KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, August 31, 2011

SEGMEN SIMPLE : NASZ AJAK KIBARKAN JALUR GEMILANG...

Have your say, in a united voice.

Win A HTC Cha Cha today!

Chicken, crab, or prawn? You decide!

We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN!


INI STICKY POST SAMPAI 31HB OGOS 2011
ENTRY LATEST? SILA SCROLL BAWAH YE?


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya perasan banyak segmen berkenaan sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang semakin dekat. Tapi, sambutan Hari Kemerdekaan sangat kurang. Ada gak tapi kurang. Cuma pada saya, kalau negara kita tak merdeka, tak dapatlah kita sambut Hari Raya dalam keadaan aman kan?

Oleh itu, saya nak buat satu segmen simple sangat-sangat. Saya nak ajak korang semua untuk sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang dalam blog masing-masing. Senang je.

Syarat-syaratnya:

1. Copy Header Mohd Naser.com dan paste kat entry korang serta link kan ke post ni.

2. Salin tajuk ni, "SEGMEN SIMPLE : NASZ AJAK KIBARKAN JALUR GEMILANG".

3. Pastu, korang carilah gambar Jalur Gemilang atau korang boleh snap gambar korang dengan Jalur Gemilang dan tempek kat entry korang.

Ini contoh saya punya:

Credit Google

4. Korang boleh bagi ucapan sikit dan mesti diakhiri dengan "SAYA BANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA". Kalau tak nak bagi ucapan pun takpe, tapi mesti tulis "SAYA BANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA".

Itu je. Jom sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang untuk menyambut Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang tercinta.

Tutup? Sudah semestinya 31hb Ogos 2011 (pukul 11.59 malam).

Saya akan buat list dan updatekan dari masa ke semasa. Boleh korang berblogwalking sambil ucapkan selamat Hari Kemerdekaan antara satu sama lain.

UPDATED:

1.  http://cahayapetunjuksite.blogspot.com/2011/08/segmen-simple-nasz-ajak-kibarkan-jalur.html
2.  http://qisatulhayati.blogspot.com/2011/08/segmen-simple-nasz-ajak-kibarkan-jalur.html
3.  http://takkeciksgtpown.blogspot.com/2011/08/segmen-simple-nasz-ajak-kibarkan-jalur.html
4.  http://hellostylo.blogspot.com/2011/08/segmen-simple-nasz-ajak-kibarkan-jalur.html
5.  http://loolypopstrawberrydengancoklat.blogspot.com/2011/08/segmen-simple-nasz-ajak-kibarkan-jalur.html
6.  http://nurulshiraz.blogspot.com/2011/08/segmen-simple-nasz-ajak-kibarkan-jalur.html
7.  http://bombay-913.blogspot.com/2011/08/segmen-simple-nasz-ajak-kibarkan-jalur.html
8.  http://cayob.blogspot.com/2011/08/segmen-simple-nasz-ajak-kibarkan-jalur.html
9.  http://nilamsuhana87.blogspot.com/2011/08/segmen-simple-nasz-ajak-kibarkan-jalur.html
10. http://sitizarizza.blogspot.com/2011/08/segmen-simple-nasz-ajak-kibarkan-jalur.html
11. http://zulfattah.blogspot.com/2011/08/segmen-simple-nasz-ajak-kibarkan-jalur.html

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"MAI... SALAM MAK UDA KALAU NAK DUIT RAYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini saya jalan-jalan rumah sebelah a.k.a. rumah emak dan bapa saudara saya. Disebabkan dari pagi tak makan nasi, saya makan soto dengan sup ayam tambah 3 kali.

Mak Tam : Sedap ye Naser? Tambah 3 kali dah

Saya : Sedap. Dari pagi tak makan nasi Mak Tam.

Saya jawab dengan suara serak saya. Hilang suara tiba-tiba. Memang saya dah sakit tekak sejak sebelum raya lagi. Tapi saya buat donno je. Pagi tadi makin teruk. Masih buat donno je. Hehehe.

Pastu, navigator saya a.k.a. emak saya ajak pergi rumah Mak Lang saya kat Sungai Duri. Saya layan je.

Sampai rumah Mak Lang saya, ternampak laksa. Saya cool dulu. Duduk jap. Pastu, dengan pantasnya saya menceduk laksa dan menjamah dan tambah 2 kali. Hehehe. Kuat makan saya kan?

Pastu masa nak balik, emak saya pun menjalankan tugas sebagai Menteri Kewangan.

"Mai... Salam Mak Uda kalau nak duit raya"

Pantas je budak-budak tu bersalaman dengan emak saya. Saya teringat masa saya kecil dulu. Macam tu la saya dan memang best dapat duit raya. Terkenang plak zaman kecil comel lote saya dulu. Hehehe.

Sesiapa nak bagi saya duit raya, meh. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"BEST KE BLOG NI? MACAM BORING JE"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam masa tengah update blog tentang "Bila Adik Beradik bertemu...", sepupu saya tengok saya busy menaip dalam Samsung Galaxy S saya. Masa tu tengah riuh rendah dengan hilai tawa adik beradik emak saya a.k.a. Emak-emak saudara dan bapa-bapa saudara saya. Tiba-tiba sepupu saya tanya:

Sepupu: Buat ape tu?

Saya : Tak buat ape pun. Updated blog je.

Sepupu : Owh... Best ke buat blog ni. Macam boring je.

Saya : Eh... Best la. Boleh merepek panjang-panjang.

Sepupu : Tapi saya suka main facebook lagi.

Saya senyum je sambil terus menaip sampai siap. Biasa la tu. Minat ni perlu datang sendiri. Saya pun sama. Suka main facebook dulu. Tapi rasa macam boring sikit. So, bila blogging ni bleh merepek dan merapu. Kadang-kadang boleh luahkan perasaan. Kadang-kadang boleh kongsi ilmu yang kita dapat.

Best atau tidak buat blog ni? Bergantung kepada diri individu tu sendiri. Kan?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

BAJU RAYA BARU KU... HEHEHE.

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Masa saya snap gambar kat atas tu, saya berada di rumah mak saudara saya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Minta tolong adik tangkapkan gambar. Hehehe.

Baju raya baru saya selepas 5 tahun tak tukar baju raya. Hehehe. Emak saya dah siap beli kain untuk tempah baju raya anak-anaknya. Saya pun dengan pantas bawa emak beli baju raya baru untuk dia. Kalau tak, dia akan busy dengan baju anak-anaknya sampai terlupa baju raya diri sendiri. Hehehe.

Rupanya niat emak saya sebab nak tangkap gambar keluarga. Dan berjaya. Tak siap lagi gambar. Kalau rajin, saya letak kat blog saya. Hehehe.

Tema tahun ni yang julung kalinya kami buat sedondong adalah coklat cerah. Hehehe.

Tema baju raya korang?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

PLAN HARI RAYA KEDUA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Macam mana mood raya korang? Terasa nak masuk bulan puasa balik ke? Hahaha. Yela. Makan tak henti-henti macam saya. Hari raya pertama saya makan tak henti-henti. Walaupun dah tahu perut saya kenyang, tapi tetap gak nak meratah makanan a.k.a. kuih raya yang ada di rumah saudara yang diterjah.

Hari ni, saya sebagai driver menanti arahan Navigator saya iaitu emak untuk memberi arahan ke mana hala tuju saya. Hehe. Takpela. Saya pun bukan nak pergi mana pun. Sekurang-kurang wajah emak saya gelak gembira pun dah cukup. Nanti dah kawin, kena bahagi sama rata dengan isteri saya kan? Nanti merajuk plak bakal isteri saya. Hehe. Takde calon lagi. Tak perlu fikir lagi.

So, plan hari raya kedua adalah belum ditentukan. Hehe. Menanti arahan Navigator saya.

Korang pergi mana hari raya kedua ni?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, August 30, 2011

BILA ADIK BERADIK BERTEMU...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang berada di rumah makcik di Tasek, Penang. Semua adik beradik emak dah berkumpul.

So, cerita hangat pun dibincangkan diselang seli gelak tawa. Memang best. Saya macam biasa. Menyakat dan layan gelak gak.

Bukan selalu adik beradik yang ramai untuk berkumpul macam ni? Semua busy dengan hidup dan kerjaya masing-masing.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

SESI ZIARAH MENZIARAHI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang ada kat rumah Mak Jang. Tadi pergi kedai gambar satu keluarga kami. Tahun lepas tak dapat buat sebab warna baju raya tak sama. So, tahun ni emak saya berharap sangat dapat buat. So, saya layan je la.

Hari ni sayalah driver bertauliah untuk bawa emak saya beraya ke rumah saudara mara yang dia nak pergi. Hehehe.

Korang pergi beraya mana-mana tak?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"MEH... SAPE NAK DUIT RAYA?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah habis solat hari raya. Rumah pun dah penuh dengan anak-anak saudara saya. Datang beraya.

Pagi-pagi dah salam emak dan adik-adik sambil mohon kemaafan antara satu sama lain. Tak dilupakan duit raya untuk adik-adik termasuk emak saya macam tahun lepas. Hehehe.

Korang dah salam dan mohon maaf dengan emak dan ayah korang belum?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"DAH PACKING DUIT RAYA BELUM?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan blogger semua.

Tibalah sudah hari kemenangan. Hari raya hari ini. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Pagi-pagi bangun, emak saya tiba-tiba masuk bilik saya...

Emak : Duit raya untuk anak saudara dan budak-budak dah packing belum?

Saya : Belum lagi. Ada dalam beg tu.

Emak : Mana?

Saya terus bangun dan keluar duit not RM1 yang saya tukar di bank dalam RM100. Kemudian, saya keluarkan sampul raya.

Emak : Tak masukkan lagi dalam sampul? Meh mak buat.

Saya : Ok.

Dengan pantas emak saya duduk di ruang tamu dan proses pengisian duit raya dalam sampul. Saya menjadi pemerhati sambil memerhati saja. Hehehe.

Pagi tadi baru isi duit raya. Tahun lepas dan tahun ni saya yang bagi duit raya. Cuma emak saya tambah sikit-sikit je. Tahun ni saya bagi sorang je. Emak saya, saya kata tak payah bagi. Lgipun tahun ni, emak saya buat baju raya saya dengan 3 adik saya. Baju raya emak saya, saya dah beli. Dia beli warna coklat gak. So, sedondong la kami raya kali ini. Rancang nak tangkap gambar keluarga. Hehehe.

Korang bagi duit raya atau dapat duit raya?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"DAH LA TU. TINGGAL LA SIKIT UNTUK ESOK"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Gambar kat atas rendang ayam yang baru siap emak saya masak. Sampai je rumah tadi, terbau rendang ayam faveret saya.

Letak beg dalam bilik je, terus saya terjah ke dapur.

Emak : Ha.. Nak apa?

Saya : Hehehe...

Emak : Tak siap lagi ni.

Saya terus menanti di sambil memandang TV. Cite Cinta 120 km. Pastu...

Emak : Dah masak dah.

Dengan pantas mencapai pinggang dan menceduk 3 ketul ayam rendang.

Emak : Dah. Simpan untuk esok sikit.

Saya : Ala...

Terus naik atas rumah dan meratah 3 ketul ayam rendang sambil tengok TV. Hehehe.

Korang nak sikit?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 29, 2011

DARI KEYBOARD ... TURUN KE HATI. MUNGKIN KE?

Have your say, in a united voice.

Win A HTC Cha Cha today!

We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Saya baca entry di blog ezza haniza pasal hal ni.Korang nak baca, korang klik nama ezza di awal entry ni. Hehehe. 


Korang rasa logik ke untuk jatuh cinta kepada seseorang tu berdasarkan kepada penulisan dia? Tapi ada kemungkinan akan berlaku penjatuhan kecintaan tu kan? Sekarang ni dengan teknologi, segala mungkin. Seperti motto Telekom Malaysia "Merintis Kemungkinan". Hehehe. Boleh jadi PR ni (Bukan Pakatan Rakyat tapi Public Relation k?. Jangan salah anggap plak).


Macam tulisan ezza dalam entry dia, "Cinta Itu Buta". Rasanya betul kot? Melalui penulisan ataupun facebook boleh melahirkan bibit-bibit bunga cinta (tengah fikir, kenapa cinta je, kena bunga ek? Hehehe). Pastu, mungkin boleh ajak bersua muka. Kalau takut sangat, ajak la kawan temankan sekali. Kalau orang yang kita minat melalui penulisan ataupun facebook itu ikhlas, dia takkan kisah. Kan?


Macam saya kata tadi, segalanya mungkin dan saya rasa dah ada bukti-bukti yang nyata dan sahih. Memang ada segelintir penipu yang cuba ambil kesempatan. Kan kita belajar tinggi-tinggi sampai ke kaki langit, takkan kita tak boleh plan strategi untuk check sama ada dia si penipu atau tak kan? 


Bagi saya, cinta itu satu risiko. kalau kita takut nak ambil risiko, teruskan dalam ruangan "selesa" tu. Sampai bila-bila korang duduk la dalam ruangan tu. Sebab bagi saya, segala yang kita buat ada risikonya. Contohnya, korang drive, ada tak risiko untuk eksiden? Korang makan, ada tak risiko untuk kena keracunan atau mati tercekik?


Cuma luahan pendapat saya je. Kalau ada yang tak setuju, sila-silalah tembak saya dengan Bazooka. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

"SAYA MINTA MAAF. EMAK AWAK SUDAH MENINGGAL DUNIA"

Have your say, in a united voice.

Win A HTC Cha Cha today!

Chicken, crab, or prawn? You decide!

We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ini baru je saya attend tadi. Wanita ni nak cari cari emak kandungnya. Mengikut katanya, emak kandungnya hidup susah dan bagi dia kepada keluarga angkat. Kemudian, keluarga angkatnya tak pernah beritahu dia yang dia seorang anak angkat. Dia pun baru dapat tahu selepas keluarga angkat bagitau dia. Dia ambil keputusan untuk cari emak kandung dia.

Saya terus periksa dalam sistem dan disahkan emak kandung dia dah meninggal dunia pada tahun 2007. Dia terkejut dan terus menitis air mata. Saya terus terdiam. Tapi cari terus cari data-data kematian emak kandungnya dan beri dia alamat terakhir yang ada. Mungkin dia boleh pergi cari dan jumpa adik beradik emak kandungnya.

Masa tu saya terkedu dan tak tahu nak cakap apa. Memang sebelum ni saya latah bercakap tapi kali ni saya kalah. Tak tahu ayat apa yang patut saya ucapkan. Saya pun tahan mata dari menitis air mata. Sedih. Memang saya betul-betul sedih.

Korang yang masih ada emak dan ayah tu, jagalah elok-elok. Sekurang-kurangnya korang masih dapat bersama mereka. Wanita ni, dia tak tahu dia seorang anak angkat sehingga baru-baru ini dan baru dia nak cari emak kandung dia, ibu kandungnya telah meninggal dunia.

Saya merayu kepada korang, hargailah emak dan ayah korang. Saya cuma ada emak dan ayah saya entah di mana. Tapi, saya masih bersyukur sebab masih ada emak yang sayang saya. Terima kasih emak. Saya sayang emak.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

LUKA DALAM DAN LUKA LUAR ... MANA LEBIH SAKIT?


Have your say, in a united voice.

Win A HTC Cha Cha today!

Chicken, crab, or prawn? You decide!

We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kalau korang dipaksa membuat pilihan memilih untuk luka dalam atau luka luar, yang mana korang pilih? Ini paksaan dan korang memang tak boleh skip. Korang boleh jawab sendiri. 

"Luka dalam tu apa?"

Luka dalam ni bukan kesakitan fizikal tapi lebih kepada emosi dan perasaan. Biasanya berlaku semasa kita kehilangan orang yang kita sayang ataupun ditinggalkan oleh kekasih hati yang sangat kita sayang ataupun kepercayaan kita dipijak-pijak oleh orang yang kita sangat percaya.  Luka dalam ni secara fizikalnya nampak tapi cuma lebam mata sebab selalu menangis, kepala migrain, hilang selera makan, hati rasa sakit dan macam-macam lagi la. Korang yang pernah rasa, korang tahu la.

"Luka luar tu plak apa?"

Luka luar ni adalah kesakitan dan luka secara fizikal sama ada secara luar kulit ataupun dalam tubuh badan. 
Sakit luka luar ni memang sakit tapi tak sesakit luka dalam sebab luka luar mungkin ada peratusan yang tinggi untuk sembuh. Tapi, luka dalam ni mungkin takkan sembuh sampai bila-bila. 

Kalau korang tak mahu rasa, persoalannya, kenapa korang buat pada orang lain?

Cuma soalan retorik je.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

"AWAK KERJA APA?"


Have your say, in a united voice.

Win A HTC Cha Cha today!

Chicken, crab, or prawn? You decide!

We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Berjalan-jalan menuju kedai makan di suatu malam yang begitu nyaman sekali. Nak makan nasi goreng pattaya. Sebenarnya teringin nak makan Tomyam Campur tapi kat kedai yang saya nak pergi ni takde. So, nasi goreng pattaya pun bolehlah sebab perut dah sedang menyanyikan lagu Cradle Of Fifth - Nymphetamine. Hehehe. Korang tau lagu tu tak? Korang pergi tengok kat Youtube. Dengar je tau? Jangan terpengaruh plak macam saya dulu. Hehehe.

Duduk di suatu sudut yang boleh nampak TV. Sambil makan mesti tengok TV. Astro plak tu. Wajib. Hehehe.

"Nak makan?"

"Nasi Goreng Pattaya"

"Air?"

"Teh O Ais"

"Ok. Anak ni baru kerja sini ke?"

"Ye makcik"

"Kerja kat sekolah ek?"

"Taklah makcik. Kerja kat pejabat pendaftaran"

"Owh. Kerja Gomen la ni"

"Ye makcik"

Mak cik terus melemparkan senyuman paling manis dan pergi. Saya terdiam. Memang selalu orang kampung tanya tentang diri saya. Tanya pada staf saya tentang status saya. Hehehe. Ceh, pelik betul la. Siapa la nak saya ni kan? Hahaha.

Rasa lawak gak masa tu tapi saya layankan je. Bukan makcik tu je. Ada lagi. Tapi macam biasa, saya layan macam biasa je. Manusia ni pelik kan? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, August 28, 2011

"BOS, TAK BALIK KAMPUNG LAGI KE?"

Have your say, in a united voice.

Win A HTC Cha Cha today!

Chicken, crab, or prawn? You decide!

We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN!



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pergi kedai runcit petang kelmarin. Beli air mineral. Uncle merangkap owner kedai runcit memang dah kenal muka yang selalu beli barang kat kedai dia. Tengah nak bayar, tiba-tiba isteri uncle tu tanya saya:

"Bos tak balik kampung lagi ke?"

"Isnin kerja. Lepas kerja, saya balik"

"Owh"

Pendek kan soalan dia? Tapi menusuk hingga ke tulang sum sum. Hahaha. Mungkin ramai dah balik kampung hari tu dan dia hairan kenapa saya masih tak balik kampung lagi.

Kira malam raya baru sampai kampung halaman. Dari Bagan Datoh, Perak ke Sungai Bakap, Pulau Pinang ambil masa lebih kurang 3 hingga 4 jam. Itupun kalau jalan lancar. Kalau traffic jem, memang lebih jam la. Hahaha.

Anyway, sesiapa yang masih kerja hari Isnin nanti, kuatkan semangat. Saya tahu, body kat tempat kerja tapi fikiran kat kampung halaman kan?

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Selamat Hari Kemerdekaan saya ucapkan kepada semua blogger yang menerjah atau terterjah blog picisan saya ni. Selamat MerdekaRaya.

p/s: Masa saya tulis entry ni, saya lepak dekat Jeti Bagan Datoh yang dalam gambar kat atas tu.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

SLW 2ND GIVEAWAY


Have your say, in a united voice.


Win A HTC Cha Cha today!


Chicken, crab, or prawn? You decide!


We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN!

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya boring sangat hari ini. So, nak join giveaway je. Kalau ada rezeki, menang hadiah kan? Giveaway kali ini yang saya join join hadiahnya topup, kira ok la sebab kalau menang dapat topup.

Kalau tak menang? Tak dapat apa-apa la kan? Hehehe. Dapat kawan la. Asyik fikir imbuhan fizikal je kan? Teruk betul saya ni.

Giveaway  ni takde tarikh tutup. Ikut suka ownernya nak tutup bila. So, jom try nasib sama-sama sebab cara pemilihannya melalui random.org.

Kena tag 3 orang:


Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN AURA LUCKY : LUCKY DRAW DUIT RAYA


Have your say, in a united voice.


Win A HTC Cha Cha today!


Chicken, crab, or prawn? You decide!


We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN!

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak duit raya. Nak duit raya. Hehe. Terjumpa blogger ni buat lucky draw duit raya. Sape tak nak duit raya, tak payah join? Hehe.

Sape nak duit raya, join la. Hehehe. Harap ada gak rezeki saya.

Tarikh tutup : 18hb September 2011 (11.59 pm).

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

HAPPY GIVEAWAY BY SI BUDAK KURUS


Have your say, in a united voice.


Win A HTC Cha Cha today!


Chicken, crab, or prawn? You decide!


We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN!

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak join Happy Giveaway by Si Budak Kurus plak. Hadiah pun banyak gak. Hehehe. Lagipun, nak join taklah complicated sangat. Cuma perlu buat entry dan like fan page je.

Dapat hadiah apa pun, saya ambik. Hehehe. Macam confirm dapat je kan? Kalau tak dapat, bukan rezeki la. Kan?

Tarikh tutup : 30hb Ogos 2011 (12.00 am).

Penganjur bagitahu, pemenang akan dipilih melalui random generator. Doakan saya ye?

Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

"50 SEN JE?"


Have your say, in a united voice.


Win A HTC Cha Cha today!


Chicken, crab, or prawn? You decide!


We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

20 tahun dulu ...

Budak A : "Mak Jah bagi aku duit raya 50 sen la"

Budak B : "Wah. Banyaknya."

Budak C : "Jom la kita pergi beraya rumah Mak Jah. Dapat duit raya 50 sen. Banyak tu"

Budak B : "Jom. Jom"

Sekarang...

Budak X : "Rumah Mak Minah bagi 50 sen je"

Budak Y : "Sikitnya"

Budak Z : "Tak payah la pergi beraya rumah dia. Buang masa je"

Budak Y : "Betul. Betul. Betul"

Korang nampak tak perbezaannya? Cerita kat atas cuma rekaan saya saja. Tapi apa yang saya nak sampaikan lebih kurang kisah-kisah pendek kat atas.

Rasanya, korang boleh fikirkan apa yang saya nak sampaikan. Kan?

Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, August 26, 2011

6 BLOG MENARIK PADA MATA SAYA SEMPENA BLOG DAY 2011

Have your say, in a united voice.


Win A HTC Cha Cha today!


Chicken, crab, or prawn? You decide!


We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN!

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah lama sangat saya tak join contest daripada Nuffnang ni. Kali ini Nuffnang akan menyambut The 6th Blog Day pada 31hb Ogos 2011. Dalam contest ni, saya kena cadangkan 6 blog yang menarik minat saya teramat sangat amat amat dan amat menarik minat saya. Hehehe. Actually, ada lebih daripada 6 blog tapi syaratnya suruh 6 blog je, so, kena pilih 6 blog saja la. 

Anyway, inilah 6 blog yang menarik minat teramat sangat. Hehehe. Check it out.
 
Blog ini antara faveret saya. Mesti terjah dan baca entrynya. Owner blog ni namanya Abby dan blog dia memang santai je. Blog wajib lepak. Hehehe.

Blog ini pun saya suka sebab banyak nasihat yang diberikan secara santai. Tapi memang memberi impak kepada diri saya yang serba kekurangan ni. Owner blog ni saya panggil kak Yatie sebab dia lagi tua dari saya kot? Hehe.Tapi blog ni best tau?

Blog ini penuh dengan nasihat gak. Lagipun, saya dah anggap owner blog ni macam adik angkat saya sendiri. Banyak pesanan yang dikongsi kat blog ni. Ownernya nama Zul Fattah. Ce korang terjah blog dia? Sempoi tak?

Blog yang termasuk dalam blog-blog faveret saya. Apa yang ditulis oleh owner blog ni adalah dari hati dia sendiri. Owner blog ni namanya suhana. Kena panggil dia Puteri Suhana la. Hehehe. Blog peribadi yang santai dan best.
Blog Junior UiTM yang kenal melalui blogging je. Suka blog dia yang berbackground gelap dan entry dia ada gak unsur-unsur peringatan dan juga santai. Best baca blog ni. Hehehe.

Blog yang sangat santai. Ada gak nasihat dan kadang-kadang buat teka teki. Hehehe. Suka baca entry blog ini. Owner blog ni namanya Norhafeezah. Korang boleh tengok header dia dengan wajah dia yang comel tu kan? Hehehe.

Itulah dia 6 blog yang menarik minat saya untuk terus menerjah dan membaca entry-entry dorang. Ce korang terjah, best kan?

Hehehe.

Tarikh tutup penghantaran: 31hb Ogos 2011 (11.59 pm).

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

"SELAMAT PULANG KAMPUNG DENGAN SELAMAT"

Have your say, in a united voice.


Win A HTC Cha Cha today!

Chicken, crab, or prawn? You decide!

We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Rasanya hari ini ramai student dah mula cuti raya. Tapi yang tak berapa nak raya, pas raya ada banyak exam menanti. Hehehe. Ada gak yang kerja dah start cuti dan balik kampung hari ini. Tak pun akan balik esok pagi. 

Saya nak ucapkan balik dengan hati-hati. Tak kiralah korang drive kereta ke, tunggang motor ke atau naik bas. Baca doa naik kenderaan dan doa semoga selamat tiba di destinasi. Tak payah nak rush sangat dengan drive kereta or tunggang motor laju-laju. Yang penting sampai kampung dengan selamat.

Saya? Hari Isnin next week saya kerja. Lepas kerja baru sampai bertolak balik Sungai Bakap. Dari Bagan Datoh ke Sungai Bakap dalam 3 ke 4 jam lebih. Bergantung kepada trafik gak la. Kalau banyak lori, lambat la sikit. Kalau jalan clear, sampai cepat sikit. Tapi yang penting selamat sampai. Kan? Kan?

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

MALU BERTANYA, SESAT JALAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terasa malas plak nak kerja hari ni. Tapi malas pun kena paksa diri gak. Kalau ikutkan malas ni, memang takkan buat kerja la nampaknya. Macam blog ni la. Kadang-kadang tak ada idea nak tulis. Bila hari banyak idea, tulis tak henti-henti. Hehehe.

Malu berjalan, sesat jalan. Ayat ni bukan untuk cari jalan atau alamat rumah atau kedai je. Kalau nak buat kerja yang kita tak tahu, kita malu nak tanya, "sesat" gak kita untuk siapkan kerja tu.

Sekarang ni pun nak pergi jalan mana-mana pun dah tak ada masalah. Sebab macam gadget dah ada. Antaranya GPS. Korang mesti tau kan apa tu GPS. Kalau tak tau, korang pergi Google. Mesti banyak info.

So, malu pun ada tempatnya. Kalau 24 jam malu, problem plak. Susah la camtu. Hehehe.

Ada bantahan?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN : BLOGLIST MERDEKARAYA BY FARIDAH NAZURAH


An Ideal Snack To Munch On Should Be Monstrously Delicious!

We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN!

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak join segmen plak. Lepas join Giveaway tadi, join segmen bloglist MerdekaRaya dari Faridah Nazurah plak. 

Syarat-syaratnya simple je. Lagipun, owner segmen bloglist ni nak bubarkan bloglist bulan Ogos. Jom, join reramai. 

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, August 25, 2011

GIVEAWAY SYIEDA : SYIEDA_JOY 1ST GA


An Ideal Snack To Munch On Should Be Monstrously Delicious!

We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN!

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Blogwalking tadi, terjumpa GA yang menawarkan hadiah Topup RM10 untuk 15 orang yang bertuah. So, nak try nasib je la. Dapat, kira duit raya lah. Tak dapat, redha je. Hehehe. Bukan rezeki kot?

Simple je GA ni. Korang pun join gak la. Kot-kot korang menang dan boleh bagi kat saya. Kan?

Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

"NAK MERAJUK LAH"

An Ideal Snack To Munch On Should Be Monstrously Delicious!

We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Pernah tak pasangan korang merajuk dengan korang? Tak pun emak korang merajuk dengan korang? Merajuk ni ada dalam setiap diri semua orang. Cuma cara dorang zahirkan je berbeza. Korang tahu ke camne korang merajuk? Pernah korang ambil perhatian masa korang merajuk?


Merajuk ni sebab lebih kepada nak dapatkan perhatian seseorang tu. Macam kekasih dengan kekasih atau ibu kepada anaknya atau anak kecil kepada ibunya. Ada macam-macam cara manusia yang merajuk ni zahirkan perasaan merajuk dorang.


Ada yang suka diam je. Malas nak sembang dan buat tak tahu je. Ada yang jenis buat muka tak puas hati. Ada gak yang pergi masuk tidur awal, padahal perut berkeroncong bunyi lagu Too Phat. Hehehe. Ada yang suka hentak-hentak kaki. 


Saya? Saya diam je dan buat tak tahu je. Korang plak?


Wassalam.


-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

TIGA KATA...


An Ideal Snack To Munch On Should Be Monstrously Delicious!

We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN!

How Low Can You Go?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang dah dengar lagu baru KRU? Tajuk lagunya ... Tiga Kata. Korang mesti dah dengar kan? Kalau tak dengar, pergi dengar sekarang baru sambung baca entry ni. Hehehe.

Tiga kata yang dimaksudkan dalam lagu adalah "Wo Ai Ni", "I Love You" dan "Aku Cinta Padamu". Ada lagi tapi korang dengar sendiri la lagu tu. 

Tiga kata ni bagi saya kalau susah nak sebut pun tak bagus, kalau selalu sebut pun tak bagus. Bagi saya, bila masa yang romantik dan surprise kita sebut Tiga Kata ni, baru bermakna dan si dia akan ingat moment tu. Betul tak? Kalau tak betul, sila betulkan k? Hehehe.

Bila susah sangat nak sebut, si dia ingat kita tak sayangkan dia dan cuma nak mainkan dia. So, boleh gaduh dan berpisah. Rugi je sebab padahal dua-dua yang salah. Susah sangat nak bagitau hati masing-masing. Siapa yang rugi? Dorang gak.

Bila senang sangat sebut, si dia ingat kita tak ikhlas dan fikir bila senang sangat kita sebut Tiga Kata tu, tak ada makna dah Tiga Kata tu pada si dia. Sebab apa? Sebab senang sangat disebut dan bila disebut pun, tak ada sebarang perasaan sayang diletakkan dalam Tiga Kata tu.

Tapi, yang penting, kalau dah jodoh, pergi balik pergi balik, khawin gak dengan jodoh kita tu. Kan?

Pendapat saya je. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, August 24, 2011

SELESAI SUDAH...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya baru lepas bayar zakat fitrah untuk 5 orang iaitu saya, emak saya dan 3 orang adik saya. Memang setiap tahun dah jadi kewajipan saya untuk bayarkan.

Saya ingat lagi dulu bayaran untuk zakat fitrah baru RM3.00 je. Kemudian naik RM3.50. Naik lagi RM4.00. Dan seterus-terusnya. Akhirnya tahun ni bayaran zakat fitrah untuk seorang adalah RM7.00. Cuma mengimbas kembali. Hehehe.

Korang dah bayar zakat fitrah belum?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"MANISNYA DIA SEBAB BERTUDUNG"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru lepas makan GCB di McD Tambun. Nampak awek-awek yang manis je bertudung. Saya ni ada soft spot untuk awek yang bertudung ni. Suka tengok wajah dorang. Memang manis bila dorang bertudung.

Saya nak sembang bahagian muka dan tudung je. Bahagian bawah yang tersembul dan legging ni, saya tak nak komen. Saya suka tengok awek bertudung sebab manis je muka dorang.

Contohnya, Heliza Helmi kesayangan saya. Manis je muka dia. Dah la comel. Saya pun cepat terjatuh hati dengan orang bertudung. Hehehe. Kira soft spot saya. Kantoi sudah.

So, kalau korang saya ngorat awak, pakai tudung dan sms saya. Hehehe. Gurau je. Saya ni agak bengap dalam bab mengorat sebab saya ni pemalu. Ceh... Pemalu konon. Muahaha.

P/s: Teringat kat Heliza Helmi tapi rasa saya tak layak plak. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, August 23, 2011

KENANGAN BERAYA DI KAMPUNG...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Teringat kenangan saya beraya di kampung masa kecil-kecil dulu. Adik beradik emak saya ada lebih kurang 16 orang. Cuba korang bayangkan kalau semua balik kampung dengan isteri dan anak-anak dorang? Memang riuh rendah rumah Arwah datuk saya dulu.

Arwah datuk saya dulu besarkan rumah semata-mata nak menampung anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu balik. Tambah sikit demi sikit. Arwah datuk saya pandai buat rumah. Disebabkan saya memang duduk kampung, sayalah selalu tolong Arwah datuk saya. Memang kenangan yang best.

Bila malam sebelum raya, gamatlah rumah Arwah datuk saya dengan cucu-cucu dia termasuklah saya. Seronok main dengan sepupu-sepupu yang jarang dapat jumpa. Pastu, kaum perempuan kat dapur tengah masak-masak. Lelaki plak tengah bertukang. Hahaha. Memang happening.

Sekarang ni dqh sunyi sebab datuk dan nenek saya dah meninggal dunia. Sunyi sikit sebab sepupu saya semua dah busy kerja dan jarang sangat jumpa.

Rindu kenangan masa tu. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"ALHAMDULILAH. SYUKUR"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi baru lepas berbuka di Ipoh Bistro. Alhamdulillah. Dapat peluang makan Ikan Bakar balut daun pisang. Makan taklah kenyang dan taklah lapar sangat. Sekadar cukup mengisi perut.

Syukur dengan nikmat Allah limpahkan. Sekejap solat terawih bersama-sama. Pastu, pemberian duit raya. Alhamdulillah.

Jom kita sama-sama bersyukur atas nikmat yang dilimpahkan oleh Allah.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

BERGEMA LAGU RAYA DI SETIAP MASA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Makin dekat nak raya, masih bergema lagu-lagu raya di mana-mana sahaja. Korang tune radio, lagu raya. Masuk shopping complex, lagu raya. Masuk pejabat kerajaan, lagu raya. Memang betul-betul mood raya dah ni.

Saya minat lagu raya yang lama-lama. Lagu raya yang baru ni tak lah best sangat macam lagu raya lama. Antaranya, Lagu 4U2C, M. Nasir dan lagu-lagu raya yang lama-lama. Tak ingat nama penyanyi. Hehehe. Suka dengar je.

Korang pun mesti dalam mood raya kan? Lagu raya apa korang minat?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka