KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, November 30, 2011

"TEMPAT LETAKKAN HATI YANG PALING BAIK"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


p/s : Tempat terbaik untuk letakkan hati kita. Jaminan tidak akan kecewa 100%.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"BILA HATI SEORANG IBU DIHANCURKAN ANAK SENDIRI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Korang bygkn seorang ibu dan hati korang dihancurkan oleh anak korang sendiri, apa korang rasa? Korang jawab dalam hati je k?


Hati ibu ni lembut. Walaupun luaran nampak garang tapi dalam hatinya, dia seorang penyayang. So, hati ibu ni senang sangat terguris kalau tersilap kata atau buat.


Anak yang lukakan hati ibunya ni selalunya akan alami masalah dalam hidup dorang. Sama ada akan hidup susah atau tak bahagia. Sebab apa jadi macam tu? Sebabnya dia tak dapat restu daripada ibunya sendiri.


Restu seorang ibu itu penting sebab ibulah yang mengandungkan kita 9 bulan lebih. Menjaga kita. Risaukan diri kita. Sayang kita. Sebb itulah pentingnya restu ibu dan menjaga hatinya.


Korang yang ada ibu lagi tu, hargailah mereka dengan jaga hati dorang. Bagi yang ibu telah tiada, mariah kita sedekahkan Al Fatihah kepada arwah ibu masing-masing.


p/s : Tak suka bila tengok ibu saya sedih.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, November 28, 2011

SANTAI MINDA : "PENCARIAN ORANG PALING MALAS"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Santai minda jap. Korang jangan tension-tension dengan kerja dan exam tu. Jom baca kisah santai minda ni dulu sebelum sambung kerja or studi tu. Jom.


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”

p/s : Kalau tiba-tiba kat Malaysia ada pencarian orang paling malas, memang sengitlah. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"JANGAN CARI PASAL DENGAN SAYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Siapa berani cari pasal dengan saya, siaplah dia. Saya nasihatkan jangan cari pasal dengan saya. Sebab apa? Sebabnya ...


Takut? Hehehe.

p/s : Memang bahaya betul "words" tu kan? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"RESTORAN MAKANAN SEGERA MENJADI PILIHAN"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Korang perasan tak? Bila tiba je musim cuti tak kiralah cuti sabtu ahad ke, cuti sekolah ke, cuti hari raya ke, Restoran Makanan Segera seperti KFC, McDonald, Pizza Hut dan so on mesti penuh. Rakyat kita dah terlalu mewah dengan makanan.


Dah la memang mewah dengan makanan, makanan yang habis makan dibuang macam tu je. Bagi dorang, makanan tu dah tercemar. Tapi, cuba bayangkan kehidupan orang islam di Somalia. Dorang kebuluran dan kalau dorang dapat sisa makanan tadi, pasti dorang sangat bersyukur. Tapi kita kat sini?


Saya pernah rasa tak ada duit nak beli makanan suatu ketika dulu. Saya pernah buat satu entry tentang saya mengutip sisa makanan selepas pasar malam di depan flat saya duduk di Dato Keramat semasa saya kecil dulu. Masa tu emak saya terpaksa masak moi atau bubur nasi je untuk isi perut kami. Masa tu saya hargai makanan sangat-sangat.


Sekarang pun kalau saya makan, saya akan habiskan. Orang yang berniaga makanan di Malaysia ni memanv untung. Saya pernah jumpa orang yang pakai MyPR (IC Merah) jadi tokey kedai makan. Pekerjanya adalah rakyat kita sendiri.


Hargailah makanan yang ada sebelum ia ditarik baim oleh Allah. Bila dah kebuluran, baru kita tahu harga sebenar secebis roti. Ambil iktibar dengan apa yang berlaku di negara yang rakyatnya mengalami kebuluran.


p/s : Saya sekarang berada Jaya Jusco Bukit Tinggi. Beratur untuk makan Nasi Ayam KFC.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

MOVIE REVIEW : HAPPY FEET 2 (3D)


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya dah tengok Movie Happy Feet 2 (3D) di TGV KLCC sabtu lepas. So, nak buat sikit review tentang movie ni.

Movie ni berkisar tentang Mumble (Penguin yang tak tahu menyanyi tapi guna kaki menari) dan Gloria (Isteri Mumble) serta watak baru, anak Mumble dengan Gloria - Erik. Erik ni kurang keyakinan diri tapi dia memang boleh menyanyi.

Kemudian, kawan baik Mumble nak balik ke Adelieland untuk cari pasangan hidupnya sebab kat tempat Mumble (Emperor Land rasanya), takde penguin betina nak kat dia sebab dia pendek. Erik dan 2 ekor anak penguin lain ikut Ramos (Kawan Mumble) balik ke Adelieland tanpa pengetahuan keluarga masing-masing.

Mumble jadi risau dan ikut jejak kaki anaknya sampai ke Adelieland. Kat Adelieland, ada seekor burung penguin yang mengaku dia boleh terbang. Memang dia boleh terbang macam burung. Semua penguin kat mengagungkan dia. Erik pun sama.

Mumble ajak Erik balik ke Emperor Land. Dorang pun balik ke Emperor Land. Kat Emperor Land plak masa tu, ada satu bongkah ais besar block dorang dari keluar dari tempat tinggal dorang. So, dorang tak dapat keluar untuk tangkap ikan sebagai makanan.

Masa ni Mumble jadi harapan dorang. Macam-macam situasi lawak terjadi. Antaranya kisah satu krill (Lebih kurang spesis udang) yang nak jadi berbeza. Korang nak tahu selebihnya, korang tengok la sendiri k? Tapi, memang best movie ni. Sempoi jalan ceritanya. Saya bagi 4.5 dari 5 bintang.

p/s : Kalau saya cerita sampai habis, tak best la kalau korang tengok kan? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

"KABUS DI KAMPUNG, KABUS DI BANDAR"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Kabus di kampung dan bandar berbeza. Di kampung ni, kabus di kampung segar je kalau hirup.


Tapi kabus di bandar lebih banyak asap dari kabus. So, bau mesti lebih kepada asap je. Hehehe.


Ini pendapat saya je. Hehe.


Korang ada pendapat lain?


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

"BALM?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bila terdengar orang sebut Balm, terkenang saya kenangan waktu dulu. Bila lenguh-lenguh je, mesti emak sapukan balm. Saya ingat la. Nama balm tu Tiger Balm. Hehehe.

Kenangan macam ni memang kita jarang ingat. Sebab bagi kita kenangan macam ni kecil sangat untuk diingati. Tapi, bila minda kita terlihat sesuatu yang pernah menjadi kenangan kepada diri kita walaupun sekecil mana pun, ia akan terus mengingatkan kita semula. Yang mana lucu tu, saya mesti tergelak sendiri.

Sebab apa saya kena letak balm ni dulu? Dulu saya duduk di kawasan kampung. So, permainan yang budak-budak kampung selalu main, mesti melibatkan outdoor kan? Tak macam zaman sekarang, ada Play Station la, X-Box la dan so on. Antara faveret permainan saya dulu adalah baling selipar. Korang tahu tak? Kalau tak tahu, korang boleh rujuk ENTRY ini. Saya akan ceritakan tentang permainanan ini.

Pembalingan selipar dibaling kadang kala punyalah kuat. Sampai boleh lebam badan siapa yang kena. Hehehe. Ganas kan? Tapi saya baik tau. Saya baling pelan-pelan je (Penipu betul Nasz ni. Dia la yang baling paling kuat sekali. Muahahaha). Habis main, balik rumah, mandi. Pastu, mesti kena sapu Balm ni. Hehehe.

Kenangan ni datang menerjah tiba-tiba bila ternampak iklan mengenai Tiger Balm. Tak sangka wujud lagi Balm ni. Sejak kecil saya guna Balm ni. Sekarang dorang buat macam-macam produk inovasi baru. Hahaha. Semakin advance dan mudah kan sekarang ni.


Lepas tengok tentang produk inovasi terbaru dorang kat link kat atas, apa pendapat korang?

p/s : Tengah sakit badan ni. Tak cukup tidur kot? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"SEMPOI BETUL GOL KEEPER LIVERPOOL"


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua

Sebenarnya baru lepas balik dari kedai makan. Tadi layan Game antara Liverpool vs Manchester City dalam Premier League. Lama gila tak tengok bola. Tak sempat nak tengok Malaysia vs Bahrain tadi sebab tertido. Hehehe.

Keputusan adalah 1-1. Seri. Tapi memang excited tengok game ni. Gol Keeper Liverpool memang sempoi. Dialah Gol Keeper, dialah Defender. Jauh betul dia keluar dari posisi Gol Keeper dia. Banyak gak peluang Liverpool untuk score tapi kebanyakkannya tersasar. Manchester City pun kuat gak.

1st gol discore oleh Manchester City. Tak lama lepas, Liverpool score sebiji. Tendangan tengah yang ditendang oleh Adam. Nasib baik. Kat kedai makan tadi pun dah suram bila Manchester City score. Pas Adam score, baru gamat skit. Hehehe.

Walaupun tak puas hati seri, takpelah. Next time, kasi menang. Hehehe.

p/s : Saya sudah semestinya sokong Liverpool. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, November 26, 2011

"DI KLCC"

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan blogger.


Ada kat KLCC sekarang ni. Nak tengok movie. Jom. Hehehe.


p/s : Tengok movie Happy Feet 2 3D. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

"ASAP LORI MAKIN HITAM SEKARANG"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Saya sekarang ada di Klang. Saja jalan-jalan. Hehehe. Masa dalam perjalanan tadi, banyak gak lori. Yang dasatnya, laju-laju plak tu. Lagi laju dari Kenari saya.


Asap yang keluar dari ekzos lori dorang pun hitam je. Memang betul-betul mencemarkan alam sekitar je. Dulu ada gak pihak berkuasa buat spot check untuk periksa asap kenderaan. Sekarang dah tak ada.


Persekitaran pun dah makin panas. Kalau hujan pun, tsk macam dulu, air hujan dah jadi tak elok. Boleh rosakkan kulit.


So, jom la sama-sama kita jaga alam sekitar untuk generasi kita akan datang.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

"MINYAK SENYONYONG A.K.A MINYAK PENGASIH"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang tahu apa Minyak Senyonyong ni? Tergeliat skit lidah nak menyebutnya. Panggilan lain adalah Minyak Pengasih. Korang mesti pernah dengar kan? Macam mana nak dapatkan minyak ni? Apa yang saya tahu, minyak ni diekstrak dari dagu mayat perempuan virgin yang mati semalaman. Ada la pantang larang segala macam untuk dipatuhi bila dapat minyak ni. Ada gak panggil minyak ni Minyak Dagu.

Minyak ni bertujuan untuk seseorang ni dicalit minyak akan tergila-gilakan si pencalit minyak pengasih ni. Ia lebih menjurus ke arah tujuan jahat dan menghancurkan kehormatan gadis tu je. Macam-macam perkara tak elok boleh datang dari pengguna minyak pengasih ni.

Sekarang ni pun, minyak pengasih ni masih ada lagi digunakan oleh lelaki-lelaki hidung belang ni. Mencari mangsa untuk diratah. Perempuan ada gak guna tapi saya rasa tak seramai lelaki. Sebab pada pendapat saya, minyak pengasih bila ada di tangan lelaki, ada banyak advantage dorang dapat. Apa advantage dia? Korang boleh fikir sendiri.

Penggunaan minyak pengasih ni boleh dikategorikan syirik. Sebab berdamping dengan syaitan. Dari pembacaan saya, setiap malam bulan penuh, pemilik minyak pengasih ni beri "makan" darahnya sikit kepada minyak pengasih ni.

Harap korang kat luar sana berhati-hati ye? Dunia sekarang ni macam-macam boleh jadi.

p/s : Sebab cinta, badan binasa. Itulah yang berlaku kepada remaja sekarang kat luar sana (tak semua).

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, November 25, 2011

SANTAI MINDA : "MAAF. AWAK ADA MASA 6 MINGGU SAJA UNTUK HIDUP"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang tension? Layan cerita kat bawah ni.


Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, “Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

“Tapi Doktor,” Harun menjawab, “Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini… Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?”

Setelah beberapa saat, doktor berkata, “Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari”.

Harun bersemangat bertanya, “Dan itu akan menyembuhkan saya?”

“Tidak,” jawab doktor, “tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah.”

p/s : Doktor tu bagi point yang betul. Bagi badan biasa dengan tanah nanti bila dah sampai ajal.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"KESALAHAN TERBESAR MANUSIA..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


p/s : Betul la. Baru perasan saya pun sama. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"CEREWET"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pernah tak korang jumpa atau bekerja atau berinteraksi dengan orang yang cerewet? Ataupun korang pernah tak cerewet? Hehehe. Mesti pernah kan? Setiap ada sebab musabab masing-masing.

Antara sebab yang popular,

1. Bila nk beli barang, nak cari yang terbaik.

2. Bila nak cari suami/isteri, nak cari yang paling hensem/cantik.

3. Bila buat sesuatu kerja, nak hasil kerja tu adalah terbaik.

4. Bila nak pilih makanan, nak pilih yang paling bersih dan sedap.

5. Memang suka jadi cerewet dah memang sejak azali lagi cerewet.

Cerewet ni boleh tapi kena la bertempat. Takkan la setiap masa nak cerewet. Sampai nak buang air cerewet sangat. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

"GEGARIA METRO DI KEPALA BATAS...SAYA PERGI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ahad last week, saya Perkarangan Dewan Millenium Kepala Batas untuk tengok yang yang Gegaria Metro sangat kat sana tu. Lagipun, rakan seuniversiti dan juga rakan seMPP (Majlis Perwakilan Pelajar) UiTM Seri Iskandar Perak, Ammar Ikhwan ajak pergi sebab dah lama sangat kami tak jumpa. Kira kawan lama la ni. Lagipun, dia kerja dalam Projek Gegaria Metro ni.

Bergambar dengan kereta saya (perasan)
Ammar Ikhwan yang pakai baju Gegaria Metro tu

Gambar Close Up

Kami jalan-jalan keliling tengok apa yang ada kat Gegaria Metro tu. Actually saya datang dengan emak dan adik saya. Tapi, saya biarkan emak dan adik perempuan pergi merayau dalam Gegaria Metro tu. Saya dengan Ammar banyak sembang tentang zaman studi kami dulu dan juga apa yang sedang kami buat sekarang.

Saya ada tangkap dua gambar je sebab malas nak tangkap gambar (ada ke alasan macam kan?). Hehehe.

Gambar ni ambil masa petang
Tak berapa ramai orang dah

Orang tak berapa ramai tapi nak cari parking punyalah seksa. Lastly, parking jauh dan menapaklah saya.

Nampak macam malam kan? Bukan malam tapi dah mendung nak hujan
Host atas pentas tu Nabil Maharaja Lawak dengan Black

Tiba-tiba mendung dan terus hujan turun. Lebat plak tu. Nasib baik, masa tu saya dan Ammar dah bersalam dan berpisah. Sempat gak saya sambar sehelai Jersi Liverpool warna hitam yang saya memang nak sangat beli tapi kedekut. Hehehe.

Pastu, hujan pun turun dengan lebatnya dan tersangkutlah saya di khemah dekat pintu masuk Gegaria Metro dengan emak dan adik perempuan saya. Hehehe.

Bila hujan reda sikit, terus kami menapak ke tempat parking kereta. Basahlah sikit. Hehehe.

p/s : Musim hujan. Nak keluar rumah pun malas. Lagipun asyik nak demam selesema je. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, November 24, 2011

"FESYEN MODEN KONON"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang banyak betul fesyen yang dikatakan begitu "vogue" dan perkataan yang sealiran dengannya. Nak "cuci" sambil tambah "dosa" yang ada pun senang sekarang. Dulu, lepak kat shopping complex boleh "cuci" mata tengok awek-awek yang pakai 1/4 telanjang, 1/2 telanjang, 3/4 telanjang dan seterus-terusnya.

Sekarang tak payah pergi jauh-jauh. Duduk rumah je boleh tengok semua tu. Antara tempat popular nak "cuci" mata adalah di Facebook la. Dalam Facebook, ramai awek-awek tangkap gambar pakai yang boleh menampakkan sebanyak mungkin tempat yang tidak sepatutnya dinampakkan. Si "pencuci" mata ni pun kalau nak copy simpan dalam henfon dorang pun takde masalah dan halangan.

Inilah dikatakan fesyen moden konon. Even yang pakai tudung tapi berseluar dalam pun ada. Itu tak kira yang ketat metat lagi tu. Pakai tudung tapi nampak lurah dada dan lurah segala lurah pun ada. Macam gambar kat bawah ni, fesyen gak kan?


Inilah fesyen Legging yang sangat popular sekarang. Saya tengok orang yang pakai fesyen legging ni macam sebenarnya tak pakai seluar pun. Kalau dia pakai legging yang warna sama kulit dengan dia, memang nampak macam tengah telanjang je. Fesyen kan?

p/s : Dunia dah nak sampai ke akhirnya. Mohon Allah tempatkan saya dan keluarga saya dalam golongan yang soleh dan solehah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"BOLEH PLAK MAIN TARIK-TARIK"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terdengar satu berita mengenai Piala AIM untuk lagu Penakut nyanyian Yuna ditarik balik. Piala AIM tu diberikan kepada Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain. Boleh main tarik-tarik piala anugerah ni ek?

Pihak penganjur mengaku silap dan terus ambil keputusan untuk tarik balik piala tersebut. Memang betul-betul profesional. Saya harap Yuna bersabar dan tak patah semangat. Biasalah, dalam dunia hiburan, macam-macam boleh berlaku. Tapi, ini kali pertama saya dengar piala anugerah ditarik balik oleh penganjur.

Lepas ni kalau mana-mana pemenang piala anugerah tu terima sesuatu piala, berhati-hatilah. Sebab lepas tu ada kemungkinan untuk ditarik balik. Hahaha.

p/s : Macam-macam sekarang ni. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"TERMIMPIKAN YUNA?"

Credit Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sebenarnya saya nak cerita yang semalam saya mimpikan Yuna Zarai. Jangan tanya macam mana saya boleh termimpikan dia. Rasa pelik gak. Hehehe. Yang otak kuning tu, jangan duk fikir bukan-bukan. Bukan mimpi "Basah" k? Cuma mimpi biasa je.

Dalam mimpi tu, saya dan Yuna baru berkenalan dan berkawan. Cuma masa nak minta nombor handphone Yuna, Yuna dah bersedia untuk show. So, saya ingat nak tunggu lepas show tapi saya terjaga plak. Hehehe.

Tapi, mimpi tu memang nampak real sangat. Bila fikirkan balik, mimpi ni mainan tidur. Mimpi ni bantu kita untuk hilangkan rasa stress. Tapi puas hati gak dapat jumpa dan berkawan dengan Yuna walaupun dalam mimpi je. Hehehe.

p/s : Bila nak mimpi berkenalan dengan Heliza Helmi plak ek? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, November 23, 2011

"RUPA CANTIK TAPI PERANGAI ..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Ada sesape tak setuju? Sila berhujah. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"NASI LEMAK BUNGKUS DAUN PISANG"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Pagi ni saya sarapan dengan nasi lemak. Memang setiap sarapan dengan nasi lemak. Hehehe.


Teringat dulu-dulu banyak orang bungkus nasi lemak dengan daun pisang. Beza makan nasi lemak bungkus dengawn daun pisang berbanding yang dibungkus dengan plastik dan surat khabar. Rasanya lebih enak dengan aroma daun pisang.


Sekarang ni kebanyakkan peniaga nasi lemak lebih prefer bungkus dengan plastik dan surat khabar. Mudah dawn senang nak beli kat kedai. Daun pisang kena cari dan potong daun pisang kepada betul yang nak bungkus nasi lemak tu.


Korang lebih suka makan nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang ataupun plastik biasa ni?


p/s : Tengah lapar, makanan apa pun sedap. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

"TIPS TERBAIK UNTUK WANITA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Inilah tips terbaik untuk semua wanita. Hayatilah dan ikutilah.


Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, November 22, 2011

KEPUTUSAN GIVEAWAY SIMPLE : KEYCHAIN DARI PADANG BESAR


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sori lewat sangat umum pemenang bertuah untuk Giveaway Simple ni. Memang agak busy sikit sebab nak hantar adik pergi UiTM Arau dan esoknya pergi taklimat di JPN Putrajaya. Lepas tu, saya demam dan migrain teruk gak. Mungkin sebab cuaca yang tak menentu dan juga sebab saya drive tanpa henti 2 hari berturut-turut.

Oklah. Kat bawah ni senarai peserta yang join Giveaway Simple : Keychain Dari Padang Besar. Jom terjah dorang.

1.  http://www.syah-zahari.co.cc/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
2.  http://ilovemyheartguard.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
3.  http://starheartyuki.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
4.  http://mustwaniekl.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
5.  http://alvas-87-contest.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
6.  http://nurulauni123.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
7.  http://kisahkayu.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
8.  http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
9.  http://akusukercontest.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
10.http://ieyzaafieyna92.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
11.http://mutiaralife.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
12.http://jali-ashburn.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
13.http://heartstorylife.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
14.http://fiezahkecik.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
15.http://syimanakhadiah.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
16.http://mascontestgiveaway.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
17.http://sueperbs.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
18.http://seventh-july95.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
19.http://lieynanilaz.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
20.http://zaza96.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
21.http://izad-mohd.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
22.http://cokieziemaj.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
23.http://alia-manis.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
24.http://sharksempoi.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
25.http://alfian-700.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
26.http://pinklygirl.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
27.http://diaryohhlala.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
28.http://cpluckiest.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
29.http://nhusnaz.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
30.http://joelwithcontestsandgiveaways.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
31.http://3nogr33ny.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
32.http://2merah1ungu3c.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
33.http://sukahati-fieda.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
34.http://shahida-mysweetlife.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
35.http://acapconga.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
36.http://almiraalwani.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
37.http://sayangsyeeda.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
38.http://atienabila.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
39.http://syahmitembam.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
40.http://duniakebahagiaanku.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
41.http://affaf-contest.blogspot.com/2011/11/jom-join-cuma-klik-banner-kat-atas-tu.html
42.http://nasyabella.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
43.http://fiqrakendet.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html
44.http://alongnidar.blogspot.com/2011/11/giveaway-simple-keychain-dari-padang.html

Sekarang, saya akan umumkan 12 pemenang bertuah yang dipilih melalui random.org.





 






Tahniah kepada 12 pemenang bertuah yang dipilih oleh random.org. Yang tak menang tu, cuba lagi ye? Mungkin ada rezeki korang nanti.

Kepada 12 orang pemenang, tolong berikan nama penuh dan alamat penuh di kotak komen kat bawah. Saya takkan publishkan maklumat korang tu. Kalau boleh, bagi nombor handphone untuk saya maklumkan bila hadiah telah dipos.

Insya Allah, next time saya akan buat lagi. Terima kasih kepada semua yang join.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, November 21, 2011

"BUSUK HATI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam dunia ada macam-macam jenis orang. Tapi, orang yang busuk hati adalah antara yang bahaya pada pendapat saya. Korang mesti tahu apa tu busuk hati kan? Kadang-kadang korang pernah alaminya dan pernah jadi seseorang yang busuk hati. Saya mengaku sebab saya hanya seorang manusia biasa. Mesti akan terbabas punya. Kalau korang rasa korang tak pernah, memang saya tabik spring la korang. Hehehe.

Busuk hati ni pada saya memang ada dalam setiap diri hampir semua manusia. Cuma yang bezanya adalah banyak atau sedikitnya kebusukan hati tu. Terlalu busuk hati pun boleh menyebabkan orang tu buat perkara-perkara yang boleh menjatuhkan orang lain. Kadang-kadang boleh sampai melibatkan sihir.

Yang rasa busuk hati sikit ni cuma mungkin akan mengumpat di belakang je. Selalunya sifat busuk hati ni datang disebabkan iri hati dengan kebahagiaan atau kejayaan seseorang tu. Sebab dia tak dapat apa orang tu dapat, hati dia jadi dengki dan sifat busuk hati ni muncul.

Macam mana nak hilangkan? Apa yang saya cuba praktikkan adalah dengan bersihkan pemikiran saya dari sifat iri hati dan dengki. Setiap apa yang berlaku akan bermula dari minda kita kan? Kita fikir nak iri hati dan dengki, maka kita akan berdengki. So, baik kita cuba sedaya upaya untuk positifkan minda kita. Kemudian, sudah pasti kita kena berdoa kepada Allah untuk hindarkan kita daripada perasaan busuk hati ni. Sebabnya doa adalah senjata orang mukmin. Berdoa kepada Allah dengan ikhlas, insya Allah akan dimakbulkan.

p/s : Petang ni nak balik Bagan Datoh Perak dah. Rasa malas nak balik la plak.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"DINNER DENGAN NAAN TANDORI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Dinner saya dengan emak dan adik perempuan ialah... Seperti gambar di atas.


Hehehe. Sedap.


p/s : Dah lama tak datang Restoran Kapitan kat Penang ni. Dah banyak perubahan.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, November 20, 2011

"SELEPAS 19 TAHUN, JUMPA PUN MACAM ORANG ASING"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Semalam saya dapat maklumat mengenai ayah saya yang berada di Taiping daripada Bapa Saudara saya. Disebabkan adik perempuan saya nak kahwin, saya terpaksa pergi jumpa dia walaupun selepas 19 tahun dia abaikan kami. Disebabkan saya anak sulung, saya secara automatiknya adalah ketua keluarga selepas dia menghilangkan diri.


Saya tak benci dia. Cuma saya rasa dia macam orang asing. So, semalam kami banyak berbincang tentang adik perempuan saya yang nak kahwin je. Tak sembang perkara lain dah.


Emak saya pun cakap perkara yang perlu saja. Sebab masa saya jumpa ayah saya tu, dia nak tunjukkan ego dia. Sampai saya pun rasa meluat. Hahaha.


Saya doakan dia bahagia dengan hidup dia sekarang. Sekarang saya lebih fokus untuk jaga emak saya. Dia boleh jaga diri sendiri sebab 19 tahun tak reti-reti nak tengok anak sendiri. Nafkah pun tak pernah bagi.


Teruk ke saya ni?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

CONTEST MUNA RAHIMAH : CANDID TIME CONTEST

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya telah ditag untuk contest ni. Saya terlupa sape orang yang mengetag saya tu. Anyway, thanks. Saya pun terjah tengok best ke contest ni. Memang menarik hati saya. Lagipun, hadiah-hadiahnya pun boleh tahan gak.

Senang je contest ni. Syarat-syaratnya korang boleh tengok kat blog penganjur contest ni. Saya kena letak satu gambar candid saya. So, saya pertaruhkan gambar kat bawah ni. Hehehe.


Masa ni saya pakai helmet pelik ni depat Golden Screen Cinemas (GSC) Gurney Plaza, Penang. Masa tu, agak ramai gak orang tengok. Malu betul. Hehehe.

Contest ni tutup pada 13.12.2011.

Saya kena tag 2 orang. So, saya tag:

aimifiqa
solicious storinori

Siap. Wish me luck. Hehehe.

p/s : Saja nak test. Kalau menang, Alhamdulillah. Kalau kalah pun, Alhamdulillah. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

CARTA HATI - Najwa Latif (OFFICIAL MV - HD)

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terjumpa video clip Najwa Latif terbaru kat Youtube. Tajuknya Carta Hati. Best gak. Rentaknya sweet je. Lagu ni simple je. Kira bagi saya yang jenis simple ni, saya suka. Sebabnya, saya memang simple. Hehehe.

Enjoy!



p/s : Rasa macam lagu ni pendek sangat. Suka tengok Najwa Latif yang comel tu. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, November 18, 2011

"BILA BUKA MULUT, ORANG SAKIT HATI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Seharian hari ni saya tak updated blog dengan entry langsung kan? Sebenarnya busy. Busy layan Cerita Charmed Season 7. Hehehe.


Semalam saya drive balik dari Putrajaya ke Penang. Di satu perhentian - Gunung Semanggol, saya berhenti untuk solat dan isi minyak. Terjumpa rakan sekerja yang kerja di cawangan area Penang. Saya pun dengan secara automatiknya dan ramahnya saya tegur la. Ada 3 orang, yang kawan saya 2 tu ok tapi yang sorang ni. Cara dia jawab dengan penuh berlagak tu menyakitkan hati saya. Tapi, saya tetap paksa diri senyum dan layan dorang macam biasa. Pastu, terus saya minta diri.


Saya rasa nak tergelak sebab saya jarang jumpa orang macam ni. Memang dia dan saya sama jawatan. Pejabat dia menang tempat kedua Anugerah Persekitaran Berkualiti dan pejabat saya cuma dapat tempat keempat. Mungkin itu antara sebab dia rasa bangga dan sombong kot? Hahaha.


Itu semua cuma sementara je la. Dunia ni sementara je. Anugerah tu bukan boleh bawa masuk kubur nanti bila kita dah mati kan?


Apa yang saya buat? Saya cakap kat diri saya,


"Sabar je la. Buang masa je sakit hati dengan macam ni"


Korang buat macam mana kalau sakit hati? Serang? Menangis? Hehehe.


p/s : Sekarang ni tiap-tiap petang hujan, saya pun asyik bersin je.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, November 17, 2011

"LA... BUKAN FATIN LIYANA RUPANYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Ini tentang sambungan post "Fatin Liyana?" sebelum ni. Saya sampai last pun tak tegur sebab dia bangun pergi tak datang-datang balik dah. Hahaha.


Saya terjumpa kat luar dewan dan tertengok name tag dia sekali lagi.


"Fatin (tak ingat)"


Tapi memang bukan nama Fatin Liyana. Nama lain tapi seakan-akan. Memang tak dinafikan dia memang cantik. Tapi, banyak tempek make up je lebih. Saya suka yang kurang pakai make up. Sebab kalau cantik, cantik natural bukan sebab make up. Tapi, itu hak dorang nak tempek make up banyak pun. Jangan minta duit saya dah. Hehehe.


Nasib baik tak tegur tadi? Malu je. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

"LIVE ENTRY POST?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Ada geng blogger tanya saya yang saya post entry saya live ke? Saya tak tahu cakap live atau tak. Tapi kalau saya tak bawa netbook, saya akan tulis guna handphone saya je.


Tegar betul saya kan? Hahaha. Saya pakai Handphone Samsung Galaxy S dan software Blogger-Droid saya install yang free je. Memang mudah nak post entry sebab functionnya simple sangat. Mula-mula tu memang rasa susah gak sebab tak biasa. Sekarang ni Alhamdulillah, dah pandai sikit. Hehehe.


Bila saya ada idea je, saya terus taip. Kebanyakkan entry saya tulis secara spontan tapi bertapis. Tak nak ada kontroversi plak. Kan?


Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

"FATIN LIYANA?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Sekarang ni saya tengah dengar taklimat. Tapi entahlah apa yang sedang penyampai taklimat ni tengah bagitau. Tapi ada la nota dia bagi. So, sempat lagi updated blog. Hehehe.


"Fatin Liyana?"


Mesti korang hairan kenapa saya tulis tajuk macam ni kan? Sebenarnya, saya ternampak seorang awek yang mukanya sejibik Fatin Liyana dan namanya pun Fatin Liyana. Sekarang ni dia tengah duduk di kerusi depan saya. Tapi, saya tak berani nak tegur sebab saya ni cuma blogger biasa-biasa je. Tapi, dia kan blogger feymes. Mana dia nk blogger macam saya ni kan? Hehehe.


Tapi memang rupanya sama dengan pemilik blog Fatin Liyana yang cantik tu. Nama pun sama. Korang rasa patut ke saya tegur ek?


p/s : Tak biasa tegur orang tak kenal. Lagi-lagi perempuan. Saya ni pemalu sikit. Hehehe.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

"SEMALAM PERGI ARAU, HARI NI PERGI PUTRAJAYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Semalam saya ke Arau, Perlis untuk hantar adik saya daftar pelajar baru di UiTM Arau, Perlis. Semalam singgah Alor Setar, Kedah sebab emak saya teringin nak pergi Pekan Rabu. Emak saya bagitau dia tak pernah sampai Pekan Rabu. Saya turutkan sebab alang-alang nak lalu, singgah terus. Punyalah seronok emak saya tu saya tengok.


Semalam sampai rumah lebih pukul 10 malam. Tidur dalam pukul 11 malam dan bangun dalam pukul 3 pagi. Naqk bertolak ke Putrajaya plak hari ini. Ada taklimat. So, keluar rumah tadi dalam pukul 3.30 pagi. Solat Subuh kat Hentian Rehat dan Rawat Ulu Bernam. Alhamdullilah.


Sekarang rehat sambil tunggu kawan yang on the way ke Restoran Jejantas Sungai Buloh. Boleh saya biarkan enjin saya cool down sikit. Bawah mata pun dah lebam sikit. Hehehe. Taklimat start dalam pukul 9 pagi.

Mesti korang rasa boring kan baca entry ni. Cuma saya nak share tentang salah satu daripada Lima Perkara Sebelum Lima Perkara.


"Lapng Sebelum Sibuk"


Masa kita ada masa, jangan sia-siakan. Belajar elok-elok. Enjoy pun elok-elok. Bila kita busy macam saya sekarang ni, baru kita akan teringat masa kita ada sebelum ni yang kita sia-siakan. Kan?


Cuma pendapat spontan saya yang tengah rasa mengantuk sikit ni. Hehehe.


p/s : Laju gak saya drive tadi. Hari ni pecah rekod 150/kmj. Rekod baru 160/kmj tapi kejap je. Risau enjin blow. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, November 16, 2011

"SOLAT ASAR DI MASJID ZAHIR, KEDAH"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Baru lepas solat Asar di Masjid Zahir, Negeri Kedah Darul Aman. Emak nak pergi Pasar Rabu kat sini, alang-alang dah sampai Kedah, ambil peluang Solat Asar di masjid negeri Kedah ni.


Korang dah Solat Asar?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

"KOLEJ CENGAL"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Sekarang saya ada kat depan Kolej Cengal. Adik saya daftar di UiTM Arau Perlis ni. Teringat masa saya mula-mula daftar kat UiTM Seri Iskandar Perak dulu.


Tengok pembantu Minggu Destinasi Siswa sedang bekerja memastikan pendaftaran pelajar baru berjalan lancar mengingatkan saya kenangan semasa menjadi Pembantu Minggu Mesra Siswa dulu.


Cuma tak sangka adik saya pun ikut jejak abang dia iaitu saya untuk sambung belajar di UiTM gak. Rasa macam pendaftaran saya baru je lepas semalam.


Sekarang saya dah jadi ex student UiTM dengan seguung Diploma. Alhamdulillah. Dah bekerja saya sekarang.


Untuk adik-adik yang masih belajar di sekolah atau universiti, belajar elok-elok k? Capai impian yang adik-adik. Nak main-main boleh, result mau sempoi. Kan?


p/s : Nampak sangat muka adik saya yang nervous. Rasa nak tergelak. Hahaha.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

KATA-KATA HIKMAH : "BAIK KEPADA ORANG KITA TAK SUKA TAK BERMAKNA KITA ..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Suka quote ini:


p/s : Kita berbuat baik dengan orang yang kita tak suka bukan bermakna kita ni berpura-pura. Ia bermakna kita dah cukup matang untuk bertolak ansur rasa tak suka kita terhadap dia.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, November 15, 2011

"HANG HISAP ROKOK KA?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Korang hisap rokok tak? Saya memang tak pernah hisap rokok. Sentuh nak bagi kat bapa saudara or kawan-kawan pernahlah. Dorang pernah offer kat saya tapi saya tolak.


Actually, tajuk kat atas adalah pertanyaan emak saya suatu ketika dulu. Masa tu, saya pergi ke kilang emak saya kerja untuk ambil dia bawa balik. Masa tu saya naik motor je. Sampai je rumah, emak saya tanya saya:


"Hang hisap rokok ka?"


Terkejut tiba-tiba emak saya tanya macam tu dan terus saya jawab,


"Eh... Mana ada"


"Pastu baju hang bau rokok tu"


Saya terdiam. Bila masa plak saya hisap rokok dan macam mana baju saya bau rokok. Kemudian, baru saya teringat.


"Tadi masa nak balik tadi, emak perasan tak orang ada bakaq sampah?"


"Perasan"


"Masa bawa motor td terlanggar asap bakaq sampah tu. Sebab tu la baju bau asap"


"Ohh..."


Saya memang tak hisap rokok. So, saya memang tak tipu emak saya. Lagipun saya ni kedekut. Dari bazir beli rokok, baik saya beli ayam goreng faveret saya atau belanja Heliza Helmi makan ayam goreng. Kan?


Hehehe.


p/s : On the way drive nak balik Penang ni. Esok pagi nak drive ke UiTM Arau untuk hantar adik.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

KATA-KATA HIKMAT : "NAK UBAH DUNIA, DIRI SENDIRI?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak share satu kata-kata hikmah ni. Bagi saya ada kebenarannya.


p/s : Kalau nak ubah dunia, kena ubah diri sendiri dulu. Betul tak?

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

"RESTU IBU"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Penting ke restu ibu ni? Kalau takde, takpe ke?

Bagi saya, bila ibu kita suka dan gembira, senang kita dapat restu daripada ibu. Restu ibu ni dapat berkati hidup kita.

Contohnya, kita nak kawin dengan pasangan kita, tapi pasangan kita ajak kawin kat Siam tanpa dapat restu ibu, apa akan terjadi kepada pasangan tu? Ini melalui pemerhatian saya je ye? Rezeki anak yang menyakitkan hati ibu sampai buat ibu menangis dan ibu tu tak restu akan terputus. Si anak tu hidup susah dengan pasangannya dan susah nak bahagia.

Ibu mengandungkan kita 9 bulan. Jaga kita. Besarkan kita. Tapi, akhirnya kita sakitkan hati dia. Calit arang kat muka dia. Malukan ibu kita. Korang rasa Allah akan redhai ke orang macam ni?

Sejahat mana pun dia, dia tetap ibu kita.

p/s : Saya dibesarkan oleh ibu saya. Sebab tu saya tak sentuh tentang restu bapa. Tapi saya masih bersyukur masih ada ibu.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, November 14, 2011

"PERKARA HARAM DIBUAT MEMANG BEST"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hisap rokok korang rasa best tak? Bagi yang tak pernah hisap rokok, memanglah tak best. Tapi, yang pada mulanya nak try konon, terus ketagih. Pada dorang hisap rokok tu best. Padahal, asap masuk dalam paru-paru dan rosakkan diri je. Memang best kan?

Minum arak korang rasa best tak? Bagi yang tak pernah minum arak, memanglah tak best. Tapi, yang dah mula jinak-jinak minum arak ni kemudian ketagih. Bagi dorang memang syok minum arak ni. Dunia macam dorang yang punya. Berada di awang-awangan. Padahal, arak ni merosakkan diri je. Memang best kan?

Suntik dadah dalam badang korang rasa best tak? Bagi yang tak pernah suntik dadah dalam badan, memang la tak best. Tapi bagi yang dah tersuntik ni, dorang ketagih dan dorang rasa best sebab khayal serta hilang masalah. Bila tak dapat je, menggigil satu badan sebab tak tahan ketagih. Pastu, meragut dan aktiviti tak bermoral yang sewaktu dengannya. Lastly, dapat penyakit. Memang best kan?

Tak tutup aurat korang rasa best tak? Bagi yang nak sangat perhatian, londeh semua pun takpe. Asal dapat perhatian. Lagi ramai orang tengok, lagi dia rasa syok. Pastu, bila dah berbadan dua, jantan tulah salah. I tak salah pun. Memang best kan?

Cinta sejenis korang rasa best tak? Bagi sesetengah orang ni cinta sejenis memang best. Tak payah nak beranak pinak. Tak payah nak risau mengandung. Boleh "projek" tanpa kerisauan je. Memang best kan?

Ada banyak lagi tapi saya rasa korang boleh sambungkan. Sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah itu akan menjadi best bila takde rasa takut seksaan Allah. Bila ada perasaan takut tu, kita takkan berani buat.

Betul tak?

p/s : Kalau dah pernah buat, kita boleh mohon keampunan daripada Allah. Sementara masih sempat ni. Tak tentu lagi kita akan hidup esok.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

"SAYA MENENTANG SEKERASNYA PENDERAAN HAIWAN!"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak share satu artikel dengan gambar berkenaan tajuk di atas:


Ibu kucing ini terus menjilat mayat anak-anaknya dengan harapan mereka sembuh kembali.

Mengikut sumber, saksi terdengar kucing menangis di tingkat bawah, dan apabila mereka sampai ke tempat kejadian, mereka menemui kucing liar dan anak-anak kucing yang diseksa sehingga mati.

Kesemua badan anak-anak kucing tersebut dipenuhi dengan tembakan pistol angin, dan ada pula yang diikat lehernya, dan ada pula yang dibedah sehingga jantung kucing itu terdedah, dan kepala ketiga-tiga kucing yang lain dipijak!

Kejamkan orang ni?

p/s : Manusia sekarang ni dah tak ada perasaan kemanusiaan langsung. Saya sangat menentang Sekerasnya Penderaan Haiwan!

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, November 13, 2011

GIVEAWAY SIMPLE : KEYCHAIN DARI PADANG BESAR

TAMAT


Assalamualaikum dana salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah lama rasanya saya tak buat Giveaway Simple di blog ni. Hadiah pun memang saya dah ada tapi kekangan masa dan juga kekangan kemalasan diri ni. Hehehehe.

Cara nak join:

1. Buat satu entry baru, copy Header saya kat atas tu dan paste di entry korang tu. Linkkan ke post ni.

2. Salin tajuk ni, "GIVEAWAY SIMPLE : KEYCHAIN DARI PADANG BESAR"

3. Tulislah apa saja yang korang nak tulis.

4. Publish dan letakkan url korang kat kotak komen kat bawah.

Itu je. Tak susah pun. Kan? Hehehe.

Saya akan pilih 12 pemenang bertuah menggunakan random.org.

Mesti korang nak tengok hadiah kan? Inilah hadiahnya:


Best tak hadiahnya? Hehehe. Biasa je.

Tarikh tutup Giveaway Simple ni adalah 13hb November 2011 jam 11.00 malam.

Senarai list blogger yang join akan dikeluarkan dalam entry pengumuman pemenang bertuah nanti.

p/s : Next week nak ke UiTM Perlis untuk hantar adik. Tapi, tak pasti lagi akan singgah Padang Besar lagi tak? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"BUKAN TAK NAK BELA TAPI TAK DAPAT BELA"


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Satu hari ni saya tak makan kecuali kerepek dqn air kosong je. So, saya decide untuk keluar makan kat gerai di Pekan Bagan Datoh ni. Hujan baru turun lebat sungguh. Tapi saya pakai baju sweater berhood.  Tak la basah sangat.

Saya memang sangat suka kucing. Saya bukan tak nak bela tapi tak dapat bela. Saya pernah tolong kawan bela ikan, mati. Tolong kawan bela hamster, mati. So, saya tak berani nak bela apa-apa dah. Tapi kalau pergi mana-mana kedai makan, mesti saya usap-usap kucing yang ada.

Gambar kat atas tu tunjukkan kucing tu tengah mengerekot tidur kat kaki saya. Saya tak panggil pun tapi dia datang sendiri. Orang cakap, kucing ni boleh bau orang yang selalu usap kucing. Tak tahu betul tak.

Mungkin saya dah kawin dan bakal isteri saya tak takut kucing, Insya Allah akan saya bela seekor dua. Sekarang ni tak dapatlah.

Ada sesiapa yang tak suka kucing ke? Tak boleh geng dengan saya. Hehehe.

p/s : Lena betul kucing tidur kat kaki saya ni. Hairan betul. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

"NAK DAFTAR LAHIR ANAK"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi tengah busy mengupdated senarai peserta Segmen Simple : Keychain Dari Padang Besar, handphone saya berdering. Tengok skrin, tertera nama kawan roommate masa kat UiTM Seri Iskandar, Perak dulu. Terus tanpa lengah lagi saya pun melarikan jari saya ke atas skrin untuk menjawab panggilan.

Saya : Assalamualaikum, Naser bercakap.

Kawan Saya : Waalaikummussalam. Naser, aku nak tanya sikit boleh tak?

Saya : Ha... Tanya la. Apa dia?

Kawan Saya : Kalau bayi beranak kat Penang tapi nak daftar ke Kulim, boleh tak?

Saya : Boleh. Sekarang ni lahir kat mana pun boleh daftar kat mana-mana JPN terdekat.

Kawan Saya : Ye ke?

Saya : Ye la. Sekarang ni pakai sistem online. So, katne daftar pun, automatik akan diupdate dalam sistem.

Kawan Saya : Owh... Camtu ke?

Saya : Anak siapa ni? Anak hang ke?

Kawan Saya : Ye la. Anak aku la.

Saya : Eh... Dah lahir dah? Awat hang tak bagitau? Berapa hari dah lahir?

Kawan Saya : Dah. 5 hari lepas.

Saya : Tahniah la.

Kawan Saya : Terima kasih.

Saya : Next week aku cuti, nanti aku pergi tengok anak hang tu. OK? Apa-apa hal, nanti aku roger.

Kawan Saya : OK. Datanglah tengok.

Saya : Oklah. Jumpa nanti ye? Bye.

Kawan : Orait. Bye.

Perbualan tadi baru je sebentar tadi saya cakap dengan kawan saya. Saya memang tahu isteri kawan saya ni mengandung tapi tak perasan dah sampai masa untuk isteri dia bersalin. Untunglah dia. Dia bercinta dengan isteri dia sejak di bangku sekolah lagi.

Tahniah saya ucapkan kepada kawan saya tu. Saya doakan anak perempuannya yang baru lahir tu sihat.

p/s : Rasa jeles gak tapi saya ni bakal isteri pun takde lagi. Anak tak payah cerita la. Kalau ada rezeki, adalah tu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"KITA LEBIH PILIH BISIKKAN SYAITAN?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak share satu artikel yang agak lama dah wujud. Macam mana saya tahu? Sebab saya baca artikel ni masa saya sekolah menengah lagi. 



Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.

p/s : Walaupun kita sedar perkara tu salah, tapi kenapa kita masih buat juga?

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, November 12, 2011

"KENAPA NAK TENGOK BELAKANG?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pagi tadi hujan punyalah lebat. Saya menggigil dalam selimut. Sejuk. Hehehe. Pastu dengan pantas saya pun bangun dan ambil wuduk serta Solat Subuh. Lepas tu, tidur balik. Hehehe.

Tadi intro je. Takde kaitan dengan entry pun. Korang mesti pelik dengan tajuk entry saya ni kan? Hehehe. Kasi suspen sikit.

Sebenarnya, apa yang saya nak bagitau adalah walaupun sejauh mana pun kita melangkah ke depan, kita perlu tengok balik ke belakang untuk pastikan diri kita berada pada laluan yang betul. Walaupun kita dah berjaya, kita kenalah ingat balik kesusahan yang kita hadapi sehingga kita berjaya. Dengan itu, kita akan sentiasa bersyukur dengan kejayaan kita. Boleh gak untuk mengelakkan perasaan bongkak dan bangga diri bertandang.

Bila kita lupa asal usul kita, kita akan sombong dan lupa diri. Bila kita dah sombong dan lupa diri, maka bertambahlah musuh kita dan orang yang tak suka kita. Disebabkan itulah kita kena sentiasa ingat asal usul kita. Sebab?

"Tanpa Masa Lepas, Takkan Ada Diri Kita Sekarang"

p/s : Orang sombong selalu rugi kan? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, November 11, 2011

SEGMEN SIMPLE : NASZ AJAK BACA POST PERTAMA SAYA

TAMAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah lama agaknya saya tak buat Segmen Simple. Sebelum ni asyik buat Segmen Nasz saja. So, saya decide nak buat satu segmen yang bagi saya tersangat simple. Segmen ni saya buat untuk suka-suka je di samping nak bagi korang baca balik post pertama yang korang buat semasa nak buat blog korang.

Cara nak join?

1. Buat satu entry baru dan copy Header kat atas tu sambil linkkan ke post ni.

2. Salin tajuk ni, "SEGMEN SIMPLE : NASZ AJAK BACA POST PERTAMA SAYA".

3. Letak link post pertama korang semasa mula-mula nak buat blog korang. Pastu, tulis la apa yang korang rasa nak tulis mengenai post pertama korang tu.

Ini post pertama saya. Berkenaan ucapan aluan dan terima kasih untuk blogger yang sudi melawat blog saya.


4. Siap? Publish dan letakkan url entry korang tu kat kotak komen post ni.

Senang je kan? Saya akan buat penyenaraian blog yang join di post ini gak.

Segmen ni tamat pada 11.11.11 jam 11.11 malam. Hehehe. Unik kan tarikh tutupnya.

p/s : Actually, ni cuma "memanaskan badan" sebelum buat Giveaway Simple. Hehehe.

UPDATED

1. http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
2.  http://eikasuzyana.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
3.  http://you2mevrything.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
4.  http://diyanarauzi92.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
5.  http://citrananizam.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
6.  http://arjunapopkorn.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
7.  http://qasehcinta88.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
8.  http://sitizarizza.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
9.  http://cxopportunities.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
10.http://sweetsour93.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
11.http://ezzatie-ezzatie.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
12.http://kyraveronica.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
13.http://belleila92.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
14.http://secretash.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
15.http://allaboutmenadz.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
16.http://sarahanimismyname.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
17.http://sharksempoi.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
18.http://kacamatakitasama.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
19.http://haminglam.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
20.http://khatijahnurain.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
21.http://qisatulhayati.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
22.http://starfleet2208.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
23.http://chantekdia.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
24.http://lifeedisaster.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
25.http://hazwanimohd.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
26.http://mutiaralife.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
27.http://suterasyifa.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
28.http://suara-maya.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
29.http://3nogr33ny.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
30.http://ceritaakudevilboy92.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
31.http://edaeri.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
32.http://villakejora.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
33.http://nurulauni123.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
34.http://almiraalwani.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
35.http://nysnyesa.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
36.http://sayapunyasukalaaa.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
37.http://diary-kecilku.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
38.http://inassyuhaidah-mystory.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
39.http://atienabila.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
40.http://qasehhumayrayathafiz.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html
41.http://mustwaniekl.blogspot.com/2011/11/segmen-simple-nasz-ajak-baca-post.html

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"KHUTBAH JUMAAT HARI INI...KEBERSIHAN"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


On the way nak balik Bagan Datoh dari Ipoh tadi, saya decide nak menunaikan Solat Jumaat di Masjid Daerah Seri Iskandar. Dulu masa belajar, tak wujud lagi masjid ni. Masa tu tempat ni cuma tanah lapang je.


Khutbah Jumaat hari ni menceritakan tentang pentingnya kebersihan. Agama Islam amat mementingkan kebersihan. Kebersihan diri dan persekitaran dapat mengelakkan dari terkena penyakit.


p/s : Rumah saya pun bersepah. Kena balik kemas ni. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

"PENDAFTARAN PERKAHWINAN BERAMAI-RAMAI - 11.11.11"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Sekarang saya ada kat JPN Ipoh untuk majlis pendaftaran perkahwinan beramai-ramai pasangan bukan islam. Saya difahamkan lebih kurang 70 pasangan akan didaftarkan pada hari ini.


Bagi yang tak tahu, pasangan bukan islam, perkahwinan boleh didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara. Sebenarnya, saya pun seorang Pendaftar Perkahwinan untuk mendaftarkan perkahwinan bukan islam ni. Tapi kali ni saya cuma sebagai tetamu jemputan je.


Selamat Pemgantin kepada semua pasangan yang terlibat dalam pendaftaran perkahwinan tarikh keramat ini.


p/s : Tengok ramai yang kawin hari ni, rasa jeles plak. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, November 10, 2011

"NAK HIDUP SENANG TAPI TAK NAK USAHA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Siapa tak nak hidup senang, angkat tangan. Hehehe. Tapi senario sekarang ni, ramai nak hidup senang tanpa berusaha...termasuk saya. Saya mengaku tapi akhirnya saya sedar kesenangan yang saya dapat tanpa usaha tak semanis kesenangan saya dapat selepas usaha. Korang setuju tak?

Saya pernah kerja di kilang perabot. Saya pun pernah kerja di kilang kapas. Saya pernah kerja di kilang kain. Saya pernah kerja di kilang ubat. Banyak tempat saya pernah kerja. Saya pun pernah ikut bapa saudara saya berniaga. Saya pernah kerja di panggung wayang. Saya pun pernah kerja sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan a.k.a penjawab talian TM 100. Hehehe. Banyak kan?  Actually, saya start cari duit sendiri bermula Darjah 6. Masa tu emak saya kerja sorang untuk besarkan kami 4 beradik. Sebab tu saya rasa manisnya bila sekarang ni saya dah dapat kerja tetap dalam Kerajaan.

Bila kita usaha, kita akan melalui fasa buat salah dan belajar dari kesalahan. Itu akan dijadikan pengalaman kita. Kita akan jadi diri kita selepas melalui pengalaman ini.

Cuba korang bayangkan kalau kesenangan korang dapat tu senang dan tanpa usaha, apa korang akan rasa?

p/s : Pengalaman bercinta pun salah satu perkara yang mematangkan kita. Kan? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka