Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, January 26, 2014

TAK SANGKA SUSAH ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Sekarang saya berada di Desasiswa Tekun sebagai Pelajar USM.  Baru tadi saya studi Bab 4 dan Bab 5 Stastistik.  Mungkin suatu masa dulu bagi subjek macam ini tiada sangat masalah bagi saya.  Tetapi sejak lama meninggalkan alam pembelajaran, memang kali ini otak saya betul-betul dah berkarat.

Saya ambil masa jugalah untuk memahami satu-satu bab.  Bila saya dah faham, tengok soalan terus hilang kefahaman saya.  Rasa stress juga.  Tapi apakan daya, ini yang saya pilih, mengadap je la.

Ada sesiapa yang expert Stastistik?  Sila angkat tangan.

p/s : Lupa isteri pun expert Stastistik tapi tak boleh apa sebab jauh pula. Huhuhu.


Posted via Blogaway
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, January 24, 2014

24/7 WOMB ROOM SERVICE...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Rupa-rupanya inilah yang terjadi bila wife saya tiba-tiba teringin makan tengah-tengah malam.  Hahaha.

Takpelah. Kita cuba penuhi segala kehendak mereka. Yang mana kita tak mampu tu, cubalah faham dan tak memaksa kita.  Kita bukannya orang yang banyak duit untuk sediakan segalanya. Cuma sediakan ikut kemampuan kita.

Yang pasti, cuba tidak membazir. Betul tak?


Posted via Blogaway
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, January 19, 2014

'POSING' ALA-ALA AYU ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Mayeesa dah pandai ber'posing ala-ala diri dia ayu.  Rasa lawak sebab sedang dia merangkak tiba-tiba dia terhenti dan 'posing' sambil tengok apa yang menarik perhatian dia.

Seperti biasa, dia akan merenung tanpa ada apa-apa perasaan di wajahnya.  Tapi yang pasti, Mayeesa tetap anak kesayangan papa. Hehehe.


Posted via Blogaway
Sila Tekan Like Jika Suka