Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, July 11, 2012

"MARILAH 'KENDURI'KAN SAYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Fesyen orang perempuan sekarang memang seperti "Marilah 'kenduri'kan saya" saja. Kalau boleh nampak lurah "aset" semaksimum mungkin, dorang pasti akan buat. Bila ditanya kenapa nak tunjuk sangat "aset" dorang tu, dorang akan cakap:

"Ini ikut trend terkini dan terbaru la"

atau

"Aku punya pasal la"

Kalau nak ikut fesyen terkini dan terbaru sangat pun, rasanya tak perlu nak copy paste sebiji macam artis itu pakai. Dia tak apalah sebab pakaian dia ditaja. Saya rasa sekarang banyak pakaian fesyen terkini yang menutup apa yang patut ditutup.

Pakaian yang menunjukkan sebahagian "aset" di atas dan sebahagian "aset" di bawah rasanya tak sesuai. Nanti bila dah di"kenduri"kan beramai-ramai, tahu pula marah dan mengamuk sakan. Kata orang lelaki ini pantang tengok perempuan.

Tapi, dia ada fikir ke pakaian dia yang nak sangat tunjuk "aset" itu adalah punca dia di"kenduri"kan? Entahlah. Yang sebegitu hendak ditiru tapi yang menutup aurat tak mahu pula ditiru. Alasan paling biasa saya dengar:

"Panas"

Korang yang pakai pakaian bertutup semua "aset" rasa panas ke?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, July 10, 2012

NAK CARI BUKU PENJAGAAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Minggu ini saya ada mesyuarat di Ipoh. Saya akan stay di rumah mertua saya di Kuala Kangsar 2 hari iaitu Khamis dan Jumaat. Kemudian, Sabtu dan Ahad saya akan balik ke rumah emak saya selama 2 hari juga. Ahad malam baru saya balik Bagan Datoh. Adil la kan? Dua-dua kampung saya balik.

Plan nak pergi Popular atau MPH untuk cari Buku Tentang Penjagaan Ibu Mengandung dan Anak Yang Baru Lahir. Saya ini dah la zero tentang perkara sebegini. Risau tersilap langkah. Kena cari buku ini untuk pastikan tiada kesilapan langkah berlaku.

Biasalah, inikan anak sulung kami. So, memang tak ada pengalaman langsung saya dan wife saya. Saya rasa anak kedua dan seterusnya pun mungkin yang ada pengalaman terkantoi juga. Inikan pula yang sulung. Memang gelabah juga saya nanti.

Harap dapat cari buku itu dan harap buku itu dapat bantu berikan cara yang betul untuk jaga wife saya yang tengah mengandung. Walaupun baru 3 bulan tapi kena prepare awal sebab utama kerana kami memang tak ada pengalaman.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

LAYAN MASTERCHEF SELEBRITI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam saya terlibat dengan Rondaan 1 Malaysia yang bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam di kawasan Hutan Melintang Perak. Disebabkan itu, memang tak dapatlah saya tengok episod Masterchef Selebriti yang mana Episod Penyingkiran. Tapi, seperti biasalah, Astro sudah semestinya akan mengulang-ulang episod itu sebanyak mungkin. Korang pun tahu kan? Hehehe.

Selesai rondaan, saya sampai rumah dalam pukul 12 tengah malam lebih. Terus saya buka TV dan masa itu siaran ulangan Masterchef Selebriti baru nak mula. Memang langkah kanan la saya. Layan Masterchef Selebriti ini sebab dah nak dekat Final. Best juga sebab tak sangka Selebriti yang nampak tak tahu memasak tapi dorang boleh memasak.

Saya tak payah cerita sangat siapa yang ke Final sebab korang boleh baca kat blog-blog yang selalu update tentang berita semasa ini. Tapi, episod malam tadi memang agak best sebab ada sikit 'drama' dan ini yang menjadikan Masterchef Selebriti ini menarik. Minggu depan, saya layan Masterchef Selebriti Final di Kuala Kangsar Perak nampaknya sebab ada mesyuarat kat Ipoh.

Korang rasa la, siapa yang akan menang Masterchef Selebriti Pertama ini?

Saya rasa Soo Wincci. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, July 9, 2012

JANGAN DISEBABKAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Jangan disebabkan kita ada kuasa, kita boleh buli orang lain. Kita kata pada orang lain langgar undang-undang, tapi kita atau ahli keluarga kita langgar undang-undang, boleh pula ada pengecualian. Saya tahu bukan semua tapi memang ada. Siapa yang tergigit cili, dia yang terasa pedasnya kan? Korang rasa pedas tak? Hehehe.

Tak ada niat pun nak hina siapa-siapa. Mungkin ini ingatan kepada diri saya sendiri agar tak jadi sebegini. Saya tahu kita semua hanyalah manusia biasa.

Tapi, saya pernah tengok orang sebegini. Antaranya, dia tahan dan marah orang bawa motor tak pakai helmet dan bawa motor tak stabil. Tapi, saya nampak dia bawa motor tqk pakai helmet dan tak stabil. Yang paling best, bila ahli keluarga kena tahan sebab langgar undang-undang, boleh pula dapat pengecualian.

Dunia ini tak adil kan? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

BERANI MATI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi masa tengah drive kereta kenari saya tengah penuh kusyuk, tiba-tiba sebuah motorsikal versi lama tapi bukan antik keluar dari simpang kecil. Saya yang terkejut ini terus secara spontannya mengelak sambil tekan brek.

Saya pun tengok ke sebelah kiri, nak tengok muka orang yang bawa motor itu. Memang tak ada muka bersalah dan buat tak tahu je. Bukan nak angkat tangan minta maaf.

Saya rasa orang ini selalu bawa macam ini dan keluar simpang tanpa berhenti dan tengok kiri atau kanan dulu. Kemudian, orang ini tak pernah kena hentam dengan kereta atau lori yang lalu lalang kat jalan besar itu. Kalau dah kena hentam, baru nak sedar kot? Kalau lepas kena hentam hidup lagi, baguslah. Kalau 'Goal' terus?

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, July 8, 2012

TOLONG WIFE DI DAPUR...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah hari tadi saya busy tolong wife saya di dapur. Nak masak ayam masak kicap dengan kangkung goreng. Oklah tu sebab saya ini bukan jenis memilih makanan sangat. Asal boleh makan, saya telan je. Hehehe.

Saya ni bukan tahu memasak kecuali masak megi. Itu adalah kepakaran saya sejak di bangku sekolah lagi. Hehehe. Korang pun sama juga kan?

Masakan wife saya pun sedap juga. Memang sedap dan seronok bila ada seseorang masak untuk kita. Kalau saya seorang dulu, saya makan je apa yang ada. Asalkan kenyang.

Anyway, saya nak ucapkan terima kasih tersangat banyak kepada wife saya untuk masakan tengah hari yang sedap tadi. Sampai melingkar saya seperti ular sawa kekenyangan. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

DAH JADI SATU KEPERLUAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Suatu ketika dulu, orang kita tak tahu apa itu televisyen ataupun internet. Tapi sekarang, kalau saya, tak ada internet atau televisyen kat rumah, saya rasa macam ada benda yang hilang. Rasa boring je.

Orang dulu pun tak ada televisyen atau internet tapi dorang rileks je. Kenapa kita tak boleh jadi macam dorang?

Kita sejak lahir ke dunia ini dah kenal dengan televisyen sekurang-kurangnya. Mungkin internet tak ramai yang biasa tapi kalau nak tengok generasi sekarang ini memang tak ada internet boleh jadi sawan. Hehehe. Saya pun sama sebab itulah saya tulis begini.

Tapi, kita perlu sedar bahawa di masa akan datang akan ada lagi teknologi-teknologi baru yang kita pun tak sangka akan wujud. Sebab dulu masa saya kecil dulu, mana saya tahu tentang internet. Masa itu, memang saya jahil gila tentang internet. Selepas pergi kelas komputer secara paksa, baru saya tahu kewujudan internet ini.

Kesimpulannya, Televisyen dan internet sekarang dah menjadi satu keperluan. Di setiap rumah, mesti ada salah satu teknologi ini. Ada juga rumah yang tak ada kedua-dua ini tapi ada cara lain dorang boleh akses teknologi ini sama ada di rumah jiran untuk televisyen ataupun di cyber cafe untuk internet.

Ini cuma pendapat saya. Kalau korang ada pendapat yang berlainan, kongsilah dengan saya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

CIK BUAYA 1ST GIVEAWAY : CHOOSE YOUR PRIZE

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah lama rasanya saya tak join sebarang Giveaway. Saya telah ditag oleh seorang rakan blogger dan bila saya tengok tentang Giveaway ini, saya rasa macam tertarik. Hadiah-hadiahnya pun nampak best juga.

Tapi disebabkan saya ini mata duitan (mata duitan la sangat), saya ingin memilih hadiah Nombor 4 : Wang Tunai Sebanyak RM50.

Giveaway ini simple je. Saya cuma kena Follow blog owner dan like Fan Page dia (Saya dah buat).

Tarikh tutup Giveaway ini adalah 12 Ogos 2012.


Saya tag:

Remy
Luqman
3nogr33ny

Siap. Jom join ramai-ramai. Doakan saya dapat hadiah yang saya pilih ye? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, July 6, 2012

BERLAKU DEPAN MATA SAYA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kejadian yang nak saya ceritakan ini berlaku di depan mata saya. Kejadian memang dah lama sangat tapi kadang-kadang saya teringat bila tengok budak-budak bawa basikal di tepi jalan besar selepas habis sekolah. Kadang-kadang tu saya tak berani nak potong budak-budak yang tengah bawa basikal itu.

Kejadian ini berlaku semasa saya belajar di sekolah menengah. Masa itu, cuti sekolah rasanya dan saya baru balik dari Parit Buntar dengan menunggang motorsikal Kriss Hitam saya. Masa itu, saya saja yang ada lesen dan emak saya belikan saya motorsikal Kriss warna hitam. Kalau nak pergi mana-mana, motorsikal itu je yang akan bawa.

Masa melalui satu jalan besar berdekatan dengan simpang taman perumahan, saya ternampak seorang budak tengah bawa basikal. Sorang-sorang je tapi masa itu saya nampak budak itu bawa basikal stabil je. Tak terhuyung hayang pun. Kemudian, saya ternampak sebuah kereta tengah memecut laju dari belakang basikal budak itu tapi mungkin pemandu itu nampak budak itu bawa basikal kat bahagian tepi, dia pun ambil keputusan untuk potong budak itu.

Tiba-tiba budak itu melencongkan basikal dia ke dalam jalan raya, dan saya tengok kereta itu tak sempat brek dan terus hentam budak itu dengan basikal dia sekali. Masa itu, saya memang tengah bawa motor tapi saya bawa slow sebab malas nak pecut. Basikal budak itu terus terpelanting ke tengah jalan dan budak itu pun tertiarap di atas jalan raya. Tak bergerak. Kereta yang langgar dia pun berhenti.

Saya masa itu memang pertama kali tengok kejadian sebegitu. Saya terus jalan je sebab masa itu pun badan saya dah menggigil. Sebab apa? Sebab saya pun ada pengalaman yang sama. Dihentam kereta dari belakang. Selepas itu, saya ceritakan kepada emak saya dan sampai sekarang, saya kadang-kadang akan terbayang bagaimana budak itu terpelanting dari basikal dia selepas dilanggar oleh kereta tersebut dari belakang.

Saya harap adik-adik yang balik sekolah bawa basikal atau motorsikal, bawa elok-elok. Jangan terhuyung-hayang atau tiba-tiba terlencong basikal atau motorsikal itu ke dalam jalan raya. Malang tak berbau.

Saya sebenarnya tak tahu apa yang terjadi kat budak itu. Korang ada pengalaman sebegini tak?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

LAYAN BOHSIA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam selepas balik kerja, saya layan sekejap Movie Bohsia 2 : Jalan Kembali sebelum nak sambung kerja Rondaan 1 Malaysia di sebelah malam pula. Movie ini bagi saya agak kurang sikit kalau dibandingkan dengan Bohsia 1 : Jangan Pilih Jalan Hitam dulu.

Lakonan Mus yang dilakonkan oleh Shamsul Yusof agak ok. Kira Mus ini rider yang baik la. Lakonan Keting yang dilakonkan oleh Sofi Jikan kira best juga dengan stail gengster yang kepala "masuk air". Tasya lakonan Nabila Huda pun ok juga.  Movie ini memang ada banyak moral dan pengajarannya.

Tapi, orang kita bukan tengok pengajaran yang hendak disampaikan. Contohnya, budak-budak kalau tengok movie ini bukan tengok jalan ceritanya yang menceritakan tentang keburukan menjadi Bohsia ini. Mereka ini lebih suka meniru tak kira cara percakapan atau pemakaian. Padahal, mesej yang hendak disampaikan baik tapi yang tak baik itu menjadi ikutan dan ditiru.

Anyway, untuk movie ini, saya bagi 3 Bintang saja sebab bagi saya Movie ini kira boleh tahanlah. Korang yang dah tengok movie ini bagi berapa Bintang?

p/s : Mula-mula korang tengok tajuk kat atas, mesti korang fikir lain kan? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, July 5, 2012

CERITA MEREPEK PEREBUTAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah baca cerita merepek bertajuk Perebutan tak? Hehehe. Ada blogger yang baca dan saya ucapkan terima kasih. Tadi saya tengah godek-godek blog saya, terjumpa balik entry berkenaan cerita merepek ini. Rasa nak tergelak dengan karya sendiri.

Korang nak baca? Kat bawah ini link dia :



Korang dah baca? Apa pendapat korang?

p/s : Nervous. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

MUKA HANCUR DITETAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


"BATU GAJAH: Muka seorang pekerja hotel hancur akibat ditetak bertalu-talu oleh sekumpulan tiga samseng bersenjata parang sebelum mengheret mangsa berusia 20 tahun itu ke dalam kereta dan sejam kemudian, dia ditemui dicampak di tepi jalan berhampiran Kawasan Perindustrian Batu Gajah Perdana, di sini, kelmarin.
Mangsa, R Ganesan, 20, yang ditetak lebih 10 kali di muka dan kepala menggunakan parang oleh kumpulan penjenayah dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap berbahaya di daerah ini, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah (HBG), tengah malam kelmarin.
Rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Sasikumar, 20-an, berkata kira-kira jam 11 malam kelmarin, dia dan Ganesan serta dua lagi rakan berbual di depan rumahnya di Menglembu, di sini, apabila tiga lelaki bersenjatakan parang tiba-tiba muncul dan menyerang mereka.

“Serangan itu menyebabkan dua rakan kami cedera akibat dilibas parang. Saya sempat melihat tiga lelaki itu menetak Ganesan dengan teruk terutama di kepala dan muka menyebabkan rakan saya itu rebah bermandi darah.

“Ganesan tidak mampu berbuat apa-apa atau lari menyelamatkan diri kerana kaki kanannya cedera akibat kemalangan dua minggu lalu,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik HBG di sini, semalam."
- myMetro


Takkan kena tetak tanpa sebab? Mesti ada sebab dia kena tetak tapi tak diberitahu. Korang rasa apa sebabnya?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, July 4, 2012

HILANG MOOD UNTUK BERBLOGGING...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terasa agak kehilangan mood untuk berblogging beberapa hari ini disebabkan :

1. Baru berpindah ke Kuarters a.k.a Rumah baru yang masih belum dikemas lagi.
2. Kerja yang agak banyak dan perlu diselesaikan dengan pantas.
3. Terasa lenguh-lenguh seluruh badan dan rasa nak demam tapi tak demam-demam pun.

Ini antara sebab saya terasa semakin hilang mood untuk berblogging tapi disebabkan kehendak saya yang sangat kuat, saya berblogging juga. Hehehe.

Memang ada masa tertentu kita akan hilang atau kurang minat terhadap sesuatu perkara yang kita suka buat. Ini adalah antara sebab utama blog kita tak naik dan makin menurun lagi adalah pengunjungnya. Cuba bayangkan kita kemaskini blog kita secara konsisten selama paling kurang 1 tahun, mesti akan ada peningkatan dalam bilangan pembaca dan pengikut. Tambahan pula kita selalu join segmen yang boleh tolong memperkenalkan blog kita kepada blogger lain.

Korang ada tak Tips untuk elakkan kehilangan Mood Untuk Berblogging ini tak?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

JANGAN MENGHARAPKAN BALASAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bila kita tolong seseorang yang memerlukan pertolongan, pernahkah kita terfikir nakkan balasan? Ada yang kata tak terfikir langsung dan ada yang kata ada terfikir tapi tolak pemikiran itu serta cuba ikhlaskan hati.

Bila kita mengharapkan satu pertolongan itu dapat balasan, hati kita memang confirm tak dapat diikhlaskan sebab kita mengharap. Bila balasan yang kita harapkan itu tak dapat, mulalah kita rasa tak puas hati dan rasa diri tak dihargai. Semua ini bermula kita berharap untuk dapat balasan di sebalik pertolongan kita.

Pertolongan yang ikhlas tidak mengharapkan balasan. Pertolongan itu kita buat untuk membantu seseorang itu. Bukan sebab nak menunjuk kepada semua orang yang kita ini baik. Oleh itu, untuk ikhlaskan hati, cuba berikan pertolongan tanpa mengharapkan balasan. Kalau tak boleh, tak payah tolong. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, July 3, 2012

PENANTIAN LAGI RM2.82...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Memang menyeksakan satu penantian kan? Hehehe. Penantian yang begitu saya debarkan. Korang mesti tertanya-tanya penantian apa yang melibatkan RM2.82 kan? Penantian ini adalah :


Sekarang ini jumlah terkumpul income Nuffnang saya adalah RM47.18 dan masih menanti RM2.82 untuk cukup RM50.00. Apabila cukup RM50.00, bolehlah saya cashout dan joli sakan. Hehehe.

Anyway, ada satu Buffered Earning yang masih running:


Buffered Earnings yang terkumpul adalah RM7.79 sehingga 2hb Julai 2012. So, dah cukup RM50.00 cuma kena tunggu Buffered Earnings ini jadi Metered Earning saja. Kalau tak nak jadi Metered Earning lagi bagus.

Kepada Nuffnang, berilah saya Buffered Earnings lagi untuk mewarnai blog saya yang tak seberapa ini. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, July 2, 2012

"PERLU KE MAKE UP?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Make up ini lebih sinonim dengan orang perempuan. Ada juga lelaki pakai make up dan saya tak nafikan wajah dorang kadang-kadang lagi cantik dari perempuan yang pakai make up. Saya bukan nak cerita tentang dorang tapi tentang perempuan yang pakai make up.

Pakai make up ini ada juga kebaikannya. Dengan memakai make up boleh meningkatkan lagi keyakinan diri seseorang. Ini untuk perempuan ye? Jangan pula lelaki nak meningkatkan keyakinan diri pergi pakai make up. Dah ke lain pula nanti. Hehehe.

Nak pakai make up pun ada masa, tempat dan acaranya. Mana boleh main bantai je nak make up setebal-tebalnya tak kira masa dan waktu. Hehehe.

Anyway, bermake uplah berpada-pada. Jangan terlebih make up sebab orang gelak kuat-kuat kat kita. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

JAUH MANA PERGI PUN, TETAP AKAN RINDU KELUARGA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sejauh mana kita pergi pun, kita pasti akan rindu keluarga kita. Yang paling akan kita rindu ada ibu dan bapa kita. Dari kecil kita dah biasa dengan mereka. Dari kecil mereka dah jaga dan belai kita. Dari kecil mereka jaga makan dan minum kita. Dari kecil mereka berikan kasih sayang dan belaian manja.

Bila ada di depan mata, kita rasa rimas dan nak pergi sejauh mungkin dari keluarga. Nak hidup sendiri konon. Nak bebas konon. Tapi bila dah pergi, baru rasa kehilangan. Baru nak rasa menyesal. Kita takkan perasan kehidupan yang kita ada paling bahagia sehingga kita dah kehilangan kehidupan itu.

Setiap pilihan kita akan menghasilkan keputusan yang berbeza. Mungkin kita akan bahagia dan mungkin kita akan sengsara. Oleh itu, bila kita dah buat satu keputusan, bersedialah untuk hadapi hari-hari yang mendatang akibat keputusan kita.

Ingatlah, bila nak buat satu keputusan yang melibatkan perubahan seluruh hidup kita, fikir betul-betul. Jangan gopoh. Tersilap langkah, menyesal kemudian tiada gunanya. Kebahagiaan yang dikecapi sebelum itu tak mungkin kita dapat rasa balik. Walaupun kita kembali, tapi perkara takkan sama.

Nasihat saya, hargailah keluarga kita sebaik-baiknya. Jangan lukai hati ibu dan bapa kita. Mereka dah banyak sangat berjasa kepada kita.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

LATIHAN MENUKAR PAMPERS...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hujung minggu lepas, saya buat latihan menukar Pampers anak saudara sebelah isteri saya. Mula-mula memang terkial-kial. Biasalah. Tak pernah buat. Bila dah dua tiga kali buat, baru lancar sikit. Tapi ada juga tersilapnya. Hehehe. Takpelah, belajar dari kesilapan.

Itu baru Pampers. Dulu masa saya kecil dulu, selalu saya tengok emak saya tukar lampin yang jenis kain berbentuk segi empat tepat adik saya. Kena lipat bentuk segi tiga, pastu nak ikat kat adik saya yang kecil. Masa itu, saya selalu menyibuk nak tolong. Hehehe.

Tapi, sekarang dah makin senang, beli je Pampers kat kedai, pastu, buka, letak baby dan lekatkan ke tempat yang sesuai mengikut ke'ketat'an. Jangan terlalu ketat sebab nanti baby tak boleh bernafas. Biasalah. Baby kan? Badan masih lembut lagi.

Saya berlatih dari sekarang, nanti baby dah ada depan, terus terkaku tak tergerak sebab tak tahu nak buat macam mana kan? Hehehe.

p/s : Excited nak dapat baby. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SELAMAT DATANG LUQ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Akhirnya... Akhirnya saya berjaya. Hehehe. Akhirnya saya berjaya menarik seorang rakan saya untuk menjadi seorang BLOGGER. Rakan saya ini saya kenal masa belajar di UiTM Seri Iskandar tapi lepas itu terus lost contact. Tapi, berjumpa semula di Facebook. Terima kasih Facebook. Hehehe.

Dipersilakan...


Nama dia Luqman Al Fudail. Korang terjah la blog dia. Lagipun header dia pun simple dan nice. Saya suka header dia dan jeles gak. Hehehe.

Korang berkenalanlah dengan dia. Dia ini baik tau orangnya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

EURO 2012 DAH HABIS?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya ini bukanlah peminat tegar bola sepak. Mungkin saya ini boleh dikategorikan sebagai peminat sambilan dan ikutan bola sepak saja. Hehe. Dan saya memang sedar yang Final Match untuk EURO 2012 adalah antara Sepanyol dengan Itali.

Kemenangan EURO 2012 pun saya tahu, yang dimenangi oleh Pasukan Sepanyol. Ucapan tahniah saya ucapkan. Mesti peminat Sepanyol  melompat setinggi langit biru kegembiraan. Hehehe. Macam biasa, saya cuma follow perkembangan bola sepak ini dari jauh je. Tak sokong pasukan mana pun.

Sekurang-kurangnya bila orang tanya, saya tahu pasukan mana yang menang kan? Taklah malu sangat. Hehehe. Mesti ada peminat fanatik yang sanggup bersengkang mata untuk layan perlawanan Final EURO 2012. Dengar cerita, Perdana Menteri kita pun turun di ICT Shah Alam untuk menonton perlawanan Final EURO 2012. Saya pun tak tahu sebab masa korang atau dorang tengah layan perlawanan Final antara Sepanyol dengan Itali tu, saya tengah lena diulit mimpi.

So, soalan cepu emas, korang layan ke perlawanan final antara Sepanyol dengan Itali atau korang pun macam saya, lena diulit mimpi? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka