Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, September 24, 2010

SEMALAM (23 SEPTEMBER) LEPAK TELUK INTAN

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Semalam saya dan kawan-kawan lepak-lepak kat Teluk Intan.  Tapi masa nak bertolak dari Bagan Datoh ke Teluk Intan, berlaku satu kemalangan di Simpang Empat, Hutan Melintang melibatkan sebuah treler dengan lori minyak diesel rasanya.  Baunya macam diesel masa lalu semalam.  Lori minyak tue terbalik betul-betul tengah jalan. Traffic jam teruk gak la.  Dekat sejam ke 2 jam gak kena duk dalam kereta je.  Nasib baik ada jalan taman yang melepasi tempat accident tue.  Mungkin surat khabar hari nie ada la paparkan mengenai kemalangan nie.

Saya ada la tangkap gambar menara condong bergemerlapan dengan lampu-lampu berwarna-warni dan keadaan sekelilingnya.  Ada famili dan budak-budak duk lepak dekat-dekat situ.





Tak ramai sangat orang malam-malam kat Teluk Intan nie.  Saja jalan-jalan.  Duk rumah pun bukan buat apa sangat.

Orait, setakat nie untuk kali nie. Lain kali ada lagi. Insya Allah.  Jumpa lagi.

Wassalam.
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, September 23, 2010

DAH LAMA SANGAT TAK NAIK FERI PERGI PULAU

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

Saya baru je balik dari Penang.  Dah lama tak naik feri pergi pulau, try naik sekali 20hb September 2010 ari tue.  Tak banyak kenderaan sangat nak pergi ke pulau tapi nak balik ke butterworth, banyak gak la. Biasa la, hari Ahad.  Semua nak balik kampung.  Aku balik hari Isnin.  Hehe. Dapat avoid traffic jam. Aku ada la ambik gambar-gambar permandangan masa menaiki feri ari tue untuk tatapan rakan-rakan semua.










Tangkap gambar nie masa on da way nak pegi ke pulau.  Masa cerah dan angin bertiup sempoi je. Hehe..

Oklah. Takat ni je la kali nie.  Next time saya upload dan cite tentang kampung saya plak. 

Wassalam.

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, September 8, 2010

AKU DAH BALIK PENANG!!!

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dah dekat seminggu aku tak update blog nie.  Padahal aku dah balik penang sejak 4hb September 2010 hari tue. Hehehe... Dah beberapa hari aku duk umah je.  Layan cite Leverage. (DVD aku beli kat batu feringghi). Aku beli season 1 dan season 2 je. Season 3 blum complete lagi.  Aku memang cite2 macam nie.  Sebelum nie aku layan cite Terminator: Sarah Connor Cronicle, Heroes, Knight Rider 1st Season, Supernatural Complete semua season aku dah tengok.  Tak tau apa nak buat bila duk rumah nie.  Kadang2 aku online gak.  Update blog aku yang lain. http://iklanpeluangkerja.blogspot.com dan http://naszgoldtrading.blogspot.com. Kalau rajin, lawat la.

Aku dah balik Penang tapi keluar dating dengan awek aku pun belum lagi.  Dia asyik bz keje je.  Dia dah berubah skit sekarang nie.  Ntah la.  Aku pun fikir nak ikut je flow dia.  Tapi kalau dia still tak hargai aku, pada masa tue jugak, pintu hati aku tertutup, masa tue baru nak menyesal.  Aku nie walau gaduh macam mana pun, aku tetap nak dia gembira.  Aku cuba buat special mungkin untuk hari jadi 7hb ari tue.  beli hadiah yang aku rasa dapat menyedarkan dia.  Ada la aku beli coklat cadbury faveret dia.  Dia memang suka sangat.

Kampung aku, Sungai Bakap, dah banyak gak la berubah.  Banyak bangunan baru.  KFC pun dah ada tapi tak buka lagi.  Ar rahnu Yapeim pun dah ada.  Terkejut gak aku.  Aku nasihatkan mak aku kalau nak gadai barang kemas bila nak sangat pakai duit, pegi je kat ar rahnu Yapeim tue, upah simpannya murah.  Dorang tak amik interest, dorang cuma amik upah simpan je.  Tak macam pajak gadai konvensional, dorang kenakan interest tinggi.

Aku dah tak tau nak merepek ape lagi.  Next post, aku akan upload gambar kampung aku dan pekan Sungai Bakap yang aku cakapkan kat tadi.  Itu saja untuk kali ini dan terima kasih sangat-sangat kepada sesiapa yang sudi membaca.

Wassalam.
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, September 1, 2010

HARI RAYA DAH DEKAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang membaca blog aku yang ntah ape-ape ni.  Terima kasih kerana sudi membaca.  Hari raya semakin menjelang tiba.  Tapi aku tak rasa nak raya dah.  Mungkin sebab sebelum ni 3 tahun aku tak dapat peluang nak beraya di kampung sebab kekangan kerja.  Sekarang bila dah keje government ni, cuti pun banyak.

Sekarang ni semua orang sibuk buat persiapan hari raya.  Beli baju raya la.  Beli seluar raya la.  Sibuk buat kuih raya.  Pendek kata semuanya "raya la".  Baju raya aku memang tak penah bertukar sejak lebih kurang 7 tahun.  Baju tue la aku pakai tiap-tiap tahun.  Ntah la. Rasa membazir je.

Raya ni aku cuti lama gak la. Start cuti 4hb September 2010 sampai 12hb September 2010.  Kira aku cuti seminggu sebelum raya.  Best gak sebab dulu kalau nak cuti slalunya 2 minggu lepas raya. Masa tue kuih raya pun tinggal serbuk je.  Hahaha... Kira hari raya keempat tue aku dah start bertugas.

Kereta Kenari kesayangan aku dah tukar minyak hitam.  Ari tue ekzos aku tukar sebab dah berkarat sampai berlubang.  Rugi minyak woo.. Minyak dah lama mahal.  Nasib baik aku pakai Kenari, save skit minyak aku. Hari raya ni boleh aku bawa famili aku jalan-jalan.  Tahun-tahun sebelum ni dorang menumpang je kereta bapa dan mak saudara aku.  Kadang-kadang raya pertama duk umah je.  Maklumlah, masa tue motor ada 2 biji tapi suma ada 5 orang keluarga aku.  Takkan nak tinggal sorang kot? Kesian plak.

Hari raya kali ini dapatlah aku beraya dengan famili aku.  Dulu nak minta maaf kat mak aku pun sms dan telefon je.  Biasalah dulu kerja kat wayang.  Masa Hari Raya la paling ramai orang.  Tapi takpe, pengalaman tue.

Teringat masa kecik-kecik dulu, best sebab semua sepupu aku balik.  So, penuh la rumah tokwan aku.  Syok la sebab boleh main bunga api.  Yang paling dapat duit raya. Yoo...hoo..  Tapi sekarang aku yang kena bagi. Hahaha...

Aku harap kepada semua yang sudi membaca celoteh aku yang merepek ni, dapat berhari raya dengan gembira dan selamat.  Jangan dok gatai main bunga api ka?mercun ka? Dah lama memekak dan kacau orang lain.  Boleh putus segala yang boleh diputuskan (faham-faham je la).  Di sini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua yang singgah ke blog ini.

Terima kasih.
Sila Tekan Like Jika Suka