Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, July 29, 2013

BUTA HURUF KE?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Terang-terang bersuluh dengan lampu kata Lelaki tidak dibenarkan masuk ke Bilik Menyusu tapi ada seorang lelaki dengan isterinya menonong je masuk tanpa rasa bersalah.

Apa yang saya dengar, dorang tertinggal telefon bimbit di dalam tapi tak boleh ke si isteri je masuk? Si suami duduk je luar. Hormatlah sikit kaum perempuan nak menyusu anak mereka dengan aman.

Selepas dorang keluar, isteri saya masuk pula dengan Mayeesa. Tengah saya duduk di kawasan luar tempat menukar lampin, menonong je lelaki yang sama mendukung masuk balik ke dalam bilik tersebut. Saya terkejut.

Kemudian, saya nampak dia keluar dan saya pun tengok muka dia sambil berkerut dahi. Dia pun tunduk je dan terus berjalan keluar. Dia ingat bilik menyusu ni bilik yang sesiapa pun boleh masuk ke? Mana rasa hormat dia pada orang lain?

Kalau kena kat korang, korang takkan tengok je?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, July 27, 2013

SALAH SIAPA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Setiap hari kita baca suratkhabar. Setiap hari kita mesti kita akan baca tentang budak-budak yang masuk hospital sebab 'terlalu pandai' buat mercun sendiri. Bila dah terkena, baru nak menyesal tak sudah. Padahal banyak dah kes-kes macam ini berlaku sejak musim raya tahun-tahun lepas lagi.

Siapa yang nak kita salahkan? Budak itu? Mercun buatan sendiri itu?

Ini pengalaman saya semasa duduk di rumah sewa suatu ketika dulu, setiap malam mesti ada orang main mercun depan rumah sewa saya. Kadang-kadang saya keluar rumah dan bertempik suruh main di tempat lain. Lagi kurang ajar mereka dengan baling masuk mercun bola yang meletup kuat di halaman rumah sewa saya. Memang terkejut saya dibuatnya.

Saya fikir budak-budak yang buat begitu. Jadi, satu malam saya ambil keputusan untuk menyorok dalam kereta dan tengok siapa yang selalu baling mercun bola ke dalam halaman rumah sewa saya. Rupa-rupanya BAPA si anak. Kalaulah BAPA dah berperangai macam itu, anak sudah semestinya ikut perangai bapa dia.

Ibu dan bapa adalah orang pertama yang anak-anak akan tiru. Oleh itu, apa yang ibu dan bapa buat, anaknya pasti tiru. Dah bapa dia suka main mercun baling masuk ke rumah orang, anaknya pasti mengikut. Sekarang ini siapa yang sebenarnya salah bila si budak ini terkena mercun ke mata dan buta sebab tak sempat baling atau tersilap baling? Si budak itu? Si mercun itu sendiri? Si bapa budak itu? Si ibu budak itu?

Cuma lontaran pandangan saya saja.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, July 18, 2013

BERGALAU DAH DAHI ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Mayeesa sekarang ini dah suka sangat memanjat. Merangkak dan duduk pun belum betul-betul, ada hati nak berdiri sekarang. Berdiri kalau pegang dengan kedua belah tangan, tak apa la juga. Tapi, nak berdiri macam orang besar, sebelah tangan pegang dan sebelah tangan lepas.

Kalau nak perhatikan dia setiap masa, memang tak mampulah. Tapi saya dan isteri cuba untuk sehabis baik untuk elakkan Mayeesa terjatuh masa berdiri. Tapi malangnya malang tiadalah berbau. Kalau berbau, bukan malanglah namanya. Kan? Hehehe.

Mayeesa terjatuh dan bergalaulah dahi dia. Menangis sekejap dan terus memanjat balik. Mungkin Mayeesa dalam proses untuk belajar berdiri. Umur baru 6 bulan lebih tapi dah ada hati untuk berdiri macam orang besar, berdiri dengan sebelah tangan.

Takpelah. Telatah sebeginilah kita akan rindu bila kita dah tua dan Mayeesa dah besar nanti. Takkanlah masa dia dah besar nanti, kita nak suruh Mayeesa memanjat kita kan? Hehehe.

p/s : Saya ceritakan apa yang isteri saya ceritakan.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, July 17, 2013

"BOS, BILA NAK BALIK?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Disebabkan isteri saya mengalami kebosanan dan Mayeesa mula melalak sebab bosan, terpaksalah wife saya bawa Mayeesa berjalan-jalan pada satu petang yang indah. Kedudukan rumah kami dengan pejabat yang amat dekat membawa wife saya dan Mayeesa menjengah saya di pejabat walhal masa pejabat telah habis. Mungkin Mayeesa dah rindu papanya.

Saya dengan segera menghabiskan kerja yang berbaki dan mengambil Mayeesa dari perlukan ibunya. Lantas saya dudukkan di kerusi saya. Lagaknya dah macam bos saya perhatikan. Wife saya terus tercuit hati untuk mengambil gambar 'bos kecil' yang baru itu.

Memang comel je Mayeesa duduk di kerusi bos. Dah macam bos pula saya tengok. Dengan wajah serius dia memerhatikan kami. Mungkin di masa hadapan Mayeesa akan menjadi seorang bos? Insya Allah. Sama-sama kita doakan.

p/s : Ini entry lama sebenarnya tapi saya baru saja tulis.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, July 11, 2013

ALHAMDULILLAH...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Memang agak lama juga saya tak updated saya ini. Kesibukan dengan kerja yang semakin bertambah dan virus malas dah mula memakan diri saya ini. Memang saya selalu juga buka tengok blog saya ini tapi bila mana saya cuba untuk update, virus malas mula aktif. Huhuhu.

Alhamdulillah. Saya dan keluarga saya diberi peluang lagi oleh Allah untuk menyambut Ramadhan untuk kesekian kalinya. Tahun lepas, saya dan isteri menyambut Ramadhan berdua dan Mayeesa masih berada di dalam perut ibunya. Tahun ini, kami bertiga pula. Saya bersyukur kepada Allah kerana masih panjangkan umur saya untuk bersama-sama menyambut Ramadhan bersama isteri dan anak tercinta.

Ramadhan ini menggamit pelbagai kenangan saya yang berlaku di rumah, sekolah, universiti dan sehingga semalam. Semalam pun boleh dikira sebagai kenangan juga kan? Kalau  nak diceritakan memang takkan habis tapi Insya Allah saya akan ceritakan dalam post yang berasingan. Tak seronok baca post yang bercampur-campur dengan pelbagai cerita. Macam rojak pula.

Saya dan sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog saya yang biasa-biasa saja ini.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka