Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, January 30, 2012

"JANGAN NILAI ORANG DARI RUPA LUARAN"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Jangan hakimi seseorang itu melalui pemerhatian dari rupa luaran saja. Tak semestinya rupa luaran seseorang tu buruk bermakna perangainya buruk. Kadang-kadang rupa fizikal seseorang itu tak cantik tapi sikapnya teramatlah cantik. Sampai ada yang boleh jatuh cinta dengan sifatnya yang cantik tu.

Tak semestinya rupa seseorang yang cantik tu, perangainya cantik macam rupa fizikalnya. Kadang-kadang perangainya lagi buruk dan lebih teruk lagi.

Saya tak nafikan ada gak yang rupa cantik perangai cantik dan rupa buruk perangai buruk. Cuma saya nak tekankan di sini, janganlah kita menghakimi seseorang itu melalui rupa luaran je. Itu semua adalah anugerah Allah.

Lagipun rupa yang cantik pun takkan kekal selama-lamanya. Ia cuma satu aset sementara je. Bila-bila Allah boleh tarik balik.

Sama-sama kita muhasabah diri kita dan hindarkan sifat takbur dan bangga diri. Bukan best pun takbur ni dan bangga diri ni sebab Allah tak suka dan manusia lain pun tak suka.

Betul tak?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

"BANK PENUH LEPAS CUTI TAHUN BARU CINA"



Assalamualaikum dan dalam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya masih kat bank lagi ni. Nak baik in duit tapi kena la queue dulu kan? Nombor giliran saya lebih kurang 30+ orang. Memang banyak kan? Hehehe. Siap saya boeh tidur lagi.

Kesian plak tengok staf kaunter yang kelam kabut melayan pelanggan yang datang. Ada gak pelanggan yang marah-marah sebab kena tunggu lama. Saya cool je tapi perut tengah berkeroncong ni. Pasni settle ni, saya nak makan roti. Hehehe.

Teringat masa dulu-dulu takde Queue Management System a.k.a Mesin yang kuar kertas untuk beratur, masa tu kita kena beratur dalam barisan panjang. Kalau ramai, lama la kita beratur sampai nak kejang kaki beratur. Hehehe. Saya ada pengalaman. Siap bersila atas lantai lagi. Hehehe.

Sekarang ni dah ada alat macam memudahkan pelanggan dan tak payah nak beratur dah. Amb nombor giliran, duduk, tidur-tidur ayam sampai nombor giliran kita dipanggil. Taklah kena berdiri lama-lama macam dulu.

Sekarang ni perbankan internet pun dah semakin berkembang. Mungkin nanti masa depan, pelanggan tak perlu ke kaunter di bank dan boleh buat semu traksaksi dari bilik tidur je. Sekarang tak semua traksaksi boleh buat online. Ada yang boleh buat online, ada yang tak boleh.

Apa-apa pun boleh jadi pada masa depan. Kan?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, January 25, 2012

"TERIMA KASIH SEBAB MENYUSAHKAN SAYA"

Assalamualaikum dan Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya Ada bagitau dalam entry lepas yang saya eksiden. Alhamdullilah saya, emak saya dan tunang saya selamat. Saya nak ceritakan pengalaman saya buat repot polis selepas eksiden tu. Basin baik kereta saya masih mampu didrive lagi. So, saya pun drive la ke Balai Polis terdekat untuk buat repot.

Sampai je kat Balai Polis tu, seorang polis tu suruh kami yang terlibat dengan eksiden ni pergi fotostat Mykad dan Lesen. Masa tu dah dekat pukul 9 malam dan malam tu malam Tahun Baru Cina. Saya pun drive cari kedai fotostat yang buka tapi semua tutup. Terpaksa saya pergi kedai Cyber Cafe untuk scan Dan print. Harga pun Berganda la sebab scan.

Lepas scan, saya pergi ke Balai Polis tersebut untuk buat repot. Masa saya balik ke Balai untuk buat repot polis tu, dah dekat pukul 11 malam dah. Hampir 2 jam saya Berlegar-legar mencari kedai fotostat. Saya ni mangsa eksiden tapi dipersusahkan dengan perkara kecil yang saya akin setiap Pejabat sepatutnya Ada - Mesin Fotostat.

Lepas tu repot polis pun diambil. Repot polis saya diprint 2 keping tapi yang keluar 1 keping je. Komputer Dan printer jem. Mungkin Allah nak tunjuk, polis tu disuruh untuk buat salinan fotostat kat mesin fotostat dorang kat belakang. Memang tak nampak mesin fotostat tu sebab letak terlindung.

Mesin fotostat Ada di belakang tapi kenapa dorang sanggup MENYUSAHKAN rakyat yang datang ke Balai Polis untuk buat repot? Saya baca Piagam Pelanggan dorang Dan saya tak rasa satu perkara pun dalam Piagam Pelanggan tu dorang buat. So, apa motif Piagam Pelanggan tersebut diwujudkan? Saya betul-betul kecewa dengan layanan Dan Khidmat yang diberikan. Saya tak minta layanan macam VIP tapi jangan MENYUSAHKAN rakyat dengan perkara yang remeh macam fotostat Mykad dengan Lesen. Padahal, mesin fotostat ada.

Saya betul-betul kecewa. Kerja yang boleh cepat diselesaikan jadi susah dan lambat selesai.

p/s : Nak senyum pun susah dekat pelanggan. Kena bayar kot untuk senyum? Kecewa sangat-sangat.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"ADUHAI... KESIANNYA KAT KENARI SAYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru lepas buat repot polis. Kenari saya telah dilanggar dari belakang. Ceritanya begini, saya berhentikan kereta kenari saya di satu traffic light dekat Hutan Melintang, Perak dalam perjalanan ke Klang, Selangor. Tiba-tiba kereta kenari saya bergegar dan terus bergerak ke depan dan terus langgar kereta di depan saya - Kereta Proton Wira Warna Putih. Saya terkejut masa tu. Rupa-rupanya kereta saya dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta MyVi warna hitam. Bila saya pergi tanya owner kereta MyVi apa yang terjadi, dia bagitau yang kereta diapun dihentam dari belakang dengan sebuah kereta Persona warna ungu. Kereta Persona lepas hentam kereta MyVi, terus terpelanting ke lorong bertentangan. Boleh dijangka betapa lajunya dia bawa.

Bumper belakang kereta MyVi tu memang hancur terus Dan bumper depan MyVi tu pun kemik teruk. Kereta Kenari saya pula, bumper belakang pecah, pintu belakang kemik Dan bumper depan pecah. Nasib baik emak Dan tunang saya selamat. Risau gak saya. Kereta Kenari saya Alhamdulillah masih boleh didrive lagi. Risau effect enjin je. Sebab enjin penting.

Selamat dah buat repot polis dah. Cuma saya rasa tak puas hati dan kecewa dengan polis yang ambil repot saya tu. Nanti saya cerita dalam next entry saya ye? Entry ni dah terpanjang sangat dah. Huhuhu.

p/s : Masa kena langgar belakang tadi, terkenang pengalaman saya kena langgar belakang baru Lesen Motor L dulu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, January 24, 2012

"BERAKHIR SUDAH KURSUS PRA PERKAHWINAN"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Tamat sudah kursus Pra Perkahwinan 2 hari kat Bangunan Sultan Idris di Shah Alam Selangor. 3 slot ceramah terakhir best gak. Cuma slot ceramah terakhir tu agak boring. Saya terlena sekejap. Hehehe.


So, sijil kursus Pra Perkahwinan saya dah dapat. Yeay... Dah boleh kawin. Hehehe. Tak boleh lagi, kena lengkapkan borang dan fotostat dokumen sokongan. Pastu kena minta Naib Kadi sahkan borang permohonan dan kena ke pejabat JAIP untuk buat bayaran serta submit borang.


Korang pun cepat-cepat pergi kursus Pra Perkahwinan. Sijil ni takkan expired sampai bila-bila tau? Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, January 23, 2012

"SEGMEN NASZ : AKU DAN RAKAN-RAKAN BLOGGERKU"

TAMAT
SATU LIST AKAN DIBUAT NANTI


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah lama rasanya saya tak buat segmen. Tiba-tiba hari ni terasa nak buat segmen plak. Hehehe.

Segmen ni senang je. Tujuan utama segmen ni untuk memperkenalkan kawan-kawan blogger korang kepada blogger yang lain. Kira korang boleh tambah kenalan dalam dunia maya ni. Bila dah kenal-kenal, boleh ajak main bowling ramai-ramai sambil makan Prosperity Burger. Kan?

Cara-cara nak join:

1. Buat satu entry, copy dan pastekan pic header kat atas dalam entry korang serta linkkan ke post ni.

2. Salin tajuk entry ni, "SEGMEN NASZ : AKU DAN RAKAN-RAKAN BLOGGERKU"

3. Pilih 1 atau lebih rakan blogger korang dan tulis review tentang blog dorang. Jangan lupa letakkan link blog dorang supaya blogger lain boleh terjah gak nanti.

4. Korang publishkan entry korang tu dan tinggalkan link penyertaan korang kat ruang komen.

Saya akan buat satu list untuk korang selalu menjajah menjelajah blog yang join gak.

Amaran Ringan :
 Sila pastikan kotak komen korang boleh diloading untuk menerima sejumlah komen yang bakal diterima nanti. Terima kasih.

Itu je. Hehehe.

Segmen ni saya akan tutup sampai 23hb Januari 2012 (11.59 malam).

p/s : Tak tahu berapa orang akan join. Macam takkan dapat sambutan je. Harap dapat gak sambutan. Hehehe.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, January 22, 2012

"KORANG NAK ANAK KORANG CACAT TAK?"

Assalamualaikum Dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang nak ke anak korang dilahirkan cacat? Itu semua adalah kuasa Allah tapi kita boleh berusaha untuk elakkan. Macam mana? Korang tahu tak bahana rokok Dan ASAP rokok Dan ASAP rokok boleh menyebabkan anak yang dilahirkan CACAT dan Akan ada masalah kesihatan.

Korang sanggup ke tengok anak korang menderita disebabkan korang tak nak berhenti merokok? Ingatlah kalau sayang anak dan isteri korang, dan nak dorang sihat, disarankan supaya korang berhenti merokok.

Takde faedahnya merokok ni. Korang sakit. Isteri korang sakit. Anak korang pun sakit. Korang sanggup tengok isteri Dan anak korang sakit disebabkan korang hisap rokok?

Renung-renungkanlah sebelum terlambat.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"NAK TERMUNTAH SAYA..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Baru lepas dengar dan tengok slide serta video tentang kelahiran seorang bayi. Saya tiba-tiba je rasa pening dan terus rasa nak muntah.


Sebelum saya muntah, baik saya terus keluar. Tak nak la muntah kat depan penceramah je. Tak kisah la orang nak cakap pe pun. Daripada berlakon cool, baik saya tak tipu sendiri je.


Dulu masa Form 6 saya pernah bedah 2 ekor tikus. Tapi kenapa entah saya rasa nak termuntah masa tengok video proses kelahiran bayi.


Harap saya dapat atasi masalah ni untuk bagi support kat isteri saya nanti yang akan lahirkan anak untuk saya.


p/s : Teringat kat emak saya. Macam manalah keadaan masa saya dilahirkan.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

"KURSUS PRA PERKAHWINAN HARI PERTAMA SELESAI"

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Alhamdulillah, semalam selesai sudah kursus Pra Perkahwinan untuk hari PERTAMA. Hari ini saya Dan tunang saya harus bersedia untuk menghadapi kursus ini untuk hari kedua.

Saya ambil kursus ini di Dewan Sultan Idris Shah di Shah Alam. Semalam saya tengok ramai gak yang hadir. Kebanyakkan bakal pengantin muda dari saya. Terasa ketuaan melanda diri saya. Hehehe.

Tapi penceramah pandai sampaikan ceramah dorang. Saya taklah rasa boring sangat. Apa perkara yang saya tak pernah faham, terus saya faham dan ada gambarannya. Korang yang single lagi tu dah pergi belum kursus pra Perkahwinan? Nasihat saya, baik pergi awal-awal. Nanti taklah kelam kabut macam saya ni.

p/s : Mula-mula je rasa macam boring. Pastu rasa best plak. Hehehe.
Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, January 18, 2012

"BAHAYA MEMANDU DALAM KEADAAN MENGANTUK..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Memandu dalam keadaan mengantuk ni memang bahaya. Bila kita mengantuk, kita sudah semestinya akan tersengguk-sengguk. Kan?


Kita sudah semestinya memandang ke depan tapi dalam fikiran kita kosong. Kadang-kadang lampu isyarat ke depan merah tapi kita tak perasan. Kalau kereta takde masa tu, takpelah. Tapi, tiba-tiba ada lori keluar dari lorong sebelah yang lampu isyaratnya hijau, bye bye la kita kalau umur kita pendek. Kalau umur kita panjang, Alhamdulillah.


Kalau mengantuk, lebih baik berhenti kat mana-mana R&R kalau ada kat highway atau mana-mana yang korang rasa ok untuk berhenti, pergi basuh muka dan minum kopi atau nescafe dulu baru teruskan perjalanan. Tak pun tidur la sekejap untuk rehatkan mata yang mengantuk tu.


Kereta yang rosak boleh diganti, kalau nyawa yang hilang, mana nak cari gantinya? Ingatlah orang tersayang semasa memandu.


p/s : Entry pendek je sebab tengah ngantuk ni. Kira macam sumber inspirasi untuk entry ni. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, January 15, 2012

"SEGMEN : AMAZING ADVENTURES BY CIK ATIERA"

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Tuan rumah aka Cik Atiera saya join segmen adventures ni. Macam nak pergi hiking pun ada ni kan? Hehehe. Niat tuan rumah untuk merapatkan silaturrahim antara blogger-blogger yang ada. Terbaeeek!! (Ikut ayat BoboiBoy). Hehehe.


Kena jawab 10 soalan yang memeningkan kepala. Takpe, biar saya peningkan kepala saya sekarang untuk menjawab soalan-soalan di bawah:


1. Adam nak beli baju raya yang berharga RM20, die pinjam kat ayah =rm 10 dan die pinjam kat ibu = rm10. hari ini ada promosi raya dan harga baju raya tersebut turun menjadi RM15. Adam beli baju raya tersebut, sekarang Adam mempunyai RM5. Adam membayar hutang RM1 kepada ayah dan RM1 kepada ibu. so Adam masih hutang ibu RM9 dan ayah RM9 dan di tangan Adam ada RM3.So, jumlah keseluruhan duit RM9+RM9+RM3 =RM21Huh.. camne boleh lebih RM1???


Jawapannya :


 Salah pengiraan Adam tu. 
RM9 (Hutang Ibu) + RM9 (Hutang Ayah) = RM18
RM18 (Adam pinjam) - RM15 (Harga Baju) = RM3 (Duit dalam tangan Adam sekarang)


2. Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan dengan mengunakan congakan sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah... Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30.... Campur lagi 1000. Campur lagi 20 ... Campur lagi 1000. Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua? 


Jawapannya :


4100


3. 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masalah tetapi 4 ekor burung telah jatuh ke bumi. Persoalannya kenapa 4 ekor burung itu jatuh ke bumi?


Jawapannya:


Sebab 4 ekor burung tu tutup telinga dorang dengan sayap dorang. Sebab tu 4 ekor burung tu jatuh ke bumi.


4. Kalau seorang, sendiri tahu. Kalau berdua, dua-dua sama tahu. Kalau bertiga pulak, tiada siapa yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagi lah tak tahu. Apakah dia?


Jawapannya : 


Kentut.


5. andai anda seorang perdana menteri, apa yg bakal anda lakukan demi negara?


Jawapannya :


Saya akan mentadbir negara dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.


6. Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?


Jawapannya :

Dua-dua tak tumbuh sebab Pak Ali cuma tanam separuh je dari pokok koko dan pokok getah tu.



7. Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?


Jawapannya :

Sebab anak dia adalah anak perempuan.



8. da seorang imam,tengah sembahyang ada seekor anjing lalu di hadapan dia,pastu anjing menjilat kakinya sah tak solat imam itu?


Jawapannya :


Sah sebab anjing tu menjilat kakinya sendiri.


9. apa yg akan korang buat sekiranya ada pemuda yg lalu didepan anda, dan mencuri pandang beg duit anda seolah2 dia nak rompak beg duit anda?


Jawapannya:


Saya akan pura-pura buka beg duit saya untuk tunjukkan kepada dia betapa kosongnya beg duit saya tu. Mesti dia tak jadi nak rompak beg duit saya.


10. anda ada seorang abang, dan seorang kekasih, juga seorang sahabat.. siapa yg anda akan utamakan dan mengapa?


Jawapannya :

Saya akan utamakan ketiga-tiganya sebab setiap orang ada kelebihan dan kepentingan yang berbeza pada diri saya. (Soalannya tak nyatakan suruh pilih satu je kan?. Hehehe)

Selesai sudah menjawab soalan-soalan yang dipersembahkan untuk join segmen ni. Dah lama tak perah otak. So, ini kira senaman untuk menggerakkan otak saya yang dah karat ni. Hehehe.

Tuan rumah letakkan syarat untuk saya tag 2 orang. So, saya tag : 


Segmen ni berlangsung dari 12.01.2012 hingga 24.01.2012. Jom join reramai. Kasi support ini blogger. Hehehe.

p/s : Sebenarnya tak biasa join segmen yang complicated camni tapi tiba-tiba terbuka hati nak join. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, January 14, 2012

"DINNER KAT KRR..."

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua rakan-rakan blogger.


Malam ni saya pegi makan malam di KRR bersama dengan tunang tersayang.


Berdasarkan gambar di atas nampak berselera saya makan kan..? Ni tunang saya punya kerja la ni...

Huhu...


Apepun jemput makan semua..hehe...


P/s : saya memang berselera kalo makan ayam..suka sangat ayam..hehe..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

"ORANG LAIN SEMUA SALAH, DIA JE YANG BETUL"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah tak jumpa yang macam tajuk kat atas tu? Saya dah jumpa dan memang saya selalu dengar dia merungut cerita tentang orang ni salah, orang tu salah. Even artis macam Yuna nyanyi lagu pun dia komen tak betul. Katanya nyanyi macam orang mengantuk je. Macam ni semua orang pun boleh menyanyi macam Yuna.

Entahlah apa yang betul bagi dia. Macam dia tak pernah buat salah langsung. Tapi yang bestnya bila dia buat salah, dia pandai pulak diamkan diri. Buat macam tak bersalah je. Tapi yang menghairankan, semua orang yang dia nampak semuanya salah. Tak ada satu pun yang betul di mata dia. Ada saja yang nak dikomennya.

Tak salah kalau nak komen tu tapi berpada-padalah. Janganlah komen macam kita ni perfect sangat. Padahal kita pun banyak kekurangannya. Mungkin orang tu ada kelebihan yang kita tak ada. Ada sesetengah  komen yang dilemparkannya tu betul tapi bila terlebih komen pun boleh jadi tak betul. Kan?

Entry ni bukan nak memburukkan sesiapa. Cuma nak ingatkan diri sendiri dan rakan-rakan blogger semua je. Kalau tak nak dengar, takpelah. Bukan saya rugi apa-apa pun. Ikut diri sendiri nak terima atau tak. It is up to yourself.

p/s : Baik diam je. Habis cerita.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"JOM SANTAI MINDA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang tension study ke tu? Korang tension ke tu? Korang tension tentang hal personal ke tu? Korang tension tapi tak tahu nak release camne?

Nak release tension? Meh saya tolong. Saya ada buat satu blog yang khas untuk kisah santai minda yang lucu untuk tatapan dan santapan korang semua. Jemputlah singgah dan follow sekali.

Blog ni simple je dan tak berat. Senang korang nak loading dan baca entry lucu yang saya kumpul dan susun.

Ada button fb share dan fb like saya sediakan untuk korang share dengan kawan-kawan korang kat Facebook.

Jom ramai-ramai terjah dan follow blog Santai Minda saya ni.


p/s : Dah lama rancang nak buat blog baru ni tapi busy dengan pelbagai kerja. Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, January 13, 2012

"DALAM RUMAH PUN TAK SELAMAT"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Muka surat depan surat khabar Kosmo! hari ni tentang rumah Wardina disamun oleh perompak. Alhamdulillah tak ada kejadian buruk terjadi kepada Wardina sekeluarga. Tapi, saya rasa Wardina akan mengalami trauma disebabkan kes macam ni.


Ini cuma salah satu kes samun yang disiarkan dalam surat khabar. Kita perasan sebab ia melibatkan selebriti terkenal. Cuba yang kena samun tu orang biasa je. Korang rasa korang akan perasan tak? Ya, korang perasan masa baca surat khabar (kalau surat khabar tulis). Lepas beberapa jam, mesti terlupa kan? Sama la dengan saya ni.


Sekarang ni nak berada dalam rumah sendiri pun tak selamat. Sampaikan rumah kita tu kita buat macam penjara. Mana taknya, kita kena pasang jerangkap besi di tingkap dan pintu. Pastu dikunci. Macam kita kunci dalam penjara sendiri. Itupun belum tentu selamat.


Kita tengok rumah orang dulu-dulu. Rumah papan je. Semua dibuat dari papan. Pintu dan tingkap takde pulak jerangkap besi berkunci macam sekarang. Dulu kurang pulak orang nak pecah masuk dan samun rumah orang. Mungkin tak mencabar macam sekarang kot? Andaian je.


Korang rasa kenapa sekarang ni makin banyak kes pecah rumah dan samun berlaku? Cuba kongsi pendapat korang. Tak rugi pun. Kan?


p/s : Kalau rasa tak selamat di rumah sendiri, macam mana hati nak tenang dan tidur nak lena kan?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, January 11, 2012

"MUSIM EKSIDEN"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Sekarang ni saya perhatikan makin banyak kes eksiden di jalan raya ataupun di jalan kampung. Tak kiralah kes kecil or kes besar. Yang terpampang kat surat khabar tu bukan semua. Kalau setiap eksiden ditulis dalam surat khabar, confirm tak muat surat khabar tu untuk berita lain. Kan? Hehehe.


Tapi memang diakui eksiden sekarang makin banyak. Apa sebabnya ek? Antara sebabnya paling utama adalah sikap pemandu itu sendiri. Sikap pemandu yang kurang sabar dan ada gak pemandu yang mengantuk. Bila mengantuk, tak nak berhenti rehat sekejap (Samalah dengan orang yang menulis ni. Hehehe).


Keadaan kenderaan macam tayar, minyak hitam, air dan lain-lain kena gak jaga. Kadang-kadang minyak hitam dah lebih limit untuk tukar tapi tak tukar-tukar lagi. Air pun dah kering tapi tetap jalan kereta jauh-jauh. Tayar kereta pun antara penyebab eksiden. Angin tayar kereta yang kurang dan bunga tayar kereta yang dah botak. Ada gak tayar kereta dah bengkak tapi tak tukar tayar baru. Tayar yang bengkak senang pecah semasa kita drive. Boleh sebabkan eksiden. Ada banyak lagi tapi saya ulas yang common je dulu.


Kat TV pun banyak kempen-kempen keselamatan jalan raya tapi macam kurang effect. Tpi usaha berkempen ni patut dipuji.


Korang yang drive atau menunggang tu, berhati-hatilah di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang.


p/s : Ada orang bawa motor terhuyung-hayang macam mabuk. Entah apa motif dia sebenarnya.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, January 10, 2012

"SEGMEN IEYZA AFIEYNA : JOM BLOGWALKING BY IEYZA AFIEYNA"

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terasa nak join segmen jom blogwalking yang dihostkan oleh adik comel kita si Ieyza Afieyna ni. Macam mana saya tahu ada segmen jom blogwalking ni? Macam biasalah. Dah takdir. Hehehe. Tadi ternampak kat blog geng-geng blogger lain.

Seperti biasa, nikmatilah cerita merapu saya di bawah ye? Ieyza jangan marah ek? Saja nak menyelitkan cerita merapu ni. Hehehe.

Pada suatu petang yang dingin bangat bak berada di Kutub Utara, kelihatan seekor siput sedang mengesot perlahan-lahan menuju ke destinasi yang ingin ditujuinya. Siput tersebut berhenti kejap mengelap peluhnya yang melimpah ruah keluar dari cangkerangnya. Macam mana dia lap peluhnya? Dia guna kain yang tersimpan di poketnya.

Kemudian, siput tu sambung mengesot-mengesot-mengesot dan seterusnya. Destinasi yang ingin dituju siput tu masih jauh baginya. Lebih kurang 0.543 km lagi. Jauh kan? Ya, jauh bagi si siput. Si siput terus berusaha sehingga akhirnya sampai gak ke destinasi. Kelihatan seekor kura-kura sedang berehat.

Siput : Assalamualaikum.

Kura-Kura : Waalaikummussalam.

Kura-Kura bergerak menghampiri Siput.

Siput : Nah, ini ada surat kamu. Dari Si labi kat hujung sana tu.

Kura-Kura : Ye ke? Terima kasih la Siput. Siput, tolong kasi surat aku tulis ni kat Labi balik ye? urgent ni.

Siput : Urgent? Ok2. Nanti aku bagikan. Ada banyak lagi surat nak hantar ni. Aku pergi dulu ye?

Kura-Kura : Ok. Thank you my friend.

Si siput pun meneruskan perjalanannya menghantar surat-surat kepada ahli rimba yang lain.

Sekian. Hehehe.

Kena tag 3 orang ek? Nak tag:

Zul Fattah
Aimifiqa
Sue

Itu je. Tarikh tutup : 14 Januari 2012. So, jom join ramai-ramai segmen jom blogwalking ni. Mungkin kita boleh kenal dengan kawan-kawan baru lagi kan? Kan?

Hehehe.

p/s : Mood nak berblogging ni makin kurang plak. Tak tahu kenapa. Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, January 9, 2012

"AYAM GORENG.. OH DI MANA-MANA"

Sekadar Hiasan


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Seperti yang korang tahu dan bagi yang tak tahu, buat-buat tahu je la, saya ni peminat tegar ayam goreng. So, bila terbayang ayam goreng, saya akan terbayang KFC atau McD.

So, apa yang saya nak merapu kat sini adalah bila saya travel dengan mendrivingkan kereta kenari saya yang dah beberapa bulan tak basuh akibat kedekut dan malas, mesti saya akan ternampak KFC atau McD di sebelah kiri atau kanan saya.

Perut plak tetiba rasa lapaq tapi disebabkan diet, tahan je dulu. Diet la sangat. Hahaha. Tapi, sekarang ni dah makin banyak sampai ke daerah kecil pun dah ada sekurang-kurangnya KFC.

Restoran Fastfood macam KFC dah menjadi tempat wajib untuk semua rakyat Malaysia menjamu selera dan tak lupa mata. Betul tak? Hehehe.

Ada ke geng kita kat sini tak pernah makan kat KFC atau McD?

p/s : Gambar ada kaitan sikit dengan entry sebab bekas belakang tu penuh dengan ayam hidup. Pemberi inspirasi untuk tulis entry ni. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, January 8, 2012

"ADA COUPLE TAK PERNAH GADUH DALAM DUNIA NI KE?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pernah tak korang jumpa couple yang tak pernah gaduh selama korang hidup? Tak pernah sekali pun dorang gaduh tak kiralah disebabkan oleh benda kecik sekeciknya sampai sebesar besarnya? Saya tak pernah plak jumpa couple macam ni. Kalau ada, baguslah. Semoga dorang bahagia. Hehehe.

Setiap couple mesti pernah bergaduh walaupun gaduh-gaduh manja katakan. Lelaki dan perempuan ni cara berfikir tak sama. Apa yang lelaki fikir walaupun si perempuan tahu tapi dorang tetap akan berfikir cara orang perempuan berfikir. Biasalah. Manusia kan?

Bergaduh ni kalau berjaya diselesaikan akan merapatkan lagi hubungan dorang. Tapi, kalau bergaduh yang boleh bawa mudarat, baik dielakkan atau salah seorang kena la mengalah. Kalau dua-dua tak nak mengalah, sampai bila pun dorang akan bergaduh. So, rugilah sebab mungkin ada berlaku sikit salah faham tapi disebabkan kedua-dua ego dan tak nak mengalah, perkara tak settle la jadinya.

Teringat lagu Arwah P.Ramlee dalam cerita Tiga Abdul masa dia nyanyi dekat Saloma di kandang kuda.

"Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Inikan Pula Suami Dan Isteri"

Saya cuma teringat line kat tu je. Sori. Hehehe. Tapi line kat atas ni la yang saya sebenar-benarnya nak highlight.

Ini cuma pendapat saya je. Kalau tak puas hati, sila bangkang di ruang komen kat bawah ye? Silakan. Hehehe.

p/s : Berdebar menanti saat penting dalam bulan Mac 2012 ni. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN HASRUL HASSAN : "JOM CARI BLOGGER SETEMPAT"

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terasa nak join segmen plak. Lagipun segmen ni simple je. Dah lama sangat tak join segmen. So, kali ni nak join segmen yang saya rasa agak cool ni. Hehehe.

Nama Saya : Mohd Naser a.k.a Nasz

Umur Saya : 27 tahun (Dah tua...Huhuhu)

Url Saya : http://mohdnaser.blogspot.com

Lokasi Saya : Bagan Datoh, Perak

Itu je. Senang kan? Tak rugi pun. Jom join ramai-ramai. Kenali geng blogger yang ada berdekatan dengan tempat korang sekarang. Boleh korang kumpul gathering minum teh tarik kat kedai mamak berdekatan sambil huhahuhahuha. Kan? Hehehe.

Segmen ni tutup pada 8hb Januari 2012 (12.00 tengah hari).

p/s : Nak buat Giveaway Simple dalam masa terdekat ni. Agak busy sikit sekarang dengan macam-macam perkara. Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, January 7, 2012

"MYKAD STRUKTUR BARU"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pagi tadi saya kena menghadiri Taklimat Mykad Struktur Baru. Memang dari tahun lepas lagi dah ada khabar angin untuk melaksanakan Mykad Struktur Baru ni. Tapi, masa tu belum lagi saya tahu bila nak dilancarkan. Akhirnya awal Januari tahun ni telah dilancarkan oleh Dato' Jariah merangkap Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

Pelancaran Mykad Struktur Baru oleh Dato' Jariah

Memang banyak ciri-ciri keselamatan baru ditambah baik dalam Mykad Struktur Baru ni. Tambahan cip juga dari 64k ke 80k, menggunakan teknologi turisan laser, diperbuat dari bahan Polikarbonat yang lebih tahan dan macam-macam lagi.

Turisan laser di atas kad untuk maklumat dan gambar kita adalah bagi saya paling sempoi. Sebabnya adalah turisan laser tu akan mencetak maklumat dan gambar kita hingga ke lapisan kedua. Sama gak dengan turisan laser di belakang kad. Bila kita koyakkan Mykad untuk lihat lapisan kedua, apa yang tercetak di lapisan pertama akan tertera di lapisan kedua. Ini adalah untuk mengelakkan pemalsuan Mykad.

Antara ciri-ciri keselamatan Mykad Struktur Baru

Di bahagian yang bertulis "Kad Pengenalan Malaysia" di sebelah atas, di bawahnya ditambah "Identity Card". Menurut penyampai taklimat, "Identity Card" itu ditambah untuk apabila kita berada di luar negara, kita boleh gunakan Mykad kita sebagai Identity Card kita. Itu yang dimaklumkan oleh penyampai taklimat yang ditugaskan untuk menyampaikan taklimat.

Tapi, memang banyak ciri-ciri keselamatan baru yang tak dapat saya rungkaikan di sini. Tapi, kebanyakkannya melibatkan Ultra Violet (UV). Bila korang dah buat Mykad baru nanti, korang cuba tengok Mykad korang tu sebelah depan dan sebelah belakang di bawah cahaya UV. Memang cantik.

Kiri Mykad Lama dan Kanan Mykad Struktur Baru

Untuk makluman, pertukaran ke Mykad baru ni tidak diwajibkan tapi digalakkan. Perlaksanaannya pun secara berperingkat. Buat masa sekarang, tak semua JPN boleh laksanakan Mykad Struktur Baru ni. So, harap korang dapat bersabar ye?

p/s : Saya pun tak tukar Mykad saya yang cip dah rosak ni. Nak tunggu Mykad Struktur Baru ni baru nak ganti. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN : "CABUTAN BERTUAH JERSEYMALAYA"








Salam Sejahtera, Untuk pengetahuan anda semua, hari ini 6 Januari 2012 merupakan hari pembukaan http://jerseymalaya.blogspot.com

Bersempena dengan pembukaan ini, JerseyMalaya telah mengadakan Cabutan Bertuah. Hanya Bloggers sahaja yg berpeluang untuk menyertai, langkah-langkah untuk turut serta yang sangat Mudah!
Cuba nasib anda, mana lah tahu anda terpilih.
Jersey Malaysia Untuk Dimenangi!





HANYA 3 LANGKAH UNTUK SERTAI
  1. FOLLOW Blog http://jerseymalaya.blogspot.com/
  2. Klik 'Like' juga di http://jerseymalaya.blogspot.com/
  3. COPY Text di dalam Text Box di JerseyMalaya, Paste dan Post di Blog anda mengenai Cabutan ini.Beri Link kepada Entry anda di 'Comment'.
Cabutan akan dibuat pada 6 Februari 2012. Pemenang adalah berpandukan Followers, Facebook Like, dan Entry di Blog anda.

Blogger yang bertuah akan menerima Wang Tunai RM50 daripada JerseyMalaya.

Sekian, Terima Kasih.


p/s : Link ni dorang suruh copy dan paste je. Tak dapat saya nak merapu dalam entry ni. Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

"KORANG RASA LEBIH MUATAN KE TAK?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Cuba korang teka lori kat dalam gambar ni lebih muatan ke tak?


p/s : Lori lebih muatan ni terdedah dengan bahaya kepada pengguna lain di jalan raya.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

"PENAKUT"


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru lepas selesai download video clip HD untuk lagu Penakut - Yuna. Lagu ni memang slow tapi tone suara Yuna memang unik dan sempoi. Mungkin akan ada orang yang akan cakap Yuna nyanyi macam orang mengantuk. Ada. Saya dengar dari mulut orang tu sendiri. Saya dengar je tanpa cakap apa-apa pun. Tapi, setiap orang ada pendapat masing-masing.

Anyway, saya suka sangat lagu ni. Saya suka liriknya. Korang boleh baca lirik lagu kat bawah:


Lirik Lagu Penakut – Yuna


Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja


Chorus
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya


Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan


Ulang Chorus
Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

p/s : Teringin plak nak belajar main gitar. Pernah belajar dulu tapi basic je. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, January 6, 2012

"LELAKI PAKAI BAJU WARNA PINK.....EWWW....."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah tengok orang lelaki pakai baju pink tak? Kalau pernah, apa korang rasa masa tengok lelaki baju pink tu? Korang bleh jawab kat ruang komen kat bawah ye? Hehehe.

Kenapa bila lelaki pakai baju pink, sesetengah orang akan ter"ewww....."? Ini pendapat saya je. Saya rasa sebab kita dah set di otak kita yang warna pink ni selalu orang perempuan je yang pakai. Bila orang lelaki yang pakai, lelaki tu boleh diklasifikasikan lelaki "lembut". Padahal, pink itu cuma satu warna dari banyak-banyak warna dalam kitaran warna yang ada.

Tapi ada gak perempuan yang tak suka warna pink. Ada gak perempuan yang sangat suka warna pink. Tunang saya suka sangat warna pink. Hehehe. Pink ni warnanya menarik perhatian. Sesetengah perempuan biasanya di Korea, bila dorang pakai warna pink dengan buat-buat muka comel dorang, dorang akan disukai sebab dorang kelihatan comel.

Lelaki langsung tak boleh pakai warna pink ke? Boleh aja. Tak kisah pun nak pakai warna apa pun. Asalkan korang bahagia. Cuma pemikiran masyarakat kita sekarang dah disetkan yang warna pink biasanya dipakai oleh orang perempuan. Bila orang lelaki pakai, akan terberlakulah "terkejutan warna". Hehehe.

Cuma pendapat je. Kalau korang tak setuju, sila bangkang di ruang komen. Hehehe.

p/s : Tema Majlis Kahwin Sebelah Perempuan Pink+Putih. Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, January 5, 2012

"GUNA SIHIR UNTUK MUSNAHKAN RUMAH TANGGA ORANG LAIN"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Hari Isnin lepas saya ada terbaca dalam suratkhabar Kosmo tentang Ilmu Pemisah. Ilmu ni digunakan untum menghancurkan dan merosakkan rumah tangga pasangan bahagia. Ilmu ni membuatkan salah seorang pasangan benci melihat pasangannya dan anak-anaknya.


Inilah yang akan berlaku akibat perasaan hasad dengki dengan kebahagiaan orang lain. Sanggup gunakan sihir untuk menjatuhkan orang lain. Tak boleh tengok orang lain hidup senang dan lebih dari diri dia.


Sebab itulah kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. Allah dah tentukan rezeki kita masing-masing. Disebabkan hasad dengki, kita musnahkan rumah tangga orang lain. Akhirnya apa yang kita dapat?


Mungkin orang tu buat perkara yang sama kat kita.


Ataupun orang tu akan berdendam dengan kita sampai ke anak cucu cicit kita.


Ataupun... Korang boleh tambah sendiri nanti.


Jom muhasabah diri.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, January 4, 2012

"BANK PENUH AWAL TAHUN"

Assaamuaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Hari ini adalah hari kedua bekerja bagi permulaan tahun 2012. Semalam pun agak penuh orang sebab kebanyakkan dorang nak updated buku ASB. Ada gak nak buat urusan bank je.


Hari ni pun memang ramai gak orang. Saya menunggu nombor giliran 2089 dan masa saya ambil giliran, baru nombor giliran 2076. Ada 13 orang di depan saya.


Tapi takpelah. Sempat tido lagi kan? Hehehe.


Korang rasa apa sebab awal tahun bank sesak?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, January 3, 2012

"TERLALU MENYAMBUT TAHUN BARU"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Selamat tahun baru 2012 kepada semua pembaca blog saya yang tak seberapa ni. Terima kasih sebab masih lagi sudi terus membaca hasil tulisan yang kekadangnya lebih merepek dan penuh dengan kemerapuan ni. Hehehe.

Saya ni bukan seorang yang terlalu fanatik sangat untuk menyambut tahun baru setiap tahun. Sebab apa? Sebab setiap kali tahun baru, tiap kali itulah mengingatkan saya tentang umur saya yang semakin meningkat. Hehehe.

Tapi saya tengok masyarakat Negara kita sekarang terlalu sangat merayakan sambutan tahun baru ni. Macam baru-baru ni pada malam 31hb Disember 2011, saya dan famili pergi bershopping di Pesta Pulau Pinang, masa nak balik ke rumah di Sungai Bakap, saya berhenti sekejap di satu stesen minyak sebab emak dan adik saya nak buang air. Sampai je tempat parking berdekatan tandas, nampak seorang perempuan (dari raut wajahnya macam melayu) dengan dua lelaki melayu tengah mengurut belakang perempuan tu. Perempuan tu tengah muntah dan nampak mabuk.

Saya pernah kerja di pawagam di Pulau Pinang. So, permandangan macam tu memang selalu sangat saya tengok. Orang Melayu kita minum arak.

Saya tengok je dorang. Yang menghairankan, berdekatan situ jugak ada 5-6 orang berpakaian polis tengah lepak-lepak. Tapi, dorang langsung tak ambil port dan biar je.

Masyarakat kita sekarang terlalu mengikut budaya Barat sangat. Setiap malam tahun baru, entah berapa ramai perempuan hilang dara dorang? Astafirullah. Mohon dijauhkan dari terkena kat bakal anak-anak perempuan saya nanti.

p/s : Setiap sambutan tahun baru, semakin teruk masyarakat kita terpesong.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, January 1, 2012

"SHOPPING SAKAN DI PESTA PULAU PINANG"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Semalam saya bawa emak, adik perempuan saya dan tunang saya pergi Pesta Pulau Pinang. Memang shopping sakan dorang. Mangsa pembawa karpet adalah saya. Huhuhu.


Memang semalam betul-betul ramai. Sampai nak jalan pun susah. Tapi memang barang banyak yang pada pandangan saya memang murah dari harga kat luar tapi disebabkan saya kekurangan wang, maka kena la membeli apa yang dirasakan perlu. Hehehe.


Saya ni bukan selalu pergi Pesta Pulau Pinang ni tapi bulan ini, dua kali gak la saya pergi. Tahun-tahun lepas mana saya pergi pun. Alasannya sebab susah nak dapat parking. Memang susah bebenor tapi kena gak parking jauh sikit dan kena la bayar RM5 sahaja. Huhuhu.


Memang crowded gila Pesta Pulau Pinang ni. Tapi memang rasa berbaloi gak la sebab dapat beli barang yang murah dari harga luar.


Korang pernah pergi Pesta Pulau Pinang tak?


p/s : Semalam terdengar pengumuman panggilan "Rombongan Suzana" diminta berkumpul di bas sebab nak bertolak balik. Dasat. Huhuhu.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka