Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, October 29, 2010

PEMBAKARAN TERBUKA...MEROSAKKAN LAPISAN OZON DAN ALAM SEKITAR!!!

Salam sejahtera semua.

Hari nie aku nak share skit tentang kepentingan penjagaan alam sekitar.  Macam-macam kempen aku tengok.  Kat Supermarket, ada hari tiada beg plastik la.  Macam-macam ragam aku tengok.  Tapi, kempen yang melambak tue still masih ada orang yang tak faham bahasa kempen...tetap rosakkan alam sekitar...terutamanya lapisan ozon...

Aku tangkap gambar kat bawah nie masa aku nak gi Ipoh...nak cari buku untuk exam jabatan ari tue.  Gambar nie aku amik kat area Kampar. Aku saja test jalan ke Simpang Pulai. Hehe..Jalan-jalan, tengok permandangan..


Tengok la gambar kat atas tue. Tebal tak asap tue?  Aku tengah drive tue, tak sempat nak tangkap gambar masa dorang bakar sampah ke ape ke kat situ.  Masa tue tengah pusing selekoh dan aku nampak dorang tengah membakar sampah.

Macam-macam filem aku tengok kuar TV tunjukkan kesan rumah hijau, kepanasan yang tinggi disebabkan ketiadaan lapisan ozon dan banyak lagi.  Tak pun movie yang popular sebelum nie, 2012, tunjukkan macam mana hujan ais batu melanda Tokyo pada masa tue. Aku rasa dorang nie kena bencana tue baru nak sedar kot?  Aku tak kata aku bagus sebab asap kete yang aku bawa tue pun membahayakan orang lain dan lapisan ozon.  Tapi, pembakaran terbuka janganlah buat sebab itu lagi menghasilkan asap yang banyak.  Mencemarkan udara.  Huhu... Dah jadi pakar alam sekitar...haha...

Harap kita dapat sama-sama menjaga alam sekitar kita untuk generasi masa depan...(anak-anak kita nanti dan cucu-cucu kita nanti).

Ada pendapat lain?  Drop je kat comment.  Kita kongsi sama-sama.

Aku nak bagi 2 rangkap pantun:

Rumah terbakar nampak asapnya,
Hati terbakar siapa yang tahu.

Hehe...

Adios.

Wassalam.
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, October 28, 2010

KENDERAAN YANG TAK SEPATUTNYA BERADA DI JALAN RAYA...

Salam sejahtera semua.

Kali nie nak cite tentang kenderaan yang tak sepatutnya berada di jalan raya.  Aku selalu kena.  Aku ingat lagi masa dulu, aku nampak kenderaan nie biasanya dibawa dengan lori.  Kenderaan yang selalu membuatkan aku bengang dan buat aku maki hamun adalah :


Traktor nie (itu kot namanya) mengganggu perjalanan kenderaan lain.  Lagipun membahayakan pengguna jalan raya lain.  Antara sebab traktor nie membahayakan pengguna jalan raya lain adalah tempat pengaut kat belakang or depan traktor nie boleh terkena depan or belakang kenderaan lain.  Lagipun, kalau jalan raya tue satu hala dan kecik, traktor lagi menyusahkan pengguna jalan raya lain.  Aku tak tau sama ada pihak kerajaan benarkan traktor ini berada di jalan raya.  Nampak macam tak relevan.  Dengan keadaan kemalangan yang selalu sangat kita dengar dan baca kat newspaper, kenderaan macam nie tak sepatutnya berada di jalan raya (ini pendapat aku).  Takkan dah berlaku kemalangan baru nak beringat?


Cuba tengok gambar kat atas.  Masa nie memang aku bengang sangat-sangat.  Tengok di mana traktor nie dipandu?  Kat tengah-tengah jalan kan?  Nie boleh mengundang bahaya dan kemalangan.  Lagipun mengganggu perjalanan kenderaan lain.  Termasuk aku...hehe..

Aku dah suarakan pendapat aku.  Ada kawan-kawan kat luar sana ada pendapat yang lain?  Kalau ada, boleh la kongsi kat sini.  Drop je kat comment ye?

See you all next time.

Adioz.

Wassalam.
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, October 27, 2010

COMEY!!

Salam semua.

Sori lama gak tak updated blog aku nie.  Malas.  Huhu.

Kali nie nak cite skit ttg seekor kucing Parsi yang comey sangat.  Haha. 

Ia bermula pada 2 hari lepas (25hb Oktober 2010), aku ke Teluk Intan bersama rakan-rakan membeli barang-barang dapur dan lain-lain.  Kami singgah jap ke Pet Shop.  Nak cari makanan hamster dengan ikan kat rumah kawan (sebab naik kete dia..hehe).  Masa tue aku ternampak seekor kucing Parsi untuk dijual.  Gambar kucing tue kat bawah nie:


Aku tanya tuan kedai tue umur kucing Parsi nie.  Tuan kedai bagitau umur kucing Parsi nie baru 2 bulan setengah.  Patutlah manja gila.  Bulu dia memang best pegang. Hehe..


Aku nie memang agak minat kucing.  Suka gak buli kucing. Hehe. Dalam famili aku pun, aku sorang je suka kucing.  Adik beradik aku suma takut dan tak suka kucing. 

Aku pun tanya tuan kedai tue balik.  

"Harga berapa?"

"RM800"

Terkejut aku.  Lebih setengah bulan gaji aku. Haha. Boleh tengok aje la.  Tapi memang mahal pun sebab memang comey. Hehe.


Aku pun tangkap la gambar guna hp aku.  Nak tunjuk kat korang suma yang baca blog aku nie la.

Comey tak?

Reply la kat komen. Hehe.

Adios.

Wassalam.

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, October 20, 2010

REPEKKAN RABU!!

Salam sejahtera semua.

Bertemu kita lagi. hehe.. Tadi bz siapkan semua keje-keje yang pending.  Lagi dibuat dan cuba disiapkan, lagi banyak datang. haha... Tapi syok sebab fikir nak siapkan keje je, tak la fikir benda-benda yang menyakitkan hati yang lain.. huhu... Nak buat macam mana, aku patut sedar la sape aku... Bagi dia, aku nie cuma sampah je...hahaha..

Ada la masalah kewangan skit kat sini.  Aku kena kawal skit.  Kalau tidak, jadi tak terkawal la.  Sebab tue la kena ada kawalan. Hehe..faham?..

Actually Perak nie banyak tempat dan tanah untuk dibangunkan tapi cuacanya kalau yang tak biasa, memang agak panas.  Aku da stay kat sini agak lama, so, da biasa la.  Tapi, ada masa memang tak boleh tahan.  Panas siot...

Esok ada taklimat kat ILP Ipoh.  Lusa ada exam Jabatan kat Ipoh.  Letih gila nanti.  Study pun belum lagi nie. hehe.. So, nak gi study la nie.  Lain kali aku sambung kemerepekkan aku di blog aku yang dihasilkan oleh aku dan yang memang aku buat nie...hehe..

Adios.

Wassalam.
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, October 19, 2010

HARI NI HARI SELASA...

Salam semua.


Hari nie hari Selasa. Ada skit mood keje.  Hehe.. Nak keje pun kena ada mood.  Nak buat camne kalau takde mood? Tak keje la kot. Haha... Hari nie nak bertolak ke Ipoh jap untuk pegi amik barang-barang stor.  Nak singgah TM Point jap gak, nak masuk streamyx kat umah.  So, senang skit nak online. Senang skit nak blaja FOREX.


Semalam da test demo, da faham skit.  Tapi ada banyak lagi kena blaja.  Betul cakap pakar motivasi, langkah pertama itu la yang paling susah orang nak buat.  Macam-macam alasan dalam otak aku yang menentang apa yang aku nak buat.  Risiko tinggi la. Ya, memang risikonya tinggi kalau aku terus terjun tanpa ilmu apa-apa.  Tapi aku boleh reducekan risiko tue dengan mencari ilmu mengenai FOREX tue.


Package yang aku nak amik nie, skali dengan netbook. Ada 2 pilihan, yang pertama Netbook 1 Malaysia dan yang kedua Netbook HP.  So, aku pilih Netbook HP la.  Tapi kena tambah RM29 lagi untuk tempoh 2 tahun. Pastu, bayar harga biasa je.  Ala.. Macam kita nak beli handphone la, kita nak cari kualiti yang boleh dipercayai, contohnya antara CSL dengan Sony Ericsson, saya mesti pilih Sony Ericsson sebab kualiti yang saya tahu baik daripada CSL yang tak berapa saya tahu bagaimana kualitinya.  Hehehe... Panjang lebar penerangan saya. Hehe..


Oklah. Takat nie je kali nie.  Sambung next time.


Adios.


Wassalam.
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, October 18, 2010

ISNIN YANG BUSY!!!

Salam semua.

Hari Isnin memang hari yang busy kat sini. Tapi kadang-kadang tak busy sangat.  Saja buat-buat busy.  Lagipun hari nie takde mood nak keje.  Problem pun tiba-tiba banyak hari nie.  Bukan nak mengeluh, tapi saja je nak bagitau.  Kalau takde problem, aku takkan dapat belajar benda baru.  So, aku lebih prefer buat salah dan belajar untuk betulkan kesalahan itu.

Pagi tadi hujan punyalah lebat sampai aku bleh terbangun dari tido. Biasa la.. Atap rumah sewa aku zink je. So, bila hujan turun lebat, memang bising la..haha.. Tapi memang syok tido sebab sejuk dan nyaman.

Esok aku nak kena pergi ke JPN Ipoh ambil stok plak.  Dorang punya alasan takde transport nak hantar. Stok aku pun dah sampai tahap kritikal skrg.  Kena la pergi ambil kat sana terus.  Dah la jauh.  Nak pergi sana paling cepat pun 3 jam to 4 jam.  Itu pun guna short cut.  Ala..jalan kampung.

Atas meja aku bertimbun kerja yang tengah pending... Letihnya... Bosannya... Huhu... Nak mengeluh pun tak guna, ini yang aku pilih, so, kena la menghadapnya.

Ok la..Aku pun dah tak tau nak merapu apa, setakat ini je ngomelan aku.

Adios.

Wassalam.
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, October 17, 2010

KENA TIPU LAGI!!!

Salam sejahtera semua.

Thanx sebab still sudi baca post aku yang merapu nie.  Tajuk post memang gempak. haha.. Yup, aku kena tipu lagi. Dengan awek aku.  Aku sedar yang aku nie tak sebagus mana. Aku nie tak sekaya mana (miskin je lebih..huhu..).  Aku sedar siapa aku.  Tapi mungkin aku tak layak ataupun apa yang aku buat tak cukup untuk dia.  Itu yang buat dia asyik tipu aku.  Aku nie bodoh kot? But, I still love her. Whatever she did, I still love her.  Cuma aku tak tau sampai bila aku boleh tahan lagi.

Actually, berkenaan tajuk yang agak gempak kat atas tue..huhu..'dia' pernah tipu aku sebelum nie semata-mata nak pujuk adik angkat perempuan dia yang merajuk..haha..ntahla.. Apa yang adik angkat dia dah buat kat dia aku pun tak tau.. Love is blind.. Mungkin betul kot?..Whatever..

Kemudian, this week, secara diam-diam dia balik penang lagi. Tak bagitau aku. Aku by the way ada no fon roommate dia n dia bagitau aku si 'dia' balik penang. Esoknya aku call, baru dia admit it. And then she just ignore me until now. Aku pun tak tau ape salah aku. Harap dia puas hati dengan apa yang dia dah buat.

Aku rasa tertampar..(aduh..sakitnya..haha). Cuma harap 'dia' jaga diri dia and harap 'dia' sentiasa hepi dengan adik angkat dia dan kawan-kawan dia. Aku nie bagi dia, cuma sesuatu yang tidak penting.  So, act as it is.

She want have her fun. I will have my fun. That it!

Orait. Takat nie je hari nie.  Esok sambung cite lain lak.

Adios.

Wassalam.
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, October 15, 2010

RAGAM MANUSIA...

Salam 1 Malaysia semua.

Aku penah keje kat contact centre sebagai customer service executive ... nama je gempak tapi jawab call je. Penah keje sebagai staf kat cinema di kaunter tiket...Penah keje sebagai asst manager kat cinema yang sama gak... naik pangkat la dari part time ke full time lebih kurang... Pastu, dapat keje JPN nie...

Aku dah tengok macam-macam ragam manusia nie... Ada yang jenis berlagak macam ntah apa2.. Ada yang jenis asyik dia je yang betul, orang lain semua salah... Ada yang asyik nampak salah orang lain je, diri sendiri sentiasa tak pernah buat salah, tapi bila buat salah, diamkan je... Ada yang nak control semua benda, dia sorang je nak buat... Ada yang asyik bodek bos je... Kalau nak dikira memang banyak la...itu yang negatif..

Yang positif pun ada... Ada juga yang memahami... Ada juga yang menghargai keje aku... Ada juga yang faham dan bertolak ansur dengan aku... Ada yang beri pujian pada aku.. hehe... baru-baru nie dapat pujian dan orang tue pegi mana-mana pun asyik puji service aku masa aku serve dia kat kaunter JPN beberapa hari lepas.. rasa bangga gak.. haha.. tapi aku harap nie dapat memberi dorongan utk staf-staf aku yang lain utk memberikan service yang terbaik.

Kesimpulanya, dalam dunia nie ada macam-macam ragam manusia... Cuma kita perlu perhati dan cari cara utk sesuaikan diri dgn ragam mereka.  Itu saja utk kali nie.

Wassalam.
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, October 14, 2010

MENGANTUKNYA...

Salam.

Hari nie aku rasa mengantuk sangat... rasa nak tertidur pun ada... pegi bank tadi pun, mata aku tengok jalan tapi otak melayang-layang... entah la kemana yang di pegi nya...

Next week ada exam jabatan... apa pun tak studi lagi... keje kerajaan pun ada exam... hahaha.. ingat masa sekolah dengan kat UiTM je... tapi ape bleh buat, redha je la... lagipun sebab aku keje kat daerah kecil, banyak skit peluang nak belajar urusniaga yang lain... doakan la aku berjaya jawab...

This week nak gi ipoh cari buku-buku yang berkaitan dengan pendaftaran... hahaha... baru nak cari...exam next week, this week baru nak cari... gila... sebelum penah cari, tak penah jumpa pun... haha.. anyway, harap dapat jumpa gak nnt kat Ipoh Parade...

Itu je nak merepek hari nie.

Wassalam.
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, October 13, 2010

HARGAILAH ORANG YANG TERSAYANG SEBELUM TERLAMBAT

Salam 1 Malaysia.

Hari Ahad lepas kita dikejutkan dengan kejadian kemalangan yang sangat teruk.  Pernahkah kita terfikir tiba-tiba orang yang kita sayang dah "tiada". Boleh kita tahan hati kita dari rasa sedih? Rasa menyesal?  Yang pasti yang pergi memang takkan kembali.

Cuba bayangkan kita abaikan orang yang kita sayang, dengan alasan bz tetapi padahal kita ada masa untuk sms orang lain antaranya kawan-kawan, adik angkat dan lain-lain, tiba-tiba satu hari itu kita dapat tahu yang orang yang kita sayang tapi kita abaikan itu dah 'pergi' jauh.  Kita tahu pun seminggu lambat dan orang yang kita sayang itu dah selamat dikebumikan.  Kita tak dapat tengok wajahnya buat kali terakhir.  Apa kita rasa?  Kita akan rasa sangat sangat menyesal.  Orang yang kita sayang itu bukan saja awek or pakwe, tapi keluarga kita terutamanya ibu dan ayah.

Coretan kali ini hanya untuk muhasabah diri aku saja.  Harap coretan ini dapat menyedarkan semua yang sudi mengunjung blog yang tak seberapa ni.

Terima kasih.
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, October 12, 2010

NAHAS SIMPANG AMPAT, MELAKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari bila tatap muka surat depan surat khabar Kosmo!, terpampang gambar 12 orang yang maut dalam Nahas Simpang Ampat, Melaka.  Hati aku jadi sedih.  Bagi sesetengah orang, tarikh 10.10.10 merupakan tarikh yang menggembirakan tetapi tidak bagi keluarga kesemua mangsa yang terkorban ini.  Sebelum ini kita dikejutkan dengan kemalangan yang melibatkan perkhidmatan bas express Sani pada hujung Disember tahun lepas dan setelah kisah itu semakin dilupakan, kita dikejutkan dengan kisah kemalangan maut yang disifatkan sebagai kemalangan yang paling teruk pada tahun ini.


Mangsa-mangsa yang terselamat menceritakan yang pemandu bas tersebut memang memandu dengan laju.  Bila aku terbaca pengalaman mangsa yang terselamat merangkak ke atas mayat-mayat untuk keluar dari bas tersebut, kecut hati aku.  Ajal maut ketentuan Allah.  Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan.  



Aku berharap sangat keluarga 12 orang yang maut dapat mengharungi detik-detik ini.  Bukan senang untuk melupakan saat-saat begini.  Termasuk juga mangsa-mangsa yang terselamat.  Kebanyakkannya pasti akan trauma untuk menggunakan perkhidmatan bas express lagi pada masa hadapan.


Mungkin pihak kerajaan yang terlibat dapat membuat sesuatu untuk mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.  Pemandu-pemandu bas, aku minta sangat supaya memandu dengan berhati-hati.  Pemandu bas bertanggungjawab terhadap keselamatan 40 atau lebih penumpang yang dibawa mereka.  Tanggungjawab itu memang besar dan berat.  Jalankan tugas dengan berhemah dan berhati-hati.  Sekurang-kurangnya rancang perjalanan supaya tidaklah terpaksa kelam kabut untuk mengejar masa dengan memandu dengan sangat laju.


Kepada semua yang sedang membaca blog ini, marilah kita sama-sama mensedekahkan surah Al Fatihah kepada semua yang maut dan doakan mangsa-mangsa yang cedera sembuh sepenuhnya.  Bagi yang bukan beragama islam, berdoalah mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Terima kasih.




Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, October 11, 2010

SUASANA GURNEY DRIVE WAKTU DIHINARI PADA 10.10.10

Salam sejahtera semua. Sori sebab lama sangat tak update blog ni. maklumlah, bz skit dengan .... ntah .... huhu..sebenarnya tak tau ape yang dibzkan. tapi memang agak bz la kesimpulannya. hehe.

Oklah. kali nak share skit pic yang aku amik masa overnight dan lepak-lepak kat gurney drive 10.10.10 hari tue.  Sila jamu mata anda ek?hehe..

















Next time, saya akan upload lagi pic tempat lain yang saya pergi untuk jamuan mata semua. hehe. adios amigos!

Sila Tekan Like Jika Suka