Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Saturday, March 31, 2012

PENANGAN 'IA'...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Baru lepas check in Hotel Paragon tadi. Pastu nak cari topup dan makan tengah malam jap. Hehehe.


Masa nak tunggu lif, ternampak gambar kat atas dan dengan pantasnya saya snap gambar. Hehehe.


Dasyat gak penangan 'ia' sampai boleh kena denda.  Hehehe. Sebab bau 'ia' kot? Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

PERGI SANA SINI SINUN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Saya sekarang berada di Ipoh, Perak untuk kehadiran kursus hari ni dan esok. Cuti pun kena kursus, sabar je la. Hehehe. Dah la saya syok-syok duduk kat belakang sekali, kena panggil oleh Pengarah untuk duduk kat depan sekali. Memang terbaik. Tapi ada hikmahnya dan dapat extra ilmu. Hehehe.


Itu hanya mukadimah je. Panjang tak? Hehehe. Oklah, korang pernah tak menghadapi situasi di mana perkara yang korang nak rujuk ke sesuatu agensi kerajaan ataupun swasta tapi korang disuruh ke sana, sini dsn sinun? Kawan saya ceritakan kat saya betapa bengang dia. Kesian kat dia.


Sekejap dia disuruh ke tempat sini, pastu tempat sini suruh dia ke tempat sana, pastu tempat sana suruh ke tempat sinun. Dan akhirnya perkara tak selesai pun. Pastu, kena ambil cuti lagi untuk buat balik perkara tu.


Korang rasa kenapa situasi macam ni terjadi? Ce cite. Ce cite. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, March 30, 2012

KALAU KORANG BANDING, KORANG HINA DIRI SENDIRI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


p/s : Buat apa nak bandingkan sebab setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kan?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, March 29, 2012

JOM KENAL SEMUA BLOGGER INI...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Segmen Nasz : Jom Kenal Blogger dah tamat. Di bawah ni senarai blogger yang ingin saling kenal mengenal. Yang mana tak kenal, kenal-kenal lah. Yang mana dah kenal, buat-buat tak kenal, pastu kenal-kenal lah ye? Hehehe.


Saya dah bahagikan kepada 7 kumpulan. Senang sikit korang nak terjah dan berkenalan dengan dorang. Mula-mula korang boleh terjah blogger dalam kumpulan korang dulu. Kemudian, korang boleh teruskan terjah blogger dari kumpulan lain plak.


So, korang tunggu apa lagi? Terjah!


KUMPULAN 1
1.  http://www.azrijohan.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
2.  http://emmaeema.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
3.  http://haruno-hana.blogspot.com/2012/03/195ai-no-kotoba-segmen-nasz-jom-kenal.html
4.  http://therainbowjourney.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
5.  http://natiqahibrahim.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
6.  http://bungajauh.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
7.  http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
8.  http://blueranger-theonlyone.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
9.  http://masrinasidek.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
10.http://ajamoppical.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html


KUMPULAN 2
11.http://tirana91.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
12.http://izzdfarish.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
13.http://sharfynarzmiss.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
14.http://diaryyeyla.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
15.http://iemagurlz.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
16.http://kertaswarnamerah.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
17.http://msvelentine.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
18.http://norumara.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
19.http://nurshifatuzzinnirah.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
20.http://zaislife.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html


KUMPULAN 3
21.http://zamani84.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
22.http://rahsia-pelangi.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
23.http://lovealyamaisarah.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
24.http://www.nurfuzie.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
25.http://slumberznanie.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
26.http://diariesaya.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
27.http://lovestory313.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
28.http://alyajane.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
29.http://zyraroxx.blogspot.com/2012/03/segmen-naszjom-kenal-blogger.html
30.http://nuramalinastoryforever.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html


KUMPULAN 4
31.http://bla-bla-blub-blub.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
32.http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
33.http://sayapunyasukalaaa.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
34.http://ernamorgan.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
35.http://supercontestblog.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
36.http://qilafuntime.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
37.http://airaamir.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
38.http://lolipophaty.blogspot.com/2012/03/segmen-jom-kenal-bloger.html
39.http://ceriteyxa.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
40.http://cek-chiqa.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html


KUMPULAN 5
41.http://salizahamid.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
42.http://nurfairusabubakar.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
43.http://sitabuancomot.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
44.http://ieraazizi.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
45.http://itsmetira.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
46.http://fashaamira.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
47.http://adando.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
48.http://ceriterabudakspek.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
49.http://akmaluv90.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
50.http://rizairaaderbelogler.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html


KUMPULAN 6
51.http://chenta-spanarskru.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
52.http://sofyoseob-gurlz.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
53.http://diaryofmizzain.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
54.http://diaryofmizzain.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
55.http://budakkecilbercakap.blogspot.com/2012/03/segmen-naszjom-kenal-blogger.html
56.http://n-mcd.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
57.http://mybunnytuttut.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
58.http://kasihkuamani.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-bloggera.html
59.http://firsyaayuni.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
60.http://kotakhatierynn.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html


KUMPULAN 7
61.http://pape-jer.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
62.http://yayahnasake.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
63.http://cikdayaconan.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
64.http://eikasuzyana.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
65.http://sayagilerpurple.blogspot.com/2012/03/assalamualaikum.html
66.http://lisathemell.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger_29.html
67.http://nizamsedangbercherita.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
68.http://shaerfatwa.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
69.http://queenloveking129.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html
70.http://kumahuitu.blogspot.com/2012/03/segmen-nasz-jom-kenal-blogger.html


Tak usaha, tak nampaklah hasilnya kan? So, selamat berkenalan dan selamat berusaha. 


p/s : Tak sangka ramai gak yang join sebab dah lama sangat tak buat segmen. Thanks all sudi join segmen ciput saya ni. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN NASZ : JOM KENAL BLOGGER

Assalamualakum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah lama rasa saya tak buat apa-apa segmen disebabkan terlalu busy dengan kerja dan juga persiapan perkahwinan saya. So, kali ni saya nak buat satu segmen simple saja. Saya tak menjamin peningkatan trafik yang mendadak tapi kalau korang usaha, apa pun boleh jadi kan?

Segmen saya kali ni sangat mudah. Apa yang korang kena buat adalah :

1. Copy gambar Header saya di atas, paste di post korang dan linkkan ke post ini.

2. Salin tajuk post ini, "SEGMEN NASZ : JOM KENAL BLOGGER"

3. Korang salin soalan-soalan mudah ni kat post korang dan jawab setiap soalan:

A. Nama Penuh Saya?


B. Nama Panggilan Saya?


C. Sejak Bila Saya Berblogging?


D. Url Blog Saya?

4. Siap? Pastu, korang publish dan pastekan link post tersebut kat ruang komen kat bawah.

Itu saja. Susah ke? Kalau korang rasa susah, tak tahulah saya nak buat macam mana dah. Huhuhu.

Segmen ni tutup pada malam ni juga (29.03.2012) pukul 11.00 malam.

Saya akan buat satu post khas untuk mengumpul semua blogger yang join dan memudahkan korang yang join ni saling kenal mengenali antara satu sama lain.

Itu saja. Korang tunggu apa lagi? Silakan. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, March 28, 2012

SALAH SATU BENDA YANG MEMBAHAGIAKAN MANUSIA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ada banyak benda yang membahagiakan manusia. Tapi, saya nak ceritakan tentang satu je kali ni. Nanti tak termuat saya nak tulis dalam post ni kan? Hehehe. Salah satu benda yang membahagiakan manusia yang saya nak cerita di sini ialah Kenderaan Yang Baik.

Kenderaan yang Baik? Kenderaan pun ada yang baik dan ada yang jahat ek? Bukan itu maksud saya. Kenderaan yang Baik maksudnya kenderaan seperti motor, kereta, van, lori dan lain-lain yang kurang bermasalah. Kenderaan yang jarang rosak membuatkan hati manusia bahagia.

Korang tak percaya? Ok. Saya nak korang, kalau kenderaan korang tak kiralah motor atau kereta rosak, korang rasa bahagia tak? Kalau saya, sudah semestinya tak bahagia. Sebab hati gundah gulana mengenangkan berapa ribu ratus ringgit nak kena keluar.

Tapi, bila kenderaan jarang rosak dan beroperasi dengan baik, korang pasti bahagia. Kalau saya, saya rasa bahagia sangat sebab hati saya tenang je. So, kalau korang nak bahagia, jangan lupa service kenderaan korang bila cukup time. Jangan tahu guna je tapi tak tahu nak jaga. Kan?

p/s : Kenderaan jarang rosak tapi bila rosak, memang betul-betul tak bahagia. Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, March 27, 2012

MOVIE REVIEW : THE HUNGER GAMES


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru-baru ni saya berpeluang menonton movie The Hunger Games tayangan Midnight di TGV AEON Bukit Raja bersama sudah semestinya dengan isteri saya yang tercinta. Hehehe.

Movie ni ada sedikit twist sikit ceritanya. Tapi kalau nak faham, kena tengok betul-betul macam saya. Itupun isteri saya duk tanya macam-macam sebab dia tak berapa faham jalan cerita movie tersebut.

Movie mengisahkan dunia selepas pemberontakan yang dibahagikan kepada 12 Daerah (District). Kehidupan penduduk di semua District ni sangat miskin dan sentiasa tak cukup makanan. Dorang tak guna duit tapi guna sistem barter. Tukar barang dengan barang yang dorang nak. Tapi, di Ibu Negara (Capitol) dorang, orang-orang kaya hidup penuh kemewahan dalam bangunan yang indah-indah.

Demi memperingati akibat pemberontakan yang berlaku sebelum ini, satu games diadakan dengan 2 orang wakil (1 lelaki dan 1 perempuan) dari 12 District yang dipanggil The Hunger Games. Dalam games ni, dorang kena saling berbunuhan sehingga seorang saja yang hidup. Seorang yang hidup tu akan dapat harta dan kekayaan tak terhingga banyaknya.

Tapi, wakil District 12 telah berjaya mengubah corak games ni. Apa yang wakil District 12 berjaya ubah? Korang tengok sendiri ye? Kalau semua saya cerita kat sini, tak best la bila korang nak tengok movie ni nanti. Movie ni kira best juga. Cuma ada part slow dan ada gak part action.

Saya bagi 3 BINTANG.

Siapa dah tengok movie ni? Berapa BINTANG korang bagi?

p/s : Busy minggu ni dengan temuduga dan kursus hujung minggu ni. Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, March 23, 2012

CUBA KORANG CARI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Cuba korang cari dan tengok nombor plat lori dalam gambar kat atas. Korang nampak tak?


Kalaulah lori ni terlanggar seseorang pastu terus blah camne ek?


p/s : Terfikir soalan je kat atas tu. Bukan minta terjadi ye?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

ARGHHH.... LINE DOWN LA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Rasa macam tak betul je bila tak boleh nak online ataupun buka internet. Saya ni dah ketagih internet tahap kronik ni. Netbook plak tertinggal kat rumah mertua di Klang.


Kat ofis, bila waktu rehat, internet plak down. Last sekali updated blog guna handphone. Hehehe. Nasib baik.


Syarikat penyedia internet kat Malaysia ni janji macam-macam untuk lariskan produk dorang. Tapi bila kita dah langgan, janji tinggal janji. Customer service yang dulunya begitu lemah lembut gemalai dan jadi garau suaranya.


Bila line ok, kita kena bayar. Bila line down, kita masih kena bayar. Pakej la katakan. Tapi nak buat macam mana, kena gak kita guna sebab pilihan tak banyak dan hampir semua sama je. Sabar je la.


Harap sekejap line ok sebab nak buat online payment ni. Huhuhu. Sengaja nak membebel je.


Korang suka pakai syarikat penyedia internet mana? Saya 'terpaksa' pakai streamyx sebab itu pilihan yang saya ada kat tempat saya ni. Huhuhu.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, March 21, 2012

"KISAH SPM SAYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Hari ni result SPM keluar. So, sudah semestinya ramai student SPM tahun lepas nervous kan? Hehehe.


Teringat masa saya pergi sekolah untuk ambil result SPM pada tahun 2001 dulu. Saya belajar di Penang Free School. Sekolah saya dulu sekolah campuran semua bangsa. So, dalam sekolah saya ada kawan berbangsa cina dan india. Perangai saya dulu saya suka bersaing dengan dorang dalam study walaupun mustahil tapi saya rasa nak bersaing gak. Sudah pastinya saya kalah tapi dengan cara ni dapat tingkatkan fokus saya dalam study. Ia macam daya penolak untuk saya score lebih baik lagi.


Masa result trial SPM, saya dapat agak tak memuaskan gak la. Sebab tu masa nak ambil result SPM yang sebenar, saya agak risau sebab takut hampakan harapan emak saya. Penang Free School tu jauh dari rumah dan saya duduk asrama sejak dari form 1.


Dan bila dapat result, Alhamdulillah result taklah seteruk trial SPM dulu. Kira bagi saya memuaskan dan paling penting tak ada subjek yang failed. Memang nervous masa nak tengok slip result tu sampai tutup mata. Hehehe.


SPM inilah yang akan menentukan hala tuju korang sama ada duduk rumah saja atau terus melangkah ke tempat lebih tinggi. Pilihan terletak di tangan korang. Buat keputusan sebaik mungkin.


p/s : Korang tak nak share ke perasaan korang masa ambil SPM?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"KECIK-KECIK DAH PANDAI WILLY, BESAR NANTI..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Petang semalam saya balik kerja, saya singgah ke Pekan Bagan Datoh sekejap sebab fikir nak beli something untuk dimakan malam nanti. So, settle hantar kunci ke Balai Polis Bagan Datoh, terus saya drive ke Pekan Bagan Datoh. Masa nak sampai ke kedai runcit yang selalu saya beli barang tu, saya ternampak 3,4 orang budak-budak tengah kayuh basikal di tengah-tengah jalan. Saya pun follow je belakang dorang.

Disebabkan kawasan depan kedai runcit tu penuh, saya ingat nak buat pusingan U di belakang kedai dan cari tempat untuk parking lain. Tiba-tiba salah seorang budak yang kayuh basikal tadi 'willy' basikal dia. Terkejut gak saya. Untuk pengetahuan korang, 'Willy' tu adalah perbuatan mengangkat tayar depan ke atas dan bergerak ke depan dengan satu tayar saja iaitu tayar belakang.

Saya pun cepat-cepat potong dorang sebab kalau tiba-tiba budak tu jatuh, sudah semestinya saya akan langgar dia sebab tak sempat nak break. Pastu, terus saya balik rumah sebab dah hilang mood nak pergi kedai runcit dah.

Kalau sekarang budak-budak tu dah mampu dan berani 'Willy' dengan basikal, dah besar nanti macam mana ye?

p/s : Biasanya budak-budak ni terpengaruh dengan aksi-aksi di dalam movie. Dorang suka meniru dan nak sangat mencuba.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, March 20, 2012

MOVIE REVIEWS : JOHN CARTER


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam saya sempat lagi pergi menonton Movie John Carter di TGV AEON Bukit Tinggi dengan wife saya. Ini kali pertama sejak kami kahwin pergi menonton wayang. Sebelum kahwin banyak kali gak. Hehehe.

Saya nak buat sedikit review tentang Movie John Carter ni.  Movie ni pada permulaan cerita agak slow sikit dan saya tak berapa faham. Movie ni berkenaan seorang lelaki bernama John Carter dari Virginia ni mencari gua labah-labah (Spider Cave) yang dia percaya ada tersimpan emas. John Carter ni dulunya seorang tentera yang sangat bagus dan pernah dapat banyak pingat. Tapi, disebabkan kematian isteri dan anaknya yang dibakar rentung, dia terus give up untuk terus berjuang.

Movie ni dimulakan dengan pengenalan kepada planet yang terdapat di sistem solar kita. Kita memanggil Planet Merah dengan nama Marikh dan di planet Marikh ni kita fikir langsung tiada hidupan sebab tiada sebarang oksigen untuk bernafas. Tapi sebenarnya di Marikh ataupun penduduk Marikh panggil planet dorang Barsoom terdapat makhluk yang hidup.

John Carter secara tak sengaja ditelegraf ke planet Barsoom ni selepas terbunuh seorang Therns (Dalam movie ni dorang kata Therns ni Pesuruh Tuhan) dengan menggunakan satu Medalion. Sampai di Barsoom, macam-macam pengembaraan yang dialami oleh John Carter. Grafik untuk movie ni memang cantik cuma binatang pelik-pelik dalam movie ni sikit saya. Yang saya perasan adalah makhluk hijau bertangan empat yang dipanggil Tharks, Binatang yang rasanya anjing yang boleh berlari laju dan Kera Putih yang besar. Itu je binatang yang ada kat planet Barsoom ni kot? Huhuhu.

Memang ada aksi tapi tak banyak sangat. Banyak sangat bersembang dan feeling-feeling. Tapi kira best gak la sebab grafik dia memang sempoi. Oh... lupa nak bagitau, John Carter ada kelebihan unik bila berada di Barsoom a.k.a Marikh. Apa dia? Korang pergi tengok sendirilah ye? Hehehe.

Anyway, saya bagi 3 Bintang je untuk movie ni sebab hanya boleh tengok sekali je, kalau kali kedua tengok, jadi boring. Huhuhu.

Korang yang dah tengok movie ni, cuba bagi pendapat dan berapa bintang korang bagi?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, March 19, 2012

"NASIB BAIK AYAM CUKUP"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Baru lepas late dinner dengan wife di KFC ICT Shah Alam. Alhamdulillah, ayam mencukupi.


Dilaporkan juga tiada berlakunya sebarang perbalahan akibat keticukupan ayam goreng. Faktor yang menyebabkan tiada berlakunya perbalahan akibat ketidakcukupan ayam adalah sudah semestinya ayam goreng mencukupi dan pelanggan yang tidak ramai sangat.


Oleh itu, selesai sudah laporan saya berkenaan tajuk di atas.


p/s : Gurau je. Jangan marah ye? Alang-alang dah sampai ICT Shah Alam ni, terus menjenguk KFC yang kontroversi kat sini. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"SELEKEH TAK SEMESTINYA SENGKEK"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah tak pergi bank dan tengok jenis manusia yang pakaian dorang selekeh giler tapi bila time nak banking duit, berkepuk-kepuk dorang keluarkan duit dorang dari poket dorang?

Sayq pernah jumpa. Sebab tu saya berani cakap macam tajuk kat atas. Kadang-kadang seseorang yang pakai smart dengan kot dan tie serta kasut hitam berkilat bak cermin tapi dalam wallet or poket ada cuma RM10 je. Cakap tentang diri sendiri sebenarnya. Hehehehe.

Anyway, kita tak boleh judge atau pandang seseorang itu melalui mata kasar dan apa yang kita nampak je tapi kita kena judge dari pelbagai sudut. Contohnya seseorang tu pakai kereta Proton Inspira 2.0. Kita akan anggap dia orang kaya sebab mampu beli kereta macam tu. Untuk makluman korang kereta Proton Inspira paling mahal berharga lebih kurang RM90,000+. Memang dia kaya tapi ada 2 jenis kaya yang yang perlu kita tshu. Pertama, kaya beli hutang. Kedua, kaya beli tunai.

Kesimpulannya, tak perlulah kita pandang rendah kepada orang yang berpakaian selekeh sebab mungkin dorang sebenarnya lebih kaya daripada kita. Kan? Pendapat je. Hehehe.

Apa pendapat korang?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, March 13, 2012

"DAH JADI SUAMI ORANG SAYA NI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah 4 hari (Akad nikah 9hb Mac 2012) saya tukar status dari bujang ke suami orang. Hehehe. Rasa pelik sebab sebelum ni seorang diri je. Sekarang ni dah berdua. Dah ada roommate katakan. Muahahaha.

Saya nak kongsikan gambar nikah dan kawin saya pun saya tak ada banyak sebab jurufoto yang saya upah belum siap lagi edit. Tapi, ada la sikit gambar untuk tatapan korang semua. Jom tengok:


Malam nak akad nikah. Gambar kat atas ni gambar bakal bini saya (sekarang ni dah jadi bini saya) kat Masjid Sauk, Kuala Kangsar. Tema untuk akad nikah kami warna cream. Gambar saya takde lagi sebab ada kat jurufoto. Insya Allah saya upload nanti.

Gambar kat atas ni dari jurufoto. Dia bagi sebagai teaser preview sebab ramai kawan bini saya duk minta uploadkan gambar nikah kami. Hehehe. Gambar spontan bini saya tengah betulkan kasutnya. Kantoi sudah.

Ini gambar sanding sebelah perempuan keesokannya harinya. Tema sebelah perempuan pink+putih. Tema sebelah lelaki coklat+putih. Tapi gambar takde lagi. Nanti kalau dah ada, saya upload ye? Gambar ni ada kawan bini saya yang post kat facebook. Saya cilok je. Hehehe.

Ini gambar untuk foto album outdoor kami. Kat kebun getah kami buat outdoor. Macam biasa, gambar lain belum edit lagi. Ini gambar outdoor teaser sebelum full album siap. Hehehe.

Terima kasih yang wish dan doakan saya dan isteri saya. Semoga korang semua dicucuri rahmat Allah. Amiinnn.

p/s : Banyak benor nyamuk kat kebun getah tu. Penat teman menampor-nampor. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, March 10, 2012

"ALHAMDULILLAH... SEKALI LAFAZ JE"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tanggal 9hb Mac 2012, masa selepas Solat Isyak, bermula saat saya menghadapkan diri di hadapan tok kadi dengan rela hati untuk ijab dan kabul di Masjid Sauk, Kuala Kangsar. Memang nervous tak perlu dikatakan lagi. Tapi saya kuatkan hati, tabahkan hati, keraskan hati, dan segala-galanya yang boleh mengurangkan rasa nervous saya. Hehehe. Biasalah, risau tok kadi tu tanya macam-macam plak dan masa tu panik dan pasti saya otak saya akan terus blank. Hehehe.

Memang rasa janggal sikit sebab semua orang duk perhati saya. Tok kadi pun nasib baik yang ok je. Sempoi je. Hehehe. Tok kadi mula mengucapkan ijab dan menggoyangkan tangan saya. Dengan pantasnya saya menjawab :

"Aku terima nikah Mariam binti Hamidon dengan mas kawinnya seribu satu ringgit tunai"

Tok kadi tanya saksi sebelah kiri:

"Sah"

Tok kadi tanya saksi sebelah kanan:

"Sah"

Tok kadi terus mengesah sambil menggoyangkan tangan lagi:

"Sah"

Alhamdulillah saya berjaya kabul dengan satu lafaz saja tanpa henti atau tersekat-sekat. Bersyukur kepada Allah memakbulkan doa saya supaya lidah saya lancar untuk mengucapkan kabul. Alhamdulillah.

Dengan ini saya telah menjadi suami kepada Mariam binti Hamidon.

Selamat tinggal zaman bujang.

Selamat datang zaman rumahtangga.

Mohon kawan-kawan semoga doakan perkahwinan kami berkenalan hingga ke akhir hayat kami ye?

p/s : Gambar nanti saya letak buat tatapan semua. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, March 9, 2012

"BAUCER RM500...BANK PENUH"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Saya kat CIMB Bank Sungai Bakap. Bank penuh dengan orang nak ambil duit RM500. Nasib baik kaunter ASB dorang buka khas. Kalau nak tunggu dorang yang ambil atau tunaikan baucar RM500, memang lambat ler jawabnya.


p/s : Ada beberapa jam lagi sebelum akad nikah malam ni. Nervous.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, March 8, 2012

"HUJAN OH HUJAN"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Sekarang saya berada di Taman Inderawasih Prai Penang atas urusan kewangan sikit. Sekarang ni musim hujan lebat. Hampir setiap hari hujan lebat turun. Saya tengok berita kata ada kawasan di Kuala Lumpur dah banjir.


Gambar kat atas tu masa saya di Taman Inderawasih Prai Penang. Ada kawasan di jalan raya yang dah dinaiki air. Hujan masih lebat lagi masa tu sampai permandangan saya kurang jelas semasa memandu.


Kenduri kahwin saya berlangsung pada hari Ahad ni. Harap sangat tak hujan pada siang harinya. Mendung takpe lagi. Risau gak ni. Tapi tawakal je la. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.


p/s : Hujung minggu ni budak sekolah start cuti, banyaklah kenduri kendara di sana sini. Sibuklah tok kadi kan? Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, March 7, 2012

"BEZAKAN ANTARA ..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


p/s : Memang nampak sangat perbezaannya. Kan?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, March 6, 2012

"SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Biarlah foto di bawah yang menceritakan segalanya.


p/s : Saya harap saya dan bakal isteri saya akan begini sehingga akhir hayat kami. Amiiinnn.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, March 4, 2012

"LIFE?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah tengok Movie Hannah Montana The Movie tak? Saya dulu kerja di pawagan, so memang banyak lagi gak saya curi-curi masuk dan tengok movie ni. Movie ni memang santai dan simple je. Lagu dalam movie ni kebanyakkan lagu Miley Cyrus. Sudah semestinya kebanyakkan lagu dia sebab dia pelakon utama dalam movie ni. Hehehe.

Dalam entry ni bukan saya nak buat movie review tapi saya nak kongsi satu quote dalam movie ni yang saya setuju dan suka. Quote tu adalah :

"LIFE IS A CLIMB, BUT THE VIEW IS GREAT"

Bila dialih bahasanya:

"HIDUP ADALAH PENDAKIAN, TETAPI PERMANDANGAN ADALAH TERBAIK"

Betul kot traslationnya. Lebih kurang je maksudnya. Tapi korang perhatikan, "life is a climb",  kehidupan kita ni seperti satu pendakian. Ada masa pendakian kita tiada masalah dan senang. Ada masa pendakian kita penuh dengan masalah dan susah. Pendakian kita untuk sampai ke puncak penuh dengan susah senang dan pelbagai halangan kita hadapi untuk menakhluk puncak.

"But the view is great", tapi bila kita dah sampai ke puncak, permandangan adalah terbaik. Selepas kita mendaki dengan menempuh pelbagai halangan, bila sampai ke puncak, kita dihidangkan dengan permandangan yang indah dan menyamankan.

Ini cuma pendapat saya dan saya sangat suka quote ni. Pendapat korang plak?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"DIDENDA KERANA BERLENGAN PENDEK?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak share satu berita mengenai perempuan yang memakai baju berlengan pendek dikenakan denda. Korang boleh baca gambar kat bawah:


Apa pendapat korang?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, March 3, 2012

"SAYA KENA MAKE UP?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Dalam post sebelum ni saya ceritakan tentang Kursus Transformasi Gaya. Di sesi sebelah petang saya kena jadi model untuk make up bagi lelaki. Sebabnya saya akan kawin next week. Hehehe.


Saya memang tak pernah make up dan rasa sangat janggal. Tapi yang make up saya tu adalah make up artist. So, dia tahu apa yang terbaik untuk wajah saya.


Simple je rupanya nak make up lelaki. Tak payah nak pakai macam-macam jenis barang pun. Cukup sekadar pelembab dan bedak je. Terbaik. Hehehe.


Saya attach gambar saya lepas dimake upkan. Komen korang? Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"KURSUS TRANSFOMASI GAYA?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Sekarang saya berada di Dewan Bankuet Kompleks Kementerian Dalam Negeri Ipoh Perak, ada Kursus Transformasi Gaya. Mesti korang tertanya-tanya kursus apa ni?


Meh saya bagitau kursus ni tentang apa. Kursus tentang penampilan dan gaya yang kemas dan smart. Actually, mula-mula saya rasa kursus ni mengarut je. Tapi bila dah dengar penerangan dan praktikal yang membuatkan saya sedar, saya perlukan kursus ni sebab saya ni kantoi dalam memilih warna pakaian dan cara pemakaian yang sesuai dengan warna kulit saya.


Saya kena pilih naik ke atas pentas sebagai model percuma sebab next week saya nak kawin dah. So, semua orang pilih saya untuk tentukan warna jenis apa sesuai dengan warna kulit saya. Kata penceramah tu warna yang sesuai dengan warna kulit saya adalah warna 'warm'. Baru saya tahu. Hehehe.


Cara pemilihan pakaian termasuk baju, suit, seluar, tali pinggang, kasut, stoking dan so on. Kita rasa perkara tu tak penting sebab kita anggap perkara ni perkara yang dah biasa buat setiap hari. Tapi kita tak perasan amalan yang kita buat selama ini tak betul. Penceramah ni merupakan seorang 'image consultant'. Memang terbaik. Hehehe.


Dapat gak serba sikit tentang pemilihan pakaian dan penjagaan diri yaqng betul. Alhamdulillah. Dapat ilmu baru.


Terima kasih Encik Hafiz Mustapha. Kalau korang nak ke facebook dia, korang boleh cari guna 'CuteCarry' kat kotak search facebook korang. 


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, March 2, 2012

"KORANG SETUJU KE TAK?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya terbaca quote ni di facebook dan saya setuju gak dengan quote ni. Saya nak share dengan korang semua.

"Seorang wanita itu tidak diwajibkan bertudung tapi dia diwajibkan menutup aurat"

Saya setuju sebab ada sesetengah wanita (bukan semua ye?) yang hanya memakai tudung sebagai syarat saja. Tapi bahagian aurat lain masih didedahkan secara langsung atau tidak langsung. Mendedahkan secara langsung tu adalah mendedahkan sebahagian tubuh untuk ditatap oleh bukan mahram. Mendedahkan secara tidak langsung tu adalah lebih kepada berpakaian ketat hingga menampakkan bentuk tubuh. Antaranya yang popular sekarang ni legging.

Ini cuma pendapat saya je. Apa pendapat korang plak? Setuju atau tak setuju? Dan kenapa?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"BURUNG ENGGANG DI BAGAN DATOH PERAK"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Pagi ni di kawasan Jabatan Pendaftaran Negara Bagan Datoh Perak iaitu kawasan ofis saya, ternampak sepasang burung enggang sedang bertenggek dekat generator set. Apa yang saya tahu, burung enggang ni biasanya berada di Sarawak.


Tapi, mungkin ada orang bawa balik ke Semenanjung burung enggang ni. Ini first time saya tengok burung enggang live selain dekat zoo. Hehehe.


Kesian plak tengok burung enggang ni jauh dari habitat asal mereka. Kan?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka