun ada. Dah macam blog widget plak. Hahaha.
Korang nak buat blog yang mesra pembaca, korang buka blog korang, pastu, try jawab semua soalan kat atas tu. Takpun, korang salin soalan kat atas tu, pastu minta kawan korang buka blog korang dan try jawab soalan-soalan tu. Tengok apa feedback kawan korang tu tentang blog korang.
Korang tak rugi pun sebab ini dapat improvekan blog korang.
p/s : Saya rujuk blog otai untuk renovate blog saya dulu. Hehehe. Alhamdulillah.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka