Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label bantuan rakyat. Show all posts
Showing posts with label bantuan rakyat. Show all posts

Thursday, February 7, 2013

BL1M PUN ADA LAGU?


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Mesti korang pernah dengar tentang BL1M ni kan? Ataupun nama penuhnya, Bantuan Lesen 1Malaysia. Bantuan Lesen 1Malaysia adalah untuk Warganegara Malaysia berumur 17 tahun hingga 40 tahun yang tiada apa-apa lesen serta hanya untuk pengambilan Lesen B2 sahaja. Syarat-syarat lain korang bacalah sendiri kat website dia.

Cuma saya agak terkejut sebab BL1M ini pun ada lagu dia. Siap ada elemen hiphop lagi. Rasa lawak dengar tapi sedap juga. Catchy je muzik dia. Korang dah dengar belum?

Kalau korang nak dengar sambil nyanyi liriknya sekali, korang pergi ke SINI. Korang dengar dulu dan kongsikanlah pendapat korang kat ruang komen di bawah ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SEMAKAN BR1M 2.0...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

BR1M 2.0 atau nama panjangnya Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada awal bulan Februari 2013 hari itu. Kata Perdana Menteri, BR1M 2.0 ini akan diagih-agihkan selewat-lewatnya akhir bulan Februari 2013. Tapi, kepada korang yang mohon BR1M 2.0 tak kiralah RM500 untuk Pemohon Berkeluarga atau RM250 untuk Pemohon Bujang, korang kenalah semak dulu status permohonan korang. Gagal atau Lulus.

Korang boleh semak status BR1M 2.0 korang dengan cara :

1. Secara Online
Dimaklumkan semakan secara online akan dikemaskini dalam Bulan Februari atau korang boleh hantar email pertanyaan status korang ke belanjawan2013@treasury.com.my.

2. Secara Pos
Semua pemohon BR1M 2.0 akan menerima surat pengesahan status dan sekiranya lulus, dorang akan maklumkan sekali tarikh dan  tempat majlis penyerahan Baucar BR1M 2.0 tersebut akan diadakan.

3. Melalui Talian Hotline
Pemohon BR1M 2.0 boleh menelefon ke talian Hotline iaitu 1-800-222-500 atau 1-300-88-3010 bermula 11hb Februari 2013. Talian Hotline ini akan beroperasi bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja.

So, kepada semua pemohon BR1M 2.0, lebih baik semak dulu status permohonan sebelum buat apa-apa tindakan ye?

p/s : Kalau ada rezeki Mayeesa, dapatlah kan?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, December 19, 2012

1.9 JUTA PERMOHONAN BARU...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sebanyak 1.9 Juta permohonan baru BR1M 2.0 termasuk permohonan pemohon bujang dan pemohon berkeluarga.

In Shaa Allah dalam pertengahan Bulan Januari 2013 akan mula pengagihan. Alhamdulillah, rezeki baby.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka