Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, September 30, 2011

SEGMEN SIMPLE : NAK JOIN BLOGLIST NASZ BULAN OKTOBER 2011

TAMAT
TERIMA KASIH


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya akan bubar Bloglist untuk Bulan September 2011 dan digantikan dengan Bloglist Oktober 2011. Oleh itu, saya dengan rasa rendah diri melancarkan satu segmen simple untuk mencari geng-geng blogger yang berminat untuk menyertai Bloglist Bulan Oktober 2011 saya.

Syarat-syaratnya:

1. Buat satu entry dengan Copy dan Paste Gambar header di atas serta linkkan ke post ini.

2. Salin Tajuk ni, "SEGMEN SIMPLE : NAK JOIN BLOGLIST NASZ BULAN OKTOBER 2011".

3. Beritahu sebab korang nak join Bloglist saya.

4. Pastekan link korang kat ruangan komen di bawah.

Simple je kan? Dijemput semua join ye? Saya buka kejap je. Siapa cepat, dia dapat. Hehehe.

Tarikh Tutup : 30hb September 2011 (Pukul 11.59 malam).


p/s : Plan nak buat Giveaway Simple. Hari tu pergi Padang Besar, Perlis beli souvenir sikit. Tunggguu...

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

BILA DAH JATUH CINTA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bila dah jatuh cinta, rasa dunia ni indah je bila dengan si dia.

Bila dah jatuh cinta, kalau bole nak duduk dengan si dia je 24 jam sampai mati.

Bila dah jatuh cinta, sanggup berhabis duit semata-mata nak tengok si dia gembira.

Bila dah jatuh cinta, kena dengar suara si dia setiap masa.

Bila dah jatuh cinta, kalau korang pandai, ce sambung. Hehehe.

p/s : Dari pengalaman sendiri. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"SAYA SUKA MAKAN AYAM"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya memang sangat suka makan ayam. Tak kisah la ayam goreng ke, ayam masak merah ke, ayam goreng berempah ke, KFC ke, ayam masak sambal tumis ke, kari ayam ke, Spicy Chicken McDeluxe dan seterus-seterusnya. Saya minat makan ayam.

Even kalau doktor tak bagi makan ayam bila saya sakit, mungkin sehari dua tu ok la, tapi kalau lebih hari, saya makan ayam buat tak tau je. Hehehe.

Tapi, saya bukan bapa ayam dan saya tak berminat nak cari ibu ayam atau anak-anak ayam. Sebab saya suka makan ayam yang betul-betul ayam dan bukannya ayam yang betul-betul manusia.

Siapa suka makan ayam? Cepat respon kat ruang komen.

p/s : Petang semalam ada orang belanja Snack Plate KFC. Licin saya makan sampai tulang kalau boleh makan, saya gigit. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

CIK EN ! NASZ NAK HEADER SATU!!

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Join segmen lagi. Kali ni join segmen yang dianjurkan oleh Cik En. So, disebabkan hadiahnya adalah Header, saya pun join la sebab saya memang fail dalam bab-bab membuat Header ni. Hehehe.

Kalau menang, dapat la tukar header baru kan? Kalau tak menang pun takpelah. Nak buat macam mana kan? Redha je la. Hehehe.

Cik En tanya saya nak header yang macam mana? Saya nak tema warna Biru, ada ayat "Mohd Naser.com" dan tagline saya "Aku hanya seorang lelaki biasa yang hidup di muka bumi ini", Background header tu nak letak design apa pun takpe tapi taklah kartun sangat - Lebih kepada matang sikit (Hehehe.. Demand). Kalau Cik En nak letak gambar pun boleh. Cik En boleh tengok kat FB saya - email : skysaner@gmail.com -. Itu je kot. Hehehe.

Good luck to me.

p/s : Memang saya ni bengap sikit tang buat header ni. Header lama tu saya edit guna paint je. Muahaha.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN : SAYA NAK BACA BELOG AWAK

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Join segmen bloglist lagi ni. Hehehe. Kali ni dianjurkan oleh Anis Adila Aris. Panjang kan nama dia? Biarlah. Dah nama dia camtu. Layan je la.

Segmen bloglist simple je. Anis Adila Aris kata motif segmen ni dia buat adalah sebab nak baca blog yang sudi join segmen ni. Pastu, rasanya dia nak buat bloglist kalau tak salah saya la. Betul tau Anis?

Anyway, tarikh tutup diawalkan ke 30hb September 2011 disebabkan sambutan yang sangat menggalakkan. So, korang tunggu apa lagi? Sempat lagi ni. Kita 'galakkan' sambutannya. Muahahaha.

p/s : Baru lepas tengok cerita Gladiator kat Astro 104. Sedih.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, September 29, 2011

"NANTILAH"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

"Nantilah saya buat"

"Buat esok je la"

"Nanti-nanti je la saya buat"

"Takpe. Banyak masa lagi. Boleh buat nanti"

Pernah korang cakap macam ni tak? Dalam hati atau dengan kawan-kawan. Kebanyakkannya mesti pernah kan? Saya pun pernah gak. Hehehe. Termengaku la plak.

Sikap suka bertangguh ni boleh menyusahkan diri sendiri. Kenapa saya cakap camtu? Sebab bila korang tangguh kerja, keesokannya, kerja korang yang tertangguh + kerja hari ini = Kerja Banyak.

So, korang termasuk diri saya sendiri jangan suka "Nantilah", "Esok boleh buat" dan seterusnya sebab takde yang baik pun tangguh kerja ni. Menyusahkan diri sendiri je.

p/s : Rasa malas nak buat kerja hari ini. Buat esok boleh? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"KORANG INGAT KERJA PENGAWAL KESELAMATAN SENANG KE?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya ada kat Ar-Rahnu YaPEIM Hutan Melintang, Perak. Ada urusan sikit kat sini. Ada seorang pengawal keselamatan India kerja kat sini. Sementara nak tunggu urusan saya, saya duduk kat kerusi di ruang menunggu jap. Sambil tu tengok pengawal keselamatan. Rasanya pihak Ar-Rahnu YaPEIM ambil pengawal keselamatan dari syarikat luar.

So, saya pun pun perhatikan dia. Saya tengok tak senang duduk dia. Bukan sebab saya perhatikan dia. Tapi sebab takde apa nak buat kecuali duduk je. Mungkin bagi orang lain,

"Senang je kerja dia. Duduk je"

Tapi hakikatnya, ada kerja lagi senang daripada takde kerja. Sebab kalau ada kerja, korang ada benda nak buat. Tapi tak buat apa-apa lagi susah sebenarnya. Kalau korang tak percaya, cuba korang ambil satu hari dan tak payah buat apa? Jangan buat apa-apa langsung. Korang akan rasa apa?

So, korang kerja kan? Pergi buat kerja dulu. Hehehe.

p/s : Jap lagi ada Snack Plate KFC. Rezeki hari ni. Ada orang belanja. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

KAHWINKAN ORANG TAPI DIRI SENDIRI PUN TAK KAHWIN LAGI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Alhamdulillah. Baru selesai menjalankan upacara pendaftaran perkahwinan untuk dua pasangan tadi. Mesti korang hairan saya boleh buat upacara pendaftaran perkahwinan kan? Hehehe. Saya kerja di Jabatan Pendaftaran Negara. So, saya layak untuk mendaftarkan perkahwinan untuk pasangan bukan islam.

Tiba-tiba dorang tanya saya :

"Encik ni dah kawin ke?"

Saya senyum je. Kemudian saya jawab,

"Belum lagi"

Dorang terkejut. Dengan pantasnya saya melarikan diri. Hehehe. Mesti dorang fikir yang saya ni daftar perkahwinan dorang tapi diri sendiri pun tak kawin. Hehehe.

Kantoi sudah.

p/s : Ada orang nak tolong carikan. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, September 28, 2011

"SAYA MENANGIS?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Manusia ni dikurniakan dengan macam-macam perasaan. Ada 2 perasaan utama yang selalu kita akan rasa. Gembira dan Sedih. Bila kita gembira, kita rasa dunia ni indah sangat kan? Macam nak lari kegembiraan keliling satu dunia ni. Bila kita sedih, kita rasa dunia yang indah tadi takde maknanya dah. Kita lari gak. Tapi lari keliling satu dunia untuk hilangkan perasaan sedih.


Cara paling senang nak lepaskan perasaan sedih ... Menangis. Biasanya kita nampak perempuan je yang menangis. Lelaki jarang menangis depan-depan. Nanti jatuh la kemachoan.


Saya dengan tak malunya mengaku saya pernah menangis. Kantoi sudah kan? Hahaha. Tapi takkanlah saya nak tunjuk kat semua orang kan? Kita menangis bila hati kita sedia, hati kita disakiti, hati kita dikhianati, hati kita ditipu. 


Setiap orang ada cara dorang untuk redhakan kesedihan. Menangis cuma proses asas je. Macam mana dan di mana port untuk luahkan perasaan dan menangis, ikut kreativiti sendiri. Lain orang, lainlah caranya. Kan? Kalau sama je, boringlah. Hehehe.


So, korang rasa sedih, jangan tahan dan menangis je. Kadang-kadang dengan menangis tu dapat legakan hati yang terluka walaupun cuma sikit je.


p/s : Nak bubarkan bloglist September 2011. So, dalam minggu ni akan buat segmen untuk cari bloglist bulan Oktober 2011 plak.


Wassalam.


-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"SAYA NAK JOIN BLOGLIST PANGGIL AKU HAN"

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak join satu lagi segmen bloglist yang dianjurkan oleh Han. Segmen ni simple je. Lagipun saya nak support geng blogger kita ni.

Han suruh saya komen blog dia. Blog Han ni simple je. Background putih dan senang nak loading. Saya suka blog yang simple dan senang nak godek. Blog Han ni kira simple. Saya suka.

Saya dah letak link blog Han di Suka Sama Suka Bloglist. Sila check ye?.

Tak nampak pun tarikh tutup untuk segmen bloglist. Mungkin sebab ini segmen rasmi pertama Han kot? Anyway, kalau korang nak tau bila due date segmen bloglist, sila-silalah tanya kepada Han. Saya tak tahu. Hehehe.

Jom join ramai-ramai. Kenal dengan kawan-kawan baru pun best juga.

p/s : Tak lupa kepada kawan-kawan lama. Jangan risau. Korang sentiasa di hati. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN : BLOG LIST DUNIA CMRATU

Nak Join? Klik SINI


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Nak join segmen bloglist lagi. Kali ni dianjurkan oleh CMRatu. Blog CMRatu ni kira dasat gak la sebab pagerank blog dia dah sampai pagerank 2. Blog picisan saya ni pun masih pagerank 1. Tak gerak-gerak pun. Hehehe.


CMRatu minta saya komen template baru blog dia. Template blog CMRatu ni dah ok dan simple je. Saya ni suka yang simple-simple dan tak berat. Mungkin terlalu banyak iklan sangat kot? Tapi bahagian entry masih diutamakan. Saya masih boleh baca entry tanpa masalah. Overall, bagi saya blog CMRatu ni dah ok.


 Segmen ini ditaja oleh cmratu.com dan cmratu.blogspot.com

Segmen bloglist ni dibuka untuk 40 orang pertama je. So, siapa cepat, dia dapat. Jom ramai-ramai kita join segmen bloglist ni.

p/s : Baru lepas makan 10 keping Gardenia dengan jem coklat. Lapar lagi ni. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

"DAH LAMA TAK NAIK BAS.."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi drive, ternampak bas. Teringat masa saya belajar di Penang Free School dulu. Sebab rumah saya jauh di Sungai Bakap, saya kena la duduk asrama. Dulu boleh dua minggu sekali ke rumah. Tapi bila dah makin senior, memang malas nak balik. Biasalah. Suka bebas kan? Hehehe.

Biasanya bila nak balik kampung je, bas mesti penuh. Kena berdiri dalam yang penuh dengan lautan manusia dan pelbagai jenis bau yang kurang menyenangkan. Dah la kena berdiri lebih daripada sejam. Itu kalau tak jem, kalau jem plak, kena berdiri sampai 2 jam. Naya kan?

Nak balik kampung, ada 2 jalan.

Jalan 1:

Naik Bas Nombor 18 yang menuju ke Plaza Summit di Bukit Mertajam. Bas ni akan naik jambatan Pulau Pinang. Sebab kalau penuh, memang kena berdiri je la. Dari Plaza Summit Bukit Mertajam, saya akan naik bas Cityliner Nombor 97 yang menuju ke Nibong Tebal. Tapi saya akan berhenti kat Sungai Bakap. Bas ni pun selalu penuh dan mesti kena berdiri. Kadang-kadang air-cordition boleh rosak. Berpanas la dalam bas tu.

Jalan 2:

Naik mana-mana yang pergi ke jeti Pulau Pinang. Kemudian, naik feri ke seberang. Dah sampai seberang, saya akan naik bas Cityliner nombor 513 yang menuju ke Parit Buntar. Saya akan turun di Sungai Bakap je la. Bas ni pun selalu penuh dan akan datang lebih kurang sejam sekali. Kalau terlepas, menunggu la saya.

Sekarang dah pakai bas Rapid Penang. So, jarang nampak bas Cityliner ni. Lepas beli motor, jarang naik bas dah. Tapi masa belajar kat UiTM Seri Iskandar Perak Semester 1 dan 2, memang naik bas express plak. Hahaha.

Rasa rindu plak nak naik bas. Banyak kenangan saya naik bas dengan kawan-kawan dulu. Korang selalu naik bas?

p/s : Sejak kerja kat Bagan Datoh Sejak setahun lebih dulu, tak pernah naik bas yang ada kat sini.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"KOPEK UDANG..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ternampak nenek cina tua tengah mengopek udang. Tersentuh hati saya sebab nenek tu dah tua sangat. Mana pergi anak-anak dia? Kenapa dia dibiarkan macam tu je?

Actually, emak saya dulu kerja kopek udang je untuk support 4 orang anaknya lepas ayah saya blah dan kawin lain. Walaupun saya masih kecil lagi masa tu, bila emak saya balik kerja petang, boleh nampak keletihan tapi dia akan cover dengan senyuman. Jari-jari emak saya mengelupas sebab banyak mengopek udang dan rendam jari dalam air.

Ini antara pengorbanan emak saya untuk besarkan anak-anaknya. Saya tak nak lupakan pengorbanan ni sebab kalau saya lupakan, saya akan abaikan emak saya. Saya rasa saya tak mampu nak buat camtu.

Kenang jasa emak korang dan hargailah pengorbanan dorang.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, September 27, 2011

"TAK NAK MENARUH HARAPAN YANG TINGGI, NANTI..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah tak menaruh harapan yang tinggi? Pernah tak harapan yang tinggi diranapkan dengan jawapan yang korang tak harapkan? Rasanya ramai yang pernah. Sampai ada yang tak sanggup lagi nak letak harapan yang tinggi melangit sampai ke Pluto. Sebab apa? Sebab tak rasa lagi perasaan harapan yang ranap dihempap batu asteroid. Kan?

Memang effect lepas harapan yang tinggi ranap agak merunsingkan. Ada yang ambil masa nak pulih. Ada yang tak pulih-pulih terus. Ada yang pulih dengan sepantas angin berlalu. Tapi walaupun sepantas mana pun ia pulih, rasa pedih tetap akan terasa dalam jangka masa yang panjang.

Tambahan kalau harapan yang tinggi tu dibina bertahun-tahun, bila ranap je, memang ranap la hati orang yang bina harapan tu. Saya adalah salah seorang daripadanya. Memang saya nampak ok dari luaran tapi dalaman cuma Allah yang tahu.

So, saya cuba sedaya upaya untuk tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap sesuatu atau seseorang. Saya masih meletakkan harapan tapi tak tinggi pun. Sebab bila harapan yang tak tinggi, kesan hentaman meteroidnya bila jawapan yang diterima meranapkan harapan tu, tidaklah terasa teruk sangat. Tetapi tetap terasa gak la. Mustahil kita nak elakkan sepenuhnya. Mesti kena sikit-sikit tempiasnya.

p/s : Saya hanya manusia biasa yang kadang-kadang terbabas gak meletakkan harapan tinggi pada sesuatu atau seseorang. But, I am OK now (I think). Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN EYRYN : JOWN JOINT BLOGLIST EYRYN BERCERITA !

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ni memang banyak betul saya join segmen kan? Hahaha. So, tanpa segan silunya lagi saya pun menjoinkan diri segmen bloglist Eyryn Bercerita plak.

Simple je cara nak join. Cuma saya nak bercerita sikit. Korang kena baca k? Hehehe.

Hujan turun mencurah-curah. Suasana yang panas terik tadi menjadi suram. Terpacak 3 orang lelaki yang kelihatan tergesa-gesa. Dorang tak kenal pun antara satu sama lain. Kisah ini berlaku di satu pintu keluar stesen LRT di ibu negara yang lokasinya terpaksa dirahsiakan. Disebabkan 3 orang lelaki itu terpaksa dengan muka resah dan tidak bergerak-gerak, maknanya dorang ni tak bawa payung la. Yang pasti dorang dah terlambat.

Lelaki 1 : Spoil betul la. Hujan plak. Kelas dah nak start ni.

Lelaki 2 : Nak masuk kerja dah ni. Isk... Nanti bos mengamuk kang.

Lelaki 3 : Nak balik rumah cepat ni, nak makan cekodok la. Mengidam ni.

Itulah antara rungutan yang kedengaran. Tiba-tiba seorang nenek tua yang masih comel menghampiri dan berkata:

Nenek Comel : Satu payung. Siapa menang, dia dapat.

Ceh... Nenek comel ni rupanya boring sebab tak dapat tengok wrestling. So, dia cuba mendapatkan hiburan daripada ketiga-tiga lelaki resah itu. Lelaki-lelaki saling berpandangan. Nenek comel tu pun berganjak dan duduk di tempat paling strategik untuk menonton aksi-aksi yang bakal dipersembahkan.

Lelaki 1 membuka kekuda dan menyerang lelaki 2 tetapi berjaya dielak. Lelaki 2 menggunakan penumbuk saktinya untuk melepaskan satu tumbukan yang sangat comel kepada Lelaki 3. Lelaki 3 mengelak dengan menggunakan Hikmat Elakan Comel. Lelaki 3 terus mengaktifkan kuasa dalamannya untuk menghasilkan tumbukan aura. Tumbukan aura terkena Lelaki 1 dan Lelaki 1 terpelanting mencium siling. Kemudian terus jatuh pengsan.

Lelaki 2 pun terus mengaktifkan kuasa dalamannya juga kemudian menyerang menggunakan tiupan mulut tak basuh gigi 3 bulan yang begitu busuk sekali. Tiupan itu ditangkis oleh Lelaki 3 dengan Hikmat Kentutan Sambal Petal. Akibat pertembungan kedua-dua hikmat ulung itu, kedua-dua lelaki itu jatuh pengsan dengan hikmat lawan masing-masing.

Nenek comel yang asyik bertepuk tangan bangun dan terus blah.

Moral of the story - Sediakan Payung Sebelum Hujan. Saya Mesti Pilih (Trademark Bank Rakyat).

Korang tengah senyum ke tu? Hehehe. Bagus-bagus. Memang nak buat korang senyum pun.

Back to the segmen bloglist, segmen bloglist Eyryn ni tutup 14hb Oktober 2011.

Saya tag :

Aimifiqa

Solicious

So, jom join ramai-ramai.

p/s : Dah makin kurang idea la nak tulis cerita merapu ni. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN I JOM TAMBAH FOLLOWER

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Masa blogwalking tadi, ternampak satu segmen yang dianjurkan oleh Lulu. Tak pernah rasanya join segmen yang dianjurkan oleh Lulu ni. So, saya dengan begitu bersemangat menjoinkan diri.

Menurut Lulu, segmen yang dianjurkan ni ringkas je tapi besar maknanya. Harap melalui segmen ni, Lulu dapat bantu kita dan korang semua menambah kenalan serta memperkenalkan blog kita kepada ramai lagi blogger-blogger di luar sana.

Tarikh tutup : Jumaat ini - 30hb September 2011 (Pukul 3 petang). 

Korang tunggu apa lagi?

p/s : Banyak plak saya join segmen minggu ni. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"BOLEH PINJAM DUIT TAK?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah pinjam duit kawan-kawan korang tak? Atau korang pernah meminjamkan duit kat kawan-kawan korang tak? Saya yakin hampir semua pernah kan? Saya pernah pinjam dan meminjamkan.

Saya ni jenis jarang meminjam duit orang kecuali betul-betul terdesak. Sebab bila saya pinjam, saya akan jadi resah tak tentu pasal sebab tak dapat bayar lagi. Tak nak orang yang saya pinjam tu terasa hati dan bising-bising sebab lambat bayar. Tapi, bila dapat ada duit, memang saya kena dahulukan untuk bayar duit yang dipinjam. Baru lega hati ni.

Saya ni jenis memilih untuk bagi orang pinjam duit. Kalau orang tu ada sejarah yang menunjukkan susah nak bayar balik, memang saya takkan bagi pinjam. Bukan kedekut tapi tak nak dia kedekut nak bayar balik je. Saya selalu nampak bapa dan mak saudara saya pinjam duit daripada emak saya. Kemudian, satu hari tu, saya nak sambung belajar lepas UPSR, emak saya pergi la rumah si dia untuk minta balik duit yang dipinjam. Sikit pun takpe sebab nak bayar yuran sekolah menengah saya. Tapi, orang tu merungut kata takde duit dan so on. Emak saya tekan sebab sebelum dia pinjam, dia kata akan bayar setiap bulan secara ansuran tapi langsung tak bayar. Lepas berapa lama minta, baru dapat sikit. Itupun dengan pelbagai ngomelan daripada si dia.

Lepas itu, saya bagitau emak saya, kalau ada adik beradik emak saya nak pinjam, jangan bagi. Sebab ayah saya hilang entah ke mana, sayalah yang akan buat keputusan. Emak saya ikut je cakap saya. Sebab dia pun dah fed up dengan yang tahu meminjam tapi liat nak bayar balik. Kalau dah janji nak bayar ansuran bulanan, bayar la. Jangan duk cari alasan lain.

p/s : PTPTN pun dalam proses bayaran balik. Dapat tawaran UJRAH. Alhamdulillah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

LIST SEGMEN SIMPLE : SAYA SUKA MAKAN. KORANG?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Saya ada buat satu segmen simple tentang makan-makan sebelum ini. Korang boleh tengok kat SINI. Saya minta maaf sebab terlepas pandang. Saya ada janji untuk listkan blogger yang join segmen ni. So, sekarang saya akan listkan. Minta maaf sebab sangat terlambat.


Ini blogger yang join:


1. http://hajar-apesaje.blogspot.com/2011/09/segmen-simple-saya-suka-makan-korang.html
2. http://ayuinsyirah.blogspot.com/2011/09/segmen-simple-saya-suka-makan-korang.html
3. http://chantekmath.blogspot.com/2011/09/segmen-simple-saya-suka-makan-korang.html
4. http://askenzious.blogspot.com/2011/09/segmen-simple-saya-suka-makan-korang.html
5. http://sitiazlinaishak.blogspot.com/2011/09/segmen-simple-saya-suka-makan-korang.html
6. http://doodoodoodle.blogspot.com/2011/09/segmen-simple-saya-suka-makan-korang.html
7. http://karimahabdhamid.blogspot.com/2011/09/segmen-simple-saya-suka-makan-korang.html
8. http://episodkasih.blogspot.com/2011/09/segmen-simple-saya-suka-makan-korang.html


Sikit je kan? Tak kisah pun. Terima kasih sudi join. Jom kenal-kenal dengan dorang sambil follow dorang.


p/s : Memang last week week dan last week agak busy. Saya minta maaf ye?


Wassalam.


-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN KANCIL 8349 : PENGALAMAN SEMASA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak join segmen yang dianjurkan oleh Kancil 8349 plak. Macam best je segmen ni yang berkongsi tentang pengalaman perkhemahan unit beruniform dulu.

Saya ada banyak gak pergi perkhemahan sejak dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Cuma masa di universiti saya tak pergi apa-apa camping. Tapi dalam tahun ni, saya terkena gak pergi Program Bina Negara anjuran Jabatan Perdana Menteri. Masa tu memang syok sebab kena berakit tapi dalam syok tu, ada seksanya. Korang boleh baca kat entry SINI , SINI dan SINI.

Kali ni saya nak ceritakan pengalaman saya menyertai Program Perkhemahan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) masa saya belajar di Penang Free School dalam tahun 1997 rasanya. Kalau korang nak tahu, Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) ni di bawah seliaan Angkatan Tentera Malaysia. So, trainingnya pun memang macam tentera tapi taklah seganas tentera betul. Tapi memang saya dapat peluang untuk ke padang sasar dan menjalani latihan menembak. Itu bukan pengalaman yang saya nak cerita ek? Hehehe.

Sekolah saya adalah sekolah yang berusia lebih 100 tahun. So, binaannya adalah binaan zaman British. So, kami tak boleh dikira sebagai berkhemah sebab tidur dalam kelas. Tapi, kelas sekolah bukan macam kelas sekolah biasa ye? Kalau korang pernah masuk churh, lebih kurang macam tu la. Cuma kecil sikit sebab kelas kan?

Rutin kami masa tu kawad je memanjang. Biasalah. Kadet Tentera kan. Makan pun ada adabnya. Tapi malam last, kami kena merempuh halangan. Ia macam satu sesi 'seksa' la. Kami diarahkan berlari, merangkak, mengesot, menempuh tembakan air dan macam-macam lagi. Kena sepak terajang dan penumbuk tu, takde dalam sesi tu tapi pernah kena dengan senior di asrama. Takde kaitan sebenarnya.

Sesi merempuh halangan ni berlaku pada awal pagi dalam pukul 2-3 pagi. Actually, sesi ni diharamkan oleh guru penasihat sebab boleh mendatangkan kecederaan tapi biasalah senior, nak tunjuk power yang dorang ada. Tapi, walaupun 'seksa' tapi memang satu pengalaman yang sangat saya hargai. Nak cerita macam mana merempuh halangan tu, ia lebih kurang macam merempuh halangan PLKN tapi ekstrem skit la.

Pengalaman tu memang saya ingat. Saya terpaksa merangkak setengah padang Penang Free School sampai lenguh-lenguh tangan dan kaki. Kena berlari tanpa henti. Kena elak balingan objek dan air. Kena denda berdiri setengah sambil tangan digenggam ke depan. Kena pumping knuckle. Masa tu, saya pandang senior dengan penuh perasaan benci. Memang saya tak respek dorang langsung. Sampai sekarang, saya jumpa pun, saya buat don't know je.

Ia lebih kepada ala-ala tentera. Dan saya survive. Ini je pengalaman saya. Macam tertulis panjang je. Hahaha. Itupun saya ringkaskan, kalau nak detail, memang sangat panjang entry ni nanti. Tak terbaca kang.

Korang ada pengalaman, kongsilah dalam segmen anjuran Kancil8349 ni. Tarikh tutup : 1hb Oktober 2011 (10 malam).

p/s : Dulu selalu pergi camping dan hiking. Bukit Bendera banyak kali hiking. Camping kat Gunung Jerai pun pernah. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, September 26, 2011

SEGMEN YUI92 : JUST A YUI92 BLOGLIST

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya dijemput oleh penganjur untuk join segmen bloglistnya. Saya pun baru je lepas blogwalking dan nak support blogger ni dengan join segmen bloglistnya.

Yui92 suruh saya komen blog dia tapi masalahnya blog saya pun berterabur dan tak best pun. Tapi kalau nak saya komen gak, saya komen sikit-sikit je ek? Hehehe.

Blog Yui92 ni dah ok tapi rasanya kena susun balik side bar supaya nampak kemas. Yui92 kena fikir macam pembaca Yui92. Bila dorang datang blog Yui92, Yui92 nak dorang nampak apa dulu. Butang Follower? Entry Terbaru? Saya cuma bagi pendapat ye? Saya punya blog pun masih dalam proses penaiktarafan yang tak naik-naik pun.

Saya dah letak link Yui92 dalam bloglist Suka Sama Suka ye?

Jom join segmen  bloglist Yui92 ni. Sama-sama kita support geng blogger yang lain. Saya cari tarikh tutup tapi tak nampak pun. So, nak tahu tarikh tutupnya, sila tanya penganjurnya terus ek? Saya tak jumpa la. Hehehe.

Itu je.

p/s : Hujan lebat malam ni. Astro macam biasalah, "Services currently not available".

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"COURSE NI SUSAH NAK DAPAT KERJA LA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dapat idea nak tulis entry ni lepas baca Entry INI daripada Tea. Teringat masa mula-mula saya dapat course Diploma Pengurusan Dan Teknologi Pejabat. Hampir semua sepupu saya cakap:

"Course ni susah nak dapat kerja la"

"Kawan kakak pun ambil course ni. Menganggur sampai sekarang"

"Course ni dulu course Diploma Kesetiausahaan. Untuk perempuan je"

"Buang masa je ambil course ni. Nanti grad, susah cari kerja gak"

Macam-macam dorang cakap tentang course yang masa tu bakal saya terjah. Tapi, saya dah tetapkan matlamat saya, course ni saya ambil sebagai batu loncatan untuk yang lebih tinggi. Maksud saya, kalau saya ambil course bombastic de bomb pun kalau fail pun tak guna gak kan? Tak boleh nak sambung Degree. Sekurang-kurangnya kalau saya lulus course ni, saya dah ada diploma dan ada peluang nak apply for degree kan?

So, saya pun belajar course ni. Semester 1 ada kawan-kawan yang cakap ini:

"Ini bukan course yang aku minta. Aku nak Mass Comm"

"Rasa malu la belajar course ni. Course ni untuk perempuan je"

Saya layan je. Memang tak dinafikan memang banyak perempuan yang dapat course ini. Tapi setelah beberapa lama, rasa best plak belajar course ni sebab ia lebih kepada pembelajaran menjadi seorang ketua dan pentadbir.

Semester last saya praktikal di KWSP Seberang Jaya, Pulau Pinang dan semua yang saya belajar diapply kat sana. Masa tu gak saya apply untuk jawatan kosong dan sebelum saya graduation, saya ditawarkan oleh 4 jawatan swasta. Bayangkan belum lagi graduation, saya dah dapat tawaran kerja.

Terfikir saya, bukan masalah course yang buatkan kita tak dapat kerja, ia adalah masalah diri kita sendiri. Sama ada kita memilih kerja ataupun terlalu nak bekerja yang berkaitan dengan course kita ataupun kurang usaha nak mencari. Sepupu saya yang bercakap-cakap mengenai course saya ni terus diam tanpa kedengaran apa-apa bunyi. Mungkin inilah rezeki saya dan saya bersyukur sebab saya tak ikut cakap-cakap sepupu saya tu. Kalau tak, boleh ke saya berada di tempat saya sekarang? Hanya Allah saja yang tahu.

Itu pilihan saya dan Alhamdulillah. Korang nak belajar, apa saja course yang korang dapat, yang penting adalah usaha untuk capai markah tertinggi. Dan pada masa yang sama, korang kena adaptkan diri dengan alam pekerjaan supaya korang tak terkena culture shock.

p/s : Kenangan masa di UiTM Seri Iskandar Perak memang tak dapat saya lupakan. Rindu masa tu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

WARDAH ALISYA : PENCARIAN BERMULA!

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kali ni nak join segmen bloglist Wardah Alisya plak. Wardah Alisya mencari 50 blog yang ingin diletakkan dalam senarai bloglist dia. So, dengan bermuka tembok yang hensem, saya pun menjoinkan diri di samping dapat mensupport segmen geng blogger saya ni.

Korang yang nak join, silalah join sebab pencarian bloglist wardah alisya ni tutup bila dia dah capai 50 blog. So, korang baca apa lagi? Cepat buat entry dan join.

p/s : Teringin nak makan Tomyam Campur la. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

PILIHAN? WUJUD KE?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam hidup kita ni, wujud ke pilihan? Atau perjalanan kehidupan kita telah ditentukan sejak mula lagi? Kita ada ke pilihan untuk dipilih? Pernah tak korang terfikir perkara ni?

Bagi saya, kita diberikan pilihan. Kita diberikan peluang untuk memilih dan mencorak kehidupan kita. Apa yang menyebabkan saya fikir macam tu? Sebab kita diberikan akal. Melalui akal, kita mampu berfikir dan menilai pilihan yang ada.

Tersilap pilih, hidup kita akan ada masalah. Tapi kadang-kadang masalah itulah yang membawa kita kepada pilihan yang lebih baik. Yang penting, kita gunakan akal dan kalau kita rasa tak dapat gak buat pilihan, mohon kepada Allah untuk bantu kita.

Bagi saya, pilihan itu wujud. Cuma yang tidak "mewujudkan" pilihan itu adalah diri kita sendiri. Kita "dibutakan" dengan ego kita sendiri.

p/s : Sori kalau ada yang terasa. Cuma luahan dari dalam hati.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"CIKGU, TERIMA KASIH"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi baca satu entry dari blog Abang Ben mengenai "Mudahnya Menjadi Guru". Korang bleh tekan link untuk baca. Tiba-tiba teringat kepada cikgu-cikgu yang pernah mendidik saya.

Tak kira di sekolah rendah ataupun di sekolah menengah. Masa sekolah rendah, saya ni kira pelajar yang ulat buku. Selalu pergi library. Tolong cikgu angkat buku dan bagai-bagai. Masa sekolah rendah gak la, saya sentiasa di buli oleh budak-budak nakal. Tapi masa tu bebudak perempuan akan backing saya. Rasa malu plak sebab saya rasa macam saya ni lemah je masa tu. Masa tu gak saya jatuh cinta monyet dengan seorang budak perempuan yang kini dah kahwin. Ada 2,3 cikgu yang begitu saya hormat. Sampai sekarang saya masih terkenang jasa dorang. Cara dorang mengajar dan segala pengorbanan doranglah yang membentuk diri saya sekarang.

Masa sekolah menengah plak, saya kena duduk di asrama. Bila duduk di asrama ni, memang macam-macam kita akan terdedah. Yang baik dan yang buruk. Ya, saya ada buat perkara yang buruk. Perkara yang saya nak lupakan tapi sentiasa berlegar di ruang minda. Masa tu, walaupun saya tak nakal, saya kena jadi nakal sebab kalau saya tak nakal, saya akan dipulaukan. Cuma saya ada satu sifat buruk yang kawan-kawan saya masa tu sangat takut. Saya panas baran. Kalau tak puas hati, saya terus baling segala benda. Termasuk katil dua tingkat. Saya seret katil tu sebab marah sangat. Hahaha. Lepas tu, kalau kawan-kawan saya nak tegur saya, dorang kena berbincang beramai-ramai dan tegur saya elok-elok. Macam saya ni gengster plak.

Cikgu pun kena tempiasnya. Cikgu, maafkan saya. Terima kasih cikgu sebab mampu sabar dengan kerenah saya yang gila ni. Kat sekolah, dengan muka saya yang baik, saya berjaya berbaik dengan cikgu disiplin paling garang di sekolah. Selalu dapat elak diri dari spot check masa perhimpunan. Hehehe. Penolong Kanan HEM pun baik dengan saya. Dulu saya memang selalu menulis. Ada karya saya terpampang di dalam Majalah Sekolah dan bagai-bagai lagi. Cikgu saya ada tegur saya. Kenapa setiap cerpen saya semua kena ending mati atau sedih. Saya jawab, saya tak pandai nak buat happy ending. Cikgu tu suruh saya cuba. Saya cuba dan berjaya. Tapi cuma satu cerpen tu je la.

Cikgu, terima kasih cikgu. Disebabkan cikgu, saya jadi saya yang sekarang. Jasa cikgu yang datang pukul 2-3 pagi nak cek kami. Jasa cikgu yang terpaksa korbankan cuti hujung minggu nak jaga kami. Jasa cikgu yang terpaksa melayan kerenah kami. Saya sangat berterima kasih cikgu. Walaupun hari ini bukan Hari Guru, tapi saya tetap nak ucapkan terima kasih.

Ikhlas dari anak muridmu.

p/s : Teringin kembali ke zaman persekolahan semula.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, September 25, 2011

DINNER PLATE UNTUK MALAM NI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini saya asyik makan Fast Food je. Tadi siang saya makan Double GCB set. Malam ni plak saya makan Dinner Plate KFC.

Tak tahu kenapa hari ini saya kalau dengan 'nafsu' saya. Bukan sebarang 'nafsu' tapi 'nafsu makan'. Korang fikir bukan-bukan. Hehehe. ( macam saya plak yang fikir bukan-bukan).

Biasanya saya akan tahan diri tapi entahlah hari ini lain plak. Saya dah biasa keluar seorang diri. Jalan-jalan seorang diri. Tapi hari ini rasa nak jalan-jalan dengan kawan-kawan. Tapi kawan-kawan saya kebanyakkan dah kawin dan duduk jauh.

Awek? Saya mana ada awek. Takde perempuan nak saya ni. Macam la saya ni hensem. Sila muntah biru ye? Hehehe.

Anyway, nak balik rumah dan nak tengok Cerita Merlin Season 1. Ada Season 2 dan Season 3 tak tengok lagi. Cerita Vampires Diary Season 2 pun tak tengok lagi.

Korang makan apa untuk dinner? Mesti sedap kan?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

MOVIE REVIEW : ABDUCTION

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah lama rasanya saya tak tengok movie kat cinema. Berbeza rasanya tengok movie di cinema dengan di rumah. Betul tak?

Nak review sikit movie yang baru saya tengok tadi. Pelakon utamanya, Taylor Lautner yang jadi werewolf dalam movie Twilight. Movie ni start slow dan saya rasa macam nak tido pun ada. Cuma tengah-tengah ada aksi kejar mengejar dan gaduh-gaduh. Pastu endingnya pun tak berapa best sangat. Biasa-biasa je ending dia.

Movie ni berkisar tentang seorang remaja lelaki yang panas baran. Satu hari tu dia tertengok kat satu website yang menunjukkan gambar kanak-kanak yang pernah hilang dan gambaran kasar wajah kanak-kanak tu apabila dah dewasa. Dia ternampak wajah dia dan dia pun cari bukti.

Rupa-rupanya dia telah diletakkan di bawah jagaan ejen CIA untuk tujuan keselamatan. Tapi orang jahat dapat detect lokasi dia dan serang rumah dia. Ejen CIA yang jaga dia aka mak dan bapa angkat dia mati dan rumah dorang meletup.

Pastu, orang jahat pun cari dan cuba bunuh dia tapi tak berjaya. Ada la aksi fight dan kejar mengejar sikit. Dia jumpa satu lagi ejen CIA dan ejen tu cerita asal usul dia dan kenapa dia diburu oleh orang jahat.

Nak tau ending, kena pergi tengok la. Kalau saya cerita sampai habis, tak best la kan? Hehehe.

p/s : Nak tengok satu lagi movie ke atau nak makan KFC? Dalam dilema. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

HARAPAN YANG HANCUR...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya sekarang berada di Big Cinemas Teluk Intan. Ingat nak layan movie "Bini-Biniku Gengster" tapi takde plak movie tu kat sini. Memang hancur harapan saya. Hahaha.

Selalunya saya akan terjah je cinema dan tengok movie apa yang ada untuk tengok. Tapi hari ini sebenarnya teringin nak tengok movie "Bini-Biniku Gengster" tapi dorang tak tayangkan kat sini.

Kena la buat pilihan sama ada balik terus atau tengok movie lain. So, saya decide tengok movie lain. Hehehe.

Movie apa? Cuba korang teka. Nanti saya buat review movie yang nak tengok jap lagi.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"SENYUM LA SIKIT"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang saya ada di McD Teluk Intan. Teringin nak makan Double GCB set. Lagipun sekarang ni masa lunch. Dapat harga McValue Lunch.

Tapi yang spoilnya, orang yang ambil order tu muka masam mencuka je. Takkan datang bulan kot? Lagi satu, dah tahu hari ini hari Ahad dan mesti ramai orang, buka la kaunter lebih sikit. Ini satu kaunter je. Kesian perut saya yang lapar ni. Hehehe.

Cuma harap kalau dorang nak kerja kaunter, customer sevice kena bagus sebab dorang akan berhadapan dengan pelbagai jenis customer. Takpe, janji saya dapat gak Double GCB. Tak kisah la dorang nak buat muka masam ke, masin ke, tawar ke, janji dapat Double GCB.

Korang lunch dengan apa tu?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

MY GIRLFRIEND IS A GUMIHO MV - Losing My Mind by Lee Seung Gi | Lee Seun



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sebenarnya baru lepas layan drama korea - My Girlfriend is a GUMIHO (Nine Tails Fox) -. Best betul drama ni. Tambahan plak, awek yang jadi GUMIHO tu memang cute sangat-sangat.

Lagu dia pun sempoi gak. Saya bagi 4.8 bintang dari 5 bintang untuk drama korea ni. Tak rugi tengok drama korea ni sebab memang best. Korang layan la music video yang saya share dari youtube ni ye?

Korang rasa camne? Best kan? Kan?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, September 23, 2011

SEGMEN SEPT :- JOM JOIN BLOGLIST IZZATY HEDRY !

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ternampak ada segmen masa singkat dianjurkan oleh Izzaty. Sekejap je. So, nak ambil kesempatan ni untuk join. Hehehe. Support geng blogger dengan cara join segmen macam ni pun ok gak kan?

Saja nak try segmen bloglist Izzaty. Kalau nasib baik, tersenarai gak dalam bloglist dia. Kan? Hehehe.

Nak buat cerita gak la. Beginilah ceritanya.

3 ekor tikus yang bernama Cika, Ciki dan Ciku. Dorang sedang berbincang untuk mentackel seekor tikus yang menjadi kegilaan tetikus yang lain. Tikus ini namanya Cikiut. Maka, sedang dorang berjalan sambil bersenda gurau, ternampak Cikiut sedang duduk berehat di dalam tandas. Berbincanglah ketiga-tiga ekor tikus ini.

Cika : Jom kita try tackel Cikiut. Siapa Cikiut pilih, dia yang menang. Orait tak?

Ciki : Ok gak. Setuju.

Ciku : Saya mesti dipilih. Hee.

Cika pun berjalan dengan macho ke arah Cikiut. Setibanya di depan Cikiut, Cika menggunakan kemahiran mengayat yang terbaik untuk mentackel Cikiut. Tak berapa lama kemudian, Cika berjalan balik dengan wajah hampa.

Cika : Cancel lah.

Ciki dan Ciku terkejut. Kenapa ek? Ciki tanpa segan silu mengambil gilirannya untuk mentackel Cikiut. Ciki menghampiri Cikiut sambil menari stail Hip Hop. Cikiut langsung takde respons. Buat tak tau je. Tak berapa lama, Ciki pun berjalan sambil menari kesedihan pulang.

Ciki : Tak mungkin. Tak mungkin.

Ciku jadi sangat hairan. Kemudian Ciku terfikir, mungkin Cika dan Ciki dah direject oleh Cikiut tetapi nak cover malu, sengaja buat muka tak nak Cikiut. Ceh, saja nak psyco Ciku la tu, fikir Ciku.

Ciku pun berjalan dengan selamba menghampiri Cikiut. Sambil dilambung-lambung 3 biji buah ciku. Sengaja nak menunjukkan kehandalannya melambung-lambungkan barang. Macam Mail Lambung fikirnya. Setelah beberapa lama, Ciku pun berjalan sambil menendang-nendang buah ciku dengan wajah tension.

Korang rasa kenapa Cika, Ciki dan Ciku tension lepas jumpa Cikiut?

Segmen ni simple je k? Yang cerita kat atas ni, saya sengaja karang. Hehehe. Segmen ni berlangsung dari pukul 9.50 malam hingga 12.00 tengah malam ni je. 

So, cepatlah join sementara sempat. Chaiyok.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

CONTEST : PENCARIAN BLOGLIST BLOG FAHUNA

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak join contest pencarian bloglist Blog Fahuna. Hehehe. Nak try gak. Kalau ada nasib dan Fahuna suka blog saya, dapatlah dia letak link saya kat bloglist utama dia.

Ok. Saya nak bercerita sedikit.

Di suatu hari yang cerah dan panas terik, seorang lelaki yang sangat hensem sedang berjalan menghampiri sebuah gerai makan di tepi jalan besar. Lelaki itu berjalan dengan penuh kemachoan yang tidak terhingga membuatkan panas terik yang memang sangat terik menjadi semakin terik. Sebab rasa nak termuntah dengan kemachoan perjalanan kaki lelaki yang sangat hensem itu.

Setibanya lelaki yang hensem itu ke gerai yang sangat buruk itu, peluh yang menghurungi badan lelaki itu tiba-tiba berterbangan. Macam mana peluh itu boleh berterbangan? Korang pernah tengok kucing baru lepas mandi tak? Macam kucing tu mengeringkan bulu-bulunya itulah apa yang lelaki itu buat untuk mengeringkan peluh yang menghurungi dia.

"Mak Cik, Teh O Tarik Gula Kurang Tapi Tambah Garam segram satu"

"Baik"

Segelas minuman pelik yang diminta tiba di hadapan lelaki hensem itu. Kemudian, dengan penuh kemachoan, lelaki itu mengangkat gelas itu dan meneguk dengan penuh tertib sopan tak terhingga. Segelas minuman pelik itu diminum tanpa ada apa-apa effect.

Kemudian,

"Mak Cik, kira berapa?"

"RM10.33"

"Hah. Awat mahal sangat?"

"Gula harga turun sebab tak ramai nak obesiti dan penyakit darah tinggi. Sekarang ni, garam susah nak dapat, so, harga garam dah naik"

Lelaki hensem itu terkedu. Macam mana ni? Dia cuma ada RM5.23 saja.

"Dah. Dah. Pergi belakang"

"Hah. Awat Mak Cik?"

"Takde duit kan? Kalau ada pun, tak cukup kan?"

"Macam mana Mak Cik tau?"

"Sebab tak boleh bayar, kena kerja dengan Mak Cik selama 25 tahun. Kalau tak..."

Mak Cik tu menunjukkan isyarat "potong kepala".  Terpaksalah lelaki hensem itu berjalan dengan macho ke belakang gerai dan apa yang dilihatnya sangat mengejut.

Korang rasa apa yang dia lihat? Ce teka. Hehehe.

Contest ni sebenarnya senang je. Cuma saya ni suka menaip cerita merapu dan harap korang akan senyum. Hehehe.

Contest ini bermula 20 September - 27 Oktober 2011. Menurut penganjur, mungkin akan berubah mengikut keadaan.

So, jom join. Kita kasi gegar contest Fahuna ni. Hehehe.

p/s : Terasa lapar plak sekarang ni. Nak pergi Majlis Hari Raya la. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"KERJA AWAK SENANG JE"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Di suatu pagi yang cerah di kedai makan,

Mak cik Kedai : Sarapan ke?

Saya : Ya Mak cik.

Mak cik Kedai : Banyak kerja kat pejabat tu?

Saya : Banyak gak.

Mak Cik Kedai : Takpe. Kerja awak senang je.

Saya : Senang? (dalam hati).

Mak cik kedai tu pagi-pagi dah menyentap selera makan sarapan saya. Saya pernah kerja kilang ubat, kilang baju, kilang perabot, kaunter jual tiket, call centre dan jaga cinema. Memang kerja ni nampak senang sebab duduk kaunter layan pelanggan je. Tapi untuk buat keputusan tu senang ke? Nak planning senang ke?

Fizikal memang nampak senang. Duduk je. Tapi bila balik rumah, baru rasa penatnya. Lagipun, dalam dunia ni takde kerja yang senang. Tak buat kerja pun susah gak tau?

p/s : Pernah buat macam-macam kerja dulu. So, adalah sikit pengalaman.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN JOM KENAL BLOGGER MALAYSIA

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak join segmen plak kali ni. Segmen yang sangat best ni dianjurkan oleh Cik Lyeen. Ia lebih kepada untuk berkenalan dengan blogger-blogger dan menambah kawan.

Tarikh Tutup : 8hb Oktober 2011.

Penganjur bagitau, lepas tarikh tutup, satu list akan dikeluarkan dan bolehlah berkenalan serta menambahkan rakan blogger. Kat Malaysia ni ramai blogger lagi yang saya tak kenal. Ini peluang saya untuk tambah kenalan.

p/s : Teringin nak buat gathering. Main Bowling or Tengok Movie. Korang rasa ok tak?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

CEMBURU PENGKID...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dua hari lepas terbaca berita mengenai seorang Pengkid sanggup menikam kekasihnya semata-mata cemburu sebab kekasihnya akan berkahwin. Lepas menikam kekasihnya, Pengkid ni menikam diri sendiri tapi masih hidup dan dirawat kat hospital. Tengah fikir gak la, apa yang Pengkid ni fikir sebenarnya? Takkanlah nak bercinta dengan perempuan sampai tua.

Saya sendiri ada pengalaman dirampas kekasih oleh Pengkid. Lepas itu, saya memang pandang sangat serong kepada Pengkid. Bila saya nampak Pengkid kat mana-mana, hati saya jadi geram dan akan tenung Pengkid tu sampai dia pergi. Saya cuba maafkan Pengkid tapi masih dalam proses.

Baru-baru Ex GF call menangis bagitau Pengkid tu pukul dan maki hamun dia. Saya dengar je la. Tapi ada gak saya perli dia yang Pengkid ni penipu dulu. Terdiam dia. Cuma geram gak la sebab selama saya couple dengan dia dulu, tak pernah pun saya pukul dia. Tapi nak buat camne, dia dah pilih Pengkid tu. So, live with her decision.

Kepada adik-adik semua, nasihat saya, jangan sesekali rapat dengan Pengkid walau apa cara pun. Nanti korang akan menyesal. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak ada gunanya.

p/s : Jom kita sedekahkan Al Fatihah kepada Arwahyarhamah yang ditikam Pengkid tu.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, September 22, 2011

BONUS LUMAYAN ATAU PELARASAN GAJI?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi terjah blog CEUPACS jap. Terbaca artikel mengenai akan ada pemberian Bonus Lumayan atau Pelarasan Gaji. Kalau diberi pilihan, saya nak pelarasan gaji sebab gaji setiap bulan dapat. Kalau bonus, sekali je.

Tapi kalau ikut tamak haloba saya, saya nak dua-dua. Hehehe. Tapi tak kisah la. Dapat, Alhamdulillah. Tak dapat, pasrah je la.

Tapi kalau ada pelarasan gaji, saya harap sangat harga barang tak naik. Walaupun pelarasan gaji yang dibuat taklah seberapa tapi barang naik dengan alasan gaji kakitangan awm naik. Pastu macam mana orang yang kerja sendiri di kampung dan sektor swasta? Harap sangat dorang yang terlibat ambil kesempatan untuk naikkan harga barang harian. Pihak Kerajaan pun perlu ambil tindakan hal macam ni sebab kenaikan harga barang akan menyusahkan semua orang.

Bajet 2012 dengar khabar akan diumumkan pada 7hb Oktober 2011. Kita tunggu dan lihat je la.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

GIVEAWAY BLOG ITIK KUNING

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Giveaway lagi. Blog saya ni nanti jadi blog giveaway je la. Hahaha. Takde ape la. Just for fun. Kalau ada nasib, dapat la hadiah. Sebenarnya tak salah pun join giveaway ni. Kita boleh kena dengan kawan-kawan baru dan up trafik.

Giveaway ni penganjurnya sudah semestinya si itik kuning kan? Takkan ada itik hijau dan jingga dan warna-warna lain yang seangkatannya. Giveaway ni dianjurkan untuk menyambut birthday itik kuning dan blog ni yang jatuh pada pada bulan Oktober (rasanyalah). So, kena wish birthday sesimple yang mungkin syaratnya. Orait. Yakin boleh. Saya Mesti Pilih (Trademark Bank Rakyat?).

"Di sini diumumkan Selamat Hari Birthday kepada Itik Kuning dan blognya yang memang bewarna kuning sebab ia kuning. Semoga dengan pengumuman ini, Itik Kuning dan blognya dapat berusaha dengan lebih kuat lagi untuk memantopkan diri dan blognya di masa hadapan. Ingatlah, anda telah menjadi tua. Selamat Hari Tua. Muahahaha"

Ok tak? Kreatif tak? Simple tak? Hehehe.

Nak kena tag plak. Leceh betul la. Oklah. Saya nak tag:

Ben Ashaari
Yuyu Zulaikha
Niena

Dasat kan? Hahaha. Ah... Biarlah saya nak tag.

Tarikh tutup : 31 Oktober 2011

Jom pakat memakat menjoinkan diri ke giveaway ni. (tergeliat lidah).

p/s : Saya suka biru. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

GIVEAWAY : SIMPLE GIVEAWAY BY HOB

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya nak join giveaway lagi. Hehehe. Kenapa sejak sehari dua hari ni saya asyik nak join giveaway je ek? Tengah fikir dengan seriusnya. Sebab saya dah lama tak join apa-apa giveaway. So, kali ini saya nak join Giveaway yang dianjurkan oleh Aishah plak.

Senang je nak join giveaway Aishah ni. Tampal banner dan link ke blog Aishah. Kemudian, follow blog dia. Nak tag atau tak, ikut saya. Sebab saya ni susah sikit nak tag orang ni. Bukan sebab kedekut atau apa pun. Sebab rasa macam susah dan banyak kerja nak copy paste url serta inform dorang.

Hadiah pun menarik. Ada banyak sponsor. Saya pun nak cari sponsor la. Hehehe. Pemilihan akan dibuat menggunakan random.org. Harap-harap dapat la hadiah. Hehehe.

Tarikh tutup tak nampak plak. So, sementara masih ada peluang lagi, cepat-cepat join. Senang je.

p/s : Memang senang tapi sayanyer entry panjang berjela. Muahaha.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

TIPS SIMPLE DAPAT CAMPAIGN NUFFNANG...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ada yang minta tips untuk dapat earning Nuffnang tapi saya tak reply. Sebab saya pun tak pasti camne saya buat. Saya cuma ikut tips senior je.

Saya share je la apa yang saya buat ek? Dapat atau tidak Earning dari Nuffang tu, saya tak jamin. Tapi harap korang dapat gak la kan? Boleh belanja saya. Hehehe.

1. Pastikan blog ada trafik.
2. Update survey kat Akaun Nuffang.
3. Hantar tiket pertanyaan kat Nuffnang. Tanya bila akan dapat campaign.
4. Buat entry berkenaan Nuffnang dan bagi backlink pada dorang.

Itu je yang saya buat. Tips dari senior yang dapat ribu riban. Saya ratus ratas pun belum dapat lagi.

Ini tips saya share sebab tak nak orang cakap saya kedekut plak. Itupun kalau terlebih, orang akan cakap riak plak kan?

Korang try la. Harap ada gak hasilnya.

p/s : Saya nak GCB ek? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, September 21, 2011

"STRESS" LUCKY DRAW

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak join lucky draw plak. Lucky Draw yang sangat unik. "Stress" pun ada lucky draw. Hehehe. Mesti penganjur ni tengah "Stress" ni. Sebab tu la buat lucky draw camni kan? Hehehe. Gurau je. Jangan santau saya.

Simple je nak join Lucky Draw ni, saya cuma kena sambung ayat:

"Bila stress saya akan sentiasa terasa lapar dan nak makan je. Kadang-kadang saya akan pandang dinding dengan muka yang sangat hensem dan blur. Ada juga masanya saya berlari keliling padang pada waktu tengah malam sebab stress tak boleh tidur. Tapi, selalunya bila saya stress, saya akan diam membisu tanpa kata-kata. Kalau perlu meluahkan apa yang hendak dicakap, saya akan cakap apa yang perlu dicakapkan supaya percakapan yang saya cakapkan itu diterima dan difahami oleh orang yang mendengar saya bercakap itu"

Hehehe. Penganjur suruh buat ringkas je tapi inilah yang paling ringkas. Kalau tak nak yang ringkas, rasanya tak terbaca kang?

Hadiahnya masih rahsia. Memang misteri sungguh hadiahnya itu. Adakah alat untuk melepaskan stress? Adakah ubat mengurangkan rasa stress? Adakah hadiahnya pun berkaitan dengan stress? Kita nantikan.

Tarikh Tutup : 25 September 2011 (Midnight).

Korang yang tengah stress tu, join je Lucky Draw ni. Sekurang-kurangnya korang boleh lepaskan stress korang. Kalau nasib baik, dapat hadiah rahsia. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

1ST GA CIK NAJIHAH - MERIAH YAW

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam blogwalking tapi jadi silent reader je la. Ternampak 1st Giveaway Cik Najihah ni. Tengok tajuk "Meriah Yaw" tu memang menarik la. Hadiah pun masih misteri. Hehehe. So, dengan niat untuk dapat hadiah free (sudah semestinya) dan memeriahkan lagi "kemeriahan yaw" giveaway ini, saya pun dengan pantasnya menjoin sekarang. Semalam terlalu mengantuk, so, saya ambil keputusan nak join hari ini. Hehehe.

Sebenarnya, nak join giveaway ni sangatlah senang. Cuma saya ni tak berapa gemar biar satu entry ni takde langsung hasil air tangan tulisan saya yang skema ni. Hehehe.

Tarikh tutup : 23hb September 2011 (12 malam).

Apa lagi? Orang nak bagi hadiah free tu, serbulah.

p/s : Saya doakan Cik Najihah bagi hadiah kupon McD ke? Hehehe. Kan best.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

AKHIRNYA...CEK NUFFNANG YANG KEDUA SAMPAI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Cek kedua Nuffnang setelah beberapa bulan. Alhamdulillah. Ada gak rezeki walaupun tak banyak.

Mungkin korang tengah fikir:

"Ceh, RM80 pun nak riuh"

Tak pun,

"Nasz ni mesti takde idea nak update blog"

Hehehe. Betul apa yang korang fikir tu. Saya nak pergi bank untuk bank in duit jabatan dan bank in cek saya yang tak seberapa ni.

Terima kasih banyak-banyak Nuffnang. Kalau ada lagi, bagi la lagi ye? Hehehe.

Wassalam.

p/s : Cukup untuk beli Double GCB ni. Nyum nyum.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"SAYA MINTA MAAF TAK DAPAT TERIMA AWAK..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya rasa semua orang nak jadi cantik atau hensem kan? Bila kita cantik atau hensem, semua orang nak kenal dan rapat dengan kita.

Ini dari pandangan saya selama ni je k? Saya tak ada pengalaman sebab saya ni bukan hensem pun. Hehehe.

Bila ada orang cakap suka kita, kita kena cari cara nak reject cara lembut dan tak menyakitkan hati dia. Kalau tak kena gaya, dia boleh buat macam-macam yang tak dijangka. Antaranya santau, ilmu pengasih dan macam-macam lagi.

Kita kena hati-hati bila sembang dengan suami atau isteri orang. Kalau terlebih layan, ada la cerita fitnah yang tersebar untuk burukkan kita. Sebab apa? Sebab dia ingat kita nak rampas suami atau isteri dia. Kadang-kadang boleh sampai guna sihir dan rosakkan harta benda kita.

Bila kita layan seorang kawan itu dengan baik tapi dia tersalah anggap kita sukakan dia, kita kena explain kat dia. Kena terangkan apa sebenarnya perasaan kita pada dia. Kalau kita anggap dia sebagai kawan, bagitau. Jangan bagi harapan. Sebab bila dia dah berharap, dia akan lebih terasa terluka.

Dah macam pakar cinta plak saya ni kan? Ini cuma pada pendapat saya je. Kalau ada yang nak tambah, sila tulis di ruang komen ye? Boleh kongsi dengan geng lain.

p/s : Sedih tapi dah OK. Saya boleh teruskan hidup saya dengan tabah. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, September 20, 2011

"ARGH...BANYAKNYA KERJA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Macam korang boleh tengok dalam gambar kat atas, itu kerja yang tak siap lagi. Ada lagi tapi saya letak sebelah lain.

Kejap lagi ada jemputan jamuan hari raya di KRT Bagan Datoh. Kena pergi sebab saya tengah lapar ni. Hehehe.

Tak nak fikir kerja yang bertimbun tadi tu. Sambung esok je la.

p/s : Antara sebab saya jarang update blog dan blogwalking. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

TAK SUKA, TAK PAYAH BACA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Minta maaf sebab saya jarang blogwalking ke blog korang. Agak busy sikit sejak dua menjak ni dengan persiapan untuk menghadapi Anugerah Persekitaran Berkualiti dan adik lelaki saya yang perlu pergi ke UiTM Arau Perlis untuk temuduga Diploma Sains Sukan Dan Rekreasi.

Tadi sempat blogwalking jap dan tinggalkan komen kat blog kawan-kawan blogger. Ada terbaca satu entry tentang blogger lain yang suka maki blog blogger lain. Tak faham betul saya. Kalau tak suka tu, berambus je la dari blog tu. Apa motif nak maki hamun owner blog tu.

Blog si pemaki tu lebih baik ke? Kalau berani, buat la blog or tunjuk la blog. Nak maki dan kondem blog orang lain tu buat apa. Ada dapat pingat ke?

Kesian kat blogger tu. Kalau blogger baru yang kena, mahu didelete blognya tu. Saya pernah kena sekali. Pastu sampai sekarang takde la. Mungkin blog saya ni terlalu buruk untuk dikutuk dan dimaki kot? Hahaha.

Jom kita sama-sama hormat sesama blogger k?

Wassalam.

p/s : Rasa lapar tapi tak nak makan. Nak diet. Hehehe.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, September 19, 2011

SEJAUH MANA PUN KITA PERGI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sejauh mana pun kita pergi, ingatlah pada asal usul kita. Asal usul kitalah akan meletakkan kaki kita ke bumi dan mengelakkan kita bangga diri dan takbur.

Sejauh mana pun kita pergi, ingatlah untuk pulang ke tempat asal kita. Tempat di mana kita masih ada orang yang menunggu kepulangan kita. Sentiasa menantikan kita dengan hati yang bimbang. Ibu bapa mana yang tak bimbangkan anak-anaknya yang merantau mencari pengalaman dan rezeki?

Harap kita semua tak lupa diri dan ingat jasa serta pengorbanan orang yang membesarkan kita. Sebab tanpa dorang, tiadalah kita di muka bumi Allah ini.

p/s : Hari ini nak balik Bagan Datoh sebab cuti dah habis.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, September 18, 2011

"DORANG TAK KENAL SAYA?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah lepak-lepak tempat kerja lama saya kat Golden Screen Cinemas Gurney Plaza. Ternampak staf-staf lama tapi dorang macam dah tak kenal dengan saya.

Memang agak lama saya tak datang sini. Ada sebab yang menghalang. Lagipun Gurney Plaza ni agak jauh dengan rumah saya kat Sungai Bakap.

Terkenang masa saya kerja kat sini. Staf-staf lama masih ada tapi dorang tak perasan atau tak nak perasan saya. Dulu saya kurus gak la. Sekarang ni berisi. Dulu saya simpan misai dan janggut. Sekarang saya shave semua.

Memang banyak kenangan saya kat sini. Memang banyak kenangan yang tak dapat saya lupakan. Yang mengecewakan, dulu kawan saya aka staf saya pun tak kenal saya. Takpelah. Sabar je la.

Korang ada kenangan nak share dengan saya tak?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"SELEKEHNYA..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah lepak kat McD Tesco Tanjung Pinang, Penang. Baru lepas menikmati GCB. Sedap. Hehehe. Korang dah makan?

Saya ni bukan seorang jenis pakai pakaian yang grand-grand + pakaian yang nak tunjuk yang kita ada duit. Saya jenis suka pakai yang simple-simple je. Seluar Jeans + T-shirt je + Sandal yang tak bertutup.

Bila saya bagitau saya kerja apa, ada orang tak percaya. Saya bukan orang yang kerja bergaji besar pun. Tapi saya bersyukur saya masih dapat bekerja. Daripada orang yang tak ada dan malas nak cari kerja tapi nak kawin, nak buat guna apa? Loan? No komen. Hehehe.

Cuma ini pendapat saya je. Jangan nilai seseorang dari rupa luaran je. Tak semestinya yang cantik dan hensem tu perangai cantik dan hensem kan? Ada tapi twk banyak dan susah nak cari.

p/s : Akhirnya dapat gak makan GCB lagi. Hehehe.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"NAK YANG CANTIK JE"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

"Mat, kenapa engkau tak kawin lagi?"

"Takde yang sesuai la"

"Ye ke? Atau engkau memilih sangat"

"Mestilah kena pilih. Kawin sekali je. Mesti la aku nak yang cantik"

"Isk... Tak boleh la macam tu. Nanti sampai ke tua pun engkau tak kawin"

Terdiam. Ini cuma sembang dengan orang ketiga berkenaan seorang kakitangan yang sampai blum kawin lagi.

Ada yang tak kisah sangat bila fikir soal pilih pasangan hidup. Ada yang nak yang dah ada kerja dan kewangan yang stabil. Ada yang nak yang high standard. Macam-macam hal.

Saya tak kisah sangat. Yang penting faham saya dan family saya. Itu je. Korang plak?

p/s : Entry ni untuk menyatakan luahan rasa ye? Bukan mencari jodoh. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, September 17, 2011

SAMPAI GAK PADANG BESAR...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah sampai Padang Besar Perlis. Tadi hampir terlepas nak masuk Padang Besar Thailand. Tapi kami mana ada bawa passport atau border pass.

Hehehe. Shopping jap.

Wassalam.

p/s : Nampak jersi sempoi dan murah.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"NANTI DIA TANYA APA EK?"

Assaamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Adik saya : Nanti dia tanya apa ek?

Saya : Entah.

Adik Saya : Ala... Takkan tak tau.

Saya : Dah amik saya Diploma Sains Sukan Dan Rekreasi, mesti tanya tentang sukan kan?

Adik Saya : ......

Adik saya tengah nervous. Saya tengah mengantuk dan lapar. Hehehe.

Wish him good luck.

Wassalam.

p/s : ramai awek comey. Hehehe.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"PERTAMA KALI JEJAK KAKI DI UiTM ARAU PERLIS"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Akhirnya sampai gak saya di UiTM Arau Perlis. Tempat yang menarik gak. Tapi banyak sawah padi.

Sekarang tengah tengok adik lelaki saya nak ambil borang dan mengisi. Doakan dia berjaya harungi temuduga kali ni.

Korang dah sarapan? Saya belum lagi. Kesian saya.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"CANTIKNYA AWEK TAPI..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah makan tadi, ternampak seorang awek yang bagi saya memang cantik. Rambut diikat kat belakang. Kulit pun putih. Muka pun cantik.

Tapi malangnya, dia seorang PEROKOK. Terus hancur pandangan saya tadi. Sedih saya tengok. Saya memang tak pernah hisap rokok. Dan saya nak kekalkan.

Saya harap awek-awek yang cantik kat luar sana, jauhilah rokok sebab takde faedahnya pun. Menghabiskqn duit je.

Wassalam.

p/s : Entry luahan rasa dan nasihat. Terima dengan seadanya ye? Jangan sentap ye? Hehehe.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, September 16, 2011

SAMPAI GAK KANGAR, PERLIS...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang tengah lepak kat kedai makan berdekatan dengan Sungai Perlis rasanya. Tadi jalan kat Karnival UNIMAP jap. Adik perempuan saya beli beg dengan harga RM10. Terkejut saya. Sebab kalau kat kedai biasa, beg galas macam adik saya nak beli tu harga lebih kurang RM20 - RM30.

Mesti korang hairan sebab tiba-tiba saya ada kat Perlis kan? Hehehe. Sebenarnya adik lelaki saya yang bongsu dapat temuduga untuk Diploma Sains Sukan di UiTM Arau, Perlis. So, alang-alang dah pergi UiTM Arau, emak dan adik-adik saya nak gak ikut. Sebab nak jalan-jalan kat Perlis ni. Esok lepas adik saya selesai temuduga dia, plan nak pergi Padang Besar.

Korang tak pergi mana-mana ke?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"SELAMAT HARI MALAYSIA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini 16hb September adalah Sambutan Hari Malaysia. Tahun ni sambutan kemerdekaan dan hari Malaysia disambut secara serentak.

Jadi, saya nak ucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua pembaca blog saya yang best.

"SELAMAT HARI MALAYSIA"

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, September 15, 2011

"BURGER CILI API?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah makan burger special dengan cili api tak? Burger ni macam burger biasa, cuma tambah cili api atau cabai melaka. Memang pedas tapi sedap.

Saya makan burger ni masa study kat Penang Free School dulu. Selalu lompat pagar untuk cari makanan kat luar. Makanan kat kantin asrama tak sedap.

Teringat kenangan makan burger dengan cili api dulu bila menjamah burger yang dibeli malam semalam. Masa tu mula-mula saya pun terkejut gak. Tapi bila makan sekali, rasa sedap plak. Pedas tapi kejap je.

Terasa teringin nak makan burger cili api ni. Nanti balik Penang, nak cari kedai burger yang jual burger ni dulu. Tak tahu ada lagi ke tak?

Ada sesiapa nak join?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"WAH...WUJUD LAGI RUPANYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari tu masa nak balik dari Ipoh ke Bagan Datoh, ternampak bas lama saya naik masa saya study dulu. Selalunya saya ternampak bas yang moden dan ber'air cond'. Tak nampak dah bas usang yang selalu saya naik dari UiTM Seri Iskandar ke Bandar Ipoh.

Tapi masa nak balik malam tu, saya ternampak bas usang tu dan terus snap pic. Rindu la plak masa zaman study dulu. Nak kuar town Ipoh, kena tunggu kat stesen bas depan UiTM Seri Iskandar beramai-ramai. Dah la tunggu dalam panas terik. Pastu masa nak naik bas, berebut-rebut. Kadang-kadang kena tunggu berjam-jam.

Dari UiTM Seri Iskandar ke Ipoh amik masa sejam lebih. So, kadang-kadang kena berdiri sampai ke Ipoh. Pastu nak balik dari Ipoh, bas last pukul 7 malam. Kena berebut-rebut lagi.

Terasa nak gelak plak bila teringat. Memang kenangan yang buat saya tersenyum tersendiri.

Korang ada kenangan best nak share?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka