KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, December 31, 2012

2012 JADI KENANGAN ESOKNYA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ada beberapa jam lagi kita akan melangkah ke tahun 2013. Dalam sedar tak sedar kita dah makin hampir dengan tahun 2013.

Segala perkara yang berlaku pada tahun 2012 akan menjadi kenangan. Kita terus maju ke hadapan bersama menuju ke tahun 2013 yang bakal tiba.

Ada beberapa perkara yang berlaku di tahun 2012 bagi saya sangat indah. Bulan Mac 2012 adalah bulan saya menamatkan zaman bujang saya. Saya berkahwin dengan seorang perempuan cukup bagus dan memahami saya. Terima kasih kepada isteri saya sebab sudi menerima saya ke dalam hidupnya.

Kemudian, bulan ini menyaksikan isteri saya melahirkan anak kami yang pertama. Memang kalau diikutkan kelahiran anak kami ini dijangka pada tahun 2013 tapi baby nampaknya dah tak sabar nak tengok dunia. Tapi tak apa, janji baby sihat dan dapat menceriakan lagi hidup kami berdua. Anak sulung kami adalah seorang puteri yang akan bertakhta di hati kami.

Ini antara kenangan paling indah yang saya tak dapat lupakan. Ada lagi tapi rasanya inilah yang paling tinggi rankingnya dalam semua kenangan saya. Semoga tahun 2013 nanti akan menghasilkan kenangan yang lebih manis terutamanya bersama dengan puteri tersayang kami.

Selamat meninggalkan tahun 2012.

Dan Selamat menyambut tahun 2013.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

SAMA TAK MUKA KAMI?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Isteri saya beritahu yang wajah puteri kami sama dengan wajah saya. Saya tak perasan pun?

Korang tengok gambar di atas tu, korang rasa sama ke?

p/s : Wajah baby akan berubah dah besar nanti.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, December 30, 2012

PUTERI KAMI...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Alhamdulillah. Penantian dah berakhir. Kini penyeri hidup saya dan isteri saya telah berada di dunia. Lepas ini, blog ini banyak cerita mengenai penyeri hidup kami ini.

Pada 28.12.2012 jam 9.25 malam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, selamat lahir puteri yang akan menyinari hidup kami. Alhamdulillah sehingga hari ini, puteri kami tiada apa-apa masalah.

Nama puteri kami akan saya umumkan bila sijil kelahiran dah keluar. Sekarang ini saya takkan umumkan lagi. So, korang kenalah tunggu. Hehehe.

Anyway, terima kasih di atas doa daripada pihak korang untuk keselamatan isteri dan anak saya. Terima kasih.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9


Sila Tekan Like Jika Suka


Monday, December 24, 2012

FOOT REFLEXOLOGY...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Isteri saya ajak pergi Tesco Klang dan ajak saya pergi buat Foot Reflexology. Saya pun beritahu dia suaya dia pergi sorang cukuplah. So, mula-mula macam itulah.

Tetapi, sampai saja tempat buat foot reflexology, isteri saya pujuk saya buat sekali. Memang kaki dan belakang serta leher saya ada masanya sakit. So, termakan dengan pujukan isteri saya, saya pun buatlah.

Bukan saya tak pernah buat Foot Reflexology iaitu Urutan Kaki tapi pengalaman sebelum ini buat saya takut nak buat lagi. Sebab bila kaki saya diurut, saya rasa sangat sakit. So, memang rasa betul sakitnya.

Kali ini ramai pula orang yang ada dalam Pusat Foot Reflexology ini. So, mahu tak mahu, saya kenalah tahan sakit dengan buat muka selamba je. Padahal, sakitnya hanya saya dan Allah saja yang tahu. Dan rasanya brader yang urut saya tu rasa tahu juga kot?

Anyway, lepas buat Foot Reflexology ini, rasa lega sikit. Korang pernah buat Foot Reflexology tak?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

AZWAN ALI SAMAN JOZAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Azwan Ali yang lebih dikenali sebagai Baby A sekarang ini nak saman Jozan. Saya rasa disebabkan Johan meniru lenggang lenggok cara dia semasa persembahan Maharaja Lawak Mega 2012 minggu keenam.

Azwan Ali nampak macam betul-betul tak puas hati sehinggakan dah siap panggil peguam untuk failkan saman kepada Jozan. Tetapi, pengurus Jozan buat tak tahu je.

Pengurus Jozan siap lawan cakap dan kutuk-kutuk manja Azwan Ali. Azwan Ali pun apa lagi. Balas kutukan pengurus Jozan dengan macam-macam kutukan yang lebih pedas.

Akhirnya, pengurus Jozan dan Azwan Ali telah mencapai kata sepakat untuk berdamai. Korang nak tahu siapa pengurus Jozan.

Pengurus Jozan adalah Mak Jemah dalam Era.FM. Mak Jemah pula dilakonkan oleh Johan. Johan adalah salah seorang daripada Kumpulan Jozan. Hehehe.

Sebenarnya, ini perbualan gurau senda manja di antara Azwan Ali dengan Mak Jemah (Johan). Semua ini untuk slot JoHaRa pagi Era. Hehehe.

Korang terpedaya ke?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, December 23, 2012

SAYA DAH AGAK DAH...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Keenam menyaksikan Bandung Jongkers tersingkir. Memang saya dah agak dah dorang akan tersingkir.

Kenapa?

Sorry to say, lawak yang dorang buat agak ketinggalan. Dorang tak kaji betul-betul selera penonton di Malaysia ini. Watak Upin dan Ipin yang dorang ketengahkan itu dah tak berapa relevan. Sebabnya adalah bagi saya, peminat watak-watak itu dah semakin berkurangan.

Sekarang ini saya tengok budak-budak minat kartun animasi Boboiboy termasuk saya. Upin dan Ipin mungkin ada juga yang masih minat tapi bukan saya. Lagipun, lawak mereka dah kurang menyengat. Modal dorang cuma gelak Upin dan Ipin itu saja.

Lagipun, persembahan dorang pada minggu keenam ini bagi saya tak lawak langsung. Saya langsung tak gelak. Lagipun kedudukan orang memang yang paling bawah sekali pada masa itu. Memang saya dah boleh agak dorang akan terkeluar.

Anyway, ini cuma pendapat dan kritikan saya saja. Bukan kutukan ye? Sila bezakan kritikan dan kutukan. Apa pendapat korang pula?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, December 20, 2012

DAPAT LAYANAN "FIRST CLASS" KE?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam memperlihatkan Pasukan Singapura membenam Pasukan Thailand dengan keputusan 3 - 1. Keputusan ini untuk perlawanan di Singapura. Selepas ini, akan ada perlawanan timbal balik di Thailand.

Saya sembang dengan kawan-kawan saya secara berseloroh tentang layanan yang akan diterima oleh Pasukan Singapura di Thailand. Dorang akan bagi layanan "First Class" seperti mana Malaysia dulu ataupun lebih teruk.

Kalau Pasukan Malaysia kita seri dengan Pasukan Thailand dengan keputusan 1 - 1 pun padang seperti sawah bendang, inikan pula Pasukan Singapura yang benamkan Pasukan Thailand dengan 3 - 0. Mungkin Thailand akan bagi padang dalam hutan untuk berlatih kan?. Hahaha.

Anyway, kita tengok saja apa akan berlaku nanti. Apa pendapat korang?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, December 19, 2012

1.9 JUTA PERMOHONAN BARU...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sebanyak 1.9 Juta permohonan baru BR1M 2.0 termasuk permohonan pemohon bujang dan pemohon berkeluarga.

In Shaa Allah dalam pertengahan Bulan Januari 2013 akan mula pengagihan. Alhamdulillah, rezeki baby.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, December 18, 2012

21.12.2012 - DUNIA KIAMAT...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

 Korang pernah tengok Movie 2012 tak? Saya suka tengok movie ini sebab grafik dia memang sempoi dan gempak. Tapi, saya just suka tengok saja la. Kalau nak suruh saya percaya, tak payahlah. Tapi, ramai juga yang percaya ... termasuk orang islam sendiri. Dorang percaya berkenaan Ramalan Kaum Mayan mengenai dunia akan kiamat pada 21.12.2012 disebabkan pusingan bumi telah tamat tempoh yang ditetapkan. Oleh itu, dorang kelam kabut pergi ke pasaraya untuk beli barangan dapur untuk simpanan di rumah.

Sebagai orang islam yang berpegang kepada Kitab Al-Quran dan Sunnah, kita kena percaya bahawa tarikh hari kiamat adalah rahsia Allah. Tapi, Allah ada nyatakan dalam Al-Quran mengenai Kiamat Kecil dan Kiamat Besar serta tanda-tanda dunia akan kiamat.

 Ramalan Kaum Mayan ini lebih kurang sama seperti Ramalan Horoskop yang selalu kita baca dalam suratkhabar tu. Baca boleh, percaya jangan.

 Di China, ada seorang lelaki yang percayakan Movie 2012 berkenaan Dunia akan Kiamat pada tahun ini dan telah bersedia dengan "Bahtera" buatan berbentuk sfera a.k.a bulat. Dia kata "Bahtera" itu dapat menyelamatkan diri kita dari berhadapan Hari Kiamat kelak. Nonsense.

 Dunia ini kalau nak Kiamat esok dengan kehendak Allah, maka esoklah Kiamatnya. Tapi, kita tak tahu bila tarikhnya sebab Allah rahsiakan daripada kita bersebab. Apa yang perlu kita buat sekarang adalah beribadat kepada Allah dengan sepenuh hati dan mohon perlindungan Allah.

 Tak perlu nak buat "Bahtera" bagai sebab perlindungan Allah paling terbaik.

 Wassalam.

  -NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

TERSENYUM SENDIRI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tak sampai sebulan lagi status saya ke Daddy-To-Be. Nervous + Excited + Scared. Nervous sebab ini anak pertama saya dan isteri saya. Excited sebab tak sabar nak tengok dan dukung anak saya. Takut saya tak mampu untuk jadi ayah yang baik tapi saya berazam untuk jadi yang terbaik untuk anak saya.

Kadang-kadang tu, saya mengelamun tengah dukung anak saya dan anak saya senyum pada saya, tanpa saya sedari, saya tersenyum sorang-sorang. Nasib baik tak ada orang, kalau tidak, malu je saya. Hehehe.

Entah kenapa jadi macam itu pula saya sekarang ini. Isk... Isk...

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, December 17, 2012

SCAN SEKALI LAGI...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi petang, isteri saya ada temujanji dengan doktor untuk sesi Scan Kandungan. Kira hari ini, pagi dan petang lah saya ke Klinik Kesihatan. Sebenarnya, saya terlupa. Saya balik sekejap ke rumah untuk Solat Zohor, isteri saya beritahu saya, baru saya ingat. Saya solat dulu dan kemudian saya bawalah isteri saya ke Klinik Kesihatan.

Sebelah petang ini, saya tunggu sebab saya rasa sekejap je kalau doktor nak scan. Tapi, saya cuma duduk di ruang menunggu saja. Doktor nak check kedudukan bayi dan keadaan fizikal dia saja. Kalau di klinik swasta saya boleh masuk tapi klinik kerajaan ini rasa susah sikit nak masuk.

Anyway, saya pun tunggu di ruang menunggu saja la. Tak lama kemudian, isteri saya pun keluar, Muka dia nampak berseri-seri jugalah. Mungkin sebab doktor ini dah boleh buat scan. Sebelum ini, isteri saya minta tolong scan tapi dia tanpa segan silunya mengaku dia memang tak reti nak guna mesin scan tersebut. Rasa nak tergelak juga masa tu sebab kelulusan dia memang tinggi. Mungkin dia dah ambil kursus khas untuk belajar gunakan mesin scan ini. Baguslah sebab telah ambil inisiatif untuk belajar.

Dalam kereta, isteri saya cerita yang doktor tunjukkan kaki dan tangan bayi kami. Kepala dia dan semualah. Doktor tu usaha untuk tengok jantina bayi kami tapi tak berjaya. Baby malu kot sebab asyik kepit je kakinya. Lagipun, baby tak gerak pun sebab tidur. Tapi, doktor cakap berkemungkinan lelaki tapi tak pasti. Jantina tak dapat disahkan sebetul-betulnya. So, untuk tahu jantina bayi, kenalah tunggu sampai bayi keluar. Hehehe.

Doktor tak dapat cetak keluar apa yang discan tadi. Mungkin sebab bayi dah besar dan mampat. Kalau cetak keluar pun, tak nampak sangat.|So, takpelah, tunggu tak sampai sebulan lagi pun, In Shaa Allah, selamat lahir bayi kami.

Korang doakan ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

ASAP ROKOK DAN IBU HAMIL...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pagi tadi saya bawa isteri saya ke Klinik Kesihatan untuk buat check up dan ambil balik buku merah sebab isteri saya ambil keputusan untuk bersalin di Selangor. Lagipun, ini anak pertama kami, memang kami langsung tak tahu apa nak buat. Di Selangor, ada ibu mertua yang boleh bagi panduan dan beritahu apa yang perlu dibuat.

Saya tinggalkan isteri dan kembali ke pejabat. Setelah dah selesai check up, isteri saya pun telefon saya untuk datang ambil dia. Saya pergi ambil dia di Klinik Kesihatan dan terus bawa dia bersarapan di sebuah kedai berdekatan dengan pejabat saya. Ramai juga pelanggan sebab banyak kedai makan tutup hari ini.

Masa tengah makan, ada sekumpulan orang-orang tua dan muda sedang bersembang serta bersarapan juga. Dari perbualan mereka yang saya dengar, rasanya mereka ini orang Bagan Datoh yang dah lama tak balik Bagan Datoh. Dorang nampaknya tersekima dengan perubahan dan pembangunan yang berlaku di Bagan Datoh.

Tiba-tiba tengah saya dan isteri kusyuk makan, hidung terbau suatu bau yang kurang menyenangkan. Saya terus toleh ke arah bau tersebut dan terlibat salah seorang lelaki melayu tersebut tengah hisap rokok dan asap rokok menghala ke arah saya. Saya pun tegurlah,

"Pakcik, ada ibu mengandung di sebelah saya ini. Minta hisap rokok di tempat lain"

Tapi, pakcik yang berada di depan pakcik yang hisap rokok itu yang menjawab,

"Saya tak hisap rokok pun"

Saya terus jawab,

"Bukan pakcik, pakcik ni"

Sambil jari saya menunding ke arah pakcik yang hisap rokok tu. Terus pakcik yang hisap rokok letak rokoknya di sebelah yang satu lagi.

Isteri saya cakap kepada saya,

"Biarlah, orang tua tu"

Saya jawab balik,

"Ini anak kita. Bukan anak dia"

Isteri balas balik,

"Betul juga"

Saya teruskan,

"Asap rokok ini bahaya. Boleh mudaratkan kesihatan.Nanti anak kita sakit, macam mana?"

Isteri diam. Saya pun terus makan dan malas nak pandang ke arah meja yang penuh dengan orang-orang tua tu.

Mungkin muka saya agak garang masa tu. Itulah kata isteri saya. Saya tak perasan tapi kalau melibatkan kesihatan anak saya, mestilah saya akan rasa nak marah. Kalau nak hisap rokok dan bunuh diri sendiri serta ahli keluarga pun, silalah hisap jauh daripada kami. Kami tak mahu disebabkan dorang, anak kami dan kami yang sengsara.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SAYA MAIN ONE MILLION MONEY DROP...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi saya dan isteri saya layan permainan online secara play along One Million Money Drop. Saja nak try. Mungkin boleh menang apa-apa hadiah kan? Tak salah pun.

Soalan pertama, still ada 1 juta. Soalan kedua, masih lagi ada 1 Juta. Masuk je soalan ketiga, terus 'drop' 1 Juta sebab jawapan salah. Hahaha. Tapi, dapat balik 1 Juta balik. Maknanya kena mulakan balik la nampaknya.

Gemuruh main One Million Money Drop secara online berbanding berada di atas permainan itu sendiri memang berbeza. Bayangkan kita berada di atas pentas permainan dengan tontonan ribuan penonton di Malaysia, kalau saya, rasanya saya tak dapat nak fikir apa dah. Bagi soalan pun, saya terus 'blank'.

Tapi, saya rasa macam sekejap sangat sebab banyak sangat iklan. Asyik iklan saja. Tiba-tiba dah habis. Kenalah tunggu minggu depan la nampaknya. Takpelah, main online pun ok juga. Ada rezeki, dapatlah hadiah. Kan?

Korang main tak One Million Money Drop online ni?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, December 16, 2012

PAKAI TUDUNG MASA NIKAH JE...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru-baru ini ada beberapa artis berkahwin. Alhamdulillah. Sampai juga jodoh mereka. Tapi, saya tak berapa setuju dengan cara dorang. Masa akad nikah, pakai tudung tapi masa kenduri ataupun resepsi apa entah, tudung terus hilang.

Sepatutnya, suami kenalah tegur isteri supaya pakai tudung. Sebab akibat tak pakai tudung, dosa bagi setiap helai rambut isteri tu terus kepada suami. Saya pun bukan perfect sangat. Saya pun ada kelemahan tapi saya rasa kena tegur juga.

Majlis kenduri pun tak perlulah rasanya nak buat besar-besaran sangat. Secara sederhana cukuplah. Entahlah, saya perasan sekarang ini, orang kita kalau nak buat kenduri, mesti buat sebesar-besar yang boleh.

Saya harap sangat perempuan-perempuan di luar sana, pakailah tudung. Tutuplah aurat. Kalau nak tahu apa azab yang akan diterima, korang tengok cerita 'Maut'. Masa tu korang akan rasa insaf.

Entry ini bukan berbaur rasa iri hati tapi cuma untuk peringatan saja. Sekurang-kurangnya saya dah memperingati sesama kita. Semoga kita sama-sama saling mengingati antara satu sama lain.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, December 15, 2012

NAK RAJAGOPAL LETAK JAWATAN?


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya perasan banyak juga post dalam Facebook yang suruh Rajagopal, Jurulatih Pasukan Harimau Malaya letak jawatan disebabkan kekalahan Pasukan Harimau Malaya kepada Pasukan Gajah Putih. Banyak juga post dalam Facebook yang maki hamun dia.

Inilah manusia, masa dia bawa Pasukan Harimau Malaya menjulang Piala AFF Suzuki pada tahun 2010, hampir semua orang sanjung dia. Tapi, bila Pasukan Harimau Malaya kalah baru-baru ini, terus kutuk dan maki hamun dia. Dia dah berusaha bersungguh-sungguh, dah bukan rezeki pasukan kita, nak buat apa lagi. Kita boleh cuba lain kali.

Saya bangga sebab sejak dia jadi Jurulatih Pasukan Harimau Malaya kita, rakyat kita dah mula buka mata dengan kebolehan pasukan bola sepak kita. Sebelum ini, tak ramai yang ambil tahu sangat tentang pasukan bola sepak kita termasuklah diri saya. Selepas ledakan kemenangan kita dalam Piala AFF Suzuki pada tahun 2010, saya terus bersemangat dan mula nampak kebolehan pasukan kita.

Kita tak kalah pun sebenarnya. Setiap perlawanan adalah pengalaman yang paling berharga. Pengalaman ini akan bawa kita terus ke depan hingga ke puncak. Saya nak berterima kasih kepada Rajagopal kerana berusaha melatih pemain bola sepak kita sebaik mungkin. Walau apa pun kritikan dan kutukan orang lain, teruskan apa yang anda buat.

Pada pendapat saya, kalau nak sangat Rajagopal letak jawatan, cadangkan pengganti yang betul-betul layak. Yang boleh berikan keyakinan kepada rakyat Malaysia untuk melatih pasukan kita. Tak perlu desak dia untuk letak jawatan macam itu saja. Mestilah kita kena ada pengganti yang berkaliber.

Ini cuma pendapat saya, pada saya, Rajagopal dah buat sehabis baik yang dia mampu. Kita patut faham, dia manusia dan manusia bukannya sempurna. Kita patut hargai dan teruskan sokongan kita terhadap pasukan Harimau Malaya kita.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

TERLALU 'EDUCATED'...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya terjumpa Screen Shot di bawah Facebook rakan sekerja saya dulu masa saya bekerja di Melaka.


Saya padamkan gambar dan nama orang tersebut sebab tak mahu mengaibkan dia. Tak baik. Bagi saya, orang ini terlalu 'educated' sampai boleh terkeluar ayat sebegini. Memang betul kita marah dan melibatkan nyawa kita, tapi kita kena juga fikir sebelum nak post apa-apa di Facebook. Jangankan disebabkan kita post tanpa fikir perasaan kaum, Kita berpecah belah.

Semasa di sekolah Menengah, saya belajar di Penang Free School. Sekolah Inggeris yang ada semua kaum. Memang saya nak bersaing dengan mereka agak susah tapi pada masa itu, saya jadikan mereka sebagai matlamat saya. Walaupun nampak macam mustahil, saya tetap terus cuba capai matlamat untuk berjaya seperti mereka. Pada masa yang sama, saya masih berkawan dengan mereka.

Saya harap kita dapat saling hormat menghormati. Sebelum kita nak hentam kaum atau orang lain, cuba tengok diri kita dulu, diri kita dah betul atau kita pun serabut. Harap sangat perpaduan yang terbentuk sekarang ini kekal selamanya.

Kita kan 1 Malaysia. Hormatlah, In Shaa Allah kita akan dihormati.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

MEMANG NASIB BAIK...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru je lepas layan Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Kelima. Tema minggu ini adalah Musical Comedy. Saya tengok semua kumpulan berusaha untuk menyampaikan persembahan yang terbaik kepada semua penonton. Tapi, ada juga kumpulan yang terlalu mencuba sehingga asyik menjerit saja. Ada juga kumpulan yang asyik gunakan konsep yang bagi saya dah 'outdated'.

Tapi, saya suka persembahan hampir semua kumpulan. Dan kejutan untuk minggu ini adalah tiada penyingkiran. Kalau tak ada penyingkiran minggu ini, berkemungkinan minggu penyingkiran untuk dua kumpulan. Ini saya teka je. Kita tengok minggu depan macam mana k?

Saya suka persembahan Shiro. Walaupun Shahrul tak tahu menyanyi tapi memang lawak. Saya setuju dengan Awie tentang jangan sentuh isu agama. Memang isu sensitif. Tapi, secara keseluruhannya, memang best.

Persembahan Jozan pun tak mengecewakan. Lagipun, Zizan dah memang pandai menyanyi dan menari. Johan pula kreatif. Kumpulan R2 pun sekarang ini semakin menyerlah tetapi betul kata Awie, persembahan minggu lepas (Minggu Ketiga) memang superb, saya suka sangat, minggu ini agak kurang menyengat sikit. Tapi overall, masih best.

Saywho pun memberikan persembahan yang sangat baik. Saywho sekarang dah pandai dan memahami cara nak tackle penonton di Malaysia. Persembahan yang bersahaja dan suka part lagu Kelantan tu, lawak sungguh. Best.

Jambu seperti biasalah, suka buat lawak spontan tapi cuma malam ini, persembahan dorang 'pick up' agak lambat sikit. Masa pertengahan baru saya rasa nak gelak. Tapi, masih best. Saya suka.

Kumpulan-kumpulan yang lain tu bukan saya tak suka, tapi saya tak berapa nak gelak sangat. Dan memang dorang sangat bernasib baik sebab tiada penyingkiran pada minggu ini. Semoga minggu depan, dorang akan berikan persembahan yang lebih baik.

Anyway, 'Peace Yo'.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, December 14, 2012

TAK SAMPAI SEBULAN LAGI...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tak sampai sebulan lagi saya akan bergelar BAPA, In Shaa Allah. Semoga bayi dalam kandungan isteri saya sentiasa sihat hendaknya. Semasa pergi buat pemeriksaan di Klinik Swasta dan Kerajaan, tarikh dijangka beranak adalah pada 11.01.2013. Tetapi, perut isteri saya dah nampak sangat turun bawah dan berat badan dia pun dah mula mengurang, kami rasa mungkin akhir bulan Disember 2012 ataupun awal bulan Januari 2013.

Walau apapun, yang paling penting, saya sentiasa berdoa kepada Allah supaya bayi selamat dan sudah semestinya emak bayi pun selamat. Saya pun berharap tiada apa yang tak elok berlaku semasa isteri saya nak bersalin nanti.

Mula-mula isteri saya kata nak bersalin di Hospital Teluk Intan Perak tetapi bila dia fikir balik, susah juga. Sebab ini adalah anak pertama a.k.a sulung kami, kami sudah semestinya tak tahu apa yang perlu dibuat. So, isteri saya cadangkan bersalin di Klang Selangor sebab ada ibunya a.k.a emak mertua saya yang boleh jaga.

Jantung berdebar kencang juga sebab masanya semakin hampir. Saya dan isteri saya dah persiapkan apa yang patut untuk menyambut kelahiran bayi sulung kami ini. Nama pun dah ada tapi tak bolehlah saya umumkan sekarang.

Saya minta kawan-kawan blogger doakan kesejahteraan isteri dan anak dalam kandungan isteri saya ye?

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

KALAU SAYA PUN, MESTI SAYA TERKEJUT...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Saya jumpa kartun di atas ini di Facebook. Memang penyokong pasukan Harimau Malaya dah 'panas' dengan pengadil iaitu Lee Ming Yu. Tapi, adegan seperti kartun di atas yang membuatkan penyokong Harimau Malaysia terus 'terbakar'. Kalau saya pun, sudah pastinya saya akan terkejut. Sebab saya disiku tapi saya kena Kad Merah. Memang satu keputusan yang melampau.

Saya baca status rakan-rakan saya di Facebook, ramai yang memaki dan mengutuk pengadil ini. Entahlah, saya rasa tak perlu kot kutuk-kutuk dan maki-maki dia sebab bukan dia boleh dengar pun dan sudah semestinya bukan ada effect pada dia. Orang yang kutuk dan maki tu dapat dosa percuma.

Anyway, saya nak puji pasukan Harimau Malaya kita, permainan pasukan memang terbaik. Walaupun kalah, tapi sekurang-kurangnya kita tak menang dengan cara "KOTOR".

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, December 13, 2012

TAKPELAH... DAH BUKAN REZEKI KITA.



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Tamat sudah perjalanan Harimau Malaya kita dalam pertandingan Bola Sepak AFF Suzuki 2012. Kita kalah dengan Pasukan Gajah Putih iaitu Thailand. Walaupun layanan yang diberikan kepada pasukan kita tak memuaskan berbanding layanan kita kepada mereka semasa di Malaysia, menyediakan padang yang seperti bendang untuk pasukan kita berlatih dan pelbagai lagi layanan yang tak memuaskan kepada pasukan kita, kita anggap saja ini sebagai halangan yang perlu kita tempuh.

Walaupun kita kalah pada malam ini, tak semestinya kita kalah sepenuhnya. Kita masih ada peluang lagi 2 tahun akan datang. Kita mesti tebus kekalahan kita dengan berlatih memantapkan lagi corak permainan kita. Kita kena cari pelbagai taktik-taktik baru untuk pastikan pasukan kita menang.

Permainan malam ini bagi saya dah ok. Cuma apa yang saya nampak adalah masalah padang yang terlalu lembut dan sudah semestinya pihak Thailand tak beri peluang kepada pasukan kita untuk mencuba padang perlawanan sebenar sebelum perlawanan. Tapi, takpelah, bukan rezeki kita malam ini. Pasukan kita tetap pulang dengan kebanggaan.

Tentang pengadil pula, Lee Ming Yu yang berasal dari Korea, memang saya tahu ramai penyokong Pasukan Harimau Malaya tak berpuas hati, termasuklah saya sendiri. Tapi, dia pengadil, kita akur saja. Mungkin begitulah cara pengadilannya. Mungkin dia betul-betul berat sebelah. Tapi, kita kena ingat, ini cuma satu permainan. Tak perlu beremosi sampai di luar padang. Menang dan kalah adat permainan. Tak bolehlah dua-dua pasukan menang kan? Tak ada maknanyalah permainan ini.

Anyway, lagi 2 tahun kita akan ada lagi. Jumpa lagi di AFF Suzuki 2014.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tarikh hari ini adalah 12.12.12. Unik kan? Tarikh hari ini adalah yang terakhir. Dah tak ada tarikh 13.13.13, 14.14.14 dan seterusnya. Tarikh hari ini ramai merancang pelbagai event untuk menperingati tarikh ini antaranya kelahiran bayi baru, pendaftaran perkahwinan dan sebagainya.


Sekarang saya berada di Bangunan Kementerian Dalam Negeri Ipoh Perak menghadiri pendaftaran perkahwinan beramai-ramai untuk orang bukan islam oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Negeri Perak.


Saya datang sebagai tetamu saja. So, saya bawa wife saya sekali. Hehehe.

Anyway, tarikh hari ini akan memberi makna kepada semu pasangan yang berada di sini.

Korang buat apa pada tarikh 12.12.12 ini?

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

PPJJ

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam saya baru selesai mengisi borang permohonan online Program Pendidikan Jarak Jauh USM. Saya pernah cuba mohon tahun lepas tapi tak ada rezeki. So, tahun ini saya mohon semula.

Saya dah ada Diploma. Memang sejak saya di UiTM Seri Iskandar lagi saya dah plan untuk sambung belajar secara PPJJ di USM. Tapi, saya tak berpeluang setakat ini. Cuma sekarang baru ada peluang untuk sambung belajar. Saya apply course Degree in Operation Management with Honor.

Dapat atau tak dapat, saya tetap cuba apply. Kalau dapat, saya boleh sambung belajar ke peringkat Degree pula. Kan?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, December 6, 2012

"TERIMA KASIH MAMA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Entry ini saya tulis untuk isteri saya yang tersayang. Saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih di atas segala pengorbanan dan sumbangan dalam menjaga diri saya. Saya ini biasa-biasa saja tapi dia sanggup menerima kekurangan saya.

Saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi jaga makan minum dan pakai saya. Memang saya akui yang saya ini jenis 'sambil lewa' saja dan kadang-kadang pakaian saya tak pun diseterika. Wife saya yang tersayang tolong seterikakan.

Makan dan minum dulunya tak terurus. Saya makan ikut dan saja. Mana yang dekat, saya sambar masuk mulut. Kadang-kadang makan meggi saja. Kadang-kadang makan kacang saja. Dan kadang-kadang tak makan apa-apa langsung. Tapi, wife saya pastikan saya makan dengan secukupnya. Terima kasih sayang.

Sekarang ini wife saya sedang mengandungkan anak saya. Ada lagi lebih kurang sebulan ataupun kurang sebelum kelahiran bayi sulung kami. Saya nak ucapkan terima kasih kepada wife saya sebab sudi mengandungkan anak kami dan sanggup bersusah payah serta bersakit sebab mengandung. Kalau saya, mungkin saya tak mampu buat apa yang wife saya tengah buat sekarang.

Saya gembira dan bersyukur kepada Allah kerana dipertemukan wife sepertinya. Walaupun perkenalan kami agak singkat dan terus mendirikan rumah tangga, saya berharap rumah tangga kami berkekalan hingga ke akhir hayat kami. In shaa Allah.

Saya cuma nak beritahu wife saya yang saya sentiasa hargai apa yang wife saya dah buat.

"Terima kasih Mama"

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, December 5, 2012

MANUSIA MUDAH LUPA...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Manusia ini mudah lupa. Betul tak? Kita sebagai manusia ini mudah lupa dengan apa yang berlaku di depan mata ataupun kita baca di mana-mana.

Kita drive dan lalu tempat kemalangan teruk berlaku. Nampak darah di atas jalan raya. Masa itu, saya pasti kita akan terasa insaf dan mula drive slow-slow. Risau perkara yang sama berlaku kat kita kan? Tapi, selepas beberapa lama kita drive slow, kita jadi boring dan mula drive laju balik. Apa yang kita tengok semasa kemalangan tadi terus kita lupakan.

Kita pergi dengar ceramah yang buatkan air mata kita jatuh berderaian. Menangis kita teresak-esak. Habis saja ceramah tu, kita balik rumah. Kita teringat balik apa yang kita dah dengar dalam ceramah tadi. Selepas beberapa hari, kita mesti akan kembali buat perkara yang sama dan tak ingat dah apa yang kita dengar dan pelajari masa dengar ceramah itu.

Kita bukan sempurna. Kita boleh belajar dari kesilapan. Saya pun ada kalanya terlupa juga. Sebab seperti tagline blog saya, saya hanya seorang lelaki biasa yang hidup di atas muka bumi ini.

Hehehe.

Anyway, ini cuma pendapat saya saja. Kalau korang ada pendapat lain, kongsikanlah ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, December 3, 2012

KRITIK BUKANNYA KUTUK...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang mesti tengok kan perlawanan Pasukan Harimau Malaya kita dengan Pasukan Garuda? Pasukan kita menentang Pasukan dari Laos? Mesti korang tengok. Kalau tak tengok pun, korang mesti akan terbaca di mana-mana tentang keputusan perlawanan ini. Yang penting, korang ambil tahu.

Saya perasan ramai yang komen di Facebook tentang sokongan kita kepada pasukan Harimau Malaya kita. Ada yang kata sekejap sokong, sekejap kutuk. Ada yang kata kalau nak sokong, apa saja yang berlaku, main bola macam mana pun, kita kena sokong.

Saya nak tanya korang, kalau pemimpin kita tadbir Negara kita sambil lewa saja, kita masih nak sokong dia tak? Sori. Bukan nak timbulkan isu politik di sini cuma nak buka mata kita semua termasuk diri saya sendiri. Kita mengkritik pasukan kita bila corak permainan tak bagus bukan bermakna kita mengutuk pasukan kita.

Kita kena tahu beza kritik dan kutuk. Bila kita mengkritik, kritik memberitahu kelemahan supaya kita perbaiki kelemahan itu. Orang yang mengutuk pula jenis yang terus menjatuhkan orang lain. Tak ada niat untuk membantu memperbaiki kelemahan yang ada.

So, tolonglah bezakan kedua-dua terma ini. Sokong pun kena betul. Tak boleh sokong mem'khinzir' buta saja kan?

Sori kalau ada terasa. Cuma pendapat dari hati naluri saya.

"Go Go Malaysia Go Go Go" (Lagu nyanyian Faizal Tahir).

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, December 2, 2012

SAYA TELAH KEMBALI!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan blogger.

Setelah beberapa lama blog saya ini diblock oleh pihak Google disebabkan ada Hackers yang masukkan virus, akhirnya blog dan url saya ini berjaya dibersihkan dari senarai blacklistihak Google. Tetapi saya terpaksa memadam blog yang saya bina di platform Wordpress berhostingkan NetKL disebabkan virus tersebut diletakkan di blog itu.

Kini saya kembali di blog yang lama tetapi url saya tetap sama. Memang pada mulanya saya dah rasa hampir putus asa dan kecewa sangat-sangat. Sebab blog ini adalah antara blog yang terawal saya bina. Jumlah post pun dah melebihi 1,000 dan jumlah komen dah melebihi 10,000.

 Macam mana saya clearkan url blacklist saya di Google?

 Saya telah hantar Request kepada pihak Google untuk Reconsider untuk check semula blog saya ini dengan memberikan penerangan yang terperinci dan Alhamdulillah, url blog saya telah dikeluarkan daripada senarai blacklist Google.

Saya telah kembali!

 Hehehe.

 Wassalam.

 -NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka