Salam sejahtera semua kawan-kawan blogger.
Kali ni nak cerita tentang topik kat atas. Apa yang akan ditulis kat sini adalah melalui pandangan dan pemerhatian saya sendiri. Setiap orang ada pandangan dan pemerhatian mereka sendiri. So, ini adalah pandangan dan pemerhatian saya.
Fitnah mulut orang ni memang boleh sebab rumah tangga retak. Rumah tangga tu bukan saya maksudkan sebuah rumah yang ada tangga tetapi hubungan kasih sayang suami dan isteri.
Kenapa berlakunya fitnah ni? Banyak sebabnya. Antaranya sebabnya ialah P.H.D. - Perasaan Hasad Dengki - manusia. Tak boleh tengok orang lain senang dan gembira. Orang lain tak boleh lebih daripada si P.H.D. Orang macam ni takkan nampak salah sendiri sehingga satu tahap apa yang dijaja dan difitnah tu terkena dekat muka sendiri. Masa tu baru nak menyesal.
Sebab-sebab lain plak ialah tiada rasa percaya di antara suami dan isteri. Bila tiada rasa kepercayaan di antara suami dan isteri, perasaan syak wasangka akan wujud. Bila ada orang menfitnah berkenaan sesuatu perkara terhadap diri suami or isteri, dorang akan terus percaya dan mengamuk tanpa usul periksa. Lepas tu, bila dapat tahu sumanya tak betul, baru menyesal. Masa tu hubungan akan makin renggang dan rasa tidak percaya akan wujud dengan lebih kuat.
Fitnah mulut ni boleh sebab rumah tangga yang bahagia boleh retak dan hancur. Saya tulis melalui pemerhatian saya. Saya pun belum kahwin lagi. Huhu... Harap dapat bina keluarga bahagia dan kekal. Insya Allah...
Korang ada pandangan lain?
-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka