Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, April 30, 2013

SEGMEN NASZ : "NASZ CARI BLOGLIST MEI 2013"

SEGMEN TAMAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bulan April tahun 2013 sudah hampir melabuhkan tirainya. Lagipun dah lama sangat saya tak buat segmen untuk cari bloglist. Kali ini saya nak cari Bloglist bagi Bulan Mei tahun 2013.

Apa fungsi bloglist ini?

Fungsi bloglist ini simple je. Mudah saya nak tahu apa rakan-rakan blogger saya update dan boleh saya terjah untuk baca entry dorang. Senang sikit kan? Tak payah nak susah-susah pergi dekat Google dan taip dan Search. Agak susah kalau begitu.

Cara nak join segmen saya ini ialah :

1. Buat satu entry baru. Copy dan paste gambar header saya di atas. Jangan lupa linkkan post ini ke entry korang tu.

2. Salin tajuk ini, SEGMEN NASZ : NASZ CARI BLOGLIST MEI 2013.

3. Korang ceritakan tentang blog korang. Simple je. Tak perlu panjang sangat.

4. Kalau sudi, tagkanlah kawan-kawan korang dan like Fan Page saya kat sebelah atas kanan tu. Kalau tak sudi, takpe. Saya tak paksa.

5. Publishkan post korang dan letakkan link korang tu kat kotak komen di bawah.

Segmen ini saya buka sampai 30hb April 2013 jam 11.59 malam. 

Setiap blog yang join segmen ini akan saya letakkan di bloglist Mei 2013 di sebelah bermula 1 Mei 2013.

Jemput join ramai-ramai.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

SAYA DIPERGUNAKAN...

Dicedok dari Sinar Harian

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang ini heboh tentang sikap 'kurang ajar' Zain Saidin, kekasih hati Rozita Che Wan dengan para juri dalam Program Realiti MasterChef Selebriti 2. Memang saya tengok episod tersebut tapi ulangan la. Pada masa itu, Chef telah mendekati Zain dan cuba memberi nasihat kepada Zain tetapi Zain tak mahu dengar. Dia asyik menumpukan perhatian kepada kawan-kawan yang berada di atas dalam menyediakan Pan Cakenya.

"Kawan-kawan di atas itulah yang membantu saya sehingga tahap ini"

Betul apa yang Zain cakapkan itu. Tapi, Zain kenalah dengar cakap Chef yang juga selaku juri dalam rancangan realiti tu. Tapi, setelah ditempelak mengenai "The Worse Pan Cake I Ever Taste" oleh salah seorang Chef, Zain pun mula 'mengamuk' dengan mengatakan juri tidak adil dalam memilih pemenang dan mempertikaikan kemenangan Pak Nil.

Dicedok dari Sinar Harian juga

Zain mengatakan dia "Dipergunakan" dan pihak Astro banyak mengedit dan ada yang tidak dipertontonkan. Tapi, harus faham, bila kita di rumah orang, kita mana boleh buat macam itu. Lagipun, Chef tersebut adalah Chef yang memiliki pengalaman bertahun-tahun dalam bidang masakan. Mestilah Chef tersebut ada ego. Kalau kitalah jadi Chef tersebut, Zain mula bercakap tanpa rasa hormat kepada kita. Kita takkan terasa apa-apa ke? Nak berdiri di situ sambil senyum saja? Kita mesti akan bidas balik sebab kita pun ada reputasi.

Dicedok dari Sinar Harian lagi

Saya memang dulu respek dengan Zain ini. Sebab kebolehan dia bertutur Bahasa Inggeris dalam Oh My English! bagus. Tapi, bila dia mula tunjukkan sikap tak hormat orang yang lebih tua daripada dia, hilang terus rasa hormat saya pada dia. Walaupun kita rasa tidak adil macam mana pun, kita masih kena hormat sebab Chef lebih lama dalam bidang dia berbanding diri kita sendiri.

Anyway, ini cuma pendapat saya saja. Cuma ingatan saya kepada Zain, jangan tunggu raya nak minta maaf sebab takut nanti tak sempat je. Hehehe.

Sumber : Sinar Harian

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"GIVEAWAY BY MISS BELLA RAZALI"

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Berjalan-jalan ke blog Remy terjumpa satu giveaway dari Miss Bella Razali. Rasa terpanggil untuk join disebabkan ketandusan idea untuk update blog. Lagipun, dah terlalu lama saya tak join mana-mana Giveaway yang dianjurkan dalam dunia blog ini. Lagipun, hadiah-hadiahnya simple dan mengujakan. Hehehe.

Saya nak kena ceritakan dah berapa lama saya di dunia blog ini. Saya pun tak berapa ingat sangat. Rasanya bertahun jugalah. Saya mula berblogging dalam Bulan Mei 2009. Saya ini tak ada apa-apa kelebihan pun. Cuma tahu tulis blog je kelebihan saya. Menulis sesuatu bukan senang walaupun nampak senang.

Senang nak baca tapi nak tulis bukan sesuatu yang senang. Kalau idea tengah melimpah ruah keluar dari kepala, takpelah. Tapi, kalau kepala memang dah blank, memang tak dapat tulis apa-apa pun. Bahagian untuk edit blog ini pun saya tahu sikit-sikit je. Header blog saya ini pun dah lama tak tukar.

Tetapi, apa yang saya tulis datang spontan dari kepala saya sendiri. Mungkin saya ada edit sikit supaya nampak sopan dan tak menyakitkan hati yang membaca. Saya kena juga jaga hati para pembaca blog saya yang tak seberapa ini. Sekurang-kurangnya dorang sudi baca walaupun terpaksa. Hehehe.

Giveaway ini dijangka tamat pada 10 Mei 2013 tetapi tarikh tersebut akan bertukar mengikut sambutan. Ini yang dikatakan oleh penganjur. Di sini saya menyeru supaya korang di luar sana untuk ramai-ramai join giveaway ini. Untung-untung dapat hadiah. Hehehe.

Saya nak tag :

TeAqArH
MizzTina

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, April 29, 2013

SEMAKIN DEKAT, SEMAKIN HANGAT...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ada lebih kurang seminggu lagi kita akan mengundi. Kepada yang layak, pergilah mengundi. Kepada yang belum layak a.k.a belum cukup umur, nilai dan kaji setiap parti yang berkempen. Undi kita adalah hak kita. 

Saya terima risalah kempen dari kedua-dua belah parti yang mengajak saya mengundi parti masing-masing. Saya memang sayangkan Malaysia. Pilihan harus dibuat tetapi parti yang mana satu yang akan saya pangkah? Undi adalah RAHSIA. Saya tahu apa yang saya nak pangkah.

Mungkin kita sepatutnya tengok parti yang bertanding dan kita kena sokong apa saja pilihan parti tersebut. Tetapi, perlu diingat juga, calon yang diletakkan di tempat kita pun perlu diperhatikan. Kita kena tengok reputasi calon tersebut, apa yang telah dia buat untuk penggal sebelum ini kecuali calon muka baru. Tapi kalau sebelum ini pun dia tak buat apa-apa dan sekarang baru nak tunjuk muka sambil meraih undi, rasanya calon macam ini selepas PRU mesti hilang dan susah nak tolong rakyat.

Kuasa untuk memilih di tangan rakyat. Pemimpin yang dipilih rakyat haruslah bekerja untuk rakyat. Pemimpin yang dipilih rakyat kenalah berusaha untuk tidak membebankan rakyat. 

Setiap undi yang dibuang sangat BERHARGA. Parti mana pilihan kita? Kita saja yang tahu. Mengundi dengan bijak. Kita yang memilih siapa pemimpin kita.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, April 25, 2013

PASPORT MALAYSIA SIAP 1 JAM ...


Gambar Pasport Saya dan Keluarga yang dah siap

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Minggu lepas hari Jumaat, saya bawa diri sendiri, isteri, Mayeesa, emak dan adik saya ke Pejabat Imigresen Seberang Jaya Pulau Pinang untuk buat Pasport Malaysia. Memang ini kali pertama saya dan keluarga nak buat pasport. Saya rancang untuk bawa keluarga saya melancong ke luar negara. So, kalau nak melancong ke luar negara kenalah ada pasport kan?

Nak buat pasport ini senang dan cepat je sekarang ini. Itupun kalau semua gambar dan dokumen yang diminta dibawa dan lengkap. Kalau tak, kenalah kita ulang alik ke kedai gambar untuk ambil gambar berukuran pasport baru disebabkan tak ikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Imigresen. Macam saya buat hari itu, memang cepat sebab sebab dokumen telah saya sediakan dan cuma tunggu 1 jam untuk ambil pasport selepas buat bayaran.

Kalau korang pun nak buat pasport, korang kena sediakan dokumen-dokumen di bawah :

Dewasa :
1. 2 keping gambar berukuran pasport berlatar belakang biru (Muka kena nampak penuh)
2. Mykad Asal dan Salinan (1 Keping)
3. Bayaran (RM100 untuk 2 tahun dan RM300 untuk 5 tahun)

*Bagi warga emas, bayaran untuk 2 tahun adalah RM80 dan untuk 5 tahun adalah Rm150.

Kanak-Kanak (Berumur 12 tahun ke bawah) :
1. 2 keping gambar berukuran pasport berlatar belakang biru (Muka kena nampak penuh)
2. Sijil Kelahiran Asal dan Salinan (1 Keping)
3. Bayaran (RM80 untuk 2 tahun dan RM150 untuk 5 tahun)

Ada juga orang yang untuk mendapat bayaran separuh harga bagi pasport 5 tahun iaitu sebanyak RM150. Orang yang layak adalah remaja yang belum mencapai umur 21 tahun yang sedang belajar di luar negara ataupun yang dapat menunjukkan bukti mendapat tawaran belajar di luar negara.

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar diberikan pengecualian bayaran dengan syarat berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mengemukakan Kad Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai bukti.

Sekarang ini nak pasport Malaysia memang senang dan cepat tetapi kenalah pasti dokumen yang diminta lengkap. Saya ada juga keluarga yang terdiri daripada ibu, bapa dan 2 orang anak. Mereka ini beratur di belakang kami semasa nak ambil nombor giliran. Saya adalah bersembang sikit-sikit dengan si bapa. Kemudian, selepas saya ambil pasport Malaysia yang dah siap dan bergerak keluar menghampiri pintu pagar besar pejabat Imigresen, saya ternampak keluarga yang beratur belakang kami pun baru nak keluar. Saya pun dengan ramahnya bersembang dengan dia.

Saya : Macam mana? Dah siap pasport?

Si Bapa : Belum lagi. Ada problem dengan gambar plak. Kena ambil balik.

Saya : La... Ambil kat mana tadi?

Si Bapa : Gambar dah lama ambil. Ingatkan boleh pakai lagi.

Saya : Saya pun ambil gambar dekat kedai gambar sana. Senang kalau ada problem apa-apa dengan gambar yang dorang ambil, saya boleh terus pergi kedai dorang.

Si Bapa : Yelah. Takpelah.

Saya : Bila siap pasport?

Si Bapa : Petang nanti baru. Kena tunggu 1 jam ni. Bawa dorang ni pergi mana-mana dulu.

Saya : Orait. Saya balik dulu. Assalamualaikum.

Si Bapa : Ok. Waalaikummussalam.

Dorang kena ambil gambar baru kalau pihak imigresen tak terima gambar pasport yang dorang bagi. Kesian kat dorang. Tapi, takpelah, pengajaran untuk masa akan datang. Kan? Hehehe.

Mesti korang nak tanya, Nasz buat pasport Malaysia ni nak pergi mana-mana ke?

Hehehe. Memang nak pergi mana-mana tapi nanti saya update dalam post berikutnya ye?

p/s : Excited dapat buat Pasport. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, April 19, 2013

NASI KUKUS AYAM DARA...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kali ini rasa nak cerita sikit tentang makanan. Tetapi, ini bukan bermakna blog picisan saya akan menjadi blog berkisarkan makanan. Tidak sama sekali. Ia masih blog saya. Hehehe.

Korang pernah dengar Nasi Kukus Ayam Dara? Setahu saya makanan ni popular di Terengganu. Saya memang tak pernah makan pun tapi disebabkan isteri saya pernah belajar di UiTM Terengganu suatu ketika dulu, baru saya tahu tentang makanan ini.

Sekali cuba, memang nak lagi. Cuma, kata isteri saya, kalau nak yang lagi sedap, kenalah pergi ke Terengganu. Jauh tu. Takpelah, rasa dekat kawasan perak pun dah ok.

Saya terjumpa satu gerai yang menjual Nasi Kukus Ayam Dara ni di Manjung. Masa itu, saya tak sengaja tersinggah gerai tersebut dan terus terpikat. Setiap kali saya turun Manjung, mesti saya dan isteri pergi menjamu selera kat sana.

Nasi Kukus Ayam Dara ini terdiri dari Nasi yang dikukus, sambal, kari, timun dan ayam goreng berempah. Macam mana nak tahu ayam tu dara tak? Saya tak pasti sebab saya tak pernah belajar tentang cara check ke'dara'an ayam tersebut. Hehehe. Kalau nak tahu juga, pergilah Google ataupun tanya kepada yang pakar ayam.

Anyway, memang puas hati sebab nasi kukusnya banyak dan ayamnya besar. Harga rasanya dalam RM6.00 sepinggan.Oklah tu. Puas hati makan. Korang yang duduk di Negeri Terengganu mesti selalu makan kan?

Ada ke geng blogger yang tak pernah rasa Nasi Kukus Ayam Dara ni lagi?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, April 16, 2013

DULU KAWAN, SEKARANG MUSUH...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Musim Pilihanraya Umum 13 dah bermula. Malah, dah makin hangat. Setiap parti sedang berkempen meraih undi. Setiap parti ingin menang pilihanraya kali ini. Bermacam-macam cara digunakan untuk menarik pengundi untuk mengundi parti masing-masing.

Tetapi, saya agak kecewa apabila PRU ini menjadi penyebab putusnya ikatan persahabatan dan ada juga yang sanggup bercerai berai. Padahal, kalau hendak dibandingkan dengan apa yang akan berlaku di Padang Masyar nanti, ini bukanlah apa pun.

Tak perlu rasanya kita terlalu taksub dengan perkara-perkara sebegini. Cukuplah sekadar mengambil tahu dan membuat pilihan yang pada hemat kita, terbaik untuk kita dan negara Malaysia yang tercinta. Kita perlu tahu, UNDI ADALAH RAHSIA.

Perbezaan fahaman politik tak semestinya kita kena berjauhan. Kita masih boleh makan bersama-sama. Bersembang bersama-sama. Bermain bersama-sama. Tetapi, apa yang berlaku sekarang adalah berlaku pepecahan dan saling benci membenci antara satu sama lain. Sampaikan kawan karib sejak kecil boleh menjadi musuh yang paling ketat.

Ini cuma coretan pendapat saya saja. Korang ada pendapat lain tak?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, April 13, 2013

"MASA ANDA DAH TAMAT"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah duduk dalam dewan exam tak? Best tak? Mana yang tak cukup study, mesti tak best kan duduk dalam dewan exam? Hehehe.

Dalam dewan exam, biasanya akan ada 1 orang incharge atau 'kepala' untuk beri arahan tapi lain pula yang berlaku di satu tempat ini. Saya tak nak beritahu di mana tapi ia bukan exam untuk SPM mahupun Universiti. Nanti bila saya beritahu, ada yang tak suka dan mula kutuk saya ni 'pembangkang' bagai.

Ini pengalaman yang wife saya beritahu saya. Semasa di permulaan exam, si 'ketua' pertama ini kata tak perlu isi beberapa perkara dan cuma isi beberapa perkara ini. Kemudian, exam pun bermula dengan pengumuman tak henti-henti semasa exam tengah berjalan. Sepatutnya semasa exam, dewan sentiasa senyap sebab kita nak fokus dalam menjawab soalan. Tapi, ini tidak. Mungkin penjaga peperiksaan tu boring kot? Sebab tu asyik bagi pengumuman je.

Kemudian, bila masa dah tamat, penjaga exam terus beritahu,

"MASA DAH TAMAT"

Terkejut semua orang yang tengah kusyuk jawab soalan. Tak ada langsung pengumuman untuk maklumkan sebelum masa tamat macam,

"ANDA ADA LAGI 10 MINIT"

Bila masuk sesi exam kedua, ada 'kepala' yang lain pula marah semua peserta mengatakan ada beberapa ruang tak diisi. Padahal, 'kepala' yang pertama kata tadi tak perlu isi. (Korang boleh baca diperenggan di atas ).

Bagi saya , ini adalah pengalaman exam paling teruk saya pernah dengar. Dorang tak ada pergi kursus ke sebelum nak jaga dewan exam? Kalau korang kena, korang rasa macam mana?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, April 9, 2013

RAKAMAN BUDAK SEKOLAH DIPUKUL...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sebelum korang terus membaca, tengok dulu rakaman di bawah ini :


Budak-budak di Negara lain seperti Palestin hidup dalam ketakutan. Sentiasa diserang oleh Israel dan yang tidak bernasib baik, dibunuh. Yang kurang bernasib baik, hilang anggota badan sebab dibom dan ada juga yang dibunuh.

Tetapi, budak-budak di Negara Malaysia ini tak bersyukur dengan keamanan kita sekarang. Lagipun, kuasa guru untuk merotan tak seperti dulu. Dulu, bila guru merotan anak muridnya, mana berani anak murid nak mengadu kat emak ayah. Sebab nanti anak murid itu akan dibalun dengan emak atau ayah sekali lagi.

Budak-budak yang merakam kejadian ini nampaknya tak takut apa-apa pun. Siap boleh tunjuk muka lagi. Lagipun, rakaman ini dah tersebar luas di Facebook. Saya ambil link rakaman ini pun dari Facebook.

Inilah yang sering berlaku di sekolah-sekolah di Malaysia sekarang. Yang lemah dibuli, yang fikir diri sendiri kuat, jadi genster di sekolah. Kadang-kadang saya rasa cikgu pun tak berani nak tegur mereka ini. Nanti habis kereta cikgu ditorehkan.

Anak murid yang lemah ini akan tahan sampai bila? Harap akan ada pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan ke atas budak-budak gengster. Saya tengok rakaman ini pun rasa geram sangat. Korang tak rasa geram ke? 

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka