Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Saturday, June 30, 2012

PROMOSI PROMOSI PROMOSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ini adalah tips paling penting dalam meningkatkan trafik ke blog korang. Saya dapat tips ini daripada Bro Ben Ashaari suatu ketika dulu. Selepas itu, saya terus laksanakan sehingga sekarang.

Tips paling ini adalah PROMOSI. Korang kena sentiasa mempromosikan blog korang. Macam mana promosi? Cara paling senang adalah blogwalking dan tinggalkan komen. Berikan komen yang berkaitan dengan entry dan jemput owner blog singgah ke blog korang.

Cara yang agak leceh sikit ialah Join segmen, blogwalking dan tinggalkan komen jemput ke blog korang. Bila korang segmen, korang akan jumpa blog-blog baru. Ini adalah kebiasaan yang saya buat bila join segmen, saya akan blogwalking ke semua blog yang join segmen tersebut. Yang mana blog yang saya tak follow lagi, saya akan follow dan tinggalkan komen menyatakan saya dah follow blog dia. Saya tak memaksa untuk dia follow saya juga tapi saya jemput dia ke blog saya. Kalau dia suka blog saya, dia pasti akan follow.

Ini antara cara say promosi blog saya. Ada banysk lagi dan saya tahu ramai gunakan cara yang saya gunakan ini. Dan saya pasti juga ramai yang join segmen dan tunggu orang datang blog dia. Cara ini bagi saya salah. Kita pergi dulu jelajah blog dorang dan kita buat jemputan dirang datang blog kita dengan tinggalkan link blog kita. Dorang nak datang tidak, terpulang kepada dorang.

Saya nak tekankan sekali lagi, Promosi blog secara berterusan dan ... Jangan putus asa. Teruskan PROMOSI PROMOSI PROMOSI.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

BUDAK SEKARANG LAGI ADVANCE...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya tengok anak-anak saudara saya dan ada juga saya tengok anak-anak saudara isteri saya, memang saya agak kagum juga la.

"Kenapa saya rasa kagum?"

Sebab seorang budak berumur baru 5 tahun lagi pandai main komputer atau ipad lebih daripada saya pada masa umur sebaya saya. Saya kenal komputer masa sekolah menengah sebab ada satu subjek komputer yang kena saya attend dan masuk makmal komputer.

Kalau tak ada subjek tersebut, entah bila saya akan tahu tentang komputer. Tapi budak-budak sekarang memang sangat advance. Dalam pencarian maklumat di internet, dorang dengan pantasnya berjaya cari makumat tersebut.

Ada juga yang terlalu advance sampai boleh buka website tidak bersesuaian dengan umur. Selepas itu, dorang ikut dan praktikkan pada dengan kawan berlainan jenis dorang. Lepas itu, baru nak menyesal tak sudah.

Teknologi memang perlu dalam kehidupan kita sebab ada banyak juga perkara kita gunakan teknologi untuk jadikan ia mudah. Tapi kalau tersilap guna teknologi ini boleh mendatangkan. Oleh itu, kita perlu tahu teknologi mana yang patut digunakan dan yang mana tak perlu.

p/s : Budak-budak masa depan mesti lagi super advance kot?

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, June 29, 2012

BLOG PERSONAL SUSAH NAK NAIK...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ada sesetengah orang yang dikatakan 'Expert' dalam dunia blogging mengatakan blog yang bergenrekan Personal ataupun dalam bahasa Melayunya Peribadi susah nak naik. Mungkin betul juga katanya. Memang agak susah sebab blogger yang menceritakan tentang kisah peribadi dan apa yang berlaku di sekeliling dorang bukan artis yang famous.

Antara artis famous yang ada blog ada Najwa Latif tapi saya tengok tak berupdate. Mungkin dia busy dengan show. Korang tengok follower dan jumlah dalam blog dia? Banyak kan?

Tapi, kita ada juga blogger yang bukan artis tapi buat blog personal dan naik sehingga dah jadi popular macam artis dah. Antara yang saya kenal adalah Ben Ashaari dan Yuyu Zulaika. Memang susah sikit nak naik tapi kalau korang tak promosi blog korang sendiri, memang takkan naik langsung. Even artis pun ada yang promote blog dorang. Cuma dorang ada sikit kelebihan dengan dapat liputan di media cetak dan media elektronik.

Apa yang penting, ada juga blogger yang suka baca blog personal dan kadang-kadang melalui blog personal seseorang itu kita belajar sesuatu yang baru. Kebanyakkan blog personal menceritakan tentang pengalaman dorang tentang apa yang berlaku kepada dorang dan apa yang berlaku di sekeliling dorang.

Pengalaman adalah pengajaran yang paling perit. So, tak rugi kita belajar dari pengalaman orang lain sebab yang rasa perit tu orang lain dan kita tak rasa apa-apa. Hehehe. Yang penting kita berjaya belajar sesuatu walaupun sekelumit kuman sekalipun.

So, korang jangan putus asa berblogging. Teruskan berblogging. Teruskan memeriahkan dunia blog ini.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"...GIVES YOU THE PEOPLE YOU NEED."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


p/s : Korang setuju atau tidak?

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

"LAMBATNYA..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi saya ke bank. Giliran saya selepas 12 orang tapi saya tak kisah sangat. Sambil menunggu tu, saya pun main game Angry Bird. Taklah mengantuk sangat. Tak berapa lama selepas itu, saya ternampak seorang perempuan dengan adik lelaki dia masuk dari pintu depan. Saya just tengok dan teruskan main game Angry Bird sayalah. Kemudian, dia duduk di kerusi berdekatan dengan saya.

Beberapa minit kemudian, terdengar dia mengeluh,

"Lambatnya. Nak kemaskini buku akaun pun susah"

Saya buat tak tahu saja. Saya pun beratur juga. Nasib baik ada sistem nombor giliran. Bayangkan dulu kalau nak buat apa-apa urusan di bank kena berdiri beratur panjang. Sekarang ini kan dah ada sistem nombor giliran. Ambil nombor, duduk tunggu dipanggil ke kaunter saja.

Tiba-tiba si perempuan ini cakap kat adik lelaki dia,

"Adik, pergi tekan nombor kat situ"

"Kenapa kak?"

"Kakak tak ambil nombor giliran lagi"

Saya terus gelak dalam hati. Memang la takkan dapat kemaskini buku akaun kalau nombor giliran pun tak ambil. Saya macam biasa terus main game Angry Bird saya je la.

Lepas itu, nombor giliran saya dipanggil dan saya selesaikan urusan saya di kaunter. Selepas itu, dari sisi-sipi mata saya tengok dia baru nak bangun ambil nombor giliran. Mungkin sebab dia dah terlepas cakap pasal lambat sangat dan saya terdengar, dia malu nak ambil nombor giliran kot? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

DEMAM SELESEMA LA PULA...

Asalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dua tiga hari ini saya agak sibuk berkemas barang untuk dibawa ke rumah baru. Saya berpindah ke Kuarters di atas sebab-sebab paranormal. Hehehe. Saya boleh tahan dengan paranormal yang berlaku di rumah sewa saya cuma isteri saya tak tahan.

Disebabkan banyak sangat habuk dan keadaan rumah sewa saya yang sedia semak mengalahkan tongkang pecah, bermula semalam saya asyik bersin saja. Tak lama lepas itu terasa badan agak panas-panas ketuhar gelombang mikro dan hidung asyik tersumbat. Mata plak asyik berair dan rasa gatal-gatal. Saya ini jarang sakit tapi oleh kerana terlalu kuat penyakit selesema yang datang dari rumah sewa, senang pula saya kena. Hehehe.

Barang yang nak diangkut masih ada lagi kat rumah sewa. Hari ini saya akan cuba selesaikan dan esok balik ke Klang untuk berjumpa kekasih hati jantung intan payung saya - Sudah semestinya isteri saya. Hehehe.

"Tak pergi klinik?"

Sekejap lagi saya nak ke klinik kesihatan jap. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, June 28, 2012

"TAK PUASLAH"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya mula-mula nak minta maaf sebab memang hasil tulisan saya ringkas saja. Setiap entry yang saya tulis memang ringkas dan padat. Saya tahu ada blogger yang tak puas baca entry saya. Saya lebih suka tulis satu entry secara spontan. Sebab itulah entry saya ada yang panjang dan ada yang pendek je.

Ada rakan blogger yang beritahu saya yang dia tak puas baca entry di blog saya. Mungkin disebabkan terlalu ringkas ataupun terlalu best. Hehehe. Saya rasa rakan-rakan blogger semua masih ada banyak blog yang ingin diterjah. So, bila saya menulis secara ringkas dan padat serta secara direct to the point, senanglah rakan-rakan blogger meneruskan perjalanan.

Lagipun, kalau panjang sangat sesuatu entry itu ditulis, boleh jadi melalut dan merepek. Tapi, dalam menulis sesuatu entry, yang penting, korang tahu apa yang hendak disampaikan secara menarik. Tak perlu panjang berjela-jela tapi cukuplah seringkas dan sepadat yang mungkin. Yang penting apa mesej yang hendak disampaikan itu sampai kepada pembaca entry yang sampai ke blog korang itu. Hehehe.

Kalau masih tak puas baca, boleh terjah entry lain dalam blog ini. Baca puas-puas. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

BICARANYA SEBENARNYA PERINGATAN UNTUK DIRINYA SENDIRI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


p/s : Saya sokong sebab tak ada manusia yang sempurna pada masa sekarang.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

JANGAN SOMBONG DALAM BERBLOGGING...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam kita berseronok dan bersuka ria berblogging, janganlah kita sombong dengan blogger-blogger lain. Walaupun kita blogger yang ramai orang kenal tapi jauhkan sifat sombong. Sama juga dalam dunia nyata, cuba kalau kita sombong dalam satu kampung, semua orang kampung akan pulaukan kita dan kita akan jadi macam kera sumbang. Sendirian je.

Dalam dunia, kita mungkin ada kemahiran dan ilmu lebih mengenai blogging. Blog kita mungkin paling cantik dari atas hingga ke bawah. Tapi, kalau kita sombong, rasanya bila blogger datang blog kita sekali, lepas itu tak datang terus kot? Hehehe. Siapa yang rugi? Korang jawab sendirilah.

Cuba try kita tak sombong dan mesra dengan blogger lain dengan cara blogwalking, join segmen dan join Giveaway, kita tinggalkan komen membina dan beramah mesra dengan blogger-blogger lain. Insya Allah kita akan dapat ramai kawan.

Kesimpulannya, tak payah sombong, bukan dapat duit pun sombong. Kalau tak sombong dan ramah, mungkin ada peluang dapat income biasanya daripada Nuffnang. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"KORANG NOMBOR BERAPA?"



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.



1 • Married » dah kahwin dan hidup bahagia.
2 • Divorce » dah berpisah dan bercerai dengan pasangan.
3 • Engaged » baru bertunang.
4 • Couple » ada seseorang di hati, tapi belum bernikah sbb belajar atau kumpul duit.
5 • Clash » baru berpisah dengan kekasih.
6 • Single » masih mencari pasangan.
7 • Tengah minat dengan seseorang tapi pendam saja...sebab malu.
8 • Forever Alone » tak ada kawan, tak ada pasangan, main facebook seorang diri saja.


~> Korang nombor berapa ?


Wassalam.


-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, June 27, 2012

SEGMEN : BLOGLIST JULAI 2012 NASZ


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bulan Jun 2012 hampir nak habis. Bulan Julai 2012 pun sedang menjelmakan dirinya. Walaupun tak berapa nampak lagi kelibat Bulan Julai 2012, saya nak buat segmen pencarian bloglist Nasz bagi bulan Julai 2012 nanti. Bloglist bulan Jun 2012 saya akan deletekan dan digantikan dengan bloglist Bulan Julai 2012.

Kalau korang berminat nak join bloglist Bulan Julai 2012 saya, korang perlu:

1. Buat satu entry baru dengan menge'copy and paste'kan gambar header saya di atas di entry baru korang itu. Jangan lupa untuk linkkan ke post ini.

2. Salin tajuk entry ini, "SEGMEN : BLOGLIST JULAI 2012 NASZ"

3. Korang jawab soalan ini, "Mengapa saya suka terjah dan baca blog Nasz?".

4. Dah siap? Publishkan dan letakkan link entry korang kat ruang komen kat bawah.

Senang je. Follow atau tidak blog saya ini, ikut suka hati korang. Tak perlu risau sebab saya tak paksa pun.

Segmen ini saya buka sampai 27hb Jun 2012 jam 10.00 malam.

Jom join ramai-ramai. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

DULU PAUL, SEKARANG CITTA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru lepas tengok berita sukan yang memaparkan berkenaan persediaan pasukan Portugal dan Sepanyol.  Dulu Jerman gunakan si Sotong Sakti Paul untuk meramalkan kemenangan perlawanan bola sepak.

Sekarang pula Sepanyol atau Portugal (Saya tak ingat) gunakan seekor gajah yang diberi nama Citta untuk ramalkan siapa yang akan melangkah menentang Jerman nanti.

Orang kita ini suka meniru, jangan ada orang Malaysia pergi cari binatang untuk buat ramalan pasukan mana akan menang dalam Piala Malaysia pula.

Wassalam.

p/s : Tak minat tak semestinya tak ambil tahu.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

KISAH BENAR : KEMATIAN PADA MALAM PERKAHWINANNYA!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Saya terjumpa artikel ini di Facebook. Saya rasa artikel patut dikongsikan dengan rakan-rakan blogger semua.




Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan 'Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: "Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat 'Isyak "


Ibunya terkejut: "Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air." 
Tambah ibunya lagi: "Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi... jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu."
Anak perempuannya menjawab: "Wallahi... saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!” 


Ibunya berkata: "Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! "


Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: "Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya "


Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.


Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!


Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!


Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!


Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!


Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!


Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?


Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!
Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?


Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?


Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?


Para Muslimin sekalian, yang mempunyai "hubungan halal" atau "hubungan bebas", adakah kita bersedia untuk menghadapi hari akhirat? Esok?! Apa yang anda pilih? keseronokan dunia sementara ini atau kesenangan di akhirat?!


Semoga Allah membimbing kita semua untuk keredhaan-Nya dan memberikan kepada semua orang yang membaca kisah ini mendapat pengakhiran yang baik, amin.


[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]


p/s : Semoga kisah ini dapat menyedarkan dan mengingatkan diri kita.


Wassalam.


-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"DAH NAK JADI BAPA EH?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bila kawan-kawan cakap,

"Dah nak jadi bapa eh?"

Saya mesti secara automatik tersenyum. Tak kirala siapa pun cakap macam tu, saya mesti akan secara super spontannya tersenyum. Entah kenapa dalam hati yang dipenuhi taman bunga dan air terjun ini berbunga-bunga bila orang cakap macam itu.

Lagipun, bila orang cakap sesuatu, ia adalah doa orang itu terhadap kita. Semoga matlamat untuk menjadi bapa akan tercapai. Hehehe.

Korang tolong saya boleh tak? Tolong doakan kesihatan isteri saya dan juga sudah semestinya baby saya yang dalam perut isteri saya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

PENYAKIT WANITA DAN LELAKI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

"PENYAKIT WANITA banyak pada MULUTNYA" = Mengumpat

"PENYAKIT LELAKI banyak pada MATANYA" = Memandang Yang Haram

p/s : Penyakit sebegini memang banyak di kalangan lelaki dan perempuan.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"ENGKAU BLOGGER KE?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Soalan ini pernah ditanya oleh kawan-kawan saya. Korang tahu apa jawapan saya?

"Ya, saya blogger. Cuma saya ini blogger kecil je"

Sekarang ini kalau korang perasan, blogger ini pun dah semakin dikenali. Siap ada yang dah masuk TV lagi. Antara blogger yang pernah masuk TV terbaru saya tengok, sudah semestinya Ben Ashaari dalam Rancangan Nona dan Yuyu Zulaikha dalam rancangan Safiyya.

Kalau dorang boleh masuk TV, korang pun sudah semestinya boleh. Apa yang perlu korang buat? Usaha lebih dan hasilkan penulisan yang menarik. Saya masih dalam proses memperbaiki hasil penulisan saya ini. Proses ini adalah secara berterusan.

Setiap blogger ada blog sendiri dan setiap blog melambang identiti si blogger tersebut. Seperti yang saya ceritakan dalam entry Blog korang = Identiti Korang.

Tetapi saya sangat bangga menjadi seorang blogger. Hehehe. Korang tak bangga ke?

Wassalam.

-NASZ- 
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, June 26, 2012

BLOG SKEMA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Suatu ketika dulu, ada beberapa blogger beritahu saya yang cara penulisan saya agak skema dan menggunakan bahasa baku. Saya tahu dan saya sedar tentang perkara ini. Tapi saya tetap teruskan.

"Kenapa?"

Saya tahu sekarang ini memang orang suka baca blog yang boleh ditulis secara santai dan kadang-kadang menggunakan bahasa rojak. Saya pun ada juga guna bahasa rojak tapi saya nak kurangkan. Saya kalau boleh nak lebihkan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Saya nak jadikan blog saya ini santai tapi pada masa yang sama mengekalkan keindahan bahasa Melayu kita sendiri.

"Tak kisah orang cakap blog ini blog skema ke?"

Saya rasa kalau ramai orang cakap begitu, ada juga kebaikannya. Mungkin orang kenal blog saya dengan cara itu. Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Tapi, kita boleh buat terbaik dan menggunakan gaya kita sendiri semasa menulis blog. Meniru cara menulis orang lain bukan tak bagus. Tapi meniru dan olah semula cara penulisan mereka serta jadikan cara penulisan itu milik kita.

Ini adalah gaya penulisan saya. Memang agak skema sikit dan saya mengaku. Hehehe.

Korang rasa gaya penulisan korang macam mana pula?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"UPDATED LAH BLOG BRO..."



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya sangat busy hari ini sebab ada banyak kerja kena buat. Lagipun, hari ini saya terpaksa ke TMPoint Teluk Intan untuk hantar borang penukaran alamat dan pindahkan talian telefon serta streamyx ke rumah baru saya. Memang tak sempat nak updated blog.

Balik je dari Teluk Intan, saya terus buka blog dan check bahagian komen yang saya nak approvekan. Terjumpa satu komen ini suruh saya updated blog. Terkejut juga saya. Sebab tak sangka ada juga orang yang baca blog saya dan lagi-lagi minta saya update blog saya ini.

Kepada FAIZMIN, terima kasih sangat-sangat sudi baca blog saya yang cikai ini dan juga paling saya berterima kasih kepada awak kerana ingatkan saya supaya updated blog saya.

p/s : Tak sangka saya. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, June 25, 2012

ANGKAT BUAH KELAPA DENGAN PENIS?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Mesti korang terkejut kan tengok tajuk entry ini? Mesti korang nak tahu kenapa saya buat tajuk entry sebegini? Sebenarnya tadi try godek-godek kat Nuffnang. Masa tengah godek-godek tu, saya terasa nak tengok keyword  apa yang melekat kat blog saya.


Saya rasa tak ada pun entry saya berkisarkan keyword ini. Hairan betul macam mana keyword macam ini boleh termelekat kat blog saya. Budak-budak sekarang ini dah advance sangat sampai cari cara nak angkat buah kelapa dengan 'anu' dorang kot? 

Adik-adik, kalau nak angkat buat kelapa tu, gunakan tangan ye? Jangan gunakan 'anu' sebab nanti 'patah' sape yang susah? Adik juga. Kesian kat adik punya 'adik' tu. 

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

"NEVER MAKE MISTAKE..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SEMUA SALAH...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam entry INI, saya ada minta korang teka apa jenama smartphone yang baru saya beli. Ramai yang jawab jenama Samsung, dan ada jawab dengan spesifik iaitu Samsung Galaxy Note. Semua jawapan salah.

"Kenapa salah pula? Betul la design sama je dengan Samsung?"

Memang design sama seperti Samsung Galaxy Note. Even saiznya dan fungsinya pun lebih kurang. Cuma tak ada pen saja.

"Lepas itu, jenama apa smartphone ini?"

Tak ramai tahu jenama smartphone ini sebab ia "made in Taiwan". Nama smartphone ini ialah Nova Note 2. Fungsinya sama saja macam Samsung Galaxy Note tapi yang semestinya Samsung Galaxy Note lebih power la.

"Apa Specification Nova Note 2 ini?"


OS : Android OS, v4.0.3 new version 
Platform : MediaTek MT6575-1GHZ Dual-Core
Memory : Nand Flash 4G + DDR 32G
WCDMA 2100/850 (HSDPA) and GSM 850/900/1800/1900 Mhz
5.3 inch WVGA High Eesolution touch screen, 480x800, 1600K color
Dual Sim Card, Dual Standby
GPS+AGPS global positioning navigation system
Wireless transmisson :  3G, WIFI 802.11b/g/n/, Bluetooth 2.0, EDGE, HSDPA(Support 7.2 Mbps), HSUPA(Support 5.76 Mbps)
Optical Mouse, Light sensor, Gravity Sensor, Proximity sensor, Digital compass
5MP High definition Front and Rear dual camera with Flash light
Modem Features :  Wireless AP (Mobile AP)
Support Micro SD(T-Flash)32G
Dimension: 148.5x82.95x9.9mm
JAVA, FM
Support Music/video, WAP Browser, Hand-writing
Battery: >2800mAH Compatible BA750 Battery
Talking time: 120-150 mins, Standby time: 120-180 hours
Phone book: 1000 Group, Support SMS/MMS
Headphone Jack: 3.5mm standard interface
Charging Port: Mini USB 5pin interface
Weight: 167g 


Saya sengaja boldkan mana yang saya rasa berbaloi untuk saya beli smartphone ini.

"Berapa harganya?"

Korang rasa harganya berapa? Mungkin murah sikit dari Samsung Galaxy Note kan? Sebab fungsinya banyak persamaan dengan Samsung Galaxy Note. Harganya memang saya pun terkejut dan tak percaya. Saya beli dengan harga RM699 (Untuk 6 bulan waranty) + 29 (Tambah 6 bulan lagi waranty).

"Bagus ke smartphone ini?"

Saya tak boleh komen sama ada bagus atau tidak smartphone ini tapi bagi orang macam saya tak mampu nak beli Samsung Galaxy Note, smartphone sebegini pun dah memadai.

Memang best juga pakai smartphone ini sebab skrin dia besar. Bila sekali imbas, orang akan ingat ini Samsung Galaxy Note tapi sebenarnya bukan. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, June 24, 2012

JENAMA APA?

Asalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam saya telah membeli Smartphone baru. Smartphone tu rupanya seperti gambar di atas.

Korang rasa jenama apa smartphone yang baru saya beli tu?

p/s : Korang teka dulu. Nanti saya bagitau dalam next entry.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, June 23, 2012

NAMA BABY KAMI ADALAH...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kandungan wife saya dah mencapai tahap hampir 3 bulan.

"Nama untuk baby dah ada ke?"

Jantina baby pun belum tahu lagi. Saya memang tak fikir lagi nama untuk baby kami. Tapi wife sebelum tahu diri sendiri mengandung dah pun rajin membaca. Dia rajin membaca buku maksud nama.

Dan wife saya dah pun decide nama baby kami. Saya pun mula-mula terkejut tapi saya buat cool je. Cantik juga nama yang wife saya fikirkan. Maksudnya pun sangat elok. Wife saya dah pun pilih kedua-dua nama untuk baby lelaki dan baby perempuan.

Kalau baby lelaki, nama ini kami akan letak. Kalau baby perempuan, nama itu kami akan letak.

Nama baby kami adalah....

Tunggu baby dah lahir dan dah daftar, baru kami maklumkan. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, June 22, 2012

SEGMEN BLOGWALKING DAN FOLLOW BY NODY YANA


Nak Join? Klik SINI

Saya ternampak segmen lagi. Saya tertarik nak join segmen ini lagi. Saya tertulis entry untuk join segmen ini. Saya terpublishkan entry segmen ini. Segmen ini dianjurkan oleh Nody Yana.

Segmen ini berlangsung sehingga 30hb Jun 2012.

Korang tak ada idea nak update entry? Jom join segmen dari Nody Yana ini. Disamping korang boleh blogwalking, korang boleh juga dapat tingkatkan follower korang. Berkenalan dalam dunia blog yang semakin lama semakin terasa kemeriahannya. Hehehe.

p/s : Penyakit Gila Segmen dah melanda saya. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN HUJUNG MINGGU : AKU FOLLOW KAU FOLLOW

"I Believe I Can Fly"
"Curious Cat?"
"Ude? Dare?"

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ternampak segmen ini. Tertarik hati pula nak join. Terterbitlah entry ini. Segmen ini dianjurkan oleh Atiqah.

Segmen ini berlangsung dari 22hb Jun 2012 Hinggalah 24hb Jun 2012 (10.00 malam).

Korang yang tak buat apa-apa hujung minggu ini bolehlah memeriahkan lagi segmen dari Atiqah ini. Di samping itu, kita dapat juga support blogger yang lain dan berkenalan dengan ramai lagi blogger yang berkeliaran dalam dunia blog ini. Hehehe.

p/s : Seronok bila tengok makin meriah dunia blog ini.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

MUKA TAK ADA PERASAAN...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya pernah berurusan di satu bank ini. Masa itu, saya ingin buka akaun semasa di bank tersebut tetapi pada masa itu cip Mykad saya rosak. So, memang tak boleh baca cip Mykad tersebut. Saya dilayan oleh seorang lelaki yang agak tua tapi yang menghairankan saya, dia mampu buat muka tak ada perasaan. Pada masa itu, saya cuba meneka juga sama ada dia sedang berdukacita atau menahan perut yang sakit atau lain-lain emosi yang wujud dalam diri kita ini.

Tapi, memang tak ada perasaan langsung. Muka serius yang tak berperasaan. Dah la bertugas di kaunter tapi muka tak ada perasaan. Saya tertanya juga, bank ini memang tak berikan latihan dalam khidmat pelanggan ke kepada kakitangan mereka?

Kakitangan ini minta saya bawa Sijil Lahir dan Lesen tapi terus saya beritahu yang sebelum ini saya datang, pihak bank tak maklumkan apa-apa pun. Pada masa itu, pihak bank dah tahu yang cip Mykad saya memang rosak. Kenapa pada masa itu dorang tak beritahu "Lain kali datang, sila bawa Sijil Lahir dan Lesen ye?".

Dengan muka tak ada perasaan, dia pun tenung dokumen dan Mykad saya. Nasib baik ada pegawai sebelah dia kata boleh proceed dan cuma perlu fotostat lesen saja. Dia dengan muka tak ada perasaan lawan cakap balik kata tak boleh tapi pegawai tu cakap boleh. So, dia pun akur dan dengan muka tak ada perasaan pergi fotostat Mykad dan lesen saya.

Kakitangan di kaunter sepatutnya perlu ada kebolehan dalam melayan mesra pelanggan. Kalau dia tak boleh melayan mesra pelanggan, letakkan dia di back office. Buat kerja yang tak perlu berjumpa pelanggan. Nasib baik saya bukan jenis cepat melenting. Hehehe.

p/s : Mungkin dia lapar kot sebab masa tu dah lunch time?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, June 21, 2012

"SAYA TERIMA DIRIMU SEADANYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


p/s : Harta bukan penjamin kebahagiaan.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

BLOG PILIHAN MEREKA...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tamat sudah Segmen Sekejap Nasz : Blog Pilihan Saya. Sebanyak 18 orang blogger berkongsi blog pilihan dorang. Terima kasih sudi join dan terima kasih sebab memperkenalkan saya dengan blog pilihan korang yang ada sesetengah itu saya tak kenal.

Inilah senarai blogger yang join. Jom terjah mereka dan ketahui blog pilihan mereka. Mungkin blog korang pun antara pilihan mereka?

1.  http://juliajamaludin.blogspot.com/2012/06/segmen-sekejap-nasz-blog-pilihan-saya.html
2.  http://emmaeema.blogspot.com/2012/06/segmen-sekejap-nasz-blog-pilihan-saya.html
3.  http://misszberceloteh.blogspot.com/2012/06/segmen-sekejap-nasz-blog-pilihan-saya.html
4.  http://majirashid.blogspot.com/2012/06/segmen-sekejap-nasz-blog-pilihan-saya.html
5.  http://aisyahhumaira99.blogspot.com/2012/06/segmen-sekejap-nasz-blog-pilihan-saya.html
6.  http://appleshera.blogspot.com/2012/06/segmen-sekejap-nasz-blog-pilihan-saya.html
7.  http://nurafeeqah13291.blogspot.com/2012/06/segmen-sekejap-nasz-blog-pilihan-saya.html
8.  http://umikasum.blogspot.com/2012/06/segmen-sekejap-nasz-blog-pilihan-saya.html
9.  http://mamaqhayra.blogspot.com/2012/06/segmen-sekejap-nasz-blog-pilihan-saya.html
10.http://winkwinkwinky.blogspot.com/2012/06/segmen-sekejap-nasz-blog-pilihan-saya.html
11.http://sharfynarzmiss.blogspot.com/2012/06/segmen-sekejap-nasz-blog-pilihan-saya.html
12.http://nizamsedangbercherita.blogspot.com/2012/06/segmen-sekejap-nasz-blog-pilihan-saya.html
13.http://mohdnoorshawal.blogspot.com/2012/06/segmen-sekejap-nasz-blog-pilihan-saya.html
14.http://diyanarauzi92.blogspot.com/2012/06/segmen-sekejap-nasz-blog-pilihan-saya.html
15.http://ayieshasani.blogspot.com/2012/06/segmen-sekejap-nasz-blog-pilihan-saya.html
16.http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/2012/06/segmen-sekejap-nasz-blog-pilihan-saya.html
17.http://babyaimacomel.blogspot.com/2012/06/segmen-sekejap-nasz-blog-pilihan-saya.html
18.http://lovesokmo.blogspot.com/2012/06/segmen-sekejap-nasz-blog-pilihan-saya.html

Segmen ini nampak simple tapi ada impaknya kalau seseorang itu rajin. Saya harap melalui segmen ini, korang dapatlah sedikit peningkatan trafik dan follower.

p/s : Nak buat Giveaway Nasz tapi busy sikit dengan kerja. Tapi, tak lama lagi je.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, June 20, 2012

SEGMEN SEKEJAP NASZ : BLOG PILIHAN SAYA


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah lama rasanya saya tak buat segmen. Kali ini saya nak segmen sekejap Nasz. Korang nak join? Korang kena:

1. Buat satu entry baru, copy header saya kat atas tu dan pastekan kat entry tersebut. Jangan lupa linkkan ke post ini.

2. Salin tajuk ini, "SEGMEN SEKEJAP NASZ : BLOG PILIHAN SAYA"

3. Korang nyatakan SATU blog mana pilihan korang dan letakkan link blog tersebut. Tak perlu huraikan blog itu. Letakkan nama dan link blog pilihan korang itu je. *Pastikan korang inform pemilik blog yang korang jadikan blog dia sebagai pilihan korang.

4. Publishkan post tersebut dan letakkan link post korang tu kat ruang komen di bawah.

Itu saja. Kalau korang kata susah juga, tak tahulah saya. Insya Allah saya akan sediakan satu list untuk korang blogwalking dan saling berkenalan. Korang boleh tengok blogger mana yang ada blog pilihan sama dengan korang.

Segmen ini tutup malam ini juga (20hb Jun 2012) jam 11.59 malam.

p/s : Tak tahulah ada orang join ke tak? Lama tak buat segmen sebegini. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SAYANG ANAK, RIBA-RIBAKAN...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya ternampak siang tadi semasa saya baru balik dari Teluk Intan Perak ke Bagan Datoh Perak. Sebuah kereta meluncur laju dalam 80 km/j. Saya pun follow belakang kereta tersebut sebab jalan yang kami lalui itu dua hala saja. Kereta itu sekejap terhuyung hayang, sekejap steady.

Apabila sampai ke jalan yang ada lorong memotong, saya terus memotong kereta tersebut. Saya hairan juga sebab kereta terhuyung hayang sekejap, steady sekejap. Mungkin pemandunya mengantuk tapi pada masa itu, baru lebih kurang pukul 3 petang lebih.

Selepas berjaya memotong, saya terlihat sesuatu yang bagi saya agak mengejutkan. Rupa-rupanya si pemandu itu tengah meriba anaknya sambil memandu. Saya tengok sambil menggelengkan kepala saya. Saya faham, mungkin si pemandu itu tersangatlah sayang kepada anaknya itu sampai riba-ribakan semasa memandu. Cuba bayangkan, berlaku kemalangan, siapa akan terpelanting keluar melalui cermin tingkap depan dulu. Anak si pemandu ini.

Kalau sayangkan anak, duduk di sebelah dan suruh dia pakai seat belt. Lepas itu, si bapa ini terus memandu tanpa apa-apa gangguan. Tak salah nak sayangkan anak, tapi ada masa tak perlu terlalu menunjuk sangat sampai riba-ribakan semasa memandu.

Perkara begini membahayakan pemandu lain. Malang tak berbau.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SAYA CUMA BLOGGER BIASA...




Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya cuma seorang blogger biasa. Tak ada apa yang istimewa tentang blog saya kecuali saya suka menceritakan sesuatu melalui pendapat saya. Saya menulis secara spontan yang hampir 90% keluar dari minda saya. Kenapa tak 100%? Sebab saya perlu juga menjaga sensitiviti masyarakat sekeliling kita yang mempunyai sifat suka  menjaga tepi kain orang. Bukan tak bagus menjaga tepi kain orang tapi berpada-padalah.

Blog saya ini adalah blog peribadi yang saya jadikan tempat meluahkan pendapat, menyimpan seribu satu memori dan tempat saya berkongsi pendapat. Saya cuba menjadikan blog saya ini sesantai yang mungkin sebab hampir semua manusia di dunia ini suka membaca sesuatu yang santai. Bagaimana saya tahu? Saya pun terdiri daripada golongan ini. Hehehe.

Apabila ada orang suka membaca dan mendatangkan diri mereka ke blog saya, saya bersyukur sangat-sangat. Bukan mudah untuk membuatkan orang lain membaca coretan peribadi di blog peribadi seseorang yang bukan artis. Lainlah kalau blog Najwa Latif, memang ramai yang akan terjah. Sebab dia artis.

Saya sentiasa ingatkan diri saya yang kadang-kadang ter'riak' sebab fikir diri ini famous:

"Kalau kita fikir diri kita famous, ada lagi blogger yang lagi famous daripada kita"

Random Blogger Pilihan Saya Hari Ini : ~My Dear Lady~

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, June 19, 2012

RESTU IBU...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Saya terjumpa ini di Facebook.

"Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T. amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia.. Oleh itu Islam menitikberatkan keredhaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah."


p/s : Ingatan untuk diri sendiri.


Wassalam.


-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

BE BARU...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Buka akaun Nuffnang pagi tadi dan ternampak Buffered Earning a.k.a Campaign baru melekat kat blog ini. Alhamdulillah. Nuffnang masih nampak blog saya ini ye? Hehehe.


Sejak dua menjak ini Nuffnang asyik bagi Campaign Tuala Wanita je kat blog saya. Mungkin ramai pembaca perempuan kot blog saya ini? Kan?

Di samping 1 Buffered Earning a.k.a Campaign baru di blog saya, masih ada 2 Campaign sedang melekat lagi. So, untuk blog saya ini, saya ada 3 Campaign sedang melekat seteguh gam gajah. Saya harap Campaign ini akan terus melekat selama mungkin. Hehehe.

Kepada Nuffnang, terima kasih banyak-banyak kerana masih nampak blog cikai saya ini daripada timbunan blog-blog yang super best dan super dasyat. Hehehe.

p/s : Rezeki bakal anak melimpah ruah. Alhamdulillah.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

WANITA ITU ADALAH AURAT...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.




"Perempuan yang baik ialah perempuan yg HANYA menayangkan kecantikannya di hadapan SUAMINYA kelak, bukan yang menayangkan kecantikannya untuk photoshoot, untuk tatapan semua, untuk 'cuci mata' orang lain. Ingat, kecantikkan kita ini hanya sementara.. jika ALLAH tarik semula mcm mana??"


p/s : Bila dah terkena rogol, baru nak meraung. Beringat dulu sebelum terkena. Belajar daripada kesalahan orang lain. Jangan sampai terkena kat diri sendiri. Mohon dijauhkan daripada bakal anak-anak saya nanti.


Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"SAYA PUN MULA DARI BAWAH..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ada orang yang tak puas hati dengan pencapaian saya sekarang. Biasalah tu. Manusia masa kini semua nak lebih. Kalau orang itu lebih daripada dia, tak pasal-pasal dia mencari keburukan orang itu dan boleh sampai ke menyebarkan fitnah. Kalau orang itu kurang daripada dia, timbul pula rasa riak di hati.

Kita kena faham, orang yang dah berjaya sekarang ini pernah melalui pelbagai ranjau dan duri di sepanjang perjalanan untuk menjadi berjaya seperti sekarang. Contoh paling dekat, Bro Ben Ashaari yang kini telah menjadi Blogger Sepenuh Masa di samping mampu menjaga anaknya yang baru berusia 2 bulan.

Korang rasa Bro Ben Ashaari buat je blog terus jadi feymes dan beribu riban follower kat blog dia? Sudah semestinya tidak. Dia pun berusaha dari 'zero' ke tahap sekarang. Saya bukan blogger famous tapi dengan adanya blogger lain yang sudi baca dan join segmen saya, saya rasa bersyukur sangat.

So, korang kena faham dan tahu di setiap kejayaan seseorang itu, ada pelbagai kegagalan yang mengiringi. Mereka semua mula dari bawah dan berjaya sampai ke tahap sekarang.

Kalau dorang boleh, kenapa kita tak boleh?

p/s : Nak motivasi diri sendiri sebenarnya. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, June 18, 2012

MOVIE REVIEW : PROMETHEUS


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam saya dan wife telah berjaya menonton movie Prometheus ini di TGV AEON Bukit Tinggi, Klang, Selangor.  Pada masa itu, memang banyak pilihan movie yang menarik tapi sebelum ini saya telah menonton trailer Movie Prometheus ini dan saya rasa movie ini agak menarik. So, saya decide untuk menonton movie ini.


Movie ini berkisar tentang dua orang pengkaji purba yang sedang mencari asal usul manusia. Dua pengkaji purba ini telah berjaya mengenalpasti planet yang mungkin adalah tempat asal usul manusia melalui ukiran dinding di dalam gua-gua di seluruh dunia yang sama tapi berbeza tahun.

Kemudian, penonton dibawa ke sebuah kapal angkasa yang sedang menuju ke planet dan galaksi yang telah dikenalpasti dalam ukiran dinding di dalam gua tersebut. Kapal angkasa ini dinamakan PROMETHEUS. Movie ini berkisar tentang 17 orang krew yang berada di Kapal angkasa PROMETHEUS yang mempunyai matlamat dan karekter yang berbeza.


Kesemua 17 krew di'hyper sleep'kan dalam satu bekas sementara seorang robot berupa manusia yang bernama David berjaga sehingga sampai ke planet yang dikatakan dapat menjawab mengapa manusia dicipta dan asal usul manusia. Selepas 2 tahun, mereka telah sampai ke planet tersebut.  Dan mendarat berdekatan satu bukit besar (Itu yang mereka fikir mula-mula).


Mereka memulakan ekpedisi dan menjelajah di dalam 'bukit besar' tersebut. Mereka berjaya menjumpai bukti kewujudan manusia di tempat itu melalui padanan DNA dari kepala yang mereka jumpai. Mereka telah terjumpa satu bilik yang ada kepala manusia seperti gambar kat atas sekali itu.

Tapi, sebenarnya sangkaan mereka bahawa mereka dapat mengetahui asal usul mereka memang jauh sekali. Di dalam 'bukit besar' itu berlaku pelbagai perkara yang buruk dan hampir membunuh semua krew Prometheus. Kebenaran yang mereka cari bukan ada di situ. 'Bukit besar' yang mereka sangkakan itu sebenarnya bukan 'Bukit Besar'. Apa yang sebenar dorang jumpa dalam 'Bukit Besar' itu? Korang kenalah pergi tonton sendiri.


Movie ini memiliki CGI yang begitu best. Cuma jalan ceritanya agak perlahan sampai saya menguap beberapa kali. Movie ini banyak membuatkan kita terfikir dan agak berat juga bagi tontonan kanak-kanak. Movie ini adalah PG13. Keseluruhannya, movie ini saya beri 2 BINTANG.

Korang yang dah menonton movie ini, apa pendapat korang?

p/s : Masa part last, ada sesuatu keluar dan saya rasa inilah permulaan kewujudan 'Alien' di bawah.


Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"DIA TAKPELAH, DAH FAMOUS"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam dunia blog ini, sama macam dunia realiti, cuma yang bezakan kita bukan jumpa face to face (kecuali ada orang yang rajin buat gathering blogger tak kira kecil atau besar). Bila ada blogger yang famous, mesti akan ada orang tak puas hati dan busuk hati. Biasalah, di dunia realiti pun busuk hati dan tak puas hati sebegini ada, mestilah dalam dunia blog pun ada.

Kalau iri hati secara positif takpe juga. Iri hati kepada blogger famous ini dan disebabkan nak mengatasi si blogger famous ini, si peng'iri hati' ini berusaha secara berterusan sehingga berjaya. Sehingga berjaya mengatasi si blogger famous itu. Lepas itu, takkan si blogger famous ini nak tengok je. Mesti dia pun akan tingkatkan ke'famous'an dia supaya dia kekal di atas. Ini dinamakan persaingan sihat.

Tapi, bila orang yang jenis iri hati secara negatif ini suka menggunakan maki hamun, memburuk-burukkan orang lain, fitnah, tikam belakang dan macam-macam lagi aktiviti yang teruk dan buruk, busuklah dunia blog ini.

Orang di luar sana bukan tengok blogger seorang demi seorang, tapi kalau seorang buat busuk, semua blogger terpalit busuknya. Padahal seorang je yang busuk. Samalah, dalam satu jabatan, kalau seorang buat hal, maka terpalit kat semua kakitangan dan tercalar reputasi jabatan itu.

Oleh itu, jom kita berblogging dan bersaing secara sihat. Supaya dunia blog ini meriah seadanya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

ISU HALAL SUBWAY...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terima kepada Yayahnasake kerana memberi komen bertanyakan tentang isu halal Subway dalam entry INI. Semasa kat restoran Subway itu, saya cuba juga cari logo Halal daripada JAKIM tapi tak nampak dan saya ingat dipamerkan di luar restoran. Di luar restoran pun tak ada.

Disebabkan ini kali pertama saya makan Subway dan dengan nervousnya masa nak buat pilihan menu makanan, saya tak perasan ketiadaan logo Halal daripada pihak JAKIM. Wife saya pun google dalam internet dan terbaca isu-isu berkaitan sijil Halal dari blog-blog dan berita.

Saya pun terus Google ke www.halal.gov.my dan klik di tab "Pengguna" serta pergi ke link "Direktori Halal Malaysia". Kemudian, saya terus klik ke link "Teruskan Carian" dan taip "Subway" dalam kotak "Maklumat Carian". Cuma Subway di area Pulau Pinang saja yang dapat kelulusan sijil Halal daripada JAKIM. Subway menyatakan dalam laman Facebook Subway Malaysia yang cawangan Subway lain dalam proses untuk dapatkan Sijil Halal JAKIM.

Memang ramai juga orang Melayu makan masa saya makan di Subway semalam. Sebab saya pun tak was-was nak try makan sebab saya fikir Subway ini sama seperti McDonald dan KFC.

Tapi, kalau korang was-was juga, tak perlu makan Subway. Makan je kat McDonald dan KFC. Yang penting, korang yakin.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, June 17, 2012

MENGIDAM...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Korang mesti tahu tentang mengidam kan? Biasanya mengidam ini berlaku kepada orang perempuan yang mengandung. Orang perempuan yang tak mengandung dan orang lelaki ada juga yang mengidam tapi tak se'serius' orang mengandung.


"Kenapa pula?"


Sebab kata orang tua-tua, kalau orang perempuan yang mengandung mengidam dan tak dapat apa yang diidamkan, anak yang lahir nanti akan sentiasa meleleh air liurnya. Ini kata orang tua-tua ye? Bukan saya kata sebab saya muda lagi. Hehehe.


Tapi kalau isteri mengidam perkara yang tak tercapai akalmu atau tak mampu korang tunaikan, nak buat macam mana kan? Buat setakat saja yang korang mampu.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

SUBWAY...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Sekarang tengah menjamah roti panjang besar (Tak tahu nak panggil apa) dengan wife saya. Dah la tak pernah makan kat Subway AEON Bukit Tinggi Klang ini sebab tu terasa diri saya jakun sangat-sangat.


Saya ingat order macam kat KFC atau McDonald tapi silap. Rupa-rupanya kita kena pilih jenis roti yang kita nak. Kemudian, kena pilih daging apa untuk diletakkan di tengah-tengah roti. Pastu, dorang panaskan dan kita kena pilih sayur dan sos apa yang kita nak.


Saya dah la first time. So, memang terkial-kial la pilih. Tapi takpe. First time memang macam ini. Lepas ini sudah semestinya saya yang paling expert. Hehehe.


"Macam rasanya?"


Entahlah. Saya rasa Mcdonald atau KFC sedap lagi. Mungkin sebab saya tak biasa makan kat Subway ini kot? Lagipun harga pun agak mahal.


Korang pernah makan kat Subway? Apa pendapat korang?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

TEKNIK SAYA MENULIS ENTRY BLOG PERSONAL...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya nak share teknik saya menulis entry untuk blog personal saya ini. Teknik ini nampak senang je. Kalau saya boleh buat, korang pasti boleh buat. Teknik ini saya perolehi masa saya satu kursus selepas Exam SPM suatu ketika dulu.

Pada masa itu, saya diberikan masa satu minit untuk menulis apa saja yang berada di minda saya di atas sehelai kertas. Menurut penceramah tersebut, ternik ini membantu saya untuk berfikir dengan lebih cepat. Selepas satu minit, saya berjaya hasilkan satu karangan yang menarik. Memang saya tak sangka pun.

Dalam blog personal saya ini, saya taklah tetapkan masa satu minit untuk tulis satu entry tapi apabila saya ternampak sesuatu dan idea muncul, on the spot saya menulis apa ada di fikiran saya pada masa itu. Apa yang kita fikir secara spontan itu kadang-kadang adalah perkara menarik yang boleh kita kongsikan dengan orang lain.

Rak perlu nak copy dan paste, kita sendiri mampu untuk tulis entry kita sendiri. Entry yang menarik untuk dibaca. Ini adalah teknik saya menulis blog saya ini. Memang mula korang akan rasa agak melecehkan tapi selepas beberapa lama korang buat, korang akan rasa senang.

So, selamat mencuba dan jom kita meriahkan dunia blog ini dengan pelbagai perkongsian yang bermutu.

p/s : Tak salah mencuba teknik baru tapi nsk mencari teknik menulis blog sesuai dengan kita memang agak susah. Jangan putus asa, teruskan mencari.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, June 16, 2012

REZEKI AWAL...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Di Facebook, ada orang pertikaikan kandungan isteri saya yang dah mencapai 9 minggu 6 hari. Dia bandingkan dengan kandungan dia yang baru 8 minggu. Katanya kandungannya baru 8 minggu dan cuma nampak jantung tapi kandungan isteri saya dah 9 minggu 6 hari tapi dah nampak kaki dan tangan.


Doktor yang isteri saya memaklumkan kepada isteri yang tangan dan kaki bayi dalam kandungan isteri saya itu seperti sedang menari-nari.


Saya bersyukur sebab dapat rezeki awal daripada Allah. Tak semua orang dapat dan ada orang tak puas hati. Mungkin sebab dia dah kahwin awal dari saya tapi baru dapat bayi.


Bagi saya, bersyukurlah sebab dapat juga bayi kalau dibandingkan dengan pasangan menanti berpuluh-puluh tahun tapi tak ada rezeki.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, June 15, 2012

99% TEPAT?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Terjumpa Jadual ini di Facebook. Saya cuba tengok umur isteri saya dan bulan dia start mengandung, dan jawapannya anak LELAKI. Tapi, yang paling penting, anak lelaki atau anak perempuan, saya tetap terima dengan hati yang ikhlas.

p/s : Ingatan untuk diri sendiri... Anak itu adalah tanggungjawab dan amanah daripada Allah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

INSYA ALLAH...TERBUKA PINTU REZEKI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


p/s : Jangan lupa kepada jasa ibu dan ayah. Tanpa mereka, tiada kita di dunia ini.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

RM3.80 SAJA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Gambar kat atas itu adalah sarapan pagi saya setiap hari bekerja. Hari tak bekerja, saya makan yang sempat saya makan.


Makanan adalah Nasi Lemak (Nasi lebih) + Sambal tumis ikan bilis + sambal tumis ayam + sambal tumis sotong + telur mata kerbau dan minuman saya teh o suam.


Harga untuk makanan dan minuman di atas adalah RM3.80 saja.


Korang kalau macam menu saya kat atas tu, agak-agak berapa ringgit korang kena bayar kat tempat korang?


p/s : Setiap hari makan macam ni, memang makin 'cubby' saya ni. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

AWAL LAGI NAK BELI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Di Giant,

Isteri saya : B tengok apa tu?

Saya : Pampers sayang.

Isteri saya : La... Nak buat apa?

Saya : Untuk baby kita nanti la sayang.

Isteri saya : Isk... Awal sangat la B.

Saya : Ye ke? Owh... (Blurrr....)

Saya punyalah excited sampai bila pergi mana-mana supermarket tak kiralah AEON, Giant, Tesco dan lain-lain, ternampak saja barang baby, terasa macam kena beli pula. Macam terlebih excited pula kan? Hehehe.

Saya kena plan dan bajet apa yang perlu beli. Barang baby kena cukup. Tak dilupakan juga barang untuk isteri. Takkan dapat baby, isteri diabaikan. No, no, no way. Isteri kena jaga elok-elok.

Nanti tak pasal-pasal isteri saya jeles dengan baby saya sebab saya lebihkan baby. Hehehe.

Anyway, tolong doakan isteri saya sentiasa sihat dan kandungan pun sihat ye? Terima kasih.

p/s : Masih tersenyum sorang-sorang lagi ni. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN : FOLLOW WEEKEND BERSAMA AJAMOPPICAL

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya dijemput untuk join segmen ini oleh owner blog Ajamoppical. So, saya pun decide nak join di samping support segmen yang dianjurkan ini.  Lagipun, saya boleh cari peluang untuk promosi blog saya dan berkenalan dengan blogger baru di luar sana.

Segmen ini tamat pada 17hb Jun 2012 (Ahad) jam 11.59 malam.

So, jom join ramai-ramai.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

LELAKI ATAU PEREMPUAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya dan wife insya Allah akan mendapat cahaya mata pertama. Tapi, disebabkan baru 9 minggu 6 hari masa scan semalam (Entry tersebut boleh baca di SINI dan SINI), doktor pun tak boleh beritahu sama ada bakal baby kami itu lelaki atau perempuan.

Tapi, bila wife saya beritahu saya yang baby saya tu kelihatan sedang menari-nari sebab seluruh badannya bergoyang-goyang termasuk tangan dan kakinya, saya rasa baby lelaki. Pah wife saya pun cakap lelaki sebab dia nampak dalam scan baby tu macam tengah main bola.

Kalau ditakdirkan baby perempuan pun saya terima.  Bukan semua orang ada peluang nak dapat baby ni. Ada yang tunggu bertahun-tahun baru dapat. Ada yang tak dapat langsung cahaya mata.

Nanti pergi check sekali lagi baru tahu jantinanya. Korang rasa lelaki atau perempuan? Hehehe.

p/s : Excited sangat sampai asyik senyum sorang-sorang. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, June 14, 2012

8 PAHALA YANG BERTERUSAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


































p/s : Cari saham untuk Akhirat di samping saham dunia.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"HANG TAK NORMAL..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kenapa pula nak cakap saya tak normal? Saya cukup sifat. Ada satu kepala, dua tangan, dua kaki dan satu badan. Lengkap macam orang yang normal juga. Mana yang dikatakan tak normalnya?

"Sekarang time bola, kenalah layan bola"

La... Itu je. Saya tak kata saya tak minat bola. Saya jenis bukan fanatik sangat nak layan bola ni. Saya tengok macam tu saja. Itupun kalau ada geng. Kalau sorang-sorang, tak kuasa saya nak layan bola.

Bagi saya, setiap orang ada minat tersendiri. Tak perlu nak fanatik sangat sebab itu semua bukan kekal pun. Macam realiti TV, sampai menangis meraung-raung bila peserta pilihan terkeluar atau tersingkir ape hal. Dah nama pun rancangan realiti, memang banyak drama-drama yang akan dipertontonkan. Saya punya cara, layan je semua.

Yang penting, hati kita hepi dan ceria selalu. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

GAMBAR SCAN BABY...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam entry INI, saya beritahu mengenai wife saya dengan emak mertua saya ke Klinik Pakar Wanita di kawasan Klang Selangor. Masa scan perut wife saya untuk check keadaan baby tersebut, wife saya beritahu saya yang doktor yang bekerja di Klinik Pakar Wanita tersebut beritahu due date kelahiran baby sulung saya ini adalah pada 11hb Januari 2013. Tapi, tarikh tu saya rasa cuma jangkaan dan mungkin awal atau lewat sikit.

Saya minta wife saya supaya suruh doktor tu printkan scan kandungan yang baru dia buat. Saya cilok dari wall facebook wife saya. Hehehe.


Mula-mula tercari-cari juga mana dia baby yang wife saya cakap ber'dancing' tu. Bila diteliti dengan setelitinya, baru saya perasan yang objek di tengah-tengah itulah baby kami. Hehehe.

Come to daddy.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

100 UNIQUE VISITS PER DAY...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sewaktu dulu saya mula-mula berblogging, nak capai 10 unique visits per day pun susah. Memang masa itu saya betul-betul dah give up dan terus tinggalkan blog ini bersawang-sawang. Selepas beberapa lama, saya teringat kat blog saya ini dan cuba buka balik. Masih ada tapi trafik sehari kadang-kadang zero dan satu saja.

Kemudian, saya mula aktif blogging balik. Update blog saya ini selalu. Join segmen daripada blogger lain antaranya Bro Ben. Promosi blog saya kepada blogger lain. Terjah blog lain dan tinggalkan komen.  Buat segmen dan giveaway yang simple. Dan macam-macam lagi.

Dah sekarang Alhamdulillah, blog saya ini mampu menerima kunjungan unik sehari lebih kurang 100 unique visits. Saya tahu angka ini cuma sekecil kuman bagi sesetengah blogger yang dah feymes tapi saya tetap berbangga dengan pencapaian ini.  Memang matlamat saya yang pertama untuk cecah 100 unique visits per day. Matlamat kedua saya adalah untuk kekalkan 100 unique visits per days. Kemudian, matlamat saya ketiga untuk naikkan unique visits per day saya ke 200. Kemudian, kekalkan.

Mungkin nampak cara begini agak susah dan merimaskan tapi bila dah tercapai, memang saya rasa berbaloi.

Saya nak ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi terjah blog saya yang cikai-cikai je ni. Terima kasih kawan-kawan blogger semua.

p/s : Sesuatu pencapaian melalui usaha keras, memang manis rasanya bila membuahkan hasil.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka