Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Saturday, April 13, 2013

"MASA ANDA DAH TAMAT"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah duduk dalam dewan exam tak? Best tak? Mana yang tak cukup study, mesti tak best kan duduk dalam dewan exam? Hehehe.

Dalam dewan exam, biasanya akan ada 1 orang incharge atau 'kepala' untuk beri arahan tapi lain pula yang berlaku di satu tempat ini. Saya tak nak beritahu di mana tapi ia bukan exam untuk SPM mahupun Universiti. Nanti bila saya beritahu, ada yang tak suka dan mula kutuk saya ni 'pembangkang' bagai.

Ini pengalaman yang wife saya beritahu saya. Semasa di permulaan exam, si 'ketua' pertama ini kata tak perlu isi beberapa perkara dan cuma isi beberapa perkara ini. Kemudian, exam pun bermula dengan pengumuman tak henti-henti semasa exam tengah berjalan. Sepatutnya semasa exam, dewan sentiasa senyap sebab kita nak fokus dalam menjawab soalan. Tapi, ini tidak. Mungkin penjaga peperiksaan tu boring kot? Sebab tu asyik bagi pengumuman je.

Kemudian, bila masa dah tamat, penjaga exam terus beritahu,

"MASA DAH TAMAT"

Terkejut semua orang yang tengah kusyuk jawab soalan. Tak ada langsung pengumuman untuk maklumkan sebelum masa tamat macam,

"ANDA ADA LAGI 10 MINIT"

Bila masuk sesi exam kedua, ada 'kepala' yang lain pula marah semua peserta mengatakan ada beberapa ruang tak diisi. Padahal, 'kepala' yang pertama kata tadi tak perlu isi. (Korang boleh baca diperenggan di atas ).

Bagi saya , ini adalah pengalaman exam paling teruk saya pernah dengar. Dorang tak ada pergi kursus ke sebelum nak jaga dewan exam? Kalau korang kena, korang rasa macam mana?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

1 comment:

  1. kalau dia tak nak kasitahu masa.... better dia letak jam besar kat depan..so everybody boleh alert........tapi time exams...tak elok ganggu konsetrasi........memasing yg exam tgh perah otak.....

    ReplyDelete