Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, February 6, 2014

HASIL SELAMA BERBLOGGING...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Alhamdulillah.  Baru saja Cashout Nuffnang untuk kali Kelapan.  Tak banyak pun.  Itupun setelah beberapa lama tak kemaskini blog.  Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.  Nuffnang nampaknya masih bermurah hati untuk memberikan saya beberapa iklan sepanjang ketidakaktifan saya dalam dunia blog.  Baru-baru ini saja saya mula mengaktifkan semula blog-blog saya.

Inilah hasilnya sepanjang saya berjinak-jinak dengan Nuffnang.  Dulunya saya tak percaya bahawa dalam dunia online boleh buat duit.  Selepas saya mula membina blog dan meletakkan iklan Nuffnang di blog-blog saya, Alhamdulillah.  Ada rezeki saya dan walaupun taklah sebanyak mana tapi saya rasa syukur kepada Allah kerana tanpa izin-Nya, tak mungkin saya akan menerima sebarang pendapatan daripada blog-blog saya.

Terima kasih saya ucapkan kepada Nuffnang kerana masih meletakkan kepercayaan ke atas blog saya untuk mempamerkan iklan-iklan mereka.  Semoga akan ada banyak lagi iklan yang akan singgah di blog-blog saya nanti.


Sila Tekan Like Jika Suka

OHSEM GIVEAWAY BY MUNIRAH RAHMAN

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Giveaway yang ohsem ini dianjurkan oleh Munirah Rahman.  Seperti biasa, giveaway ini memang sangat mudah untuk disertai.  Tak banyak sangat syarat-syaratnya.  Walaupun memang ada syarat-syaratnya, cuma taklah sebanyak dalam giveaway-giveaway yang pernah saya sertai.

Giveaway ini tamat pada 18hb Februari 2014.


Sila Tekan Like Jika Suka

FIRST GIVEAWAY BY CHE DYLA

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Giveaway lagi si Nasz asyik kemaskini blog dia.  Asyik-asyik giveaway.  Hehehe.  Takpelah, beri sokongan kepada blogger yang menganjur pun bagus juga.  Memang nampak macam blog saya ini penuh dengan giveaway dan segmen saja.  Saya kena sedar, blog saya ini bukan ramai orang tahu pun.  Bukan popular pun.  Sekurang-kurangnya dengan menyertai segmen dan giveaway sebegini dapat memperkenalkan blog saya kepada blogger-blogger lain.

Lagipun, giveaway ini kan untuk menang hadiah.  Tak menang hadiah, menang kawan baru dan trafik.  Kita mana nak duduk goyang kaki tunggu pembaca datang ke blog kita, mestilah kita kena usaha untuk promosi blog kita. Itu yang penting dalam memastikan blog kita dikenali.

Tarikh tamat giveaway ini adalah pada 1hb Mac 2014.


Sila Tekan Like Jika Suka